Saturday, December 14, 2019

JANGKAAN HARGA MINYAK SAWIT NAIK

HARGA MINYAK KELAPA SAWIT kini aktif dilaporkan akan meningkat mengikut laporan beberapa akhbar dan telah diviralkan.  Akhbar Berita Harian pada 9 Dec 2019 dengan artikel bertajuk "Harga mnyak kelapa sawit dijanka naik minggu ini'' turut diviralkan didalam facebook dan menerima banyak komen dan like. Berita ini dipetik daripada Kuala Lumpur ini juga menyatakan dimana kontrak hadapan Minyak Sawit Mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif mempunyai banyak ruang untuk meningkat yang didorong data permintaan dan bekalan yang dijadualkan minggu ini. Akhbar tersebut mendakwa dimana pasaran menunggu pengesahan prospek kenaikan harga iaitu stok akhir bulan November 2019 yang merosot ke paras terendah dalam tempoh hampir dua tahun diaman ia disokong oleh keluaran November 2019 yang lebih lemah. Dakwaan ini dinyatakan oleh pemilik dan pengasas bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa kepada wartawan BERNAMA. Beliau menjangkakan pengeluaran bulan November 2019 turun antara 10 peratus dan 11 peratus iaitu ia berbanding Oktober 2019, justeru ia menolak harga untuk trend momentum menaik. Pengeluaran yang lebih rendah pada November 2019 juga akan menyebabkan penganalisis menyemak turun anggaran pengeluaran pada setahun penuh yang mana menyokong prospek harga MSM akan datang. Dakwanya sambil menambah bahawa kontrak hadapan bulan aktif mempunyai kekuatan untuk menguji harga RM3,000 satu tan atau lebih tinggi mulai sekarang hingga separuh pertama 2020. Dalam pada itu dilaporkan pihak Societe Generale de Surveillance, Intertek Testing Services (ITS) dan Amspec Malaysia akan menyiarkan anggaran masing-masing tidak lama lagi dimana ia akan diikuti data sebenar yang dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 10 Disember 2019. Memang menurut data eksport bulan ke bulan ITS, jumlah eksport minyak sawit Malaysia turun 1.12 peratus kepada 170,640 tan dalam tempoh lima hari pertama. Dilaporkan pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak hadapan MSM bagi Disember 2019 meningkat RM137 kepada RM2,757 satu tan, Januari 2020 menambah RM124 kepada RM2,836 satu tan, Februari 2020 menokok RM114 kepada RM2,858 satu tan manakala Mac 2020 meningkat RM104 kepada RM2,850 satu tan. Jumlah dagangan mingguan bagaimanapun merosot kepada 264,666 lot berbanding 286,692 lot pada minggu sebelumnya, manakala minat terbuka meningkat kepada 282,675 kontrak berbanding 282,536 kontrak. Bernama juga melaporkan di pasaran fizikal, harga MSM bagi Disember Selatan menambah RM70 kepada RM2,820 satu tan. Artikel malam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai trend harga minyak kelapa sawit untuk bahan bacaan dan rujukkan anda semua. 

Dalam pada itu dalam minggu tersebut juga Bernama menulis artikel bertajuk "Minyak sawit dijangka pada RM1,900- RM1,920 minggu depan'' yang berkaitan dengan isu dibincangkan. Dilaporkan dimana kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan dalam jajaran kecil antara RM1,900 dan RM1,920 satu tan minggu depan, di tengah-tengah keadaan tidak menentu dalam pasaran global. Peniaga Kanan Interband Group of Companies, Jim Teh, berkata pasaran dijangkakan mencabar dalam minggu-minggu akan datang, dengan penurunan harga pelbagai komoditi, termasuk logam, menunjukkan permintaan yang lemah dan pertumbuhan global yang lebih perlahan. Dakwanya pengeluaran MSM dijangkakan meningkat pada bulan-bulan akan datang, yang akan memberi tekanan kepada paras stok negara, dan ini mengekalkan harga pada arah aliran menurun.  Bagaimana pun, paras harga semasa masih dianggap menarik bagi pembeli fizikal. Inilah masa yang sesuai untuk peniaga menunjukkan kemahiran pemasaran mereka dengan menjual bekalan yang tinggi. Mereka tidak seharusnya hanya bergantung kepada bantuan kerajaan untuk meningkatkan harga. Dalam perkembangan lain, Teh berkata peniaga sedang menunggu data Lembaga Minyak Sawit Malaysia berhubung jumlah minyak sawit Malaysia pada Jun minggu depan bagi mendapatkan kedudukan pasaran yang lebih jelas. 

Pembentangan belanjawan India pada Jumaat membawa perkhabaran baik apabila negara itu mengekalkan tarif import minyak yang diharap dapat meningkatkan permintaan dan memberi sokongan kepada harga MSM, memandangkan India adalah pengimport minyak sawit terbesar dunia.  Dilaporkan juga dimana sepanjang minggu ini, niaga hadapan MSM akan diniagakan bercampur-campur, mengesan pergerakan minyak yang bersaing rapat serta ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat. Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak Julai 2019 naik RM44 kepada RM1, 909 satu tan, Ogos 2019 meningkat RM18 kepada RM1,938 satu tan, September 2019 meningkat RM9 kepada RM1,960 satu tan dan Oktober 2019 menokok RM6 kepada RM1,989 satu tan. Kini jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 212,264 lot daripada 202,943 lot minggu lalu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 272,432 kontrak daripada 256,864 kontrak sebelumnya. Dalam pada itu di pasaran fizikal, Julai Selatan mencatatkan RM1,910 satu tan.  Rekod MPOB juga menunjukknan dimana Malaysia menghasilkan 19.5 juta tan minyak sawit tahun lalu. Pengeluaran minyak sawit amat bergantung kepada harga dan musim.

Laporan lain oleh NSTP bertajuk "Harga minyak sawit diunjur sekitar RM2,400 satu tan 2019" juga berkaitan untuk dirujuk. Akhbat ini nyatakan harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia dijangka stabil pada 2019 dengan peserta industri mengunjurkan harga purata antara RM2,300 satu tan hingga RM2,400 satu tan. Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mengunjurkan harga purata MSM pada RM2,303 satu tan tahun ini, manakala pengeluaran minyak tropika global dijangka meningkat sebanyak tiga juta tan. MPOC berkata, pengeluaran minyak sawit global dijangka mencapai 72 juta tan, dengan Malaysia dan Indonesia kekal pengeluar utama.  Agensi pemasaran utama Malaysia bagi minyak sawit itu menganggarkan pengeluatan Malaysia akan meningkat kepada 20.2 juta tan pada 2019 dan pengeluaran Indonesia pada 42.8 juta tan, demikian menurut MPOC pada pembentangan dalam talian di Pameran dan Persidangan Tinjauan Harga Minyak Sawit dan Laurik ke-30 (POC 2019). Kini Malaysia menghasilkan 19.5 juta tan minyak sawit tahun 2018 lepas. Dalam pada itu pengeluaran Indonesia tahun lalu berjumlah 42 juta tan  (lebih dua kali ganda dari Malaysia) berdasarkan anggaran Persatuan Minyak Sawit Indonesia. Peningkatan pengeluaran boleh mengehadkan kenaikan harga minyak sawit baru-baru ini, yang pulih selepas menyentuh paras terendah tiga tahun RM1,940 satu tan pada November 2018.

Seterusnya menurut MPOC, eksport minyak sawit juga dijangka meningkat pada 2019, sejajar jangkaan kenaikan permintaan daripada pengimport utama India berikutan penyusutan pengeluaran minyak bijirin domestik. Negara India dijangka meningkatkan import (minyak sayuran) sebanyak 500,000 tan iaitu mencecah 15.15 juta tan yang mana sekitar 10 juta tan adalah minyak sawit. Ia menjangkakan peningkatan pengeluaran Malaysia yang kecil kepada 20.3 juta tan tahun ini bersandarkan beberapa faktor termasuk kawasan tanaman yang matang. Dalam pada itu pihak  MPOC juga menganggarkan eksport Malaysia bagi 2019 pada 17.2 juta tan iaitu kadar meningkat daripada 16.5 juta tan tahun 2018 lalu dimana ini berikutan peningkatan permintaan daripada pasaran utama. Sementara itu juga pihak Presiden Persatuan Biodiesel Malaysia, U R Unnithan, berkata pihaknya menjangkakan harga purata MSM antara RM2,300 dan RM2,400 satu tan pada 2019. Beliau dakwa dimana pengukuhan harga itu bakal dipacu komitmen kerajaan untuk melaksanakan mandat biodiesel sawit tahun ini. Segmen Biodiesel hari ini adalah bahagian penting dalam mekanisme harga minyak sawit. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MINYAK SAWIT... SELALU DIPERKATA...
HARGA RENDAH.... PEKEBUN DERITA...
KHABAR BAIK... MEREKA GEMBIRA...
HANYA WAKTU... MENENTUKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(16 RabiulaAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.