Wednesday, April 8, 2020

HEBATNYA BUAH DAN BIJI BETIK (Part 3)

BUAH DAN BIJI BETIK (Carica papaya) merupakan sejenis buah yang popular dan komersil serta berkhasiat dimakan oleh manusia semenjah dahulu. Saya telah banyak menulis artikel mengenai betik didalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan. Sebenarnya buah betik mempunyai kelebihan dari segi perubatan sejak zaman kuno lagi dimana ia bukan sahaja merupakan antara buah yang mudah untuk ianya dihadamkan akan tetapi ia juga membantu dalam proses pencernaan. Buah betik masak juga dikatakan mampu bertindak sebagai tonik yang baik bagi pembesaran kanak-kanak, untuk wanita hamil dan juga ibu yang menyusui bayi mereka. Agak teruja juga bila dapat tahu buah betik juga mempunyai banyak manfaatnya yang tersendri lebih-lebih lagi ia membantu dalam menurunkan berat badan. Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Di Malaysia terdapat seluas 3,267 hektar tanaman betik dengan penghasilan sebanyak 88,840 metrik tan pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statostik Tanaman, Jabatan Pertaanian Malaysia 2018). Antara negeri yang luas menanam betik adalah Negeri Johor (1,498 hektar dengan hasil 48,277 metrik tan) diikuti dengan Negeri Pahang (522 hektar berhasil 13,468 metrik tan) dan Negeri Perak (277 hektar) pada tahun 2018. Berkemungkinan memang tidak ramai kalangan orangramai yang tahu bahawa biji betik yang biasa kita buang ternyata mempunyai pelbagai manfaat. Artikel tengahari ini semasa patuhi Perintah Larangan Pergerakan (PKP) diirumah akibat Covid-19 saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai hebatnya buah dan biji betik untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Buah betik yang selalunya dimakan segar memang enak dan memberikan khasiat yang baik. Salah-satunya adalah dapat membantu menyingkirkan racun-racun yang terkumpul di dalam usus dan hati kita. Penulis blog telah banyak membuat tinjauan kekebun tanaman betik diseluruh negara dimana mendapat ivarieti Betik Sekaki antara yang paling popular ditanam (Sila lihat foto disebelah). Betik Sekaki memberikan buah yang besar, isi yang manis, warna yang menarik dan hasil yang banyak untuk pasaran domestik dan eksport. Selain itu betik Eksotika dan Betik Subang juga ada ditanam dibeberapa lokasi untuk pasaran domestik. Berbalik kepada beberapa laporan kajian mengenai buah betik, didakwa dimana racun boleh terkumpul sehingga seberat 8 kilogram dalam usus kita. Ekstrak biji betik mampu melindungi buah pinggang dari racun yang menjadi masalah buah pinggang gagal berfungsi. Biji betik juga mampu membunuh parasit dalam sistem pencernaan. Ini teruji dalam kajian mengenai jus biji buah betik uyang disediakan dan secara signifikan dapat menurunkan kadar Kolesterol dan LDL (lipoprotein ketumpatan rendah). Bahan iini juga dapat meningkatkan kadar HDL. Ekstrak biji betik ini mempunyai kandungan Alkaloid, Flavonoid, Tanin, Saponin anthraquinones dan Anthocyanosides. Didakwa biji betik juga mengandungi zat anti-kolesterol yang hebat di samping mempunyai kesan hipolipidemia dan bermanfaat sebagai antioksidan dalam darah. Kesan hipolipidemia ini sangat berguna sebagai terapi alternatif hiperlipidemia yang hadir dalam lemak sayuran atau kolesterol dalam jumlah terlalu tinggi.


Kehebatan bbuah betik ke 18 dimana ia mampu mencegah penyakit hempedu.  Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, iaitu dua kali ganda kandungan vitamin C di dalam buah limau, betik juga boleh mencegah penyakit yang mendera kandung hempedu. Ini merupakan hasil kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih daripada 13 ribu orang. Setelah menganalisis kadar darah sukarelawan, para pengkaji mendapati bahawa mereka yang mempunyai kadar vitamin C yang rendah, akan mengalami risiko menderita penyakit kandung hempedu yang tinggi. Walaupun sumber vitamin C boleh didapati daripada pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (±280 gram) mengandungi 88 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini ialah jumlah yang amat besar. Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki, oleh itu amalan makan betik amat baik untuk kaum wanita. Khasiat ke 19 dimana buah betik mampu dalam mengurangkan keradanganBetik dilapor mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik iaitu termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan. Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.


Kehebatan betik yang ke 20 dimana ia didakwa mampu untuk membantu peredaran haid yang teratur. Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur. Seterusnya yang ke 21 adalah keupayaan biji betik didalam merawat sirosis hatiBiji betik pula dikatakan amat bernilai tinggi dalam merawat sirosis hati yang disebabkan oleh alkoholisme, kekurangan zat dan pelbagai sebab lain. Satu sudu jus biji betik yang dikisar dan dicampurkan dengan 10 titis jus limau dikatakan boleh diambil sekali atau dua kali sehari selama kira-kira sebulan sebagai ubat bagi penyakit ini. Kehebatan seterusnya adalah jus betik didakwa mampu untuk merawat penyakit tekak. Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain (Sila lihat foto disebelah). Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak. Akhir sekali ke 23 kehebatan betik dimana ia didakwa menjadi penawar masalah limpa.  Buah betik masak pula dikatakan amat berguna dalam merawat masalah limpa yang mengalami pembesaran. Buah yang telah dibuang kulit dipotong dan direndam di dalam cuka selama seminggu. Kira-kira 20g betik yang telah dijeruk ini, boleh diambil dua kali sehari bagi merawat masalah ini. Hirisan buah betik yang telah dicampurkan dengan biji jintan putih dan lada hitam pula dikatakan elok dimakan sekali sehari untuk merawat pembesaran limpa yang disebabkan penyakit malaria.


Bagaimanakah hendak menyediakan jus biji betik yang enak dan kita suka meminumnya?. Berikut saya sertakan satu resepi (banyak lagi resepi yang ada) untuk dijadikan bahan bacaan anda.  Resepi Jus Biji Betik boleh disediakan dengan 2 cara penyediaan. Kaedah pertama dimana ambil buah bersama biji betik dan kemudian ia perlu dikisar bersama dengan sedikit air dan disajikan seperti kita membuat jus (Campurkan sekali isii betik dengan bijinya tidak dibuang). Ia memang enak diminum. Cara kedua pula adalah dengan mengeringkan biji betik dimana ia kemudian kisar menjadi serbuk. Sebaiknya di uci biji betik dulu dan kemudian ia dijemur 2 hingga 3 hari. Kemudian setelah kering maka ia boleh kisar atau tumbuk biji betik tersebut hingga jadi serbuk. Sebaiknya serbuk ditapis dahulu dengan penapis yang paling halus. Kemudian serbuk ini dibancuh dengan air panas sama seperti membancuh kopi. Biasanya boleh ambil satu sudu teh serbuk dan campur dengan satu gelas air hangat. Boleh dicampurkan dengan madu atau sedikit gula agar rasanya lebih nikmat. Jika ada yang agak sukar untuk minum dengan cara di atas penulis blog syorkan agar boleh dicampurkan serbuk biji betik tersebut dangan buah betik dan minum 1 hingga 2 gelas jus ini setiap hari. Kesannya ia dapat menurunkan berat badan dan paras kolesterol dalam darah. Artikel ini mempunyai dua bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dimana anda boleh membacanya. Semuga anda mendapat info berguna membaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK BETIK... SENANG TANAMNYA...
BUAH BETIK... BANYAK KHASIANYA...
BIJI BETIK... AJAIB KEGUNAANNYA...
BUAH TEMPATAN... MAKAN SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(4 Syaaban 1441H)
STAY HOME...STAY AWAY FROM COVID-19!.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.