Sunday, April 19, 2020

KERBAU - HEBAT DI INDONESIA

KERBAU (Bubalus bubalis) ialah binatang yang termasuk keluarga keluarga Bovidae yang 95% keujudannya adalah di Asia termasuk di Malaysia. Kerbau liar (Water buffalo) masih dapat ditemui di Malaysia ,Pakistan, India, Bangladesh, Nepal, Bhutan,Vietnam, China, Filipina, Taiwan, Indonesia dan Thailand. Kebanyakan kita akan membayangkan bahawa kerbau adalah binatang yang sukakan tempat berlumpur dan berair seperti kawasan sawah dan paya untuk mereka berkubang. Kerbau di Malaysia dan Indonesia serta negara jiran lain sejah zaman dahulu digunakan didalam aktiviti membajak sawah padi atau menenggala tanah. Alat tenggala akan diikat pada badan kerbau yang menariknya dengan gagah. Bagaimana pun teknologi ini telah ditukar dengan penggunaan jentera bajak sawah yang lebih cekap, cepat dan hasil menyedia kawasan sawah dengan lebih baik. Bagaimana nasib kerbau selepas era membajak sawah amat terkesan apabila populasi kerbau di negara kita amat berkurang sekali. Daripada rujukkan saya dengan laporan statistik Kementerian Pertanian, hanya sebanyak 2,468 ekor kerbau yang didaftarkan dengan Jabatan Veterinar Malaysia berbanding dengan di Indonesia yang angkanya jutaan ekor terutama di Kabupaten Toraraja .Sebahagian kerbau liar kini berkurangan dimana masa akan datang tidak akan ada lagi populasi kerbau liar yang dapat ditemui. Seekor kerbau jinak dewasa dapat memiliki berat sekitar 300 kg hingga 600 kg tetapi kerbau liar betina dapat mencapai berat hingga 800 kg dan kerbau liar jantan dapat mencapai berat hingga 1,200 kg. Berat purata kerbau jantan adalah 900 kg dengan tinggi purata di bahagian bahu kerbau ialah 1.7 m. Salah satu ciri yang membezakan kerbau liar dengan kerbau jinak adalah kerbau jinak memiliki perut yang bulat. Kerbau adalah dari jenis Bubalus bubalis dengan tiga subspesies iaitu Kerbau Sungai (B. bubalis bubalis) yang berasal dari Asia Selatan, Kerbau Rawa (B. bubalis carabanesis) yang berasal dari Asia Tenggara dan Kerbau Liar (B. bubalis arnee). Kini saya amat jarang dapat makan daging kerbau tidak seperti ketika bertugas di Melaka sekitar awal 1980'an dimana ketika menghadiri kenduri perkahwinan di sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah mereka sering hidangkan daging kerbau. Daging kerbau mempunyai tekstur hampir sama dengan daging lembu cuma berbeza dari segi warna daging, tahap kelembutan dan juga ira daging yang kasar sedikit. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai ternakan haiwan kerbau dan beberapa testimoni akhbar mengenai kerbau untuk bahan bacaan dan rujukan anda semua

Tahukah anda bahawa pasar kerbau terbesar di dunia ternyata berada di Indonesia?. Pasar kerbau yang berada di Toraja Utara, Sumatra menjadikan akan prospek perdagangan ternakan kerbau sangat berpotensi untuk dikembangkan di kedua Kabupaten dimana ianya adalah berkait dengan keperluan ternakan kerbau yang memberikan pulangan lumayan tinggi. Penternakn kerbau dikalangan masyarakay Toraraja bukanlah hal yang harus dihindari lagi kerana ia telah libatkan perdagangan ternak kerbau yang menjadi kebudayaan nasyarakat. Disini ada sistem jualbeli kerbau dimana masyarakat tempatan akan melakukan penjualan dan pembelian kerbau dengan jumlah bilangan kerbau yang banyak sehingga beribu ekor terletak di Pasar Tedong ini ialah Kabupaten Tana Toraja, Mamasa, Luwu Utara, Sumatra. Terdapat banyak spesis kerbau yang diniagakan disini dalam keadaan sihat dengan pelbagai harga daripadaKerbau Balaau berwarna putih kepada Kerbau Bunga dan pelbagai spesis lainnya. Pasar Kerbau atau panggilan tempatan sebagai 'Pasa’ Tedong' ini merupakan satu tarikan pelancong yang meminati untuk melihatnya. Tedong adalah nama tempatan bagi kerbai di Toraraja. Kerbau bagi masyarakat disini amat penting bagi majlis kesyukuran, perkahwinan dan kematian dimana darjat seseorang itu dikira daripada berapa ekor kerbau yang mereka miliki. Pasar kerbau terbesar didunia dahuku dilakukan satu kali dalam seminggu tetapi kini pasar kerbau dibuka dua kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Sabtu.

Tahukah anda kalau kini dilaporkan negara Indonesia belum mampu memenuhi kebutuhan daging merah dalam negera dan bekalan untuk daging merah didominasi oleh daging lembu. Berdasarkan data Kementerian Pertanian Indonesia (BPS) dilaporkan pada 2019 dimana populasi lembu pedaging di Indonesia adalah sebanyak 17 juta ekor dimana ini mampu untuk memberikan sebanyak 496.3 ribu tan setahun. Pengeluaran tersebut hanya dapat memenuhi unjuran keperluan daging nasional sekitar 62.6% yang berjumlah sebanyak 686 ribu metrik tan. Defisit keperluan daging ini akan diperolehi melalui pengimportan dari luar negara. Pada tahun 2016 kerajaan Indonesia telah mula membuka kebenaran untuk import daging kerbau dari India. Perkara ini bukan bermakna Indonesia tidak mempunyai sumber pengeluaran kerbau yang berpotensi untuk dikembangkan tetapii perlukan kaedah penternakan lebih baik. Berdasarkan data Statistik Peternakan 2017 pula dilaporkan populasi kerbau (Bubalus bubalis) di negara Indonesia sebanyak 1.4 juta ekor yang mampu menghasilkan sebanyak 531.8 metrik tan setahun. Angka tersebut menunjukkan bahawa negara Indonesia mempunyai sumber penternakan kerbau yang sangat tinggi potensinya untuk dikembangkan dalam mendukung akan keperluan dan kecukupan daging di Indonesia.

Dalam pada itu berdasarkan tempat hidupnya di Indonesia ternakan kerbau dibahagi kepada dua jenis iaitu Kerbau Rawa atau Kerbau Lumpur (Swamp buffalo) yang dikenali juga sebagai kerbau untuk si sembelih dan juga jenis Kerbau Sungai (Riverine buffalo) sebagai kerbau untuk diperah susunya. Menurut laporan Kementerian Pertanian mereka jumlah populasi kerbau sungai atau kerbau perah susu hanya dijumpai di Sumatera Utara yang berjumah sekitar 5,000 ekor. Bagi jenis Kerbau Rawa atau Kerbau Lumpur pula dilaporkan terdapat diseluruh Indonesia dengan jumlah populasi sekitar 1.4 juta ekor yang bertumpu terutama di Nusa Tenggara Timur, Nusa Tenggara Barat, Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Jawa Barat, Banten, Jawa Tengah dan Sulawesi Selatan. Apa pun dilaporkan ternakan kerbau dapat dikategorikan sebagai aktiviti penternakan yang banyak fungsi. Kerbau kini merupakan ternakan untuk menghasilkan daging merah segar disebabkan kerbau mempunyai kemampuan ttinggi dalam permakanannya untuk jadi daging serta jumlah hasil karkasnya besar (carcas). Selain itu kerbau juga merupakan haiwan ternakan yang mempunyai kemampuan baik dalam menghasilkan susu. Bukan lagi menjadi rahasia umum dimanba haiwan kerbau selalu digunakan tenaganya. Kerbau menjadi alat penting sektor pertanian masyarakat desa seperti bagi tujuan membajak sawah (terutama bagi tanag berkontour dan bercerun), mengangkut barang hasil dan juga kerja lain selain najisnya menyuburkan tanah. Bukan itu saja kerana terdapat di beberapa daerah di Indonesia menjadikan kerbau sebagai ternakan penting bagi sistem adat. Salah satunya di Toraja, Sulawesi Selatan dimana haiwan kerbau menjadi ternak persembahan dalam upacara adat sehingga harganya mampu menjadi tersangat mahal. Selain kerbau itu mempunyai banyak fungsi, kerbau juga merupakan ternakan yang sangat baik dari segi adaptasinya. Kerbau dapat hidup dengan baik walaupun dalam keadaan persekitaran yang kurang baik seperti ditanah berlumpur. 

Pakar haiwan menyatakan dimana haiwan kerbau memiliki keistimewaan tersendiri dibandingkan haiwan lembu mampu bertahan hidup dalam kawasan yang relatif sukar terutama dalam hal ketersediaan dan kualiti bahan makanan. Sebenarnya dilaporkan iaitu kerbau juga mempunyai mekanismanya yang tersendiri dalam memepertahankan suhu badan iaitu dengan amalan biasa iaitu cara berkubangKeistimewaan kerbau selanjutnya adalah keunggulannya dalam perkara seperti hal konversi makanannya (food conversion rate) kerana haiwan kerbau mampu menukarkan bahan makanan rumput dan sebagainya kepada tenaga dan sebagainya dengan kualiti rendah namun produksi yang dihasilkan tetap optima. Haiwan Kerbau juga dapat bertahan dengan ketersediaan dan kualiti makanan dipserskitaran yang kurang baik. Perkara ini memang diketahui dimana kerbau ada ciri kemampuan yang dapat mencerna serat kasar lebih baik dibandingkan ternakan jenis lain. Dari pparan diatas memang boleh dikatakan bahwa kerbau merupakan haiwan ternakan yang istimewa dengan banyak keunggulan tersendiiri. Apa pun dilaporkan negara Indonesia masih belum melihat dan membuat program yang khusus jelas untuk pembangunan ternakan kerbau di Indonesia. Terkini aktiviti petenakan kerbau hanya bersifat tradisional dengan sistem atau pun cara pemeliharaan yang ekstensif dengan hanya bergantung pada hasil semulajadi masyarakat. Berdasarkan teknik untuk cara pemeliharaannya dilaporkan aktiviti penternakan kerbau di Indonesia belum memperhatikan aspek keuntungan yang lebih komersil. Para peternak masih mengendalikan aktiviti mereka melalui ketersediaan bahan makanan ragutan kerbau secara semulajadi. Peternak masih ramai yang belum menerapkan sistem intensif penternakan kerbau dimana ada keperluan bahan ragutan khusus dan penternakan yang klebih bercirikan komersil. Penternakan kerbau memang sangat berpotensi di Indonesia sebagai ternakan yang cukup unik dan perlu diperhebatkan lagi dimasa akan datang. Semuga artikel ini member info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
 TERNAKAN KERBAU.. DI INDONESIA...
JUMLAHNYA BANYAK... ADA 1.4 JUTA...
PALING HEBAT.. DI KAWASAN TORARAJA...
KERBAU BERPOTENSI... BANYAK GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(22 Syaaban 1441H).
STAY HOME... HARI KE32 PKP ELAKKAN COVID19...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.