Thursday, April 30, 2020

BERMAIN DENGAN KAKTUS

TUMBUHAN KAKTUS (Cactus Plant) merupakan sejenis pokok atau tumbuhan daripada famili Cacta­ceae berasal dari Benua Amerika. Tumbuhan ini adalah berbatang hijau, berisi, dan berduri yang biasanya banyak terdapat di kawasan panas dan kering. Hampir semua tumbuhan batang berduri adalah kaktus termasuk pokok Buah naga (Pitaya). Kaktus telah berevolusi bermula dari jenis primitif yang hampir seakan bunga mawar sehinggalah ke yang berbentuk globe dan lajur seperti yang dikenali sekarang. Terdapat pelbagai jenis kaktus di dunia walau pun dari segi ciri-ciri hampir dikatakan berkongsi yang sama atau hampir sama seperti berduri, batang berair, hidup di kawasan berpasir dan kering dan menerima seratus peratus pancaran cahaya matahari. Tumbuhan Kaktus telah mampu untuk mengubahsuai daun mereka menjadi bentuk duri bagi mengurangkan proses transpirasi (kekeringan) terutama dikawasan yang arid. Apa yang perlu diketahui dimana kaktus adalah salah satu tumbuhan yang boleh hidup di tempat yang kering dengan sedikit air disebabkan tumbuhan kaktus mempunyai tahap kemampuan bertahan hidup dipersekitaran panas dan kering. Ia mampu menyesuaikan tempat kehidupannya dimana ia salah satu tumbuhan yang mamu hidup dikawasan gurun dan padang pasir. Sebenarnya kaktus lebih mudah dikawasan lembab dab -anas seperti di negara kita Malaysia. Bagaimana pun terkini tumbuhan kaktus telah dikomersilkan dan dijadikan tanaman hiasan (ornamental plants) yang mempunyai pasaran yang besar. Di Malaysia tanaman kaktus di jual di beberapa bnurseri dan pasar malam selain daripada premis beli belah sebagai tanaman hiasan menarik (Sila lihat foto diatas). Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan bagaimana kalau hendak bermain dengan tumbuhan kaktus yang berduri untuk bahan bacaan dan rujukkan.

Umum tahu walaupun kaktus adalah pokk berduri akan tetapi penulis blog dapati masih ramai yang menjadikan pokok ini  sebagai tumbuhan penyeri taman dan juga hiasan dalaman rumah (Sila lihat foto disebelah). Ia tumbuhan yang tahan lasak serta mudah dijaga. Bentuk fizikalnya yang unik menjadikan ia tumbuhan yang sesuai untuk memenuhi 'landskap' di dalam kediaman. Bagaimana pun seseorang yang ada hobi menanamnya mesti mempunyai ilmu dan beberapa tip untuk menjaga kaktus terutama jika ingin menjadikan hiasan dalaman dirumah. Kaktus telah menjadi salah satu tumbuhan hiasan yang cukup diminati masa kini. Selain penjagaannya yang mudah kin idi antara sebab ia diminati adalah kerana reka bentuknya yang unik dan kesegaran rona hijau pada tumbuhan itu seringkali memikat pandangan. kaktus merupakan jenis tanaman sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja. Ini kerana bagi mereka yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk menyiram tanaman setiap hari maka pokok kaktus dilihat sebagai salah satu pilihan yang boleh menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana tumbuhan ini bisa hidup dengan kadar air yang sedikit dan tahan lasak. Selain tanah kaktus juga sesuai ditanam dengam campuran pasir dan sedikit tanah.

Dalam pada itu untuk pertumbuhan yang sempurna tumbuhan kaktus haruslah diberikan penjagaan yang betul. Jika tidak ia mungkin menghilangkan daya tarikan pada tumbuhan ini dan seterusnya akan mati. Antara perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah mendapat pencahayaan yang secukupnya, kadar penyiraman yang betul dan menggunakan baja yang sesuai. Bagi mereka yang mengusahakan homestay pada penulis blog dapati dimana ia adalah tanaman terbaik untuk tujuan menghiasi dan memberikan kehijauan di dalam rumah kerana aspek penjagaannya yang minimal dan ekonomi. Ia juga bukan sekadar tumbuhan yang senang dijaga tetapi cantik serta boleh menaikkan seri dalaman rumah. Antara beberapa tips untuk menjaga tumbuhan kaktus dibicarakan kali ini. Paling asas adalah anda perlu tahu dimana kaktus memerlukan cahaya matahari secara langsung dan mesti mencukupi untuk proses tumbesaran yang lebih baik. Selain itu sentiasa mengurangkan air pada tanaman atau seelok-eloknya kadar penyiraman dilakukan hanya sekali seminggu. Ia untuk pastikan berlakunya penyediakan ruang aliran air dalam tanah. Lebihan air akan menyebabkan akar kaktus cepat reput selain menyebabkan ia cepat mati. Pokok kaktus juga mesti ditanam menggunakan tanah campuran atau campuran kompos, tanah pasir dan batu kecil atau pecahan kecil batu daripada tanah liat. Baja yang sesuai untuk tanaman kaktus adalah sama ada jenis baja sebatian, baja campuran, atau baja organik, yang mengandungi unsur nitrogen rendah sebagai contoh seperti baja sebatian NPK 12:12:17:2 atau baja organik NPK 5:5:5 (rujuk dengan penjual/kedai tanaman). Semua semburan baja ini mesti dilakukan hanya sekali untuk tempoh dua minggu sahaja. Kekerapan membaja juga boleh memusnahkan kecantikan kaktus terutama daripada jenis berdaun lembut. 

Dalam membuat tinjauan mengenai tanaman hiasan kaktus terjumpa artikel My Metro bertajuk "'Bermain' dengan kaktus" yang sesuai dijadikan bahan rujukkan. Akhbat tersebut nyatakan dimana sejenis tumbuhan  primitif yang mengalami evolusi ini mempunyai penggemar tersendiri berikutan keunikan ciri fizikal dan penjagaannya dikategorikan cukup mudah. Ia juga berasal daripada keluarga Cactaceae yang mempunyai 127 genera dengan kira-kira 1,750 jenis spesies berbeza, kaktus sememangnya sinonim sebagai tumbuhan berduri yang berfungsi membantu mencegah kehilangan air di habitat bercuaca kering. Namun terdapat juga kategori kaktus tidak mempunyai ciri berduri, yang dipanggil sukulen dan kian popular penggunaannya sebagai flora hiasan bagi kediaman, pejabat mahupun kafe hipster hari ini. Bagi pencinta kaktus, Fardahila Omar, tanaman kaktus sememangnya tampak mudah dan hanya memerlukan kuantiti air sedikit (Sila lihat foto disebelah). Atau lebih tepat, penyiraman dilakukan hanya sekali bagi tempoh satu minggu. Salah satu kaedah menjadikan kaktus ini menarik adalah dengan membuat olahan seperti terarium terbuka sesuai dijadikan hadiah.

Peminat kaktus ini mula berjinak-jinak dengan tanaman kaktus sejak dua tahun lalu bagi mengisi masa lapang, selain menambah kemahiran menanam pokok yang sememangnya bukan kepandaian dia. Kaktus dikategorikan tanaman yang paling mudah untuk dijaga. Akan tetapi mengikut pengalaman peminat kaktus lazimnya pokok kaktus memiliki sensitiviti tersendiri dan kegagalan memahami ‘sifat’ itu boleh membuatkan tumbuhan ini mati. Apa pun seperti yang sedia maklum, pokok kaktus tidak memerlukan air yang banyak. Ini kerana batangnya mampu menyimpan air bersesuaian dengan habitat semula jadi kaktus memerlukan cahaya matahari yang banyak. Aktiviti penyiraman yang kerap dan banyak boleh mengakibatkan kaktus mati apabila batangnya menjadi lembik dan jadi kehitaman, seterusnya merosakkan akar. Selain daripada kaedah penyiraman, kaktus juga sensitif dengan campuran tanah digunakan. Kaktus hidup di tanah yang poros dan tidak menakung air seperti pasir. Salah satu perkara mengenai kaktus yang perlu diketaui adalah dimana tanaman kaktus perlukan aktiviti  menukar tanah pokok yang dibeli di nurseri kepada campuran tanah baru. 

Campuran tanah yang sesuai adalah bahan pasir, batuan kecil, tanah hitam (mengandungi sabut kelapa dan sekam padi), perlite (lava gunung berapi yang diproses) dan tambahan, baja lepas lambat ‘osmocote’. Aktiviti menukar tanah tanaman kaktus dilakukan sebaik ia dibeli sama ada di nurseri mahupun dalam talian demi memastikan kaktus berkenaan menerima zat baru bagi proses pembesaran. Ini antara panduan campuran tanah kaktus bagi saiz medium. Saya menggunakan dua skup tanah, satu skup per lite, pasir, batu lava dan baja. Bahan ini perlu digaul dan sifatnya perlu poros. Campuran tanah poros ini dimasukkan ke dalam pasu, diikuti proses penanaman kaktus. Lagi satu tip, jangan siram pokok kaktus ini selama seminggu bagi membiasakan dengan habitat baru. Sebaiknya proses penukaran tanah ini juga boleh dilakukan sekiranya kaktus mula membesar atau mengeluarkan anak. Tetapi selalunya proses pembesaran kaktus memakan masa agak lama, sekurang-kurang satu hingga dua tahun. Kejadian dimana saiz pasu yang tidak bersesuaian, kurang air, cuaca panas ekstrem dan juga cara pemberian baja yang banyak antara faktor mengakibatkan kaktus stres. Sebaiknya gunakan jenis tanah sesuai kerana ia memerlukan tanah poros. Apabila ia mengalami tekanan, kaktus ini akan mempamerkan rasa tidak ‘puas hati’ dengan mengeluarkan bunga berwarna merah, kuning, putih dan merah jambu. Kaktus adalah tanaman sukulen yang mana segelintirnya dikategorikan kaktus, 

Terdapat jenis tanaman sukulen yang memerlukan cahaya matahari secara langsung dan ada juga sebaliknya. Antara keunikan dan tarikan sukulen adalah perubahan warna tumbuhan yang mana ia dipengaruhi sepenuhnya oleh faktor cuaca dan suhu. Dalam pada itu semasa anda membeli pokok sukulen di Cameron Highlands, warna asalnya bertukar kepada rona berbeza kerana faktor cuaca sejuk dan panas. Ini berpunca daripada tanaman sukulen lebih mudah hidup di kawasan tinggi dan agak sejuk. Sebaiknya anda juga perlu ‘mengajar’ pokok ini untuk menyesuaikan diri dengan cuaca dan suhu baru dikawasan tanah rendah yang agak lebih panas. Sebagai contoh penulis blog sering lalukan dimana kaktus yang dibeli di Cameroon Highland tadi jangan terus didedahkan sukulen kepada cahaya matahari secara langsung. Seiring dengan trend dekorasi masa kini biasanya pokok kaktus dan sukulen turut berjaya menarik perhatian untuk dijadikan aksesori hiasan semula jadi bagi memperindahkan lagi sesuatu ruang. Semuga anda semua pembaca anim agro technology mendapat info berguna dari artikel ke 5,602 kali ini. Wasallam!!!...
 POKOK KAKTUS.... MUDAH DIJAGA...
PILIH YANG CANTIK... PADA MATA...
MEDIA TANAMAN... TERBAIK GUNA...
SUKA MELIHAT... TIDAK KIRA MASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah persekutuan,
Malaysia.
(16 RabiulAkhir 1441H).
DudukRumah...elakkan covid19....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.