BELALANG PADI (Chortophaga viridifasciata) merupakan sejenis serangga dari keluarga Acrididae yang mana ia boleh dijumpai dikawasan tropika seperti d Malaysia terutama dikawasan jelapang padi. Belalang ini dengan mempunyai jalur berwarna hijau (green striped grasshopper) dengan sepasang kepak besar membolehkan ia terbang jauh. Belalang ini dipercayai suka persekitaran yang lembab, cuhu panas dan dikawasan yang mempunyai rumput yang tidak tinggi. Berukuran diantara 23 - 30 mm bagi belalang jantan dan sekitar 28 - 38 mm bagi belalang padi betina ia mempunyai beberapa spesis yang berbeza mengikut negara dan zon persekitarannya. Penulis blog semasa dahulu memang biasa jumpa belalang ini di kawasan keliling rumah dan padang bola serta kawasan sawah padi dimana ia amat mudah untuk dikenali dengan ciri jalur hijau pada badannya (Sila lihat foto diatas). Bagaimana pun kini apabila banyak banah racun serangga digunakan untuk mengawal serangga perosak tanaman dilaporkan kewujudan belalang padi ini semakin berkurangan malahan apabila kawasan pertanian sudah di bangunkan menjadi kawasan untuk perumahan dipinggir bandar dan luarbandar maka populasi belalang padi ini semakin akan pupus kelak. Belalang Dewasa adalah salah satu kitaran kehidupan belalang dimana fasa lain bagi belalang ini adalah seperti fasa telur, nim dan juga dewasa dimana ia selalunya akan memakan bahagian daun tanaman atau tumbuhan yang ada dihabitatnya. Malahan ia juga dilaporkan berada dikawasan tanaman disawah padi atau dikawasan tanaman padi bukit. Walau pun kadar kerosakan tanaman sehingga kini masih boleh diperhatikan peratus kerosakkannya akan tetapi ia masih dapat dikawal dengan baik. Sehingga artikel ini ditulis memang tidak banyak didengar ada usaha mengkomersilkan belalang padi ini yang hanya dianggap sebagai perosak tanaman. Artikel malam ini sambil menghadap Pantai Balok dan deruan ombak dari tinglat 8 saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology'' mengenai bagaimana belalang padi ini dikomersilkan sehingga mencecah harga lumayan di Terengganu untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.
Terkini dalam laporan BERNAMA iaitu berita yang dipetik dari Jertih, Terengganu dengan tajuk artikel "Belalang Padi Sedap Dimakan Cecah RM70 sekilogram" sesuai dijadikan bahan rujukkan kali ini. Belalang padi atau nama saintifiknya Chortophaga viridifasciata semakin digemari kerana mempunyai rasa yang enak dan kini mula popular ia malah dijual hingga RM70 sekilogram. Dalam pada itu dilaporkan pihak media dan juga melalui temubual dengan wartawan Bernamamereka mendapati dimana satu pasangan suami isteri bernama Muhammad Salleh berumur 64 tahun dan isterinya iaitu Azizah Mat Jusoh berumur 59 tahun yang menjual belalang padi atau belalang perah. Mereka dakwa dimana permintaan terhadap serangga kecil itu sentiasa tinggi malah habis dijual tidak sampai dua jam dipasaran (Sila lihat foto disebelah). Mereka dakwa dimana belalang yang mereka jual ini adalah bekalannya di sendiri dan ada sebahagiannya dibeli daripada penduduk yang mencari belalang di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Putih, Kelantan. Apa yang penting bagi dia adalah dimana dia perlu juga mendapatkan bekalan dari pelbagai sumber bagi memastikan bekalan sentiasa ada untuk dipasarkan di pasar tani Kuala Besut setiap hari Jumaat dan Isnin. Dakwanya lagi memang bukan mudah untuk mendapatkan belalang padi ini terutama pada musim hujan monsoon. Ini kerara pada musim ini belalang memang 'tidur' sahaja dan kurang aktif untuk mencari makanan kerana ia perlukan matahari dan suhu agak hangat.
Memang agak unik apapbia dilaporkan iaitu didalam akhbar dimana harga belalang ini telah mencecah sebanyak RM70 sekilogram dan makanan belalang padi ini adalah memang sedap dimakan. Jualan diwarung mereka ini pun hanya beroperasi pada hari Jumaat dan Isnin. Menurut beliau lagi belalang ini dijual dengan harga RM10 bagi 100 gram dan RM70 untuk satu kilogram. Dari segi pengalaman dilaporkan dimana usahawan Muhammad yang mula menjual belalang di pasar berkenaan sejak September 2018 dimana dia dakwa belalang tersebut boleh didapati dengan kuantiti yang banyak di rumput menerung dan di kawasan sawah selepas waktu hujan. Dakwanya belalang boleh ditangkap antara 8 malam hingga 12 tengah malam melalui dua kaedah terbaik iaitu dengan menangkap seekor demi seekor menggunakan tangan ataupun menebar jaring yang diperbuat daripada guni. Selepas belalang padi ini ditangkap maka belalang itu akan direndam didalam air dimana ia kemudian akan melalui proses menggoreng seketika sehingga warna hijau belalang bertukar kemerah-merahan sebelum dijual. Dari pengalaman beliau biasanya sebelum dimasak maka penting agar semua belalang ini masih perlu disiang dan dibersihkan sekali lagi. Memang belalang akan mempunyai sistem perkumuhan tersendiri yang mana ia perlu dibersihkan sebelum dijadikan makanan. Walau pun kerja ini nampak agak rumit tetapi pengalaman dan kesabaran beliau membolehkan kerja ini dibuat dengan teliti.
Setelah siap maka ia akan dihidangkan kepada pelanggan dimana jika dilihat beginilah rupa belalang beras yang telah siap digoreng untuk dijual kepada peminat makanan eksotik yang sempat dirakam di Pasar Minggu Kuala Besut, Besut, Terengganu. Biasanya cara untuk siang belalang ini kita hanya perlu membuang bahagian sayap dan bahagian kateh (kaki belakang untun melonpat) sahaja. Kemudian barulah belalang ini boleh dimasak mengikut cita rasa yang diingini sama ada dimasak rendang, Masak kerutuk mahupun paling simpel dengan menggorengdengan garam kunyit sahaja. Kini warga emas itu yang mengakui turut menggemari belalang tersebut berkata ia sesuai digandingkan bersama nasi dan pulut sudah mengetahui rupanya memang telah ada ramai yang meminati memakan belalang kunyit istimewa yang kaya dengan sumber protin ini. Sebenarnya makanan seperti belalang, lipas, jengking, semut, kerengga dan beberapa serangga lain sudah lama popular dinegara jiran seperti diThailand, Kambodia, Vietnam sebagai makanan yang dijual dan digemari orang di negara tersebut. Dalam pada itu wartawan menebual seorang peminat tegar makanan eksotik itu bernama Che Ismail Rajab berumur 63 tahun dan dia telah berkata dimana belalang adalah makanan kesukaan sejak zaman dahulu namun sukar didapati dan bermusim. Dakwanya lagi pada masa dulu-dulu belalang ini dijadikan makanan kerana sumber makanan tidak banyak seperti sekarang. Kini makanan eksotik seperti ini sukar diperoleh dan hanya dijual di sesetengah tempat sahaja. Kepada peminat lain di gerai jualan iaitu Puan Fazira Wahida Jaiz berumur 26 tahun pula terkejut apabila melihat belalang tersebut dijual oleh pasangan berkenaan dan pengalaman pertama itu membuatkan beliau bertindak memuat naik dan berkongsi gambar belalang tersebut di laman sosialnya, namun tidak menyangka ia berjaya menarik perhatian ramai yang ingin mengetahui lokasi penjualan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca aniim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MANA BELALANG... DIKAWASAN PADI...
BELALANGNYA KECIL... TERBANG LAGI...
DIJERTIH WUJUD... MAKANAN TRADISI...'
KAYA PROTIN... NAK RASA KENA PERGI..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 816, Executice Suite,
Hotel Mandurah, Pantai Beserah,
Jalan Kuantan-Kemaman,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(28 Safar 1441H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.