Thursday, November 21, 2019

FAKTA TENTANG SERAI DAN PETUA

FAKTA TENTANG SERAI (Cymbopogon citratus) dalam  kehidupan harian orang Malaysia memang tidak asing. Serai atau Lemon Grass (English), Camel's Hay, Citronella, Geranium grass, herbe de citron (Perancis), intronegras (Germany), erba de limone (Italy), hierba de limon (Spanish), bushtrina (India), sera, layu, Sereh (indonesia), bai makk nao' (Laos)  dan Takrai (Thai). Serai adalah sejenis tumbuhan daripada famili Poaceae yang mudah ditanam dan dijaga. Serai merupakan sejenis pokok herba berumpun dan tidak mempunyai batang sebenar sebaliknya mempunyai  seludang yang terbentuk sebagai batang palsu. Serai mudah tumbuh didalam rumpun membesar dimana ia mampu naik setinggi 1 meter dimana batang serai tumbuh menegak. Daunnya tumbuh menirus dengan berwarna hijau sepanjang 50 - 100 mm dengan lebar sekitar 0.5 - 1.5 cm dimana pada permukaan daunnya ada bulu-bulu halus yang mana ia boleh menyebabkan rasa miang atau gatal-gatal apabila kena bahagian yang sensitif.  Serai sebenarnya mampu berbunga apabila cukup matang dan keadaan sesuai walau pun dilihat biasanya serai yang ditanam dijaga dan dibaja jarang sekali berbunga. Batang serai yang dikupas selalunya berwarna putih kehijauan. Batang serai yang dituai akan membentuk pseudobulbil serta ia memberikan rasa dan aroma yang kuat. Biasanya penanaman serai menggunakan benih dari batang serai yang telah dewasa. Dari segi sejarah dilaporkan serai didakwa berasal dari Sri Lanka dan tersebar keseluruh dunia termasuk Asia Tenggara untuk dijadikan bahan penting didalam masakan. Terdapat dua jenis serai yang biasa ditanam di Malaysia iaitu SERAI BIASA (Cymbopogon citratus) dan SERAI WANGI (Cymbopogon nardua). Serai biasa digunakan dalam masakan sementara serai wangi akan diekstrak patinya dan dijadikan ubatan serta kegunaan lain. Artikel malam Isnin ini saya mennulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai fakta serai daripada pandangan Islam, perubatan dan juga fungsinya yang semakin besar.


Tanaman serai banyak di usahakan secara kecil-kecilan dan juga komersial. Keluasan tanaman serai di Malaysia seluas 1,822 hektar dengan penghasilan sebanyak 14,291 metrik tan (Sumber: Booklet Stattistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2018). Kawasan utama tanaman serai di Negeri Johor, Selangor, Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan. Diluar negara pula serai banyak di tanam seperti di India, China, Guatamala dan Brazil untuk kegunaan domestik dan eksspot bagi penghasilan minyak pati serai. Laporan ststistik juga menunjukkan anggaran pengeluaran minyak pati serai dunia meningkat dari 310 mt setahun pada awal 1980'an kepada lebih 520 mt setahun pada tahun 2005. Minyak pati ini digunakan dalam pelbagai industri sampingan seperti Kosmetik, Makanan, Kimia dan juga minyak wangi. Penanaman serai di Malaysia hampir kesemuanya adalah untuk tujuan kegunaan segar sahaja sebagai perasa dalam masakkan. Terdapat beberapa usahawan IKS kecil-kecilan ada membuat minyak serai di Johor, Selangor dan Negeri Sembilan. Secara marfologinya serai makan dengan serai wangi adalah sama bagaimana pun marfologi serai wangi daunnya lebih lebar dan panjang dimana aromanya minyak patinya lebih kuat. Serai wangi yang diproses mampu dalam menghasilkan minyak pati serai yang pelbagai kegunaannya.


Kegunaan utama serai di Malaysia adalah sebagai penambah perasa makanan khususnya masakan seperti Rendang, Tomyam, Nasi Goreng Serai, Sate dan banyak lagi. Ketiadaan serai didalam rendang seakan rendang tersebut tidak lengkap dan tidak enak dimakan (Sila lihat foto disebelah). Batang serai hanya dititik dan dimasukkan didalam rendang  dan mampu ia untuk menambahkan aroma dan rasa unik rendang tersebut. Dalam pada itu minyak serai juga digunakan didalam agen perisa makanan dan minuman, barang makanan bakar, bijirin, gula-gula, produk tenusu, gelatin dan puding. Dalam pada itu dilaporkan dimana daun serai juga menyingkirkan bau hanyir pada daging dan ikan. Bagi mengatasi masaalah bau didalam kereta anda juga boleh meletakkan daun serai atau daun pandan didalam kereta, Daun serai dalam kereta didakwa mampu menghalau lipas daripada ia ''menumpang' didalam kereta anda. Pelikik kereta juga boleh mengamalkan beberapa cara lain menghalau serangga didalam kereta dan juga menghilangkan bau didalam kereta. Serai yang mudah didapati bole dimasukkan didalam bonet kereta atau dibawah tempat duduk untuk mendapatkan aromanya.


Serai juga merupakan tumbuhan yang ada khasiat perubatan.Bahagian daun, batang dan akarnya boleh digunakan didalam dunia perubatan sama ada ia didalam bentuk asal atau didalam bentuk serbuk serai. Serai wangi mempunyai kandungan nutrien yang hampir sama dengan serai makan walau pun komponen bahan pati serai wangi iaitu Geraniol 80-97% dan kandungan Sitronelal sebanyak 30-45%. Minyak yang dihasilkan oleh serai wangi boleh digunakan didalam rawatan Aromaterapi iaitu rawatan menenangkan fikiran. Akarnya boleh digunakan bagi rawatan diuretik dan berfungsi untuk mengalakkan pengeluaran peluh. Penulis blog suka dengan minyak pewangi didalam kereta yang ada bahan daripada serai atau pandan. Ia akan memberikan kesegaran semasa memandu keenderaan. Dalam pada iu serai mampu menghalau nyamuk dan semut dan juga air rebusan serai sesuai untuk mandian mereka yang demam panas. Penulis blog juga diberitahu dimana air rebusan daun serai wangi yang panas bersama dengan daun gandarusa dan dicampur dengan lada hitam sangat baik untuk mandian ibu selepas bersalin. Dalam pada itu khasiat serai dalam perubatan Melayu dan Islam didakwa mampu merawat demam kuning, merawat masaalah pencernaan, merawat sengugut, melebatkan rambut, mengelak gigitan nyamuk, menurunkan paras kolesterol dan juga melegakan sesak nafas. Serai juga didakwa mampu elakkan gusi berkarat dengan ambil batang serai dan ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan arang dan dijadikan ubat gigi digosok pada bahagian gigi sehingga bersih dan berkmur. Ia juga sesuai kurangkan masaalah sakit gigi berlubang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalam!!..
HARUM BAUNYA ...SERAI NAMANYA...
MUDAH DITANAM... DIMANA-MANA....
DALAM MAKANAN ...SELALU GUNA....
BANYAK  KHASIAT.. UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutian,
Malaysia.
(21 Safar 1441H).
Posted From:
Languindingan Cagayan Airport,
Misamis Oriental, 
Philipines.
(Fly Philiine Airlines Cagayan-KLIA).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.