Thursday, February 20, 2020

DUKU - MAKIN TUA MAKIN JADI

POKOK DUKU 'MAKIN TUA SEMAKIN MENJADI' memang jarang diperkatakan oleh masyarakat petani dan pemillik dusun. DUKU (Lansium domesticum var duku) merupakan yang mempunyai ciri ini serta juga sejenis buah tropika yang ditanam di negara kita daripada keluarga Meliaceae. Secara umumnya penulis blog ini dapati ramai diantara kita keliru dengan panggilan buah dari kumpulan ini iaitu Buah Duku, Buah Langsat, Buah Duku Langsat , Buah Dokong, Buah Rambai dan sebagainya. Duku berbeza dengan buah lain (langsat dan dokong) kerana ia mempunyai kulit buah yang agak tebal (terutama duku Johor) dan mempunyai biji yang sederhana pahit jika tergigit. Buah ini adalah jenis buah bermusim yang ditanam dikawasan keliling rumah di kampong tradisional atau pada dusun komersil dibeberapa lokasi. Buah duku kini ditanam dibeberapa negara dan dipercayai berasal daripada kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia dan Sumatra. Nama lain bagi buah duku seperti Luku, Longkong, longson. bon bon dan sebagainya mengikut lokaliti. Saya membuat rujukkan mengenai keluasan tanaman kategori ini dengan Laporan Statistik Jabatan Pertanian Malaysia yang menunjukkan terdapat seluas 16,300 hektar tanaman ini diseluruh negara dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 34,500 metrik tan setahun. Negeri yang banyak menanam buah ini seperti Johor, Terengganu, Kelantan dan Perak. Tidak ada pecahan khusus untuk keluasan tanaman duku. Saya dapati tidak banyak bahan rujukkan berkaitan buah duku berbanding dengan buah-buahan lain. Ada yang juga mengatakan buah duku adalah sebahagian daripada buah nadir yang telah dikomersilkan dan ditanam untuk di makan sendiri. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi tanaman buah duku untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Sebuah akhbar tempatan On Line dengan tajuk "Makin tua makin berbuah" atau menjadi buahnya sesuai dipetik sebagai bahan rujukkan. Ini kerana penduduk kampung dan pemilik dudun berpeluang tambah pendapatan setiap kali tiba musim duku. Setiap kali tiba musim duku di Terengganu maka nama Kampung Beladau Selat pasti menjadi sebutan. Mana tidaknya, kampung berkenaan antara yang paling terkenal kerana duku di situ mempunyai rasa manis. Memang penulis blog juga tidak hairan jika terdapat lebih 10 ladang dan kebun buah tempatan itu di kampung berkenaan sejak puluhan tahun lalu. Malah boleh dikatakan, paling kurang satu keluarga pasti memiliki satu atau dua pokok duku dan lebihan daripada hasil yang dimakan akan dijual kepada empat pemborong duku di kampung itu. Seorang penduduk dan pemilik dusun disini bernama Ibrahim Abdullah berumur 35 tahun dakwa setiap kali musim duku, dia dan penduduk kampung yang memiliki kebun duku berpeluang meraih pendapatan lebih hasil menjual buah berkenaan (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya paling tidak sebanyak 10 bakul duku boleh dijual kepada pemborong dengan nilai RM1,000 sehari.

Dijelaskan dimana lazimnya proses memetik buah duku bermula dari jam 10 pagi hingga 6.30 petang sebelum ia dihantar kepada pemborong. Mereka memang seronok setiap kali musim duku kerana ia mendapat sambutan luar biasa hingga bekalan sedia ada sentiasa tidak mencukupi. Dia yang mana ada mengusahakan kebun bapa saudaranya Rabu mempunyai lebih 50 pokok dengan usia setiap pokok melebihi 40 tahun. Setiap kali musim duku, saya akan beri tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti memetik dan menjual buah ini kepada pemborong kerana pendapatannya lebih lumayan berbanding pekerjaan harian sebagai tukang rumah. Dalam pada itu seorang lagi penduduk yang ditemui iaitu Encik Zulkifli Ismail berumur  37 tahun menyatakan rata-rata penduduk terutama pemilik kebun duku sentiasa menantikan Ogos hingga November setiap tahun kerana musim buah duku. Hanya pada musim duku penduduk berpeluang menambah pendapatan dengan menjual kepada pemborong. Pemborong sememangnya memainkan peranan penting untuk memasarkan buah itu ke negeri lain termasuk Kuala Lumpur dan Johor. Walaupun harga jualan kepada pemborong tidak tinggi seperti menjualnya terus kepada orang ramai, namun ia berbaloi kerana jumlah buah yang dihasilkan pokok banyak sekali gus kuantiti dijual kepada pemborong juga banyak. Dia tidak terlalu memikirkan harga pasaran buah duku yang turun naik tetapi lebih mementingkan kelancaran penjualannya.

Buah duku tidak tahan lama dan hanya bertahan dalam tiga hari. Selepas dipetik, ia perlu segera dijual kepada pemborong sebelum dijual secara runcit. Zulkifli berkata dimana dia membantu keluarganya menguruskan kebun arwah nenek yang mempunyai 100 pokok. Dakwanya 'Makin tua pokok duku, makin ia mengeluarkan buah yang berkualiti tinggi dan menepati cita rasa ramai' dan ini dibuktikan dikebunnya. Paling kurang sebanyak 200 kilogram (kg) duku dijual kepada pemborong setiap hari dan pendapatan yang diperoleh sekitar RM100 hingga RM500 sehari bergantung kepada jumlah buah dijual dan harga pasaran semasa. Dakwa seorang pemborong dikenali sebagai Encik Jahadin Ismai berumur 49 tahun dari kampung sama berkata, duku yang diambil daripada pengusaha kebun duku di kampung itu sebelum dipasarkan ke Johor dan Kuala Lumpur. Harga duku bergantung kepada penawaran semasa. Tahun lalu, berlaku lambakan duku hingga ia hanya dijual pada 50 sen hingga 80 sen saja sekilogram, namun pada tahun ini kami membeli dengan RM3 hingga RM4 sekilogram dan peniaga menjualnya kepada pelanggan dengan RM5 hingga RM6 sekilogramSebaik menerima duku daripada pekebun sekitar jam 4 hingga 6 petang, ia dibawa ke Johor dan Kuala Lumpur pada jam 10 malam hingga 12 tengah malam (Sila lihat foto disebelah)Buah berkenaan menjalani proses pengasingan. Duku yang buruk atau tidak menepati piawaian diasingkan bagi menjamin kualiti buah itu apabila dijual di pasaran luar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
POKOK DUKU... BERMACAM NAMA...
DUKU JOHOR...TEBAL KULITNYA..
DUKU TERENGGANU... MANISNYA...
POKOK BERBUAH... UMUR DAH TUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.