Saturday, April 25, 2020

PENCEGAHAN PENYAKIT MOKO PISANG (Part 2)

PENYAKIT MOKO PISANG atau lebih dkenali sebagai  Penyakit Layu Bakteria Tanaman Pisang ialah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dikenali dengan jenis Ralstonia solanacearum. Bakteria ini dilaporkan terdapat pada tanah dan ia boleh hidup pada perumah daripada 2 hingga 3 tahun. Bakteria R. solanacearum ialah bakteria gram-negatif dan ianya tumbuh secara aerobik (memerlukan udara) dan tidak menghasilkan spora. Menurut kajian oleh Stevenson (2001), pertumbuhan bakteria dalam kultur Broth ini dapat dihalang oleh larutan garam (NaCl) berkepekatan melebihi 2%. Bakteria ini bukan hanya akan menyerang pokok pisang akan tetapi memang ia juga menyerang pokok lain seperti tanaman tomato, ubi kentang, terung dan tembakau. Bakteria ini biasanya terdapat di kawasan tropika, subtropika dan beberapa kawasan beriklim sederhana didunia. Lazimnya apa yang penulis blog membuat tinjauan dilapangan, bakteria R. solanacearum  menyukai kawasan yang bersuhu tinggi dan tanah yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi. Ia juga banyak dijumpai pada kawasan tanah yang berbeza dan pada julat pH tanah yang berbagai. Menurut USDA (United States Department of Agriculture) berkenaan dengan perancangan tindakan untuk mengatasi masalah bakteria ini yang dijumpai di kawasan semaian, bakteria ini boleh dipindahkan daripada satu tempat ke tempat yang lain melalui tanah, pengairan air yang tercemar, alatan yang tidak dibersihkan secara aseptik (Pembunuhan kuman) atau barang-barang persendirian. Ia juga boleh disebarkan dengan mudah melalui pemindahan pokok dan pembenihan daripada pokok yang dijangkiti oleh bakteria ini. Selain itu, bakteria ini boleh berpindah ke pokok pisang yang lain melalui peralatan-peralatan pertanian seperti cangkul, parang, pisau dan lain-lain. Peralatan-peralatan yang digunakan keatas pokok pisang yang telah terkena penyakit akan membawa bakteria tersebut bersama-sama sekiranya tidak dibersihkan secara aseptik. Secara aseptik bermaksud dengan cara membunuh kuman samaada dipanaskan (diberikan suhu tinggi) atau dibasuh dan dibilas dengan larutan antibakteria seperti Dettol atau Clorox. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi artikel ke 5,788 saya menulis bagaimana kaedah atau teknologi pencegahan penyakit moko pisang untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda. Saya ada menulis banyak artikel mengenai pisang dan penyakit pisang dalam blog sama.


Sebagai satu langkah kawalan bagi tujuan memberikan rawatan terhadap penyakit ini petani harus memahami secara saintifik punca dan mekanisma jangkitan ini. Teknik pemahaman ini sangat perlu kerana jangkitan penyakit Moko ini sama seperti jangkitan kanser terhadap manusia. Sekiranya seorang penghidap kanser telah didiagnos pada tahap awal maka ianya boleh dirawat dan sekiranya ia telah berada pada tahap kritikal, ia tidak boleh dirawat akan tetapi jangkitan kanser tersebut boleh dicegah. Sama seperti jangkitan penyakit Moko dan ianya boleh dicegah dan boleh dirawat. Pencegahan boleh dilakukan dengan cara atau kaedah mematikan bakteria penyebab R. solanacearum didalam tanah dan mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) bagi penanaman baru pokok pisang atau setelah pokok pisang yang dijangkiti ini dimusnahkan. Rawatan pula boleh diberikan kepada pokok pisang yang dijangkiti penyakit Moko pada tahap awal dengan cara mematikan bakteria yang ada dalam tanah dan memberikan nutrien yang secukupnya kepada pokok pisang tersebut. Mematikan bakteria tidak cukup untuk mengembalikan pokok dalam keadaan baik tetapi dengan memperoleh nutrien yang secukupnya. Pokok tersebut dapat menjadi bertambah sihat dan dapat menentang penyakit. Dengan sebab inilah maka telah ada gabungan penggunaan baja IMO-PLUS dan M-ProBio yang dihasilkan oleh Provet Group of Companies Sdn Bhd. Ia didakwa mampu unutuk merawat penyakit Moko pada pisang dan hasil yang positif diperolehi hasil daripada penggunaan baja ini. Ini kerana konsep yang digunakan daripada baja tersebut seperti yang telah diterangkan dalam perenggan sebelum ini.


Semasa merujuk kepada syarikat berkaitan dan laporan dari UTM menyatakan dimana bahan IMO-PLUS ialah baja campuran yang dihasilkan sendiri oleh Syarikat tersebut. Dakwa mereka baja IMO-PLUS mengandungi berbagai-bagai nutrien yang diperlukan oleh tanaman terutamanya kandungan N, P dan K. Baja ini bukanlah hanya baja campuran semata-mata tetapi ianya dikuatkan lagi dengan kehadiran bahan pembawa iaitu satu bahan tak organik (inorganic material) yang bertindak sebagai bahan penyokong kepada nutrien-nutrien ini (support system). Biasanya dengan adanya bahan pembawa tak organik ini maka nutrien-nutrien akan dilepaskan secara perlahan-lahan kedalam tanah seterusnya diserap oleh akar tumbuhan. Bahan pembawa tidak organik ini telah terbukti secara saintifik berupaya memegang nutrien-nutrien yang dibawa bersama didalam baja dan seterusnya dilepaskan mengikut kadar tertentu atau dengan kehadiran air. Konsep ini dipanggil “Controlled Released Fertilizer System” dimana nutrien-nutrien seperti kandungan N daripada ammonia (NH4+), K daripada kalium (K+) (potassium) dan P daripada fosfat (P2O5) dan juga amaun logam surihan yang kecil seperti kalsium (Ca), mangan (Mn), ferum (Fe) dan lain-lain dipegang oleh bahan pembawa ini dan seterusnya dilepaskan dengan kehadiran air atau semasa diperlukan oleh akar. Dengan adanya bahan pembawa ini, nutrien-nutrien tidak akan hilang samaada secara larutresap dan seterusnya ke dalam air bawah tanah atau ditukarkan kepada bentuk gas akibat daripada proses yang dilakukan oleh bakteria seperti denitrifikasi. Oleh yang demikian, dengan adanya bahan pembawa ini, nutrien-nutrien akan sentiasa dibekalkan kepada pokok dan menyebabkan pokok menjadi bertambah sihat. Konsep ini sama seperti manusia yang sentiasa makan produk makanan tambahan (supplement) seperti vitamin-vitamin yang perlu atau bahan tambah makanan yang lain.


Didakwa dimana bahan M-ProBio pula adalah larutan yang mengandungi bakteria-bakteria baik yang berguna untuk tanaman dan pokok-pokok. Bakteria-bakteria ini kebanyakannya membantu dalam proses pereputan dan ianya tidak pathogenik iaitu tidak membawa penyakit kepada pokok-pokok atau tanaman. Oleh itu didalam menangani masalah penyakit Moko pada pokok pisang kini ada terdapat dua kaedah dan konsep yang penting dan berkesan iaitu kaedah pencegahan dan kaedah rawatan. Dalam kaedah pencegahan lazimnya ia bermula daripada tahap penyediaan tanah untuk penanaman pisang atau penanaman semula pisang akibat daripada serangan penyakit ini. Kaedah rawatan pula dilakukan bagi pokok yang baru menunjukkan simptom-simptom awalan penyakit Moko. Sebagai konseep pencegahan memang pihak Jabatan Pertanian mencadangkan supaya pokok-pokok pisang yang telah terkena penyakit dihapuskan secara keseluruhannya dan membiarkan tanah tersebut tanpa tanaman selama beberapa tahun. Walaupun cara ini pada amalannya mungkin berkesan dalam menangani masalah ini akan tetapi tidak pula menyatakan mengenai cara untuk membunuh bakteria R. solanacearum didalam tanah yang telah dijangkiti penyakit Moko. Bakteria ini boleh hidup dalam tanah dan berkembang biak pada masa yang lama kerana makanan yang ada mencukupi untuk pertumbuhan bakteria tersebut. Bakteria ini memerlukan udara (aerobik), sumber karbon dan nitrogen dan juga air untuk hidup. Bakteria ini akan sentiasa ada dalam tanah walaupun tiada pokok pisang ditanah tersebut. Oleh yang demikian, bakteria ini akan muncul kembali sekiranya pisang ditanam selepas 2 atau 3 tahun tanah ini dibiarkan dan masalah yang sama iaitu penyakit Moko akan menyerang pokok pisang kembali.  Artikel ini mempunyai 4 bahagian iaitu Part 1. Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca, Semuga anda mendapat info berguna  membaca artikel ini dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PENYAKIT MOKO... AMAT BAHAYA...
POKOK PISANG... DISERANGNYA...
PUNCA SERANGAN.. BAKTERIA...
MESTI KAWAL... DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist Expert,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(18 Syaaban 1441H).
DUDUK RUMAH.. PUTUSAN COVID19....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.