Sunday, July 16, 2023

TERNAK KELI GUNA NAJIS - PERNAH VIRAL

TERNAKAN IKAN KELI (Clarias spp.) merupakan satu aktiviti yang dilakukan secara komersil dibeberapa lokasi yang sesuai untuk ternakan ikan tersebut. Ikan Keli adalah sejenis ikan dari keluarga Claridae yang mana ia terdapat di Malaysia secara semulajadi dan kini menjadi satu industri yang komersil dan agak menguntungkan. Bagaimana pun sering dilaporkan didalam media dimana ada kalangan pengusaha yang tidak bertanggung jawab mengamalkan sistem penternakan yang tidak betul seperti memberikan makanan ikan keli daripada bangkai (ayam mati) dan juga air kumbahan ternakan babi atau ayam dan beberapa kali dilaporkan di media serta banyak kali viral. Penulis blog memang dulu berminat makan ikan keli semasa tinggal dikampong di Johor kerana selalu pergi memancing sendiri atau menuba di anak sungai dekat rumah dikampong dan di sawah padi Sawah Ring. Masa itu lazimnya penulis blog akan menggunakan mata kail dan benang nylon dengan umpan cacing yang di pasang pada petang hari dan esok paginya pasti mengena. Jenis ikan keli yang ada di keliling rumah saya merupakan Keli Bunga, Keli Limbat dan juga Keli Kayu. Ikan tersebut juga sering mengena jika ia dipasang jaring ikan dalam anak sungai tersebut. Kaedah menuba juga pernah dilakukan pada tahun 1960'an - 1970'an untuk tujuan dan memabukkan ikan keli dan amat mudah di tangkap dalam anak sungai ditepi rumah. Apa pun di laporkan di Malaysia terdapat banyak jenis ikan keli yang ujud dimana ada sebahagianya telah pun kini telah pun pengusaha kolam mengkomersilkan dan mendapat pasaran dimana mereka akan berikan pendapatan memberangsangkan. Boleh di katakan produk ikan keli ini merupakan salah satu pilihan terbaik sebagai sumber protin rakyat Malaysia dan mudah di dapati dijual secara segai di Pasar Besar, Pasar Malam malahan dalam Hypermarket seperti GIANT, JUSCO, TESCO, MYDIN, ECONSAVE dan banyak putlet lagi. Kalau pengguna lebuhraya dan makan di kawasan rehat R&R akan ada banyak hidangan ikan keli goreng bersambal dimana ia merupakan satu kegemaran ramai pelanggan yang makan tengahari dengan harga berpatutan. Antara resepi yang paling popular mengenai ikan keli adalah Ikan Keli Goreng Bersambal, Ikan Keli Goreng Berempah dan dalam Masyarakat Jawa Muar tentulah 'Ikan Keli Masak Pecel'. Penulis blog dapati resepi ikan keli pecel yang disediakan secara tradisional ini sesuai dihidangkan untuk keluarga atau majlis kenduri kendarat. Telah beberapa kali pihak media cetak, media eletronik dan media sosial melaporkan kejadian ternakan ikan keli yang apabila membacanya menyebabkan kita takut membeli dan memakannya. Artikel malam Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa laporan media dan ulasan Mufti mengenai isu penternak ikan keli menggunakan najis haiwan dan bangkai sekadar untuk ia dijadikan bahan rujukkan dan bacaan pembaca blog semua.


Laporan akhbar My Metro bertajuk "Kolam ikan makan bangkai babi diserbu" menarik dimana ada foto menunjukkan terdapat tulang haiwan yang dipercayai tulang babi yang ditemui di tepi kolam berkenaan (Sila lihat foto disebelah). Wartawan Mohd Hafizee Mohd Arop (hafizee@hmetro.com.my) menyatakan kisah berlaku di Kampar, Perak dimana ada kolam ternakan ikan yang dipercayai diusahakan secara haram di atas tanah lombong di Kuala Dipang yang telah pun diserbu beberapa jabatan kerajaan selepas menerima maklumat ikan yang dipelihara pengusaha kolam itu diberi makan bangkai babi. Operasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dijalankan itu membabitkan beberapa jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Jabatan Mufti, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kampar, polis dan beberapa agensi lain. Pemeriksaan dijalankan itu kemudian dilaporkan telah tular di media sosial termasuk gambar yang menunjukkan tulang haiwan dipercayai babi ditemui di tepi kolam berkenaan termasuk beberapa keping gambar operasi dijalankan itu. Dalam mesej berkenaan juga turut dinyatakan bangkai haiwan berkenaan didakwa diberikan sebagai sumber makanan ikan ternakan kepada pengusahanya yang mana mereka menternak tiga jenis ikan iaitu Patin, Rohu, Keli dan Talapia. Dilaporkan hasil ikan ini akan dipasarkan di Perak dan sejauh ke Pasar Borong Selayang di Selangor. Difahamkan dimana pihak berkuasa juga sudah mengambil sampel tulang berkenaan untuk dianalisa kesahihannya sama ada benar tulang yang ditemui itu adalah benar tulang babi dan bangkai haiwan itu dijadikan makanan. Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi mengesahkan operasi tersebut yang dijalankan itu dan ada memberitahu ketika serbuan pengusaha serta pekerja kolam ternakan itu tiada di lokasi.  Jabatan dakwa pihaknya yang turut serta dalam operasi itu hanya menjalankan pemeriksaan daripada aspek halal dan haram kerana ikan ternakan berkenaan didakwa diberi makan bangkai babi. Menurutnya dimana hukum sama ada halal atau haram ikan diternak itu hanya ditentukan selepas hasil analisa diperoleh daripada sampel tulang berkenaan yang diambil jabatan bertanggungjawab. Dalam pada itu sumber pihak PDT Kampar nyatakan dimana pengusaha berkenaan didapati mengusahakan kolam ternakan itu secara haram dan juga pihaknya kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan siapa pemilik kolam berkenaan.   


Dalam kes lain akhbar bharian.com dengan artikel bertajuk 'Kolam ternakan keli jijik, meloyakan' oleh wartawan BH dengan nama Muhammad Mustakim juga menarik di kongsikan. Dipaparkan satu foto sebelah ditunjukkan dalam akhbar tersebut iaitu makanan ikan disyaki daripada bangkai dan isi perut haiwan yang dikisar halus di tepi sebuah kolam ikan keli ketika operasi bersepadu SPRM dan Jabatan Imigresen Putrajaya di Rasa, Batang Kali Selangor.  Berita dari Kuala Kubu Bharu tersebut laporkan keadaan yang kotor dan memang ia meloyakan. Keadaan pusat ternakan ikan keli dan patin itu menyebabkan empat anggota penguat kuasa yang ada menyertai operasi bersepadu di Rasa, Batang Kali dekat sini telah pun muntah. Situasi itu terjadi disebabkan bau hanyir makanan ikan ternakan dipercayai mengandungi bangkai haiwan yang dikisar. Perkara ini sudah dimaklumkan hasil maklumat awam yang tidak tahan dengan bau busuk ketika lalu berhampiran dengan kolam ikan tersebut. Operasi Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 4 petang itu adalah hasil maklumat awam yang mendakwa pemilik kolam memberikan rasuah kepada penguat kuasa untuk melindungi pendatang asing tanpa izin serta pemilik memberi ternakan memakan bangkai babi. Diharap lebih banyak pemeriksaan dapat dijalankan untuk memantau penggunaan bahan makanan ikan yang kurang sesuai untuk ternakan ikan.


Dalam melihat isu ini adalah lebih baik merujuk kepada pihak berwajib (Pejabat Mufti) mengenai persoalan apakah hukum makan ikan keli atau ikan patin yang diberi makan daging khinzir?. Jawapan oleh Pejabat Mufti menyatakan dimana  isunya adalah terkait hukum memakan haiwan Jallalah, yakni haiwan yang halal dimakan tetapi memakan najis, ialah makruh tanzih menurut pendapat muktamad dalam mazhab al-Syafie. Perkataan “Jallalah” pada asalnya merujuk kepada unta yang memakan tinja haiwan sehingga nyata bau busuk keluar daripada haiwan tersebut. Namun hukumnya juga terpakai kepada haiwan-haiwan lain yang halal dimakan seperti lembu, kambing dan ayam.  Terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama mengenai bagaimana cara hendak mengenali haiwan Jallalah. Sebahagian mereka berpendapat jika majoriti makanan haiwan berkenaan ialah najis maka ia diiktibar menjadi haiwan jallalah. Manakala sebahagian lain, termasuklah ulama mazhab Syafie, tidak mensyaratkan banyak atau sedikit, tetapi apabila zahirnya bau dan bau tengik atau busuk najis tersebut, seperti bau tinja yang dimakan itu, daripada haiwan tersebut, atau berubah dagingnya, pada warna, bau dan rasa. Fuqaha juga berselisih pendapat pada hukum memakannya. Sebahagian mereka menyatakan halal memakannya, sebahagian juga mengatakan haram memakannya. Pendapat yang muktamad dalam mazhab al-Syafie ialah makruh tanzih. Ini berdasarkan hadis Ibn Umar R.anhuma: نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْلِ الْجَلَّالَةِ وَأَلْبَانِهَا yang maksudnya: Rasulullah SAW melarang daripada memakan haiwan Jallalah dan susu-susu daripada haiwan berkenaan. Meskipun hadis berbentuk larangan, namun larangannya bersifat makruh tanzih kerana kuantiti najis itu tidak cukup banyak untuk mengubah daging itu, justeru ia tidak menjadi haram. Larangan ini juga mencakupi hukum bagi telur, contohnya telur ayam atau burung. Para ulama juga berpendapat cara sesuai untuk menghilangkan hukum makruhnya ialah dengan cara  mengkuarantinkan haiwan Jallalah sehingga bau busuk itu hilang; atau dengan memberi makan makanan yang halal sehingga hilang baunya;  Mengkuarantinkan selama tiga hari atau lebih sehingga hilang baunya. Inilah pendapat dalam mazhab Hanbali. Begitu juga pendapat Ibn Umar dalam hal ayam Jallalah. Rujuk Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah. Imam Ibn Hajar mengatakan sanadnya sahih. Justeru itu melihat kepada keterangan di atas dimana ikan keli atau ikan patin yang diberi makan daging adalah termasuk dalam kategori Jallalah jika zahir bau dan bau tengik daging babi tersebut. Sebagai langkah berhati-hati dan keluar daripada khilaf, kami berpendapat agar dikuarantinkan ikan tersebut selama 3 hari sehingga hilang bau najis sebelum dimakan atau dijual.


Dalam pada itu media bharian.com laporkan artikel lain dengan tajuk 'Mufti Perak: Haram makan ikan yang makan babi' oleh media The News. Tan Sri Harussani Zakaria berkata hukum memakan ikan yang diberi makan bangkai babi tanpa kuarantin selama tiga hari adalah haram. Tambahnya iaitu ikan itu hanya boleh dimakan selepas ianya dikuarantinkan dahulu. Walau bagaimanapun dakwanya sekiranya umat Islam tidak mengetahuinya maka perkara itu tidak menjadi kesalahan. Katanya bagi ikan makan (bangkai) babi, ikan itu bukan babi tetapi menjadi makanan najis. Jika orang Islam tidak tahu maka tiada masalahakan tetapi jika tahu tidak boleh dimakan serta-merta sebaiknya kena kurung tiga hari dan diberi makan makanan lain dan selepas itu baru boleh dimakan. Adalah haram hukumnya jika proses kuarantin tidak dilakukan kerana itu menjadi makanan najis. Beliau berkata demikian untuk tujuan mengulas penemuan serpihan tulang dan rangka yang menyerupai babi hasil siasatan Jabatan Perikanan Perak di sebuah kolam ikan patin kering di Ipoh. Akhbar sama dengan artikel bertajuk 'Ikan makan bangkai babi: MB arah tindakan tegas' sebelum itu melaporkan dimana MB Perak ketika itu iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah mengarahkan jabatan berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan ternakan ikan secara haram di Kampar serta didakwa diberi makan bangkai babi. Berita dipeti dari Kampung Gajah dimana beliau mengarahkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyiasat aspek halal dan haram ikan yang diternak di kolam berkenaan berikutan ada dakwaan diberi bangkai babi sebagai makanan. Dakwanya  "Kalau betul seperti apa yang dilaporkan itu, saya mahu jabatan berkaitan menyiasat dan ambil tindakan tegas terhadap pengusaha terbabit termasuk adakah tanah itu diteroka secara haram. Kita tidak akan berkompromi dengan pihak terbabit jika benar dia menceroboh tanah dan melakukan perbuatan sebegini (beri bangkai babi sebagai makanan ikan diternak). Beliau mengulas laporan BH hari ini mengenai kegiatan ternakan ikan secara haram di sebuah lombong dekat Kuala Dipang yang turut didakwa ada memberikan bangkai babi sebagai makanan kepada ikan berkenaan. Semuga artikel iini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MENTERNAK KELI... PELBAGAI CARANYA...
ADA KOLAM ... BENIH KELI DALAMNYA...  
NAJIS HAIWAN... SEMUA KENA WASPADA...
KELI YANG DITUAI... HARAM DIMAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(17 Rabiulakhir 1441H).
Kemaskini pada 25 Zulhijjah 1444H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.