Monday, December 9, 2019

IKAN TAPAH SG ROMPIN - LAZATNYA!...

IKAN TAPAH SUNGAI ROMPIN, PAHANG merupakan satu keunikan yang terdapat di Daerah Rompin selain daripada Udang Galah yang di buru peminatnya. Penulis blog yang sering juga datang ke Daerah Rompin untuk membuat tinjauan teknologi dan meminati makanan berasaskan ikan sungai memang sering mendapatkan bekalan daripada peduduk di sini terutama udang galah dan beberapa jenis ikan sungai yang masih terdapat di Sungai Rompin. Ikan Tapah ialah satu spesies ikan duri air tawar dalam famili Siluridae yang terdapat di bahagian selatan Asia dari Pakistan ke Vietnam, Malaysia, dan Indonesia. Ikan ini juga dilaporkan terdapat di Afghanistan. Bandar Tapah di Perak dari segi sejarah di Malaysia dilaporkan diberi nama lokasi sempena ikan ini. Ikan Tapah selalunya mempunyai habitat dan ia hidup di sungai dan tasik yang besar dengan dasar sungai yang berlumpur dan air yang mengalir dengan arus perlahan. Ikan ini amat lembap pergerakannya dan biasa menyembunyikan diri di dalam lubang-lubang yang terdapat di tebing sungai dan terusan atau mengekalkan diri di dasar sungai untuk ianya mencari makanan. Bagaimana pun dilaporkan dimana menurut orang Asli tempatan dimana sebenarnya ikan Tapah adalah pemangsa yang kuat makan. Makanan untuk ikan dewasa termasuk ikan yang lebih kecil, krustasia dan moluska manakala anak ikan biasanya makan serangga. Peliknya ikan tapah yang besar mampu untuk menyambar monyet kecil ditebing sungai sebagai makanan. Dalam perikanan dinyatakan dimana spesis ikan ini adalah ikan perosak yang khususnya terhadap ikan-ikan lain yang lebih bernilai didalam sungai atau tasik. Lazimnya ikan Tapah membiak pada musim panas sebelum musim hujan. Apa pun lazimnya ia banyak duri dan ia boleh ditangkap pada musim panas dan musim air besar. Pada penulis blog yang ,elihat koleksi ikan tapah di Kg Tanam amat terkejut melihat ikan tapah begitu besar dilihat didalam simpanan pemborong (Sila lihat foto paling bawah sekali). Lazimnya badan Ikan Tapah adalah berbentuk panjang dan amat padat. Ikan ini boleh membesar sehingga 2.4 meter (8 kaki) panjang seperti dilaporkan penduduk asli Kg Tanam, Rompin, Pahang. Ia mempunyai bentuk kepala yang melebar dengan mulut yang besar dan melekuk. Pada bahagian sudut di mulutnya akan menjangkau ke belakang matanya beberapa corak. Apa yang anda perlu tahu adalah dimana bahagian gigi ikan ini amat tajam dan boleh menggigit manusia. Walau pun satanya adalah kecil sahaja tetapi ia mampu melihat dengan baik dari sudut di tepi dan sekelilingnya. Ikan Tapah juga dilaporkan mempunyai dua pasang duri, dan sepasang sesungut dengan sirip dorsal yang kecil dan sirip belakang yang amat panjang. Artikel petang Ahad ini sambil menonton Astro 801 Sukan SEA 2019 di Manila (Pingat Emas 100m Lelaki) saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai Ikan Tapah selepas dapat membuat ujirasa masakan ikan tapah stim lada hitam dan halis dirumah iaitu ikan dari Sungai Rompin untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Penulis blog singgah di Kedai Runcit Mamat di Kg Tanam dimana ditujukkan hasil tangkapan ikan tapah dalam masa seminggu oleh penduduk disekitar Sg Rompin sempena musim banjir monsoon. Terdapat lebih daripada 30 ekor ikan tapah daripada yang bersaiz kecil sederhana sehinngga kepada yang besar dan sangat besar. Rakan En Hadi memegang seekor ikan tapah yang beratnya 7 kg yang ditangkap sehari sebelum kedatangan kami (Sila lihat foto disebelah dan paling atas). Apa yang penulis blog terkejut bagaimana 2 buah freezer yang besar penoh dengan ikan tapah segar dan juga beberapa bungkusan ikan sepat yang akan dijual kepada nelayan sungai sebagai umpan ikan tapah. Menurut HAdi yang membeli seekor ikan tapah seberat 1.5 kg dan dijual dengan harga RM65.00 sekilogram. Beliau yang tinggal di Keratong dan sering turun ke Sungai Rompin serta Sungai Pontian di Daerah Rompin untuk memancing udang galah memang amat suka makan ikan tapah dari Sungai Rompin ini. Dakwanya keenakan rasa ikan tapah Sg Rompin ada mempunyai keunikan tersendiri kerana sungai Rompin masih mengekalkan keasliannya dan tidak tercemar. Dia akan membawa pulang ikan tersebut dan akan memasak dengan masakan stim lada hitam atau pun sesekali akan masak kari. 


Kalau anda melalui Kampong Simpang Lebai Chondong, Rompin, Pahang sudah pastinya akan melihat ramai pengunjung singgah untuk makan udang galah segar dibeberapa restoren dan gerai Majlis Daerah Rompin yang terdapat pada persimpangan ini. Salah satu restoren udang galah yang sering penulis blog dan rakan-rakan makan udang galah adalah Gerai Makan Mak Ngah dan Gerai Makan Azizah serta beberapa lagi yang sentiasa ada stok udang galah segar dari Sungai Rompin dan sekitarnya. Bukan calang-calang orang biasa yang akan singgah makan disini akan tetapi dari mereka yang kaya, orang ternama dan ada kedudukan datang menikmatu udang galah dari sungai. Harga udang galah sekitar RM50.00 - RM75 bergantung kepada saiz dan kesegarannya sekilogram. Bagaimana pun agak jarang ada dihidangkan masakan ikan tapah dikawasan ini berbanding dengan tumpuan pengunjung yang lebih mencari udang galah sahaja. Biasanya satu meja untuk 5-8  orang boleh makan sebanyak 2 - 3 kilogram udang galah goreng atau udang galah masak sambal atau telah ada disediakan masakan udang galah masak lemak cili api. Ramai pelanggan yang akan memilih udang galah gred A yang besar dimasak sambal atau goreng kunyit dimana lazimnya seorang akan mendapat 2 ekor. 


Berbalik kepada ikan tapah Sungai Rompin, Ikan ini lazimnya agak sukar dilihat dari tepi sungai dan ia merpakan ikan yang bergerak perlahan. Nelayan sungai disini akan terus memasang lukan (lukah besar) yang akan diletakkan ditempat strategik dengan diberi upan yang menggunakan ikan sepat. Ikan tapah akan datang untuk memakan ikan sepat didalam lukah melalui lubang dan ia tidak akan boleh keluar lagi. Lazimnya lukan akan diperiksa mengikut jadual diantara 3  - 5 hari sekali dan jika berhasil ia akan dinaikkan dan dikeluarkan dari lukah. Ikan tapah segar ini akan dibawa kepada pemborong disepanjang sungai (ada 5 orang pemborong ikan tapah) dengan harga borong bergantung kepada saiz dan kesegaran (purata RM60.00 sekilogram) dan dijual dengan harga runcit purata RM65.00 sekilogram. Menurut salah seorang yang menjadi pemborong nyatakan ada pembeli tetap dari Bahau, NS yang akan datang seminggu 2 kali untuk membeli semua ikan tapah dari Sungai Rompin yang ditangkap oleh nelayan sungai. Apa pun ikan eksotik ini mendapat permintaan baik dari restoren makanan laut yang menjadikan ikan ini sebagai makanan yang unik dan sukar diperolehi dimana juga.


Dua ekor ikan Tapah segar yang telah ditangkap dan dibawa pulang ke Putrajaya di masak stim lada hitam dengan halia. Penulis blog memang exited kerana ikan segar tersebut baru sahaja di terima dari nelayan sungai dan dibawa dalam masa 3 jam sahaja dalam perjalanan. Bagi memasak resepi ini di google dalam internet untuk dapatkan latest resepi. Bahan-bahan masakan diperlukan adalah terdiri dari 1 ekor ikan tapah dipotong dua yang tela =h dibersihkan dengan air limau, 2 inci halia (dipotong halus memanjang), 2 sudu lada hitam (tumbuk kasar), 1 biji bawang, Lengkias (dipotong), kacang bendi (dipotong), sedikit daun sup, 2 sudu sos tiram, sedikit minyak bijan dan juga sedikit garam. Cara-cara masak:ikan tapah stim adalah dengan membasuh ikan tapah dengan bersih dan kemudian dimasukkan kedalam loyang dan diliumur dengan sedikit garam dan lada hitam serta ramuan lain. Kemudian ia dikkkus dalam pengukis selama 25 minit sehingga masak (Sila lihat foto disebelah). Setelah ia masak maka oleh diangkat dan sudah sedia untuk dihidangkan. Dalam pada itu  ada kaedah lain dalam internet dimana bagi tujuan menambahkan lagi keenakkan di kuali lain, masukkan sedikit minyak zaitun dan di tumis bawang dan halia sehingga naik bau dan kemudian dimasukkan sos tiram, masak sehingga sebati dan masukkan minyak bijan. Kemudian apabila ikan dah masak, tuangkan kuah ke atas ikan tadi dimana ia sudah sedia untuk dihidangkan dan enak dimakan semasa panas li. Pada penulis blog rasa ikan tapah stim ini sangat enak dan lazat kerana isi dagingnya yang berwarna putih amat lembut dan cair bila dimasukkan kedalam mulut. Berbaloi dapat buat ujirasa ikan tapah sungai rompin kali ini ... Lazatnya!!!.... Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pebaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.... 
IKAN TAPAH... SG ROMPIN ASALNYA....
IKAN EKSOTIK... MAHAL HARGANYA....
ISINYA PUTIH... LEMBUT TEKSTURNYA..
MASAK STIM... ADUHAI AMAT ENAKNYA!..

By,
M Anem,
Kedai Runcit Mamat,
Kg Tanam, Rompin,
Pahang,
Malaysia.
(11 RabiulAkhir 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.