Thursday, January 16, 2020

FAKTA TENTANG PUDINA

DAUN PUDINA (Mentha pipenta) merupakan satu lagi jenis tumbuhan kategori herba dari keluarga Lamiaceae yag sangat sinonim dengan kegunaannya sebagai penyedap makanan atau pun sebagai ulam. Tanaman ini merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak ditanam secara kecil-kecilan di Malaysia dimana penulis blog dapati daripada Laporan Statistik Jabatan Pertanian menunjukkan terdapat seluas 15 hektar kawasan bertanam dengan pudina. Jumlah anggaran penghasilan adalah sebanyak 90.000 kilogram yang bernilai sebanyak RM 370,500 pada tahun 2018. Hanya dua negeri di Malaysia yang ada mencatitkan ada keluasan aktiviti penanaman pudina secara rasmi iaitu di Pahang (Kebanyakannya di Cameroon Highland - seluas 10 hektar fizikal) dan juga di Pulau Pinang (seluas 3.5 hektar fizikal). Negeri-negeri lain tidak melaporkan akan penanaman pudina secara komersil untuk pasaran tempatan. Tanaman Pudina adalah tanaman dari kumpulan 'Mentha' atau 'Mints' yang mana ia akan menghasilkan aroma khusus seperti bau mints yang anda selalu rasa. Tanaman ini dipercayai natif daripada kawasan Asia Tengah atau Eropah dalam cuaca beriklim sederhana (Temperate) tetapi kini setelah melalui banyak proses pembiakbakaan dimana kini ianya boleh di jumpai di tanam di Asia, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Utara dan Eropah. Walau pun spesis asal pudina sekitar 65 genus sahaja mtetaapi kejayaan biakbaka maka spesis pudina  telah banyak jenis pudina termasuk varieti hibrid yang ada di pasaran. Sebanyak 10 varieti pudina hibrid yang banyak ditanam diantaranya adalah seperti Mentha pipenta (Papermint), Mentha garcilis (Gingermint), Mentha rotundifolia (False apple mints), Mentha smithara (Red rariphila Minta) dan Mentha villosa (Hairy mints). Artikel petang ini dalam 'Anim Agro Technology' saya berkarya mengenai daun pudian bertujuan untuk dikongsi bersama pembaca blog semua.

Tumbuhan pudina adalah jenis yang ada batang menjalar (Creeping) dimana ianya mempunyai batang jenis Stolon yang berwarna hijau ketika muda dan coklat apabila matang. Daun pudina berbentuk ovat, berwarna hijau dengan susunan bertentangan sepasang dan berukuran 2 - 6 cm panjang dan 1-2 cm lebar. Urat-urat daun kelihatan jelas dengan permukaan lai daun yang bergelombang atau kasar dimana sesetangan spesis ianya seakan berbulu. Ketinggian atau panjang tumbuhan ini sekitar 10 - 60 cm tinggi dan jarang-jarang mencecah panjang 100 cm. Apabila berbunga ianya mempunyai bunga berwarna keunguan dengan ukuran sekitar 3 - 4 mm panjang. Kaedah menanam pudina atau mints amat mudah dengan menggunakan bahan keratan stolon. Sebaiknya penanaman pudina adalah diatas batas atau didalam bekas (keliling rumah) untuk mudah dalam penjagaan tanaman. Bagi kawasan yang banyak hujan. adalah digalakan menyediakan pelindung hujan (black netting) bagi tujuan untuk mengurangkan kerosakan akibat hujan lebat walau pun ianya tahan dalam keadaan terbuka. Benih keratan sepanjang 12 - 20 cm dpotong dan ditanam diatas batas dengan jaraj 8 -15 cm mengikut kesesuaian batas (Lihat foto). Penanaman menggunakan biji benih juga boleh dijalankan dengan kaedah menabur benih diatas batas. Pudina adalah tanaman yang tidak disukai oleh serangga perosak dan penyakit kerana ianyanya bersifat "pest repellent". Bagaimana pun dilaporkan serangga seperti Thrips dan whitefly ad menyerang pudina. 

Kegunaan daun pudina dalam masakan merupakan satu daripada keistimewaan yang ada kerana aroma yang dihasilkan akan meningkatkan rasa keenakan makanan. Nasi Beriyani Gam diantara masakan yang pasti menggunakan daun pudina untuk menambahkan rasa kelazatan nasi tersebut. Begitu juga dengan nasi minyak, nasi hujan panas, nasi goreng, ayam goreng berempah dan banyak menu lagi yang menggunakan daun pudina. Masakan kari ikan, kari daging atau kurmak juga akan menggunakan daun pudina sebagai bahan penting. Ada daun pudina yang dimakan mentah sebagai ulam yang dicecah dengan sambal dimakan dengan nasi. Daun pudina yang digoreng dengan ayam, daging dan ikan juga akan menaikan selera makan. Terdapatramai yang gunakan daun pudina sebagai jus minuman untuk meningkatkan kesihatan. Dalam pada itu khasiat Daun Pudina memang telah dikaji semenjak dahulu lagi kerana kandungan bahan makanan didalamnya. Diantara spesis iaitu Pudina jenis Moroccan (Mentha spicata) adalah diantara yang dikenalpasti sangat berkesan dalam meredakan kekejangan otot. Kesan ini amat sesuai uuntuk mereka yang aktif dalam sukan atau pun mereka yang keletihan atau telah berumur. Khasiat Daun Pudina jenis Rubra (Mentha aquatica) pula didakwa ada digunakan untuk merawat masaalah cirit birit. Caranya dengan memakan daun pudina segar sebagai ulam atau dibuat jus dari pudina ini akan membantu merawat masaalah cirit birit dengan baik. Terdapat juga laporan dimana daun pudina jenis Mentha arvensis, iaitu sejenis daun pudina Jepun boleh melegakan selsema dan menghilangkan rasa loya. Sementara itu jenis pudina dari jenis Crispa (Mentha x piperita) yang didakwa boleh menjauhkan atau mampu menghalau atau menghindar dari tikus didalam rumah atau dikawasan kebun dimana kita tidak mahu akan tikus tersebut yang merosakkan hartabenda. Saya rasa kita kena cuba dulu perkara diatas kalau hendak tahu kebenarannya.

Khasiat Daun Pudina didakwa boleh membantu Sistem Penghadaman kita apabila kita mengambilnya. Laporan dari pakar klinikal mendapati bahawa kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan 'flatulens'. Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus. Sifat ini sangat baik untuk menjaga kesihatan tubuhbadan kita yang tidak mudah diserang bakteria dan virus seperti Selsema, demam dan sebagainya. Ada laporan dan dakwaan bahawa pemakanan daun pudina secara betul mampu dalam meransangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. Aktiviti berpeluh merupakan satu proses yang sangat baik dalam kesihatan. Peluh sebenarnya adalah satu proses yang mennyahkan segara toksin yang hendak dibuang oleh tubuh badan manusia. Berapa ramai diantara kita tidak pernah mengeluarkan peloh akibat bekerja didalam pejabat yang berhawa dingin dan 'passive' cara pergerakannya?. Makanlan pudina untuk membantu mengeluarkan peloh dari badan kita. Sebagimana yang anda mungkin telah tahu, Daun Pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Terdapat juga amalan dimana minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi. Itu sebabnya banyak mints dari gula-gula berperisa pudina diambil ketika kita sedng menghadapi masaalah diatas. 

Lagi Khasiat Daun PUDINA (Benefit of Peppermint) akan diceritakan selepas ini. Rata-rata kita mengetahui yang daun pudina merupakan herba yang biasanya digunakan untuk memberi kesegaran nafas,mencairkan kahak, asma, selsema, anti bakteria dan anti septik. banyak pewangi, sabun, makanan, alatan perkakasan yang menggunakan aroma dari pudina untuk tujuan kesihatan. Daun Pudina kebanyakan digunakan untuk membuat ubat gigi, gula-gula, gula-gula getah, ubat batuk, ubat kumur dan sesetengah produk selsema (in heller). Untuk perubatan tradisional, minyak rebusan daun pudina amat baik untuk masalah bengkak-bengkak sendi, masalah angin, luka, demam selsema, ekzima dan sebagainya. Dalam kaedah aromatherapy, ekstrak dari daun pudina diambil, kebiasaannya setitik minyak pati menyamai 30 titik minyak rebusan pudina itu sendiri. Nilai herbanya lebih tinggi, bermenthol, namun kesan bau dan kepekatannya tidak sesuai digunakan terus pada kulit. Kesan rengsang pada kulit akan jelas kelihatan, seperti kering, kasar dan masalah radang kulit. Amalan makan daun pudina organik sebagai ulam memberikan kesihatan dan kecantikan kepada penggunanya. Makanlah daun pudina untuk kesihatan anda!.
BERBAU HARUM.. ITU DAUN PUDINA... 
MUDAH DITANAM...DIRUMAH SAHAJA....
AMBIL BENIH.. DARI KERATAN SAJA...
SEDIKIT JAGA... BANYAK KALI TUAINYA...
 
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(14 JamadilAwal 1441H).
Bersamaan 8 Januari 2020.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.