Wednesday, September 18, 2019

SINGGAH DI TPS TENOM - AMAT BERBALOI

SINGGAH BERKUNJUNG DI TAMAN PERTANIAN SABAH (TPS) MEMANG BERBALOI apabila mendapat banyak jenis maklumat mengenai pelbagai info yang terdapat di taman yang terbaik di Asia Tenggara dari segi koleksi tumbuhan unik dan janaplasma. Taman Pertanian Sabah (Sabah Agriculture Park) merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi sebab ia mempunyai pelbagai spesies tanaman. Taman ini yang terletak di Lagud Sebrang dengan jauh kira-kira 10 km daripada Bandar Tenom, Sabah. Jam 7.30 pagi ketibaan rombongan kami disambut oleh dua pegawai pertugas taman iaitu Sheera dan Edna serta En Haniff sebagai Pegawai Pertanian Daerah Tenom. Taklimat ketibaan dibuat Sheera mengenai info asas taman ini. Penulis mendapati kedudukan lokasi taman ini adalah berlatar belakangkan Banjaran Kroker (banjaran terpanjang di Malaysia). Taman berkonsepkan pertanian ini mempunyai kawasan seluas 625 ha (1,500 ekar) dengan ketinggian 200 -300 meter dari aras laut yang amat cantik dan menarik. Taman ini dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sabah dimana pada sudut tertentu akan dilihat wujud pemandangan yang indah di taman ini. Penulis melawat taman ini kali pertama pada tahun 1990 dan kali kedua pada 6 Mac 2015 (kira-kira 25 tahun dahulu) dimana hanya kali ini 2019 dapat menikmati lokasi kawasan orkid dan beberapa tarikan baru. Taman ini merupakan sebuah pusat janaplasma tumbuhan dalam negara yang hebat kerana mempunyai amat banyak janaplasma tumbuhan bernilai dalam negara dan dari luar negara. Taman ini telah benyak tahun menyumbangkan kepada setiap kali pameran buah-buah nadir ketika Tempat ini juga menyediakan persekitaran yang ideal untuk aktiviti yang berkaitan dengan alam festival MAHA dan HPPNK diseluruh negara setiap tahun. Dilaporkan bahawa Jabatan Pertanian Persekutuan amat bangga dengan kejayaan Jabatan Pertanian Sabah yang menjaga taman ini dengan jayanya. sekitar dan membuatkan tempat ini sesuai sebagai salah satu tempat percutian. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai beberapa perkara berkaitan aktiviti singgaj selama 3.5 jam di TPS ini untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Selepas taklimat ringkas mengenai organisasi dan maklumat TPS kemi dibawa dengan kereta 'Ala Jeepney' yang penuh dengan bendera Sabah dan Malaysia keran keenderaan ini mengikuti perbarisan semasa sambutan Hari Merdeka beberapa minggu lepas (Sila lihat foto disebelah dan dibawah). Edna menerangkan dimana beberapa daya tarikan utama di TPS adalah keunikan beberapa jenis tumbuhan dari dalam negeri dan juga luar negara. Tapak pertama adalah taman beraroma (aromatic garden) dengan pelbagai jenis tumbuhan berbau harum dan juga tidak harum. TPS kini mempunyai seramai 20 orang kakitangan yang menguruskan taman daripada kerja menyelenggara taman sehingga kepada perkhidmatan dikaunter, membawa kenderran pelancong dan pemandu pelancongan. Memang menarik TPS pada permulaan perjalanan dengan beliau penerangan yang amat jelas oleh Edna dan berhenti pada beberapa lokasi strstegik. Secara keseluruhannya hanya beberapa lokasi yang saya singgah iaitu Taman Anggerik, Kolam, Lot Buah Nadir, Plot Kelulut, Rumah Tumpangan, Padang TBS dan beberapa lagi. Lokasi yang tidak sempat berhenti adalah Plot Orkid Hibrid, Taman hiasan-Taman Hoya, Taman Evolusi, Taman haiwan (Tutup diselenggara),  Muzium tumbuhan hidup, Koleksi plasma, Hutan Agro-forestry, Tasik Rundum dan juga Taman Tumbuhan karnivor  kerana kekangan waktu untuk ke lapanganterbang KK.

Melalui kawasan penginapan disediakan dengan ada beberapa chalet yang mana ia terletak di tepi tasek dengan boleh lihat permandangan yang amat menarik. Apa yang dijelaskan kini beberapa chalet lagi akan dibangunkan. Chalet yang di bina dengan kayu jati ini menawarkan harga RM150.00 untuk satu malam lengkap dengan bilik tidur, sistem penghawa dingin dan kemudahan lain sesuai untuk meraka yang inginkan suasana kedamaian dialam taman (Sila lihat foto disebelah). Kepada pengunjung yang ingin tinggal dalam chalet boleh membuat tempahan awal terutama dihujung minggu. Kepada mereka yang inginkan suasana luar tapak perkhemahan juga ada di sediakan berhampiran tasek dan sesuai untuk perkhemahan secara berkumpulan. Mereka yang mahu menyewa asrama ada disediakan dimana akan di kenakan bayaran RM15.00 seorang dan hanya perlu bayar RM10.00 seorang untuk pelajar. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah dimana pengunjung juga boleh melakukan aktiviti 'Jungle Trekking' di dalam taman ini untuk menikmati keunikan tumbuh-tumbuhan, kesegaran udara, mendengar bunyi-bunyian hutan dan sebagainya sambil menjadikan badan lebih sihat dan bertenaga selepas itu. Kunjungan ke taman ini pasti tidak akan mengecewakan bagi merasa sendiri pengalaman ke tempat ini. Pertandingan memancing sering diadakan secara berjadual dan juga pesta memancaing mega yang hadiahnya mencecah RM30,000 sekali setahun.

Kunjungan penulis bloh ke Taman Orkid dan Anggerik Semulajadi mengambil masa lebih 1.5 jam. Menurut Sheera taman ini mempunyai koleksi orkid yang berjenis daripada yang paling sukar dijumpai ditempat lain didunia sehingga orkid yang telah di komersilkan. Terdapat beratus-ratus spesis orkid tetapi yang sering emanjadi tumpuan adalah seperti Orkid Gergasi, Orkid Paling Kecil disunia, Orkid peling wangi, Orkid berbau busuk, orkid hutan Rafflesia dan banyak lagi. Penulis blog paling 'exited' apabila beberapa spesis orkid unik ini di gantung tag yang ada maklumat QR Code dimana mudah untuk mengunjung imbas (scan) QR Code ini dan terus mendapatkan info pada telefon bimbitnya. Menurutnya Sheera projek memasang QR Code ini masih diteruskan kepada beberapa jenis orkid lain yang menarik. Bagaimana pun kadang-kadang agak lambat untuk saya mendapat akses jawapan kerana line telepon agak lemah dilokasi ini dan boleh ditingkatkan dimasa akan datang. Ada satu banguna pameran jenis orkid unik di Sabah yang berbentuk terendak dimana ditunjukkan banyak jenis orkid yang ada menunjukkan foto bunganya. Ini kerana didakwa kebanyakan orkid liar akan hanya mengeluarkan bunga hanya setahun sekali iaitu lazimnya selepas sahaja musim kering berlalu didalam hutan. Memang berbaloi dapat meninjau sendiri akan beberapa pokok orkid yang penulis blog tidak pernah nampak disimpan didalam TPS ini. Sungguh baik kalau ada masa yang banyak 1-3 hari membuat tinjauan keseluruhan tumbuhan orkid disini.

Lokasi Taman Lebah atau kini dipenohi dengan Log Kelulut memang menarik minat penulis blog yang juga agak pakar didalam industri apiculture ini. Terdapat beratus susunan log kelulut di taman ini dimana kebanyakannya adalah daripada jenis Trigona itama. Mereka tidak merekodkan ada kelulut jenis Trigona thoracica disini tetapi ada banyak jenis kelulut hutan lain yang liar didalam taman. Penelitian penulis blog memang banyak sumber makanan di TPS ini dan tidak menjadi masaalah untuk koloni kelulut diternak bagi mendapatkan madu kelulut. Bagaimana pun tujuan utama plot lebah adalah untuk pameran dan hasil madunya ada dijual dikedai cenderamata. Penulis blog sempat memberi penerangan amalan pengurusan penternakan kelulut dari beberapa aspek seperti penambahan makanan semasa musim hujan, penyusunan semula log yang terdedah dengan panas cahaya matahari, menambah black netting di atas log dan juga teknik kawalan musuh dan perosak kelulut. Didakwa juga ada terdapat banyak sarang lebah madu (Apis cerana) dan lebah tualang (Apis dorsata) didalam kawasan TPS yang selalunya dipantau. Apabila membuat ujirasa madu kelulut disini mendapati ia menghasilkan madu kelulut yang berkualiti kerana banyak sumber nektar dikumpulkan daripada pelbagai tumbuhan disekelilingnya. Memang berbaloi dapat singgah di TPS Tenom dimana banyak ilmu yang dapat saya garap sempena lawatan singkat ini. Terimaskasih kepada Jabatan Pertanian Sabah yang berjaya menguruskan taman ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TPS TENOM...SEBUAH TAMAN WARISAN...
PELBAGAI TUMBUHAN... ADA DISIMPAN...
PASTINYA...PETUGAS MESRA PELANGGAN... 
ILMU DI GARAP... MENJADI BAHAN TULISAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 106, Hotel Orkid,
Tenom, Sabah,
Malaysia.
(15 Muharram 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.