Friday, April 3, 2020

TERNAK BELANGKAS - BERNILAI TINGGI

BELANGKAS (Tachypleus gigas) daripada keluaraga  Limulidae kini bukan saja dianggap sebagai hidupan eksotik akan tetapi spesies unik ini sebenarnya sudah wujud lebih 200 juta tahun serta mendahului dinosaur dengan fosil tertua kira-kira 475 juta tahun. Haiwan ini hidup di laut dan paya air payau, malah agak unik apabila hidupan akuatik ini juga tergolong dalam kumpulan ‘arachnids’ iaitu labah-labah berikutan mempunyai sedikit persamaan pada bahagian kaki. Apa yang penulis blog tahu dimana secara fizikalnya, bentuk badannya seakan-akan topi besi digunakan tentera zaman dahulu dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam (Sila lihat foto diatas). Saiz belangkas boleh mencapai ukuran sehingga 51 sentimeter dimana ada anggotanya yang putus boleh tumbuh semula serta mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan. Maka memang tidak menjadi hairanlah jika haiwan itu sangat bernilai tinggi dalam sektor perubatan berikutan bendalir terkandung dalam badannya boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Dilaporkan dimana terkini ada produk kit antitoksin dimana ia menggunakan darah dari belangkas sudah lama dijual dan berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat. Bahan bernilai tinggi dalam badan belangkas yang menjadi rebutan pakar perubatan ketika ini adalah darah haiwan itu yang mampu mencecah harga RM22,000 seliter. Pada masa ini nilai tinggi darah berwarna biru dihasilkan spesies itu menyebabkan ia mendapat permintaan tinggi di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat. Namun untuk menghasilkan seliter darah biru belangkas sekurang-kurangnya 150 ekor diperlukan dan hanya 10 peratus darah diambil daripada setiap seekor belangkas yang dibawa ke makmal. Sebenarnya secara praktikal, darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuhnya kerana belangkas yang dilepaskan semula ke habitat asal mampu didalam menghasilkan darah berkualiti untuk digunakan semula pada masa depan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" dipaparkan bagaimana aktiviti penternakan belangkas mampu menjana pendapatan tinggi jika dilakukan dengan teknologi sesuai dan komersil untuk bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Beberapa kajian dan penyelidikkan seperti yang dijalankan oleh Pegawai Penyelidik Jabatan Perikanan Malaysia, Mohd Lazim Mohd Saif berkata, terdapat empat spesies belangkas dengan tiga daripadanya membabitkan Tachypleus tridentatus, Tachypleus gigas dan Carcinoscorpius rotundicauda hanya boleh didapati di Malaysia. Spesies belangkas Tridentatus terdapat di Asia dengan Tachypleus gigas banyak ditemui di kawasan perairan negeri ini terutama di Pontian dan Sedili. Kini didalam usaha untuk memastikan spesies berkenaan tidak pupus maka Bahagian Penyelidikan Akuakultur Air Payau, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Jabatan Perikanan Gelang Patah, Johor telah turut terbabit didalam melaksanakan kajian terhadap belangkas. Kajian setahun dengan menggunakan dana Jabatan Perikanan berjumlah RM80,000 membabitkan tempoh kajian selama setahun bermula tahun 2014. Mohd Lazim yang bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Unit Ternakan Sangkar ketika itu melaksanakan kajian bagi melihat kadar tumbesaran ‘lavae’ (peringkat anak) belangkas di dalam tangki khas yang ditempatkan di FRI Gelang Patah, Johor. Mohd Lazim berkata, idea untuk menjalankan kajian terhadap belangkas tercetus sebaik beliau dipindahkan dari FRI Rantau Abang, Terengganu ke pusat berkenaan. Dakwanya tujuan utama penyelidikan itu adalah untuk menambahkan sumber belangkas di perairan negara, apatah lagi spesies itu banyak dikeluarkan dari habitat semula jadi tanpa ada usaha pihak tertentu menambah bilangannya. Didapati belangkas bukan saja berdepan kepupusan, tetapi paling penting ia akan mengambil masa lama untuk matang dan proses bertelur selepas mencecah usia 10 tahun. Dalam tempoh sembilan tahun, belangkas akan salin kulit. Tahun ke-10 pula ia baru mencari pasangan untuk mengawan.


Dalam pada iru menyentuh mengenai kajian pernah dijalankan dimana haiwan belangkas yang ditemui di perairan negara ini berbeza dengan spesies di bahagian timur Amerika Syarikat. Dalam dunia perubatan darah belangkas digunakan sebagai petunjuk untuk memastikan ubat digunakan tulen atau asli, selain bebas virus, bakteria dan toksin. Peranannya seperti sel darah putih dan menangkap mikro organisma. Biarpun banyak kajian dijalankan, kekurangan sumber menyebabkan teknologi yang ada tidak dapat digunakan. Kini beliau yang pernah menghasilkan jurnal bertajuk ‘Populasi Belangkas di Johor: Kajian soal selidik’ berkata penyelidikan berkenaan untuk menentukan status belangkas di negeri Johor yang merangkumi pantai timur dan kawasan pantai barat. Kaedah yang digunakan adalah melalui soal selidik kepada masyarakat tempatan, nelayan dan juga berdasarkan jumlah bilangan belangkas ditangkap nelayan menggunakan pukat ketika air pasang (Sila lihat foto disebelah). Terkini dimaklumkan dimana hasil kajian asas terhadap penduduk mendapati bilangannya menurun kira-kira 50 peratus berbanding 20 tahun yang lalu di perairan Johor kecuali di kawasan Sedili, Kota Tinggi, Johor dengan jumlah tangkapan tidak pernah berubah. Usaha menternak belangkas kini diterusnkan dibeberapa lokasi termasuk di Gelang Patah, Sedeli Kota Tinggi dan di Terengganu bagi mendapatkan maklumat yang dikehendakki. 


Dalam pada itu terdapat banyak timbul pertanyaan mengenai Hukum Memakan Belangkas. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina. Hukum Memakan Daging atau Isi Belangkas dan Telurnya hasil temuan dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkannya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:  Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang. Maka sehubungan itu dan selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang berjaya menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging atau isi dan telur belangkas adalah diharuskan (HALAL). Maka kini terdapat belangkas yang dimakan dengan 4 jenis resepi popular di Malaysia. Resepi tersenut adalah Gulai Belangkas, Asam Pedas Belangkas, Sambal Pedas Belangkas dan juga Masak Lemak Cili Api Belangkas. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMA BELANGKAS... ADA DI MALAYSIA...
SELALU BERPASANGAN...ITU GAYANYA...
HUMUK HALAL... PELBAGAI RESEPINYA...
KEPADA PEMBACA ... BOLEH UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(4 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.