Thursday, April 23, 2020

PADI UNGGUL ACHEH

TANAMAN PADI (Oryza sativa) merupakan sejenis tanaman penting di negara jiran Indonesia yang mana nasi merupakan makanan ruji penting kepada penduduk yang melebihi 220 juta ramainya. Dilaporkan meskipun Indonesia adalah negara terbesar ketiga yang menghasilkan beras terbanyak di dunia akan tetapi negara ini masih tetap perlu mengimport beras hampir setiap tahun (terutama jenis beras berkualiti tinggi seperti beras premium Jasmine, Basmathi dan sebagainya). Situasi ini adalah disebabkan kerana berlaku dimana ada para petani menggunakan teknik-teknik pertanian yang tidak optimal bagi penghasilan padi maksima ditambah dengan kadar penggunaan (consumption) kadar per kapita beras yang tinggi serta jumlah penduduknya yang ramai. Dilaporkan negara Indonesia merupakan salah satu negara dimana kadar konsumsi beras per kapita yang terbesar di seluruh dunia kerana nasi merupakan makanan yang sangat popular sebagai makanan asasi. Kini kadar penggunaan beras per kapita di Indonesia mencecah sehingga hampir 150 kilogram beras seorang setahun  pada tahun 2017. Penduduk negera kita Malaysia hanya mempunyai perkapita penggunaan beras sebanyak 71.4 kg neras seorang stahun sahaja pada tahun 2015 (Sumber rujukkan: Blog Anim Agro Technology, Penggunaan Perkapita Makanan published on 28 Sept 2016). Dilaporkan juga dimana hanya negara Myanmar, Vietnam dan Bangladesh yang mana mempunyai kadar penggunaan perkapita beras yang lebih tinggi dibandingkan Indonesia.  Pengeluaran beras di Indonesia didominasi oleh sektor petani kecil dan bukan oleh perusahaan besar yang dimiliki oleh swasta atau milik negara. Para petani kecil ini ini yang terdapat diseluruh negara berpulau membekalkan (contributed) sekitar 90% daripada jumlah pengeluaran beras negara serta jumlah beras di Indonesia. Setiap petani itu memiliki keluasan sawah purata kurang dari 0.8 hektar. Dari laporan dinyatakan pada tahun 2017 sebanyak 81.1 juta metrik tan beras dihasilkan dan ia terus meningkat pada tahun 2018 sebanyak 83 juta metrik tan. Dari jumlah hasil yang dikeluarkan tersebut dimana pada tahun 2017 terdapat lima provinsi di Indonesia dengan jumlah penghasilan padi tertinggi iaitu antaranya Jawa Timur, Jawa Barat, Jawa Tengah, Sulawesi Selatan dan Sumatera Utara. Selain daripada tanahnya yang subur, pengurusan tanaman padi yang baik dilaporkan penggunaan varieti padi terpilih dan unggul menyebabkan pengeluaran padi Indonesia terus meningkat saban tahun. Artikel kali ini sempena larangan pergerakan PKP oleh pandemik Covid19 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai padi lokal dari Aceh yang dilaporkan berkualiti tinggi didalam menyumbangkan kepda keperluan makanan asasi tempatan sebagai bahan rujukkan semua pembaca.

Dalam satu artikel tempatan negara jiran dan rujukkan daripada facebook bertajuk 'Padi Lokal Aceh Hasil Pemuliaan Lebih Unggul dari Varietas Nasional' amat sesuai dijadikan bahan perbincangan kali ini. Laporan dari Banda Aceh ini hasil penyelidikan oleh pihak  Pusat Riset Padi Aceh, Lembaga Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat (LPPM). Badan ini dengan kerjasama dengan Dinas Pertanian dan Perkebunan Aceh (Semacam Jabatan Pertanian di Malaysia) melakukan penyelidikan tentang varieti padi lokal Aceh sejak tahun 2018. Menurut Ketua LPPM Unsyiah dikenali dengan nama Dr Taufik Fuadi Abdin SSi MTech telah mendakwa dimana hasil penyelidikan berjaya menunjukkan bahawa hasil pemuliaan varieti padi lokal Aceh seperti varieti Sanbei (Sambay Simeulue) dan varieti Sigupai lebih unggul dibandingkan va­rieti unggul nasional seperti Ciherang dan Inpari 32. Penyelidikan ini telah dijalankan bertujuan untuk mengeksplorasi varieti padi lokal Aceh untuk dilestarikan dan dikembangkan bagi membantu menjaga keperluan bahan makanan serta meningkatkan kesejahteraan petani sama ada petani di Aceh mahu­ pun semua petani di Indonesia. Ini juga sekaligus disediakan bagi menghadapi masaalah alam akibat perubahan iklim seperti kekeringan dan banjir yang menjadi penyebab utamaa akan kegagalan untuk menuai (panen) pada para petani. Salah satu strategi yang dilakukan adalah dengan menambahbaik (pemuliaan) tanaman padi lokal Aceh yang mana ia akan menghasil­kan varieti unggul baru yang lebih resilient atau toleran terhadap serangan penyakit dan perosak padi.  


Penyelidikan ini bermula pada tahun 2012 (7 tahun yang lalu) dimana ia telah menghasilkan 538 galur keturunan iaitu galur baru padi lokal Aceh. Hasil daripada proses pemilihan (selection) itu selama lima tahun (2013-2017) mereka telah berjaya menghasilkan sebanyak 15 galur terbaik yang mana didakwa sangat adaptif terhadap cekaman biotik (tahan serangan patogen penyakit) mahupun abiotik (tahan kering dan suhu tinggi), berpenghasilan tinggi dan disyorkan untuk dikomersilkan. Seterusnya dilaporkan dimana sejak tahun 2018 hingga 2019 mereka telah berjaya menghasilkan dan mengembangkan galur-galur unggul baru dalam rangka pelepasan calon-calon varieti unggul baru. Bagi tujuan untuk pelepasan varieti tersebut pihak LLPM Unsyiah telah bekerjasama dengan banyak lembaga seperti Dinas Pertanian dan Perkebunan BPTP-Aceh, BB Padi di Subang, BATAN di Jakarta, BPTP-Bali, dan BB Biogen di Bogor. Ini juga bertujuan untuk mengadakan ujian adaptasi (Local Vriety Trial - LVT) adan MLVT(Multi local variety trial) secara nasional sama ada dialukan di Provinsi Aceh, Jawa Barat, Jawa Timur dan Bali. Hasil penyelidijan LVT dan MVT termasuk yang dibuat di Aceh Besar dan Bireuen berjaya menunjukkan bahwa meraka ber­hasil mencipta varieti padi yang umurnya sangat cepat berhasil iaitu Galur UA-1 yang  berumur 97 hari setelah tanam untuk dituai walau pun dilaporkan varieti induknya Sigupai dituai dalam masa selama umur 136 HST. 


Dalam laporan jurnal lain dan facbook mereka dilaporkan sebenarnya pihak  LPPM dengan Dinas Pertanian dan Perkebunan Aceh melakukan penyelidikan tentang varieti padi lokal Aceh sejak tahun 2018. Hasil penyelidikan ada menunjukkan bahawa hasil pemuliaan varieti padi lokal Aceh seperti Sanbei (Sambay Simeulue) dan Sigupai lebih unggul dibandingkan va­rietas unggul nasional seperti Ciherang dan Inpari 32 (Sila lihat foto disebelah). Penyelidikan ini dilakukan untuk mengeksplorasi varieti padi lokal Aceh sesuai untuk digunakan dan boleh dilestarikan serta dikembangkan bagi membantu menjaga kecukupan bahan makanan serta berjaya meningkatkan pendapatan petani sama ada mereka berada di Aceh atau pun diseluruh Indonesia.  Penyelidikan berjaya menemukan dimana galur-galur padi mutan didapati mempunyai potensi lebih baik prestasinya dibandingkan dengan varieti in­duknya. Dilaporkan dimana hasilnya meningkat dari 5.1 tan/ha kepada sebanyak 9.3 tan/ha (bagi varieti US-2). Ini telah menunjukkan dimana padi hasil mutasi dengan irradiasi sinar gamma dan inbridisasi telah berjaya untuk memperbaiki ciri dan karakter agronomi penting dari padi varieti lokal Aceh. Kini dilaporkan hasil kajian dengan caramulti lokasi (MLVT) secara nasional dijangka akan lebih berjaya kelak. Ini dijalankan di beberapa lokasi strtegik seperti di Aceh Barat Daya, Aceh Besar, Pidie, Bire­un, Malang, Blitar, Jember, dan Bali. Pada awal tahun 2020 (Januari-Mei) dan kajian ini akan dilakukan juga di Jawa Barat. Dijangka varieti unggul baru daripada padi lokal Aceh dapat dilancarkan oleh Menteri Pertanian Indonesia pada akhir tahun 2020, atau awal tahun 2021. Mereka juga sedang me­rintis kerjasama dengan Jepun (Kobe University dan Hyogo Perfecture) untuk mendapatkan kehebatan penyelidikan padi lokal Aceh dimasa terdekat. Malaysia patut mengintai varieti padi ini yang dilaporkan sesuai juga ditanam di b=negara kita untuk meningkatkan pengeluaran padi negara. Semuga sema pembaca anim agro technology kali ini mendapat info berguna. Wasallam!!...
 GALUR PADI ACEH... LOKAL ASASNYA...
DIBUAT KAJIAN... CARA BIAKBAKA...
HASILNYA BAIK... TINGGI HASILNYA...
SEMUGA BERJAYA... TAHNIAH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(28 Syaaban 1441H).
STAY HOME... Elakkan Viris Covid19...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.