Monday, October 12, 2020

BABI HUTAN DAN KISAHNYA

BABI HUTAN (Wild Boar) merupakan merupakan sejenis haiwan liar yang sering dikaitkan dengan perosak tanaman dan menyebabkan petani mengeluh. Ini kerana haiwan yang berkaki empat yang aktif pada waktu malam selalunya akan merosakkan tanaman sehingga menrugikan petani dan berusaha untuk mengawalnya. Penulis blog yang selalu biasa masuk kekawasan kebun sering juga terserempak dengan kehadiran dan kes serangan babi hutan biasanya nampak ia akan melarikan diri masuk kedalam semak dan berdiam sahaja. Biasanya babi hutan hidup dalam kawanan yang terdiri daripada sekitar 20 ekor babi sehingga kumpulan sebanyak 50 ekor. Dalam kumpulan biasa lazimnya terdapat hanya dua atau tiga ekor babi betina dan anak-anaknya. Didakwa dimana babi hutan jantan dewasa biasanya tidak menjadi dari sebahagian kumpulan babi kecuali pada luar musim pembiakan. Ia selalu berjalan secara solo sahaja. Kelahiran babi hutan biasanya terdiri daripada lima ekor anak babi tetapi dilaporkan mampu melahirkan anak sehingga 13 ekor. Biasanya babi hutan adalah haiwan nokturnal atau aktif pada malam hari dan mencari makanan dari senja sehingga subuh dan sesekali ada jumpa dibelukar pada siang hari. Ia berehat pada siang hari. Ini adalah kerana para pemburu paling giat pada waktu siang hari memburunya dan sukar menjumpainya kecuali menggunakan anjng pemburu.  Babi hutan merupakan sejenis haiwan yang akan makan hampir semua barang yang ditemui, termasuk kacang, buah beri, akar, ubi, daging bangkai yang reput, sampah, serangga, dan reptilia kecil dan peliknya ada yang makan anak rusa dan anak kambing. Artikel tengahari ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan pelbagai kisah mengenai babi hutan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Haiwan Babi Hutan boleh mendatangkan ancaman keselamatan keada manusia seperti laporan Berita Harian bertajuk "Tiga parah diserang babi hutan". Di Gurun Kedah terdapat tiga lelaki parah manakala seorang lagi cedera selepas diserang babi hutan di Kampung Jeniang. Dalam kejadian jam 3 petang, babi itu dimana pada mulanya babi hutan tersebut telah menyerang seorang pekerja kedai makan dikenali sebagai En Ibrahim sehingga menyebabkan dia cedera di kaki dan badan (Sila lihat foto disebelah). Babi itu kemudian menyerang seorang lagi penduduk iaitu Encik Shariff Yunus yang ketika itu sedang berehat di halaman rumahnya. Anak mangsa dakwa ketika kejadian dia berada di rumahnya sebelum mendengar abangnya yang mana menjerit meminta tolong. Rumahnya hanya bersebelahan dengan rumah bapa apabila sampai saya melihat abang sedang bergelut dengan babi berkenaan, manakala bapa sudah cedera dan dipenuhi darah. Ketika itu abangnya cuba membuka mulut babi yang sedang menggigit tangannya dan beliau kemudian terus mencapai kayu dan memukul babi berkenaan di kepala dan juga selepas dua kali dipukul bagaimana pun tanpa disangka babi yang sama telah  datang menyerangnya pula. Walau pun dia cuba menepis serangan babi terbabit tetapi ia kmudian secara tiba-tiba berhenti menyerangnya dan pergi ke kawasan berlumpur berhampiran rumah bapa dan berkubang di situ. Mereka kemudian terus menarik bapa dan abangnya masuk ke rumah sebelum menghubungi ambulans. Kemudian bapa dan abangnya telah dibawa dengan ambulans ke Hospital Sik dan mereka akhirnya dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut. Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan operasi memburu babi berkenaan sedang dilakukan.

Ini pula berita My Metro yang mana ia jarang didengar oleh kita dilaporkan didalam akhba tempatan. Artikel bertajuk "Babi hutan lagi sedap" dikatakan oleh pelakon Adam Corrie mengenai pengalaman lalunya yang pernah menikmati daging babi hutan sebelum memeluk Islam. Dakwanya memakan babi hutan lagi sedap daripada babi biasa. Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah berumur 52 tahun mendakwa dan juga membuat pengakuan jujur itu dibuat selepas ditanya oleh isterinya mengenai perkara itu. "Bidadari saya tanya, saya jawablah dengan jujur. Respon 'Erkk' sebab dia (isteri) ingat babi biasa yang lebih ramai suka makan, tapi sebaliknya," tulisnya di media sosial. Pertanyaan spontan daripada isterinya itu ketika mereka menonton siaran berita mengenai isu babi hutan berkeliaran di kampung.  Menurut Adam, dia melihat semakin ramai rakannya yang bukan Islam sudah mula mempunyai kesedaran mengenai kemudaratan pengambilan daging haiwan terbabit. Dakwanya sekarang ramai rakan bukan Islam tidak makan daging babi atas kesedaran faktor kesihatan. Alhamdulillah, empat tahun sebelum memeluk Islam, saya sudah tiada rasa nak makan daging babi. Rupa-rupanya Allah nak saya bersih sebelum kembali kepada fitrah. Dakwanya lagi setiap kejadian yang Allah cipta bukan sia-sia. Allah jadikan babi itu ujian bagi umat Islam. Jangan kita pandang hina setiap kejadian tapi pandang ia satu ujian dan hikmah di sebaliknya. Jadikan apa yang saya cerita ini satu ilmu pengetahuan. Ambil yang positif ya. Jika kita pandang negatif, negatif yang kita dapat,” tulisnya. Adam telah memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 sebelum berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada 2008. Beliau adalah pelakon filem KL Gangster dan drama Gerak Khas ini juga pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Selangor pada 2017.

Berlainan pula kisahnya di Melaka dimana dilaporkan memang agaj jauh untuk "Babi hutan berenang'' dan membiak di Pulau Besar. Laporan portal Harian Metro dan Bernama nenyatakan dimana tiada bukti atau laporan spesifik menyatakan peningkatan populasi babi hutan di Pulau Besar, Melaka adalah disebabkan migrasi haiwan itu dari Sumatera, Indonesia tetapi kajian mengenai dakwaan pertambahan populasi haiwan di kawasan terbabit perlu dilakukan. Dalam pada itu menurut Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Prof Dr Ahmad Ismail berkata, kepulauan Indonesia yang terdekat dengan Pulau Besar adalah Pulau Rupat, Riau tetapi jarak pulau itu agak jauh iaitu 62.59 kilometer (km) untuk babi hutan itu berenang yang mana faktor arus laut turut perlu diambil kira. Oleh itu jika diikutkan jarak Pulau Rupat dengan kawasan lain yang berdekatan dengan pulau itu di negara ini ialah Muar dan Tanjung Tuan, bagaimanapun dia berfikir idea yang terbaik adalah MNS mengkaji genetik dan populasi babi hutan itu terlebih dahulu untuk membuat sebarang dakwaan. Dilaporkan pihak  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang bertanggungjawab akan melaksanakan tugas mereka berdasarkan dakwaan itu mengikut prosedur yang ada dengan mengambil sampel darah haiwan liar berkenaan bagi mengenal pasti spesies itu. Sebelum ini pihak media melaporkan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee dakwa babi hutan berupaya berenang merentasi Selat Melaka dari Sumatera dan singgah di Pulau Besar sebelum berenang ke Melaka sehingga menyebabkan populasi haiwan itu meningkat. Media sekali lagi melaporkan populasi babi hutan di negeri Melaka tinggi serta membimbangkan di 30 kawasan, namun dinafikan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari hari ini yang ada menegaskan populasi itu haiwan itu terkawal dan tidak memberi ancaman kepada penduduk. Pihak PERHILITAN perlu mempunyai kaedah kawalan populasi haiwan liar itu selain mengambil kira bilangan, gangguan atau konflik dengan manusia, penyakit termasuk aspek sains seperti aspek pemuliharaan dan genetik. Kini mana-mana haiwan mempunyai peranan mereka dalam persekitaran. Haiwan ini akan menghadapi masalah kepada manusia atau menyebabkan konflik apabila habitat mereka terganggu. Didakwa pada kebanyakan orang ramai masih tidak faham mengenai habitat, tingkah laku haiwan ini dan maklumat biologi yang lain. Apabila tidak faham, cara mudah jika membunuh mereka atau menangkap dan memindahkan mereka ketika menghadapi konflik dengan manusia. Dari segi sains dan pemuliharaan kita perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum tindakan seperti membunuh haiwan ini diambil.  Sebarang tindakan membunuh atau usaha untuk memindahkan babi hutan di kawasan berkaitan perlu mengambil kira faktor pemuliharaan dan kepentingan kepada ekologi.

Masih berkisar di Melaka juga dimana dalam akhbar mendakwa populasi babi hutan di negeri ini semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan sehingga sekali ganda berbanding tahun lalu. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Mohd Hasdi Husin berkata, dalam tempoh lima tahun, sebanyak 483 aduan membabitkan konflik babi sama ada di kawasan perumahan mahupun kediaman penduduk yang berdekatan belukar. Pada tahun 2018 sebanyak 125 aduan diterima dan 457 ekor hidupan liar itu yang telah dihapuskan membabitkan 123 operasi hingga Oktober lalu. Daripada jumlah itu sebanyak 212 babi hutan telah ditembak ketika operasi diadakan di daerah Melaka Tengah diikuti daerah Jasin (128) dan Alor Gajah (97). Melihat peningkatan sekali ganda itu, kita bimbang dengan keadaan tersebut dan antara langkah yang dilakukan termasuk akan memasang sembilan buah perangkap babi selain membasmi dengan cara menembak. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program membasmi dan pensampelan babi hutan yang diketuai Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee di Pulau Besar. Hadir sama, Pengarah Veterinar Melaka, Dr Aidi Mohamad dan Pegawai Ibu Pejabat Jabatan Perhilitan, Dr Chee Weng Kian. Mengulas lanjut Mohd Hasdi berkata, sembilan buah perangkap babi hutan bernilai RM23,000 itu akan dipasang di kawasan 'hotspot' di negeri ini dalam masa terdekat antaranya di Semabok, Masjid Tanah, Bukit Katil dan Padang Temu. Penggunaan perangkap tersebut telah banyak diaplikasi di negeri lain dan Melaka akan menggunakan semula kaedah itu kerana sebelum ini lebih banyak bergantung kepada kaedah menembak.  Sebelum ini memang ada perangkap babi hutan, tiga empat tahun lalu, namun telah lama rosak dan kita dapatkan yang baharu kerana ketahanan besi perangkap kera lebih tinggi daripada besi perangkap babi hutan. Mereka akan buat percubaan dan sekiranya keputusannya lebih positif, kita harap jumlah perangkap ini dapat ditambah pada peruntukan akan datang. Pihak berkuasa terlibat sering mengadakan operasi bagi membasmi babi hutan di Melaka. Kini memandangkan babi hutan cepat membiak, maka langkah pencegahan awal perlu dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku seperti insiden penduduk diserang binatang tersebut. Pihak Jabatan Perhilitan dan Jabatan Veterinar turut mengambil sampel lima babi hutan yang berjaya ditembak mati di pulau itu bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengetahui spesies serta habitat asal haiwan berkenaan, selain penyakit berkaitan haiwan tersebut. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BABI HUTAN... LIAR HABITATNYA...
MALAM HARI... AKTIF GERAKNYA...
MEROSAK TANAMAN... SEMUANYA...
PERLU KAWALAN... DENGAN SEGERA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(7 Rejab 1441H).
Patuhi Arahan PKP... Elakkan Covid-19

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.