Sunday, May 31, 2020

KUCING - KENALI DIA

KUCING (CATS) merupakan haiwan mamalia yang sering bersama dengan manusia sebagai haiwan peliharaan (pets) diseluruh dunia. Kucing juga merupakan haiwan dengan nama santifik sebagai Felis silvestris catus daripada keluarga Felidae yang mempunyai banyak jenis dan spesis. Haiwan kucing merupakan sejenis haiwan peliharaan (pets) yang gpaling popular di bela didunia selain daipada anjing (dogs) yang diberikan layanan istimewa. Kucing merupakan haiwan karnivor kecil daripada subspesis cactus dipercayai  merupakan salah satu binatang ternakan yang paling disukai dan terkenal di Malaysia.  Walau pun penulis blog tidak suka membela kcing akan tetapi semasa dikamppong dahulu (zaman kanak-kanak dan remaja) memang ada beberapa ekor kucing yang tinggal serumah. Kawasan rumah limas di kampung didalam kawasan kebun seluas 3 ekar ini yang ditanam dengan getah dan kemudian kelapa sawit tidak dirasakan kehadiran kucing yang sentiasa berlegar-legar dikawasan kebun dan sekitar rumah. Apa pun antara kehebatan kucing masa itu adalah kehebatan mereka memburu tikus dirumah dan membunuhnya menjadikan ia adalah haiwan ternakan yang berguna. Konsep ini tidak sama dengan peminat mereka yang pelihara kucing dikawan perumahan di bandar yang tidak dijaga dengan baik sehingga kucing-kucing mereka menganggu rumah jiran-jirannya. Apa tidakmya kucing-kucing ini berak merata dikawasan rumah dan paling malang dihadapan pintu masuk rumah yang amat menjengkelkan. Keperihatinan jiran yang memiliki kucing untuk membersihkan najis sekerap mungkin juga perlu dilakukan agar bau najis yang busuk tidak menganggu jiran dan menyebabkan kehadiran lalat. Apa pun kepada mereka yang memelihara kucing dengan baik dan tidak menganggu orang lain diucapkan tahniah. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" subuh ini saya menulis sedikit nfo mengenai kucing sekadar dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Sebenarnya haiwan kucing ini ada dar jenis Kucing Liar dan Kucing Jinak (domesticated) dimana terdapat kucing yang harganya sehingga beribu-ribu ringgit. Diantara baka kucing yang mahal dan disukai ramai adalah Kucing Parsi (Sila lihat foto disebelah). Memang tidak  dapat disangkal lagi iaitu kucing parsi merupakan baka kucing yang menjadi kegemaran ramai. Kucing parsi dikenali dengan bulunya yang cantik, hidung yang agak penyet dan juga kucing yang pendiam dan penyayang. Disebabkan ciri dan karakteristiknya yang sangat kompleks dan elegen maka ia dikomersilkan dengan harga lumayan mahal dan memerlukan kaedah penjagaan kucing yang berbeza. Baka kucing ini juga memerlukan pemerhatian dan penjagaan yang terbaik sekerap yang boleh. Pendek ceritanya kalau pemiliknya pemalas sebaiknya jangan bela kucing parsi. Kucing parsi sememangnya mempunyai bulu yang sangat panjang dan lebat dimana ia memerlukan cara penjagaan yang rapi setiap hari. Jadi pemilik kucing parsi perlu memberus bulu kucing parsi dengan menggunakan berus jenis rata dengan gigi plastik. Pemilik kucing ini juga perlu menggunakan berus besi dengan gigi bulat untuk mengelakkan kecederaan pada kulit mereka yang sensitif. Apa pun dilaporkan memang banyak terdapat baka kucing domestik dimana ada yang tidak berbulu atau pun berekor, dan mereka wujud dalam pelbagai warna yang berlainan dimana ada juga yang mempunyai banyak warna diseluruh badannya. Kucing ialah haiwan pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih daripada seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga ialah haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisme ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia. 

Kelainan pada haiwan kucing adalah dimana mereka akan berhubung dengan bunyi mengiau ("ngiau" iaiti teknik khas mengeluarkan bunyi 'purrr' atau bunyi berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh hidup bersendirian atau pun juga selalunya mereka mereka sering akan membentuk satu koloni kecil. Kucing kampung (Malay Cat) yang selalunya dipelihara dikampung (termasuk yang ada dirumah penulis dahulu) seperti foto disebelah memang mudah dibela dan tidak terlalu manja kecuali mengesel kaki semasa lapar minta makanan. Kucing kampung ini psds pemerhatian penulis bloh mempunyai kriteria fizikalnya adalah berceloreng seperti jenis kucing Tabby. Telinganya pula besar dan bentuk badan yg besar terutamanya kucing jantan. Ekornya panjang serta mempunyai hujung ekor yang berbelang seakan musang atau hujungnya bengkok. Apa pun mengikut asal keturunan kucing kampung ini adalah dari baka kucing Manx (Iaitu dari Isle of Man sebuah negara oleh jajahan Koloni British di Britain). Wujudnya kucing kampung di bumi Malaysia sekarang adalah akibat daripada kucing baka Manx dibawa masuk oleh penjajah Eropah sewaktu mereka bertapak di Malaysia suatu ketika dahulu dan ia kemudian berkahwin dengan kucing-kucing tempatan secara semulajadi dan akhirnya terjadilah baka Kucing Kampung yang ada pada hari ini. Penelitian lanjut dilaporkan dimana kini didapati baka kucing kampung dari baka Manx itu sendiri dari kucing yang mempunyai bulu yg pendek serta selalunya berbelang-belang maka tidak mustahil jika baka 'Malay cats' juga boleh dijumpai dimana fizikalnya juga boleh mengikut kucing Manx yg besar serta tegap. Jika kucing kampung ini diberikan makanan khas berkhasiat tidak mustahil jika ia boleh membesar dengan baik dan bulunya menjadi baik sehingga menjadi kucing premium juga. Apa pun sebaiknya janganlah kita memandang sebelah mata kucing kampung sedia ada atau membuang di jalanan.   

Mengenai baka kucing memang tidak mudah untuk memehaminya. Ini kerana haiwan kucing daripada kumpulan Felis merupakan sebuah genus mamalia yang berkembang pesat yang berkongsi sama moyang yang sangat lama sekitar 10 - 15 juta tahun yang lalu. Kumpukan haiwan ini sebenarnya berada dalam kumpulan sama dengan haiwan menakutkan seperti Singa, Harimau, Caugar dan lain-lain lagi. Dalam keluarga ini dilaporkan dimana baka kucing domestik (Felis catus) ialah sebahagian daripada genus Felis yang merupakan kumpulan kucing kecil yang mengandungi kira-kira tujuh spesies (pengkelasan ini adalah bergantung kepada sistem klasifikasi digunakan). Apa pun akhirnya pakar membuat pengkelasan kucing ini mengikut kesesuaianya. Mereka dapati genus kucing di seluruh dunia di rangkumkan kepada jenis Kucing Hutan (Felis chaus) yang lazimnya didapati dikawasan Asia Tenggara, Kucing Liar Eropah (Felis silvestris silvestris), Kucing Liar Afrika (Felis silvestris lybica), Kucing Gunung China (Felis silvestris bieti) dan Kucing Pasir Arab (Felis silvestris margarita) serta beberapa jenis lain. Sejarah menyatakan dimana kucing domestik pertama kali yang telah diberi nama sebagai Felis catus oleh Carl Linnaeus dalam pada tahun 1758. Nama ini akhirnya disesuaikan dengan sistem penamaan baru dengan Felis silvestris catus.  Ada juga kadang-kadang baka kucing domestik ini yang juga dipanggil Felis domesticus atau Felis domestica seperti yang dicadangkan oleh saintis Jerman bernama JCP Erxleben pada tahun 1777 tetapi ianya agak jarang digunakan dalam kebanyakan jurnal penulisan. Sebenarnya terlalu banyak artikel mengenai kucing daripada aspek bakannya, warna, mekanannya, klinik penjagaan kesihatannya dan ciri serta tabiatnya. Hubungan manusia dengan kucing memang tidak dapat dinafikan sehinggakan ada pertandingan kucing cantik, pameran kucing dan pelbagai aktiviti mengenainya diadakan diseluruh dunia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agri kali ini. Wasallam!!...
NAMANYA KUCING... PELBAGAI NAMA...
BANYAK JENIS...IKUT ASAL BAKANYA...
KUCING KAMPUNG... MUDAH DIJUMPA...
KUCING MAHAL.. SUSAH HENDAK JAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(6 Syawal 1441H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2020!!..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.