Friday, December 20, 2019

MANGO FLOAT - UNIK DI CAGAYAN

MANGO FLOAT merupakan sejenis makanan yang unik dan semakin diminati ramai di negara jiran Filipina terutama di Cagayan de Oro dimana penulis blog berkunjung untuk 5 hari. Pada hari pertama saya berkunjung ke Kompleks membeli belah Central yang hanya 7 minit berjalan dari A1 Express Hotel dimana ada banyak stall yang menjual pelbagai produk dan makanan. Filipina yang terkenal dengan 'Mangga Manila' atau Carabao Mango memang ada banyak produk yang berasaskan buah enak ini termasuk Mango Juice, Dried Mango, Fresh Cut Mango dan juga Mango Float. Menurut rakan saya Azman memang makanan yang diperbuat daripada mangga popular di negara tersebut yang mana beliau telah tinggal selama 12 tahun disana. Petang tersebut saya mengintai untuk membeli 'Mango Float' Juice yang sejuk dengan ais tetapi oleh kerana tekak saya kurang mengizinkan maka dibatalkan sahaja niat meminum mango fruit float juice. Memang telan air liur sahaja kerana tidak dijual mango fruit juice tanpa ais yang berharga 75 Peso satu cawan besar. Diatasnya siap ada aiskrim yang memang enak jika saya tidak batuk ketika itu. Bagaimana pun pada hari kedua saudara Azman nyatakan untuk makan 'Mango Float' di kedai mango float yang popular dibandar tersebut dan beliau amat meminatinya. Kami menaiki teksi selama 15 minit untuk ke premis tersebut jam 11.30 pagi dan memesan makanan tersebut. Kedai ini terletak tidak jauh dari Universiti Cagayan De Oro. Jangkaan saya meleset apabila melihat juadah yang dihidangkan rupanya adalah semacam kek yang ada inti pes mangga didalamnya (Sila lihat foto diatas sekali). Memang ramai pengunjung datang didalam kedai yang kecil dengan meja sempit di penjuru bangunan tepi jalan utama ini terutama para siswa. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai sejenis makanan unik iaitu Mango Float versi Cagayan de Oro untuk dikongsi oleh anda semua.


Mango Manila (Mangifera indica) atau pun Carabou Mango memang merupakan satu varieti mangga popular di negara jiran tersebut yang mana pernah dicatitkan sebagai varieti mangga termanis didunia oleh World Guiness Book of Record pada tahun 1995. Penulis blog juga sempat membuat tinjauan mengga jenis ini dan membelinya digerai buah yang ada beberapa kualiti dengan harga berbeza dari 60 Peso sehingga 120 Peso sekilogram (Sila lihat foto disebelah). Kadar pertukaran diantara Ringgit dengan Peso adalah RM1 bersamaan 12 Peso. Membeli 2 kilogram gred terbaik dan dimakan di hotel untuk ujirasa didapati mangga ini amat memuaskan dan mengenyangkan. Rasa manis sekitar 15 -18 Brix (anggaran penulis mengikut pengalaman) iaitu memang sangat manis dan mempunyai aroma yang baik. Dalam pada itu penulis juga sempat ujirasa mangga ini yang telah dikeringkan tanpa bahan aditif dan memang enak dimakan. Beberapa produk berasaskan mangga lain dapat ujirasa seperti aiskrim manga dan beberapa lagi. Pada penulis blog sebenarnya mango float ini memang mudah dibuat jika mempunyai bahan mencukupi dan ada kemahiran untuk membuatnya. Rupanya ramai orang Malaysia yang selalu membuat mango float dengan dijadikan makanan pencuci mulut yang enak.


Pada penulis blog kalau menyebut ‘mango float’ sudah mesti ramai yang terbayang minuman 'ala ice blended'  yang berperisa mangga. Tapi jenis ini lain. Sebenarnya mango float adalah sejenis pencuci mulut yang cukup terkenal di Filipina. Lebih kurang macam kek batik, ianya dilapis-lapis dengan biskut kraker dan krim akan tetapi versi mereka ini menggunakan buah mangga sebagai bahan utamanya. Mereka juga sering menggunakan pes mangga dari jenis mangga manila (Sila lihat foto disebelah). Dalam menyediakan makanan enak ini dperlukan bahan asas iaitu  1 cawan whipping cream, 1/2 tin susu pekat manis (hendak manis letak lebih), 200 gm cream cheese, 1/2 peket biskut cream cracker, 4 biji mangga (dihiris memanjang) atau pes mangga (rasa sedkit lain), 2 keping biskut cream cracker (hancurkan). Keperluan lain adalah seperti Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuaian, Bahan aluminium foil serta Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut). Cara membuatnya dengan mengisar (blender)  cream hingga pekat dan dimasukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi. Kalau tidak ada mixer maka boleh juga guna blender biasa. Sebaiknya ditunggu sehingga kembang dan sebati. Dalam pada sama boleh disediakan loyang dimana balutkan loyang dengan aluminium foil. Bagaimana pun jika hendak menggunakan bekas lain tanpa aluminium foil pun boleh.


Dalam pada sama boleh rendam biskut didalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut didalam loyang. Ia boleh dilapiskan dengan Cream Cheese dan seterusnya dimasukkan adunan cream cheese dan ratakan seingga kemas. Cara yang baik kemudian perlu mengaturkan hirisan buah mangga atau pes mangga diatasnya dengan kemas (Sila lihat foto disebelah). Ulang langkah menyusun sehingga selesai dan bagi tujuan menyediakan 'topping' maka sebaiknya dibahagian lapisan atas dimana selepas cream cheese diratakan maka bolehlah di tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan diatas bahan tadi dengan kemas. Proses seterusnya adalah menyejukkan mango float ini didalam freezer selama sekurang-kurangnya 3 jam dmana selepas itu mango float bolehlah diambil untuk dimakan atau dihidangkan. Sebaiknya ia dihidangkan dengan dipotong-potong mengikur bentuk yang disukai sama ada empat segi sama, bujur atau tiga segi bergantung kepada kerativiti masing-masing. Perlu diingat dimana sebenarnya mango float ini mudah cair iaitu semacam ais krim juga. Ia memang tidak boleh terbiar lama dalam dalam suhu bilik. Adalah lebih baik jika berlaku masa hendak makan baru sesuai keluarkan dan hidang dari peti sejuk. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERGI MINDANAO... CAGAYAN DI SANA....
MELIHAT MANGGA... PELBAGAI JENISNYA...
MAKANAN MANGO FLOAT... POPULAR DIA...
MEMANG ENAK...PENULIS DAPAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 103, A1 Express Hotel,
Claro M. Recto Avenue, 
Cagayan de Oro, Misamis Orientalis,
Philipines.
(19 RabiulAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.