Saturday, May 23, 2020

DAGING MERAH VS PUTIH - APA DIA? (Part 1)

APAKAH DIA PERBEZAAN DAGING MERAH DENGAN DAGING PUTIH?...  Kita orang Malaysia merupakan masyarakat yang dikatakan sederhana didalam memakan daging didalam menu makanan mereka. Bagaimana pun dilaporkan dimana orang Malaysia lebih banyak memakan daging putih berbanding dengan daging merah kerana kita mempunyai bekalan ayam yang melebihi permintaan setiap tahun. Sebenarnya diantara contoh daging merah termasuk Daging Lembu, Daging Kambing, Daging Kerbau, Daging Babi dan sebagainya manakala daging putih termasuklah Daging Ayam, Isi Ikan dan lain-lain. Daripada aspek penternakan lazimnya kebanyakan haiwan boleh dikategori sebagai sama ada daging merah atau daging putih. Secara asasnya memang terdapat banyak perbezaan yang penulis blog dapati diantara kedua-dua jenis daging ini secara fizikal. Ini kerana daging merah ada kepekatan myoglobin yang tinggi dimana pada darah merah dilaporkan amat tinggi kandungan bahan seperti Zinc, Riboflavin, Niacin, Thiamin, Vitamin B6, B12, Zat Besi (Iron) yang selalu ada diwar-warkan kerana kegunaannya dalam pergerakan anaerobik iaitu creatine dan sebagainya. Oleh kerana itu maka faktor kepada keperluan tenaga maka daging merah biasanya akan digunakan semasa proses membesarkan badan. Daging merah juga tinggi lemak tepu dan kolesterol jika ianya hendak dibandingkan dengan daging putih. Daging merah pula jika dimasak dengan suhu tinggi akan meningkatkan karsinogen yang mana boleh jadi penyebab masaalah kanser. Disebabkan lemak tepu yang tinggi daripada laporan saintifik maka pengambilan makanan daging merah selalunya ia dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit. Artikel pada subuh ini di bulan Ramadan saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai perbezaan diantara daging merah dengan daging putih untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua. 


Kajian menunjukkan dimana daging putih adalah jenis daging yang rendah lemak tepu dan kolesterol. Didalamnya terdapat pelbagai jenis asid amino dalam daging putih seperti apa yang terdapat pada ikan. Kebiasaannya daging putih ini akan digunakan dalam proses memotong disebabkan kurang lemak lemak tepu dan tinggi lemak yang baik. Biasanya di Malaysia daging ayam merupakan antara jenis daging yang paling murah berbanding dengan jenis ikan dan daging merah yang lain. Bekalan ayam segar di negara kita melebihi daripada keperluan Sara Diri (SSL) sehingga kita mengekaport kenegara jiran. Pengeluaran telur di Malaysia juga dilaporkan melebihi permintaan setiap tahun. Apa tidaknya kerana rakyat Malaysia adalah diantara negara yang banyak mengambil makanan fast food berasaskan daging ayam seperti hidangan Ayam Goreng KFC, Marrybrown, McDonald, Kenny Rogers, Nando's dan banyak lagi rantaian restoren ini. Hidangan masakan berasaskan daging putih seperti ayam goreng, kari ayam, gulai ayam dan sebagainya memang satu kemestian didalam kebanyakan rangkaian restoren yang menghidangkan makan tengahari. Sebut sahaja daging putih daripada ikan ianya mesti disediakan oleh kebanyakan restoren dengan hidangan seperti ikan sambal, ikan bakar, asam pedas ikan, ikan goreng, ikan masak cili api dan banyak lagi. Apa pun secara ringkasnya, kedua-dua jenis daging ini ada pro dan kontranya. Pilihlah diet yang sesuai dengan keperluan diat dan kemampuan kewangan anda sendiri didalam membeli daging.


Pada penulis blog jenis mana daging yang lebih sering semua sukai amatlah subjektif. Ia adalah satu perkara yang banyak berkait dengan gaya kehidupan (life styke), citarasa, kedudukan kewangan, lokasi tempat tinggal serta jenis makanan yang didukainya. Lazimnya menu masakan diantara jenis menggunakan daging merah atau daging putih menentukan selera seseorang. Kepada mereka yang  suka memilih daging merah atau daging putih selalunya dikatakan perdebatan hangat kerana ia dikaitkan dengan jenis daging mana yang lebih sihat untuk diambil. Penulis blog contohnya lebih suka makan sate daging berbanding dengan sate ayam kerana ia lebih lazat semasa makan dikedai sate. Walau pun dikedua jenis daging ini memang dapat dilihat perbedaan warnanya akan tetapi apakah terdapat perbezaan nyata dalam kandungan zatnya?. Mungkin timbul peroalan sebenarnya apakah daging putih lebih baik dari pada daging merah atau sebaliknya?. Kita selalu juga ditanya sama ada apakah benar daging putih lebih sihat dimakan berbanding dengan daging merah. Apa pun laporan saintifik mendapati jenis daging merah atau pun jenis daging yang terlihat memiliki warna merah akibat pigmen yang dimiliki oleh haiwan tersebut memang berlainan warnanya dari daging putih. Jenis haiwan yang berdaging merah adalah Lembu, kambing dan kerbau adalah berkaki empat dan lazimnya besar. Sedangkan bagi haiwan jenis mempunyai daging putih pula tidak mempunyai pigmen sebanyak daging merah. Daging putih ini selalunya akan dilihat lebih putih daripada haiwan seperti unggas dn ikan yang saiznya lebih kecil daripada haiwan berdaging merah. Bagaimana pun keduanya mempunyai zat permakanan terutama protin yang tinggi untuk keperluan manakan manusia. Daging putih dan merah sama-sama mempunyai kadar mineral tinggi seperti, zat besi dan zinc yang penting untuk pertumbuhan serta peningkatan unsur hemoglobin iaitu sejenis unsur penting yang berperanan mengantarkan makanan kepada sel badan. Terdapat banyak laporan medikal yang menyatakan dimana bagi orang yang suka makan daging merah mereka amat berisiko lebih besar untuk mengalami penyakit jantung masaalah serangan Koroner, stroke, Diabetes Tahap 2 dan juga serangan Penyakit Kanser. 


Kajian saintis melaporkan dimana pada dasarnya daging yang berwarna merah telah terbukti mempunyai tingkat kolesterol serta lemak tepu yang lebih tinggi dibandingkan dengan daging ayam atau ikan. Sedangkan bagi jenis daging putih iaitu seperti daging ayam dan juga ikan mempunyai banyak kandungan Asid lemak tidak tepu dan bahan Omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung serta mampu mencegah berbagai penyakit degeneratif. Begitu pun memang tidak ada larangan kepad semua untuk memakan daging merah akan tetapi mestilah mengabil pendekatan Makanan Seimbang. Apa yang penting dimana ketika mengambil makanan daging merah sebaiknya harus dalam memperhatikan bahagian (portion) dari daging yang baik dimana kurang lemak. Ini didakwa akan mampu untuk mengurangan dari penyakit jantung akibat kadar kolesterol yang melonjak tinggi. Bagaimana cara pengambilan makanan berasaskan daging merah yang sihat?. Dilaporkan cara makan daging lembu, daging kambing atau sejenisnya dimana jika lauk makan itu adalah daging merah maka amat penting daging merah hanya sedikt diambil iaitu sekitar besar setengah dari saiz tapak tangan. Digalakkan untuk memilih hanya jenis daging yang tidak berlemak atau banyak otot. Ini kerana daging merah seperti itu pasti mengandungi banyak  lemak tepu yang sangat tinggi. Bahagian daging sirloin, loin atau round adalah bahagian daging lembu yang biasanya rendah atau bebas dari lemak (Sila lihat foto disebelah). Jika ada bahan lemak yang melekat pada daging sebaiknya dibuang dahulu sebelum memasaknya atau dibakar agai ianya cair dan keluar. Ddilaporkan apabila masih ada lemak yang masih melekat di bahagian daging yang akan hendak dimakan adalah disyorkan agar daging tersebut direbus atau dipanggang terlebih dahulu agar lemak tersebut cair dan meleleh keluar. Sebaiknya pilih cara memasak yang sihat, seperti merebus, menumis, atau memanggang. Elakkan daripada masak daging dengan menggoreng kerana ia akan menyerap minyak lebih banyak lagi. Bagi mereka yang ada menderita penyakit jantung atau ingin menurunkan berat badan sebaiknya memilih daging yang berpigmen merah tersebut sebagai lauk pauk setiap kali makan bukanlah satu amalan yang baik. Makan daging unggas dan ikan masih lebih baik berbanding dengan makan daging merah. Apa pun lazimnya mengambil daging putih seperti daging ayam adalah digalakkan untuk membuang bahagian kulit yang berlemak kerana kandungan lemak tepunya sangat tinggi. Artikel ini ada dua part iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro tehnology kali ini. Wasallam!!...
DAGING MERAH... BANYAK ZATNYA...
DAGING PUTIH... AYAM CONTOHNYA...
CARA MEMASAK... AMAT PENTINGNYA...
MAKANAN SEIMBANG.. SASARANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(19 Ramadan 1441H).
STAY HOME Semasa perintah ini...Elakkan Covid19


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.