Monday, October 28, 2019

NANAS MD2 TANAH ABANG - TINJAUAN

TANAMAN NANAS (Ananas comosus) telah dikomersilkan diatas tanah mineral dibuktikan dalam tinjauan penulis blog ke Ladang Nenas MD2 di Tanah Abang, Mersing, Johor seluas 300 ekar. Projek ini yang telah dimulakan pada 2018 mensasarkan tanaman nanas hibrid MD2 untuk pasaran eksport dan juga pasaran domestik. Terdapat dua kumpulan pengusaha disini diketuai oleh Syarikat KPF sebagai 'Anchor Company' dan 10 orang usahawan Agropreneur Muda . KPF mengushakan 200 ekar kawasan dan usahawan muda mngushakan 10 ekar seorang. Syarikat KPF adalah pelopor tanaman nanas MD2 dengan jenama MELITA di Ladang KPF di Ulu Tiram, Kota Tinggi Johor dengan keluasan mencecah 800 ekar menggunakan teknologi mekanisasi untuk tujuan pembajaan, semburan kimia sert hormon dan juga mesin penuaian buah nanas. Projek ini merupakan satu 'brain child' bekas Ketua Pengarah LPNM iaitu saya sendiri dengan menperkenalkan pendekatan anchor company yang kukuh untuk keseluruhan projek. Tanah milik YPJ ini disewakan kepada LPNM untuk dimajukan dengan tanaman nanas komersil. Pengurus KPF dan Pengurus ladang memberikan penerangan perlaksanaan tanaman nanas hibrid dimana penanaman disasarkan seluar 7 ekar setiap bulan secara penjadualan matrik. Benih nanas Sulur (true-to-type) diprojek ini dibekalkan oleh syarkat KPF dan juga LPNM mengikut program tanaman nanas premium. Pihak agropreneur muda ada yang mendapatkan bantuan pinjaman kewangan daripada Agrobank dengan secara berperingkat. Tanaman nanas  diatas tanah mineral kini dijangka mampu untuk memberikan pulangan berbaloi kepada pengusaha jika dijalankan amalan agronomi yang baik seperti mana penanaman nanas pada tanah gambut dimasa dahulu untuk pasaran domestik dan kaleng. Pengurusan teknologi bagi penanaman nanas di tanah mineral adalah berbeza dengan teknologi penanaman nanas di atas tanah gambut. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi mengenai projek tanaman nanas MD2 di Tanah Abang dibawah bimbingan LPNM yang penulis blog kunjungi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Pengurus Syarikat yang menuggu akan kedatangan penulis blog melalui wasap sehari sebelum pertemuan memberikan taklimat ringkas bersama pengurus ladang tersebut. Dimaklumkan sehingga hari ini seluas 120 ekar kawasan telah ditanam berperingkat seawal umur penanaman paling tua adalah berumur 10 bulan dengan penuaian pertama dijangka pada Januari 2020. Bangunan kontena (ada 4 unit) yang dibina oleh LPNM digunakan sebagai pejabat pengurus ladang, setor penyimpnan baja dan bahan kimia, rumah pekerja ladang dan juga kawasan lapang untuk penerimaan benih tanaman. En Yami maklumkan projek di Tanah Abang ini mendapat sokongan padu daripada LPNM (semenjak penulis menjadi KP LPNM dulu) untuk mempastikan penanaman nanas MD2 komersil dapat dilaksanakan menggunakan benih sulur (suckers) dimana mereka mematuhinya (Sila lihat foto disebelah). Mereka TIDAK DIBENARKAN sama sekali menggunakan benih Nanas MD2 Kultur Tsu (TC planting material). Kos benih suur dikira seitar RM1.20 - RM1.60 satu sulu bergantung kepada saiz sulur dan juga mesti dirawat, digredkan terlebih dahulu sebelum menanam. Kerja-kerja menyediakan kawasan dengan membajak piring, merotor dan membina batas tanaman kemudian aktiviti pemasangan plastik penutup batas dari jenis silvershine untuk nanas (bukan yang diguna untuk sayuran). Penanaman sulur nanas MD2 diladang ini mengikut kesesuaian kontour tanah diatas batas dimana mesti mengelakkan hakisan tanah jika ada benih nanas MD2 diatas batas tanaman. 


Dalam pada itu penanaman nanas MD2 dari ladang ini adalah dikawasan tanah baru yang masih subur. Diantara isu dan cabaran masa kini penanaman nanas MD2 disini adalah serangan oleh babi hutan (wild boar) terutama pada malam hari yang memusnahkan anak pokok nanas. Pelbagai cara digunakan pengurus ladang seperti dengan membuat parit dalam, memasang pagar letrik dan juga pagar zink akan tetapi ia masih kurang berkesan dan perlu dipertingkatkan kawalan. Penulis blog membuat beberapa cadangan lain bagi kawalan babi yang mungkin boleh diamalkan diprojek ini. Serangan gajah liar sudah beberapa kali menganggu kawasan tanaman nanas pada awal tahun 2019 akan tetapi pada masa itu kerosakkan adalah sangat minima kerana belum banyak benih nanas ditanam. Pembajaan dilakukan mengikut pakej amalan teknologi dengan pembajaan asas akan dibuat semasa penyediaan tanah diletakan dibawah plastik silvershine. Kelihatan pokok nanas yang telah beberapa minggu dibubuh baja kali pertama sudah menghijau berbanding dengan tanaman yang belum dibaja lagi. Lazimnya baja butir ini perlu dimasukkan kedalam batas tanaman yang bertutup dengan plastik melalui proses yang khusus. Baja NPK 15:15:15 diberikan untuk umur peringkat vegetatif dan baja NPK 15:15:17:2 TE pula diberikan kepada tanaman nanas untuk proses pembuahan.


Nanas MD2 merupakan sejenis varieti nenas yang sangat popular di Malaysia dan seluruh dunia masa kini. Nenas merupakan sejenis tumbuhan tropika yang diklassifikasikan sebagai tumbuhan kaktus daripada famili Bromeliaceae. Ramai yang bertanya penulis apakan dia 'MD' dalam nama varieti nenas popular ini dan ianya sebenarnya adalah 'Millie Dilarch' sempena hasil kajian yang dijalankan di Institut Penyelidikan (PR) di Hawai sekitar tahun 1980'an. Penyelidikkan ini melibatkan PR dengan beberapa syarikat nenas terkemuka dunia seperti Del Monte, Dole dan Maule Land and Pineapple Company dimana akhirnya berjaya memperkenalkan varieti nenas MD2 yang kini diterima oleh masyarakat antarabangsa. Akhirnya pada tahun 1981 maka hasil kajian biakbaka yang dibuat berjaya menamakan nenas varieti MD2 yang mempunyai ciri yang kompleks dan ianya adalah melibatkan 5 varieti nenas yang berbeza telah dikacukkan termasuk daripada jenis nenas Smooth Cayene. Di Malaysia kemasukkan varieti nenas MD2 ini hanya berlaku sekitar kurang dari 10 tahun lalu dimana benih tanaman nenas MD2 dibawa masuk dan dibuat percubaan penanaman di Johor. Kini tanaman nenas MD2 di negara kita menjadi impian ramai penanam nenas sama ada dikawasan tanah gambut atau tanah mineral diseluruh negara. Benih nanas MD2 yang asalnya ijual dengan harga RM4.50 satu sulur kini sudah dijuall dengan harga sekitar RM1.20 satu sulur dan bekalan dalam negara adalah mencukupi.


Keistimewaan nenas MD2 memilikki tahap kemanisan yang tinggi dengan warna kuning keemasan yang amat menyerlah. Kulit buah nenas ini akan berwarna kekuningan emas apabila cukup masak. Apa yang penting mengenai bentuk buah nenas MD2 adalah bentuk fizikal buahnya yang SELINDER (cylindrical shape) bersaiz daripada sederhana besar kepada saiz besar. Kajian yang dilakukan dimakmal mendapati lazimnya kandungan gula nenas MD2 diantara 13 - 18 darjah Brixs iaitu pada kadar tahap kemanisan amat tinggi ubtuk buah tropika seperti buah nenas. Nenas varieti lain lazimnya pempunyai tahap kandungan gula diantara 8 - 12 darjah Brix sahaja. Nenas MD2 mempunyai keunikannya tersendiri dimana ia memang menyebabkan mudah mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penanam nenas dan pengguna domestik dan antarabangsa. Ciri-ciri nenas MD2 yang manis rasanya dengan warna kulit dan isinya yang berwarna kuning-kuning keemasan serta tidak lidas memakannya. Kini telah ada beberapa usahawan nanas menanam nanas organik untuk menghasilkan nanas premium. Tinjauan teknologi ke projek nanas bersepadu di Tanah Abang Mersing ini diakhiri dengan menuju kepada 'viewing tower' diata bukit yang amana ini membolehkan kita melihat keseluruhan 300 ekar kawasan ladang nanas komersil MD2 di Johor ini. Semuga artikel ini memberi info terbaik daipada peminat anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DITANAM ABANG MERSING... LOKASINYA...
SELUAS 300 EKAR ... SUBUR TANAHNYA...
SYARIKAT JTP .. ANCHOR COMPANYNYA...
SATU TIJAUAN ... PASTIKAN IA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 601, Suite Executive Floor,
Hotel Impiana, Senai,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(26 Ogos 2019).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.