Thursday, June 25, 2020

AIR DAUN KOPI - DI SUMATERA BARAT

AIA KAWA (Air Kopi Daun) atau kopi daun atau kawa daun adalah minuman dari daun kopi yang direbus (seduh) seperti teh yang berasal dari Sumatra Barat dan Kerinci, Indonesia. Minuman unik ini menggunakan bahagian daun kopi (Coffea spp) lokal yang dipilih dari daun sesuai dan berkualiti sebelum ianya diproses dengan mengeringkan dengan cara disangrai selama 12 jam dan kemudian dikecilkan menjadi seperti teh. Apa pun kopi kawa atau masyarakat sekarang menyebutnya kopi daun merupakan kebudayaan lama pada masyarakat tempatan di kawasan ini yang dikaitkan dengan aktiviti berkebun sebagai satu kebudayaan orang meminum teh. Sejarah menggunakan daun kopi ini berpunca daripada penjajah Belanda (VOC) yang telah memaksa penduduk dan petani di kawasan Sumatra Barat ini menanam kopi dan mereka akan mengambil bijinya. Petani tidak dibenarkan menggunakan biji kopi dan menjadi satu kesalahan maka mereka telah berinovasi ntuk menggunakan daun kopinya sahaja, Sebenarnya didakwa sebelum VOC masuk menjajah pun sudah ada kebudayaan meminum air daun kopi. Apa pun dengan kehadiran VOC berjaya kukuhkan budaya masyarakat bahawa kopi memanfaatkan bijinya dan mereka gunakan juga daunnya. Ada kekeliruan dalam masyarakat Indonesia lokal cuba mengaitkannya daun kawa atau aia kawa dengan adanya tanam paksa dalam kekuasaan kolonial Belanda. Penduduk di Sumatra Barat dilarang menikmati biji kopi untuk diri sendiri meskipun dipaksa untuk menanamnya demi kepentingan perdagangan. Peraturan ini diakali dengan menggunakan daun kopi yang dipercaya i ia masih mengandung kafein. Minuman kopi daun ini dijadikan hidangan khusus semasa cuaca sejuk dikawasan kebun . Cara menghidangkanya kopi ini juga unik iaitu dengan menggunakan tempurung kelapa dibelah dua bukan pula menggunakan gelas atau cawan secara tradisional. Ia boleh diminum terus begitu sahaja atau pun ditambah gula pasir atau gula merah atau gula areng. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai air daun kopi atau Aia Kawa yang popular di Sumayra Barat untuk bahan rujukkan anda semua.

Dalam beberapa temuan kajian di UK oleh ssintis Inggeris menyatakan dimana teh dari daun kopi ini ternyata lebih sihat berbanding dengan daun teh dan biji kopi sendiri. Kajian oleh i Royal Botanic Gardens di Kew London, dan Joint Research Unit for Crop Diversity, Adaptation and Development di Montpellier mendapati dimana teh daun kopi mengandungi unsur zat antioksidan yang mana ia bermanfaat dan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Kajian pada 2017 mendapati dimana bahan antioksidan dari daun kopi arabika didapati mempunyai kandungan antioksidan daun kopi lebih paling kuat jika dibanding dengan antioksidan seperti Kuersetin iaitu sebanyak 3.79 µg/mL. Antioksidan merupakan suatu unsur zat yang memiliki kemampuan untuk menstabilkan, tidak mengaktifkan dan membuang radikal bebas di dalam tubuh. Antioksidan seperti flavonoid, alkaloid, saponin, kafein dan polifenol bermanfaat sebagai anti-inflamasi (anti peradangan) dan anti-kanser yang berpotensi sebagai bahan semulajadi untuk dimakan atau diminum. Fortifikasi (fortification process) adalah bermanfaat bagi tubuh sebagai sumber antioksidan. Fortifikasi makanan adalah proses penambahan mikronutrien (vitamin dan unsur perlu) pada makanan. Perkara ini boleh menjadi pilihan warga secara komersial untuk menyediakan nutrisi ekstra dalam makanan, sementara disamping mennjadikan tubuhbadan lebih sihat. Jika ada kandunan antioksidan tinggi dalam badan dan ianya berpunca salah satunya daripada minuman daun kopi membolehkan lebih ramai meminumnya. 

Dalam pada itu setelah munculnya internet dan capaian info didalam handphone, kehadiran minuman air daun kopi semakin popular. Hanya daun kopii yang baik dan tidak berlubang, tidak terlalu utua atau terlalu muda, daun yang diambil dari pokok organik dan bersih sesuai diambil. Daun-saun ini kemudian dibasuh dengan bersih dan kemudian di koyak-koyakkan kepada saiz kecil dengan tangan. Ia dimasukkan kedalam kuali untuk digoreng tanpa minyak atau di sangrai selama beberapa minit sehingga layu. Kemudian dimasukkan kedalam dulang atau pampi (dibuat dari buluh) untuk dijemur dibawah sinaran matahari selama 6 - 8 jam pada cuaca panas terik (Sila lihat foto disebelah). Daun kopi ini dijemur sehingga warnanya kecoklatan. Jika kurang sinaran matahari mungkin ambil masa beberapa hari untuk dijemur. Ia kemudian dimasukan kedalam lesung dan ditumbuk sehingga saiznya lebih halus. Daun yang siap dikeringkan dan dihancurkan ini sudah sedia direbus atau di masukkan (diseduh) dengan air panas untuk rendaman dan kemudian diminum.

Kepada sesiapa yang ingin untuk mendapatkan minuman ini boleh pergi ke Sumatra Barat seperti di sekitar Kota Padang. Ia wujud di sepanjang laluan perjalananan dari Batusangkar menuju Kota Bukit Tinggi sehingga ke Kota Payakumbuh. Kopi kawa daun menarik minat rasanya yang memang berbeza dari kopi hitam biasa dan uniknya ia disediakan untuk diminum didalam tempurung (Sila lihat foto disebelah). Kopi khas Sumatera Barat ini berasal daripada seduhan daun kopi di bancuh seperti teh dimana ia memang tidak menggunakan biji kopi seperti kopi hitam lazimnya. Dari cerita turun-temurun ramai peminat minuman tradisional ini sejak dipopularkan dar zaman penjajah Belanda lagi. Apa pun lazimnya semasa proses pengeringan daun kopi ini tidak boleh terlalu lama iaitu hanya beberapa jam saja bagi menjamin kualitinya. Tujuannya agar daun bisa disimpan untuk beberapa hari dan boleh dikeringkan kembali di atas perapian semasa hendak diseduh. Semasa diseduh ini pastikan daun kopi harus benar-benar telah kering sehingga boleh disajikan seperti serbuk teh yang terbaik aroma dan rasanya. Peminat teh daun kopi ini akan meminum dan berbual-bual untuk beberapa ketika seakan juga menikmati minuman teh cina tradisional. Di Indonesia daun kopi dikenal sebagai kawa dimana ia dijadikan minuman dari daun kopi yang dikeringkan dikenal sebagai teh kawa. Minuman teh daun kopi ini populer di Sumatera Barat. Kandungan unsur seperti Mangiferin yang banyak terkandung dalam daun kopi Arabika ini mampu mengatasi peradangan, mencegah diabetes, kenaikan kolesterol darah dan melindungi sel-sel otak. Biasanya kopi ini disajikan dalam mangkuk tempurung kelapa (batok kelapa) dan harganya relatif murah. apa pun dikatakan daun kopi yang tidak terlalu tua, direbus dengan kematangan yang tepat memberikan rasa segar. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro tchnology kali ini. Wasallam...
DAUN KOPI... DIJADDIKAN MINUMAN...
MACAM MINUMAN TEH...IA NYAMAN...
DISUMATRA BARAT... JADI IDAMAN...
MINUMAN TRADISI...ANTIOKSIDAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Ramadan 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.