Sunday, February 9, 2020

KELADI BUNTING - CARA KAWALANNYA

KELADI BUNTING (Eichornia crassipes) dari pengalaman penulis blog memang sejenis tumbuhan akuatik yang mana dipercayai berasal daripada Amerika Selatan. Ia juga dikenali sebagai tumbuhn sebagai 'Orkid air' atau 'Water Hyacinth' dikalangan saintis tumbuhan. Memang kalau sudah kenal akan jenis tumbuhan ini mudah untuk mengenalinya terutama dikawasan berpaya dan berair. Keladi Bunting merupakan sejenis tumbuhan yang terapung dan didakwa seperti yang penulis blog lihat dimana ia akan dapat membiak dengan cepat dalam tempoh 12 hari sahaja apabila pokok matang, panas dan cuaca mengizinkan. Tumbuhan akuatik ini penulis blog semak dengan pihak tertentu ianya telah dibawa masuk ke Malaysia sejak lama dulu sebagai pokok hiasan dan kini ia membiak dengan banyak terutamanya di kawasan berpaya, tasik, lombong dan lain-lain kawasan yang mana berair tenang. Keladi bunting hidup secara terapung seperti kiambang dimana ia lazimnya mempunyai jenis akar rerambut yang mana ia akan berfungsi sebagai penyerap nutrien daripada air dimana ia berada. Apa pun bahagian pangkal batang atau pelepah keladi yang ‘bunting’ bertindak sebagai pelampung. Keladi mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu atau merah jambu seakan orkid dan keluar mengikut musimnya. Bunga keladi bunting yang keluar ini dijadikan daya tarikan kepada peminat tumbuhan akuatik dan jika dijaga dengan baik ia mampu menjadikan satu keunikan landskap. Dalam pada itu keladi bunting yang ditanam sebagai pokok hiasan akuatik ini juga boleh dijadikan makanan ternakan dan ikan. Bagaimana pun diantara kegunaan dan fungsi terpenting keladi bunting ini adalah didakwa ia mampu  mengurangkan pencemaran air kerana ia menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen semasa proses fotosintesis. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sedia untuk paparkan info mengenai keladi bunting dari segi maklumat asas dan beberapa kaedah kawalanserta laporan media untuk dijadikan bahan rujukan nada semua. 

Apa yang dapat dilihat lazimnya pokok jenis ini akan terapung-apung di atas air dengan menggunakan bahagian tangkai daun yang bunting dan mempunyai udara di dalamnya (Sila lihat foto disebelah). Kepada mereka jika melihat tumbuhan ini akan dilihat dimana ia kelihatan iaitu batang daunnya tidak ubah seperti pelampung. Apa pun kepada pakar landskap mereka yang suka kepada hiasan laman dengan memilih pokok keladi bunting untuk ditanam kerana ia mempunyai keunikkan yang tersendiri. Ia sesuai diletakkan di dalam kolam kecil, tempayan atau pasu besar. Kemudian apabila pokok ini membentuk hamparan makan ia dilihat akan menghalang sinaran matahari menembusi ke dasar air sekali gus perkara ini akan mengurangkan kadar pembebasan oksigen didalam air. Biasanya secara tidak langsung kejadian ini memang dilaporkan boleh mematikan tumbuhan asal di dasar air yang memerlukan punca oksigen. Bagi kawasan sungai, kehadiran keladi bunting yang banyak, boleh menghalang bot nelayan menangkap ikan di kawasan berkenaan. Pokok keladi bunting ini juga lazimnya menjadi penghias pancuran air dan kolam pasang siap yang bersaiz besar dan sederhana. Namun, bagi kolam yang dihuni ikan, seelok-eloknya kawal pembiakan keladi ini supaya ia tidak menghalang cahaya masuk dan menyekat pembebasan oksigen. Apa pun pada kebiasaanya keladi bunting menjadi tempat ikan dalam kolam mencari makananan dan tempat perlindungan atau tempat bertelur. Ini kerana akar keladi bunting biasanya akan tumbuh berlumpur di dalam air. Katak dan ikan juga sering menjadikan akar pokok ini tempat ia bertelur.

Akhbar My Metro pula dengan artikel bertajuk "UPM basmi keladi bunting" juga menarik untuk dibuat ulasan. Dilaporkan dimana seramai 75 nelayan di Kampung Makmur, Sungai Galah, Tanjung Tualang, Perak menarik nafas lega apabila masalah pembiakan keladi bunting di tasik perairan berakhir selepas sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mengatasinya. Dilaporkan dimana penyelidik dari Jabatan Pengajian Alam Sekitar diketuai Dr Zufarzaana  telah berjaya membersihkan keladi bunting yang membiak di kawasan seluas 80 ekar perairan perkampungan tersebut. Keladi bunting atau ia juga dikenali sebagai tumbuhan makrofit invasif yang tumbuh meliar di tasik perairan perkampungan itu sejak tiga tahun lalu menyebabkan pendapatan nelayan merosot sehingga 70 peratus kerana ikan makin berkurangan. Setelah pelbagai kajian komprehensif dijalankan di kawasan tasik perairan itu seperti kualiti air, pembiakan keladi bunting, masalah pengairan, saliran dan isu penggunaan tanah berdekatan pengairan akan tetapi kurang berkesan mengawalnya. Kadar rebakan keladi bunting menyebabkan oksigen di dalam tasik perairan itu berkurangan sehingga ikan tidak akan dapat membiak.  Selain kekurangan ikan, aktiviti nelayan juga sukar dijalankan kerana mereka sukar melalui rebakan keladi bunting dengan bot dan berdepan kesukaran untuk menjala. Dakwanya terdapat pelbagai masalah dihadapi nelayan sehingga menyebabkan punca pencarian terjejas ekoran tidak dapat menjalankan aktiviti menangkap ikan. bagaimana pun selepas beberapa kali kajian dijalankan penyelidik UPM maka kini usaha pembasmian keladi bunting dilakukan secara mekanikal menggunakan mesin penuai rumpai. Apa pun aktiviti seperti gotong-royong perdana pembasmian keladi bunting turut membabitkan pembersihan secara manual oleh penduduk.

Salah satu aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti gotong royong perdana bagaimana kerja pembasmian keladi bunting turut membabitkan pembersihan manual. Dilaporkan mereka tela berjaya didalam membersihkan hampir 80 ekar kawasan tasik perairan itu dalam tempoh setahun. Pada masa sama, beberapa jenis ikan laut turut dilepaskan. Penduduk kampung kini mula bersyukur dengan bantuan UPM itu kerana mereka kini boleh melaksanakan aktiviti nelayan seperti biasa. Kini didakwa pendapatan nelayan juga makin stabil dimana mereka tidak lagi runsing memikirkan masalah untuk turun menangkap ikan. Kini penduduk kampung itu rata-ratanya nelayan dan pendapatan bergantung kepada hasil laut untuk menyara keluarga. Kajian UPM berjaya menerima Anugerah Projek Jaringan Komuniti (Pegawai Akademik) Terbaik pada majlis Anugerah Jaringan Industri dan Komuniti Berimpak Tinggi (ICAN 2019) UPM di Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTA), Kementerian Pendidikan, Prof Dr Mohd Cairul pula majlis itu mampu menjadi motivasi untuk mereka yang terbabit kerana kerja yang dihasilkan selain hubungan terjalin diberi penghargaan. Pada majlis itu juga diberikan anugerah ICAN disampaikan kepada Rakan Industri, Rakan Komuniti, Pusat Tanggungjawab (PTJ), Staf dan Pelajar UPM yang menyerlah dalam aktiviti Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM). Keladi bunting masih dianggap sebagai 'rumpai' dikalangan usahawan tumbuhan akuatik dan mampu menyebabkan tali air menjadi sumbat ò yang sesuai. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini.
TANAM KELADI... PELBAGAI GUNANYA...
KELADI BUNTING... PETANI TIDAK SUKA...
MUDAH MEMBIAK... CEPAT TUMBUHNYA...
MEMBACA ARTIKEL... SAWAH DIBICARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,]Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(21 Jamadilawal 1441H).
Posted from:
Room 201, The Ritz Inn Lumut,
Perak, Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.