Sunday, May 10, 2020

MARI TANAM SERAI

MARI MENANAM SERAI MAKAN (Cymbopogon spp) kini merupakan perkara mudah dan sangat penting dibuat semua surirumah terutama dikawasan bandar. Menanam serai kini dikatakan agak senang dan mudah hendak diuruskan dimana ia tidak seperti menanam sayur kerana banyak penjagaan perlu dilakukan dan untuk menjana pendapatan tetap RM1,000 sebulan bergantung kepada jenis penanaman sama ada di dalam pasu, atas tanah di kawasan rumah atau dikawasan kebun secara komersil. Serai adalah tumbuhan yang berasal dari keluarga Poaceae iaitu suku rumput yang mana ia juga disebut dengan nama lemongrass, barbed wire grass, silky heads, citronella grass, cha de Dartigalongue, fecer grass dan pelbagai nama lagi. Terdapat beberapa j 2 jenis serai yang terkenal dan ditanam di Malaysia dengan 2 tujuan sebagai iaitu Serai Makan dan Serai Wangi untuk perubatan serta kesihatan. Biasanyatanaman Serai makan (Cymbopogon citratus) ditanam dengan digunakan untuk tujuan untuk dimasukkan ke dalam masakan dan menambah perisa. Dalam pada itu Serai Wangi (Cymbopogon nardus) pula ditanam untuk mendapatkan minyak pati yang sangat berguna untuk tujuan kesihatan. Minyak pati tersebut boleh digunakan bagi kegunaan luar mengubati sakit perut, angin yang mengakibatkan kembung perut, serta masalah hilang selera makan. Biasanya serai juga boleh diekstrak sebagai penghalau serangga (insect repellent). Artikel pagi Isnin ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan usaha menanam serai dikawasn rumah untuk kegunaan sendiri atau enanam dikebun untuk pasaran komersil bagi dijadikan bahan rujukkan anda.


Memang diketahui umum akan kegunaan serai didalam kehidupan masyarakat negara kita terutama didalam penyediaan makan, bau-bauan amotherapi dan sebagainya. Dalam pada itu tanaman serai wangi ini dijadikan minyak serai atau losyen bagi tujuan kegunaan luaran sahaja. Serai makan tidak mempunyai apa apa bau kecuali varieti serai wangi. Kini apabila serai makan tersebut dicampur ke dalam masakan maka biasanya ia akan menambah kesedapan juadah dengan mengeluarkan aroma seakan-akan lemon yang lebih menyedapkan masakan tersebut. Aroma yang harum akan dikeluarkan ketika bahan ini digoreng bersama bawang kecil dan bawang besar.  Tumbuhan berperisa lemon ini boleh dikeringkan untuk dikisar menjadi tepung atau digunakan secara segar. Serai yang telah keringkan dicampur ke dalam minuman teh bagi menambahkan lagi rasa segar yang terkandung di dalam minuman tersebut. Penulis blog dapati dimana tumbuhan herba ini ditanam secara meluas di kebanyakan kawasan di Malaysia. Kini tumbuhan ini dikatakan berasal dari India dan Sri Lanka dan telah tersebar penanamannya keseluruh dunia. Penanaman serai di Malaysia adalah sangat sesuai kerana iklim dan cuaca di Malaysia yang panas dan kering sepanjang tahun. Dalam pada itu iklim tropika dan subtropika paling sesuai dalam penghasilan tanaman herba yang berkualiti. Serai makan boleh dijumpai dengan mudah dijual di mana mana pasaraya, kedai sayuran dan pasar harian. Tanaman serai berpotensi besar untuk dimajukan kerana permintaan terhadapnya sangat tinggi di pasaran terutama pada musim perayaan dan majlis perkahwinan.


Selalu disebut ada nama Serai Peha Gajah dimana ia adalah yang bersaiz besar dimana antara keistimewaan serai paha gajah ialah saiz yang besar iaitu berbanding serai jenis lain dan hasil pengeluaran juga lebih cepat. Biasanya hanya 10 hingga 12 batang serai paha gajah sudah mencapai berat sekilogram berbanding serai kampung yang memerlukan kira-kira 30 batang sekilogram. Dalam tempoh lima hingga tujuh bulan, serai paha gajah yang batangnya besar dan umbi tegap mampu mengeluarkan hasil antara enam hingga tujuh tan di kawasan seluas 0.4 hektar (1 ekar). Proses menanam dan penjagaan juga tidak rumit tetapi perlu menjaga rumput bagi memastikan pengeluaran hasil yang banyak. Seawal lima bulan serai sudah boleh dijual dan usia paling cantik ialah dalam tempoh lima hingga tujuh bulan. Ketika proses menuai serai paha gajah juga, ia mudah dibersihkan dan dalam sehari seorang mampu membersihkan sehingga 100 kilogram. Dalam pada itu serai yang dipanggil sebagai  SERAI PAHA AYAM pula mempunyai batang yang besar serta umbi yang tegap, namun kurang digemari kerana aromanya tidak seharum serai biasa. Bagi penggemar serai tentu dapat membezakan dengan serai kampung walaupun kadang-kadang mata lebih tertarik dengan kegemukan serai peha ayam, tentu menyangka serai kampung telah cukup dari segi pembajaannya. Apa yang pasti diana serai paha ayam menjadi pilihan untuk ditanam (Sila anda lihat foto disebelah)Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10,000-15,000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Penanaman secara integrasi kita boleh menanam antara 5,000–8,000 rumpun serai seekar. Biasanya dalam serumpun serai paha ayam pula boleh menghasilkan purata 3 kg yang siap proses. Pada keadaan tanah yang subur penggunaan baja boleh boleh mencapai sehingga 9 kg serumpun.


Kepada petani komersil yang ingin menanam serai perlukan perancangan rapi daripada eringkat awal lagi. Biasanya sebelum mula menanam serai petani perlu meneliti samada kawasan penanaman mempunyai ciri dimana sebaiknya jenis tanah yang sesuai iaitu tanah gambut, tanah merah, tanah berpasir dan tanah BRIS. Struktur kawasan penanaman samada berbukit, tanah rata, beralun atau laluan berair. Sistem pengaliran air yang berkesan bagi tujuan penyiraman dan pengaliran air banjir. Jenis tumbuhan asal kawasan tersebut mempunyai akar, rumpai atau pokok berkayu. Antara kawasan yang dipilih perlu dibajak dan digembur terlebih dahulu sekurang kurangnya 14 hari sebelum penanaman. Proses penggemburan ini dilakukan bagi meningkatkan kandungan mineral di dalam tanah dan memudahkan proses pencucukan anak benih. Kawasan tersebut perlu disembur racun rumpai bagi mengawal pertumbuhan rumput yang akan mengganggu proses tumbesaran serai. Benih serai perlulah berusia lebih lapan bulan atau lebih dan telah mula mengeluarkan akar dibahagian bawah batang. Benih yang telah sedia perlu ditanam 4 hingga 6 benih serai pada satu lubang dengan menanam bahagian akar sedalam 1 inci. Jarak tanaman adalah 0.5 meter diantara pokok dan 1.0 meter setiap barisan. Tanaman serai mengikut jarak tersebut boleh menghasilkan kepadatan tanaman sehingga 20,000 rumpun bagi 1 hektar kawasan.


Penyediaan anak benih serai boleh diberli daripada petani sedia ada atau pun dengan cara membelinya daripada pasar tani atau kedai-kedai runcit sahaja. Apa pun sebelum membeli beih perlu dirancang dahulu berapa rumpun untuk ditanam. Jadi, kita kena beli 50 batang serai. Dalam pada itu sebaiknya benih serai perlulah direndam dalam air. Biasanya kualiti benih yang baik akan memberikan peratus kehidupan tinggi terutama jika ditanam pada musim hujan sebaliknya jika benih kurang berkualiti dan ditanam dalam musim kering makan peratus kejayaan akan menjadi rendah. Apa pun pengalaman penulis blog dapati dimana selalunya benih yang dibeli dari pasar tani telah dibersihkan dan tiada akar membuatkan anak benih susah untuk hidup. Kalau menanam serai dikebun pula perlu ada sistem pengairan dan kalau direndam didalam jug atau bekas dalam rumah ia akan berakar dalam masa 4 hari sahaja. Bagaimana jik amenanam benih yang diambil terus daripada rumpun serai tidak perlu direndam dengan air kerana sudah mempunyai akar. Serai memerlukan tanah yang sedikit padat untuk membolehkan anak benih berdiri tegak dan tidak mudah tumbang. Tanah yang baik adalah campuran tanah lektrik, tanam merah dengan tanah bakaran sampah.


Menanam benih serai boleh diatur dialam pasu atau kalau diatas tanah didalam barisan dimana perlu dibuat longgokan tanah atau batas adalah satu proses penyediaan tanah yang amat penting. Semasa menanam serai  kedalamannya cukup sekadar tenggelam akar sahaja dan bukannya sampai habis perut serai. Serai boleh mati jika kita menanam dengan terlalu dalam menyebabkan anak serai susah nak tumbuh keluar dari benih serai. Apabila telah matang dan serai sedia untuk dituai biasanya dalam satu rumpun pasti ada batang serai yang gemuk masih muda dan batang yang kecil. Buat pengasingan serai yang gemuk dan serai yang kecil sebelum dihantar kepada pembeli. Petua menanam serai agar jangan sesekali kita mengerat rumpun daun serai sewaktu serai dalam proses pembesaran. Ada juga orang yang lebih suka mengerat daunnya supaya nampak cantik dan tidak semak. Bagaimana pun ini menyebabkan serai tumbuh melidi dan tidak gemuk kerana serai akan menggunakan tenaganya untuk kembali tumbuhkan daun. Biarkan sahaja rumpun serai membesar dan menjadi semak sehinggalah sampai masa untuk kita menuainya. Biasanya pembajaan dilakukan dengan menabur baja NPK 15:15:15 di sekeliling pangkal pokok pada kadar 40 gram sepokok. Pembajaan dilakukan 2 kali sebulan. Tanaman serai tidak memerlukan penjagaan yang rapi, dimana kawalan rumput di sekelilingnya perlu dicabut bagi mengelakkan persaingan mendapatkan makanan dan cahaya matahari. Rumput pada tanaman serai sangat mudah untuk tumbuh membiak dan pengusaha tanaman perlu melakukan aktiviti merumpai sekurang kurangnya 2 minggu sekali.


Dalam amalan agronomi tanaman serai sebaiknya dijaga  penyakit yang sering menyerang pokok serai adalah reput akar di mana bahagian batang dan akar serai akan membusuk. Masaalah ini adalah disebabkan oleh kandungan air yang banyak dipangkal pokok serai dan ia akan menyebabkan tanah di kawasan serai tersebut lembap. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan maka ini akan merosakan rumput serai tersebut. Petani perlu mencabut rumpun yang telah rosak dan mengalihkannya pada kawasan yang agak kering dan panas. Bagi kawasan berkepadatan 20,000 rumpun sehektar akan menghasilkan 25 -  30 tan metrik batang serai yang boleh dipasarkan. Proses penuaian serai dilakukan di antara tempoh masa 4 - 6 bulan bergantung kepada tahap akan tumbesaran serai. Serai akan dicabut keseluruhan rumpun dan memotong bahagian pangkal serta daunnya. Biasanya perlu di tinggalkan kira kira 10 - 15 cm bahagian batang dimana bahagian batang yang mempunyai umbisi akan dibersihkan dari kotoran tanah. Serai tersebut perlu diikat menggunakan getah dan dikumpulkan di dalam bekas besar untuk dijual kepada peraih atau pemborong. Sebagai mengira anngaran pendapatan dan kos penanaman serai seekar (0.4 hektar) dengan jarak tanaman serai 4 kaki x3 kaki mampu ditanam sebanyak 3,630 rumpun. Setiap lubang atau rumpun ditanam dengan 2 batang serai dan satu rumpun serai ini boleh menghasilkan 2kg - 3kg serai. Jika harga pasaran sekarang adalah RM2/kg maka anggaran kasar hasil sebanyak 3,600 rumpun x 2 kg x RM2 iaitu sekitar RM14,400. Kos perbelanjaan sebanyak RM4,000 dan ini menjadikan pendapatan bersih kebun serai sebanyak  RM10,000. Jika dikira untung rugi makan anggaran pendapatan bulanan penanam serai bersamaan dengan membahagikan RM 10,000.00/5 bulan iaitu sekitar RM2,000. Kalau petani menanam 10 ekar serai makan mendapat RM20,000 sebulan bersih. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM SERAI... MUDAH SAHAJA...
BENIH DIPILIH... 2 POKOK RUMPUNNYA...
SERAI DITUAI... DI IKAT SUSUNANNYA...
PENDAPATAN LUMAYAN...ANDA CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan P11D, Precint 11,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(23 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.