Sunday, November 3, 2019

KELAPA BAKAR - APA HEBATNYA !!

KELAPA BAKAR (Cocos nucifera) merupakan satu produk dimana buah biji kelapa yang segar dibakar diatas bara api seketika untuk mendapatkan khasiatnya. Di Malaysia pula tanaman kelapa adalah tanaman yang ke 4 terpenting selepas tanaman Kelapa Sawit, Getah dan Padi dengan jumlah keluasan sebanyak 81,585 hektar dimana jumlah pengeluaran hasil sebanyak 505,614 metrik tan pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statistik Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Negeri utama yang ada kawasan penanaman kelapa adalah Johor, Perak, Selangor dan Sabah. Biasanya kelapa akan dipetik sebagai kelapa tua (buah berumur 12 bulan keatas) atau pun dipetik sebagai Kelapa Muda untuk di minum airnya (Buah berusia 7-8 bulan). Bagaimana pun kelapa tua merupakan buah yang paling banyak dituai berbanding dengan kelapa muda berdasarkan kepada keperluan produk seperti santan kelapa yang tinggi permintaannya. Keperluan buah kelapa untuk kilang memproses kelapa di Malaysia ditampung dengan pengimportan kelapa biji tua dari Indonesia sebanyak 150 juta setahun yang mana ia adalah dikawal jumlah untuk kemasukannya oleh Kementerian Pertanian Malaysia setiap tahun. Kelapa Muda pula ada digunakan bahagian airnya untuk diminum atau diproses menjadi 'Coconut Shake' yang kini semakin popular jumlah permintaannya. Sejak lama dahulu memang ada aktiviti membuat produk iaitu 'KELAPA BAKAR' yang mana ia merupakan satu lagi cabang dalam pemasaran buah kelapa. Ada yang membakar buah kelapa ini menggunakan kelapa tua dan ramai di negara jiran Indonesia yang membakar kelapa muda untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Penulis blog belum menjumpai laporan kajian saintifik di Makmal mengenai hasil aktiviti penyelidikan tentang fakta mengenai kandungan dan perubahan kimia setelah buah kelapa dibakar berbanding dengan buah kelapa segar untuk digunakan. Laporan-laporan yang ada cuma didalam media sosial dan lamanweb sahaja dengan beberapa testimoni dari penulisnya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai Kelapa Bakar untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua. 


Penulis blog beberapa kali melihat dan jualan kelapa bakar di Johor dan Sabah dan beberapa lokasi lain dimana aktiviti ini pernah viral satu masa dahulu. Kini ia juga  merupakan salah satu produk popular dari usaha promosi oleh para penjual kelapa muda dengan membakarnya dahulu. Cara menyediakan kelapa bakar ini juga berlainan diantara penjual dimana ada yang mana dia membakarnya sebiji bulat dahulu kemudian dibelah dan ada yang membuka bahagian atasnya dan dibakar diatas bara api (Sila lihat foto disebelah). Apa pun pada penulis blog yang pernah membeli dan meminum air kelapa bakar tidak merasai ada banyak perbezaan dari segi rasa kecuali jika diminum selepas dibakar dimana rasanya panas suam dan ada sedikit kelainan pada aromanya. Penulis tidak pernah membuat ujian makmal sendiri kerana tiada akses terhadap mana-mana makmal untuk membuat analisa saintifik. Apa pun dari beberapa kenyataan para penjual kelapa bakar ini mereka mendakwa dimana  ia adalah dipercayai sangat mujarab oleh para orang tua dahulu. Bagaimana pun penulis blog mendapat rahsia dari salah seroang penjual kelapa bakar yang mana resepinya dijadikan minuman ubatan yang baik. Ramuan yang digunakan didalam resepi Kelapa Bakar Herba adalah ia dicampur dengan Madu Lebah (Atau Madu Kelulut), Kunyit, Lada Hitam (atau Lada Putih), Kulit Kayu Manis, Buah Pala, Gula Melaka, Cengkih dan juga Halia Bara. Diterangkan juga cara menyediakannya iaitu dengan dihaluskan atau dikisar bahan rempah tadi sebesar kacang tanah dan dimasukkan kedalam buah kelapa muda yang dibuka atasnya. Kemudian dipanaskan buah kelapa tadi sehingga mendidh air didalamnya bersama rempah tadi dan akhir sekalu masukkan gula melaka kedalamnya. Bakar dan apabila suam sejuk airnya diminum pada malam hari sebaiknya. Jangan minum air masak atau air mineral apabila ingin meminum air kelapa bakar berempah ini untuk menambah keberkesanannya. Didakwa apabila perut sakit dan berak cair maka bermakna air kelapa bakar berempah ini berjaya mengeluarkan segala racun dan toksik didalam perut anda. Setelah diminum selama 3 hari air kelapa bakar ini perlu dicuci dengan air kelapa muda segar yang dicampur dengan telur ayam kampong yang dikacau sebati. Walau pun agak pelik resepi ini tetapi ia di[ercayai dalam dunia perubatan tradisional sejak dahulu.


Jika anda mengamalkan minuman air kelapa bakar berempah ini maka didakwa beberapa masalah kesihatan dapat diatasi. Testimoni ada menyatakan antara khasiat dan juga kehebatan kelapa bakar ini seperti ia mampu untuk meengembalikan ion tubuh secara semulajadi dan berjaya untuk memecahkan batu karang didalam Buah Pinggang. Walau pun secara klinikal  ia agak sukar dibuktikan akan tetapi [engamalan orang dulu mempercayai perkara ini dan didakwa berjaya. Air Kelapa Bakar ini juga didakwa mampu merawat masaalah hati yang membengkak dan juga masaalah organ prostat yang susah untuk mereka buang air kecil (kencing). Memang ada diantara pengamal perubatan tradisional asas kelapa ini nyatakan ia baik untu mengatasi masaalah sakit pinggang, radang tulang, sengal-sengal, Rheumatik, masaalah tekanan darah tinggi dan beberapa lagi. Masaalah diabetis, asthma (semput-semput) dan juga hilang selera makan boleh di rawat dengan minum air kelapa bakar berempah yang betul pengamalannya. Sebenarnya usaha untuk mempromosi minum air kelapa bakar selari dengan kempen minum air kelapa muda itu sendiri sejak berpuloh tahun dahulu. Selain daripada minum air kelapa muda segar atau sudah diproses manjadi ]coconut shake', produk air kelapa muda yang dibakar memberi kelainan kepada pengguna di Malaysia. Kini hanya perlu di tambahbaik kaedah mebakar buah kelapa agar ia lebih hygenik dan selamat dimakan serta menarik minat pelanggan. Mungkin buah kelapa yang sudah dibuang sabut (kelapa kulit putih) sahaja yang diletakkan dalam ketuhar )oven) atau dapor gas (tiada asap) dikawasan sesuai dilakukan. Jika ada di ruang makan hotel atau pejabat pun tiada masaalah untuk menyediakan hidangan air kelapa bakar yang menarik persembahannya.


Industri Kelapa Bakar merupakan bagaimana buah kelapa muda melalui proses pembakaran pada tungku atau alat pemanggang sesuai untuk selama kurang lebih 3-4 jam (cara tradisional) hingga dipastikan air di dalamnya sudah mendidih serta isi  kelapa sudah dilihat ia sebati bercampur dengan air kelapa. Setelah melalui proses pembakaran yang cukup lama tentu air kelapa ini menjadi panas sehingga perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum diminum. Lazimnya air kelapa ini boleh terus diminum. Apa pun sebagai satu usaha tambahnilai dan kreativiti mereka para penjual kelapa bakar biasanya akan menambahkan bahan-bahan tambahan lain seperti susu, madu, atau gula nelaka untuk menambah rasa keenakannya. Bagaimana pun resepi air kelapa bakar perenggan diatas boleh dilakukan penjual. Walau pun produk ini memang nampak tidak canggih dan satu amalan lama akan tetapi sebenarnya antara kesannya setelah meminumnya dijamin tubuh anda akan mengeluarkan peluh sehingga sangat sesuai agar ia diminum waktu petang atau malam hari. Airnya mempunyai rasa seakan lemak sedikit kerana isi putih kelapa yang dibakar sudah sebati dengan air kelapa. Rasa lemak ini berbeza diantara biji kelapa yang dibakar bergantung kepada ketebalan isi kelapa, jangkamasa lama ia dibakar dan kepanasan semasa air kelapa diminum. Apa pun penulis blog dapati dan setuju pada keseluruhannya dimana minuman ini memiliki citarasa sensasi yang berbeza dengan air kelapa muda biasa. Kepada mereka yang tidak suka minuman suam hangat air kelapa bakar juga boleh dapatkan kelainan dengan menambah potongan ais atau air batu agar rasanya lebih sejuk ditekak.


Dari segi saintifik seperti yang kita maklum dimana ada kemungkinan kandungan nutrisi dalam bahan makanan yang melalui proses pembakaran dengan suhu yang tinggi selama beberapa waktu akan mengalami perubahan atau bahkan mengalami kerosakan bahan didalamnya. Apa pun dari testimoni dan dakwaan peminat air kelapa bakar ini kelapa bakar dipercayai mampu didalam mendatangkan berbagai manfaat bagi kesehatan tubuh sebab mereka sudah buktikan sendiri. Diantara manfaat minum air kelapa bakar adalah seperti mampu untuk ianya meningkatkan daya tahan tubuh. Ini kerana dengan cara mememinum air kelapa bakar dipercaya dapat mengatasi keadaan tubuh yang lesu dan letih sehingga boleh kembali bersemangat. Air kelapa bakar yang hangat didakwa akan terasa meresap ke dalam tubuh dan meningkatkan daya tahan tubuh. Ia juga didakwa mampu mengatasi masuk angin iaitu merupakan penyakit yang sangat umum melanda rakyat di negara kita. Sering didengar masaalah 'masuk angin' yang boleh menyebabkan seseorang jadi demam, perut kembung, lelah, selsema, selalu mengantuk, cirit birit dan juga mual. Bagi mereka yang ada kurang nafsu makan maka dia boleh minum air kelapa bakar. Mereka yang ada masaalah diabetis boleh minum air kelapa biasa atau kelapa bakar untuk menjadi amalan. Meskipun faktor keturunan turut pengaruhi diabetis akan tetapi gaya hidup yang salah juga memegang peranan penting timbulnya diabetes. Dengan rajin meminum air kelapa bakar dipercaya0 akan dapat membantu mengatasi penyakit diabetes. Sebaiknya cara untuk penyajiannya tanpa tambahan pemanis seperti madu dan susu. Dalam pada itu didakwa dimana amalan minum air kelapa bakar mempercepat kehamilan kerana minuman ini juga dipercayai dapat membantu terjadinya kehamilan pada para wanita yang susah mengandung. Meskipun kehebatan air kelapa bakar diatas belum terbukti secara ilmiah sebab memang ia berdasarkan kepada testimoni bagaimana pun kajian saintifik tidak mustahil dilakukan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELAPA BAKAR... APA KELEBIHANNYA...
KELAPA TIA DIBAKAR...JUGA YANG MUDA...
DICAMPUR REMPAH... BERKHASIAT DIA...
SIAPA BERMINAT... KENALAH CUBA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melala, Melaka,
Malaysia.
(5 RabiulAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.