Sunday, September 22, 2019

LONGAN KG SLIM DI PERAK

TANAMAN LONGAN (Dimocarpus longan) di Kg SKC Slim, Daerah Mualim, Perak mampu dijadikan contoh kepada petani lain disekitar kampong tersebut. Penulis blog yang buat tinjauan teknologi di kebun Ah Peng mendapati pokok longan yang berumur 12 tahun ini merupakan tanaman ini menjadi tumpuan pemborong buah untuk membelinya. Buah yang masih dibalut dalam karung hanya tunggu beberapa hari sahaja untuk dituai (Sila lihat foto diatas). Buahnya yang masak amat manis daripada sampel ujirasa yang diberikan kepada saya kerana ia masih segar dan baru dipetik dipokok. LONGAN adalah sejenis buah daripada keluarga Sapindaceae iaitu sama dengan buah rambutan. Buah Longan yang masak adalah seperti 'Mata Naga' yang mana ia mempunyai isi manis dan rasa sedap. Negara China dan Thailand merupakan pengeluar utama buah longan didunia walau pun nilai ekspot longan Thailand mencecah jutaan ringgit setahun. Malaysia antara negara yang banyak mengimpot buah longan sama ada dalam bentuk buah segar atau pun buah longan kering. Penanaman longan di Thailand yang saya sempat buat tinjauan teknologi merupakan satu industri yang berkembang dan menghasilkan buah berkualiti untuk pasaran domestik dan ekspot. Pokok Longan boleh tumbuh tegak dengan kanopi daun yang merimbun dan boleh mencapai ketinggian antara 10-20m. Daun longan adalah jenis kompaun (compound leaf). Lai daunnya juga tersusun berpasangan secara berselang di antara 6-9 pasang dan berbentuk bujur. Bunga longan bersaiz kecil dan terdapat pada hujng pucuk. Jambak bunganya besar (3-50cm panjang), bercabang dan tiada daun. Terdapat 3 jenis bunga longan iaitu bunga jantan, bunga betina dan bunga hermafrodit. Hanya bunga hermafrodit yang akan menjadi buah. Dalam satu jambak boleh terdapat sehingga 80 biji buah yang berbentuk bulat dengan beratnya di antara 5-20g sebiji. Pada peringkat awal, warna buahnya kehijauan dan kulitnya agak kasar. Kulit buah longan akan bertukar menjadi agak licin dan berwarna perang bila telah matang. Artikel subuh 14 Ramadan 1434H ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai hasil tinjauan tanaman longan di Kg SKC Slim di Perak untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda. 


Penulis blog sebelum iai ada menulis varieti longan dimana terdapat 10 varietii longan yang mungkin boleh ditanam di Malaysia. Ah Peng hanya menanam varietu Edaw sahaja dikebunnya. Dakwanya sebelum ini ada menanam jenis Ping Pong tetapi dibuang akibat pokok yang mudah sekah. Kesemua 10 varieti longan diatas belum didaftarkan dan belum disyorkan lagi untuk penanaman komersil di Malaysia walau pun terdapat ramai petani telah berusaha menanamnya secara kecil-kecilan. Di Thailand terdapat banyak varieti longan dinegara tersebut yang ditanam mengikut 'province' atau kawasan yang berbeza-beza. Jadual diatas menunjukkan 4 varieti yang dikatakan sesuai untuk di tanam di Malaysia dan berhasil iaitu Varieti Edaw, Belian (Diamond), Ping Pong dan Biew Kiew. Lain-lain varieti masih ditanam dibeberapa stesyen pertanian untuk melihat prestasi tanaman agaknya sebelum dikomersilkan. Pemerhatian penulis terhadap Varieti Diamond dan Edaw yang ditanam di Pusat Pertanian Jementah, Segamat mendapati ia banyak mengeluarkan hasil apabila sampai musim. Bagaimana pun beberapa dahan 'sekah' apabila buah terlalu banyak dan terdapat serangan kelawar. Kebanyakan varieti longan di negara kita memang berasal daripada Thailand atau China. Tidak mengapalah kalau tanaman ini kurang sesuai di Malaysia kerana kos untuk mengimpot buah ini jauh lebih murah berbanding dengan kos kita mengeluarkannya di Malaysia.


Varieti longan yang ada ditanam oleh Ah Peng adalah varieti Edaw dimana benihnya dahulu dibeli dari kawannya dari Thailand. Jenis ini adalah kultivar yang sesuai pada suhu yang panas di kawasan tanah lombong Daerah Mualim bagaimana pun ia akan berbunga setelah dilakukan rawatan dengan garam nitrat selepas musim pana (Ah Penga kata selepas Tahun Baru Cina - Febuari). Beberapa kawasan yang ada cuaca panas seperti di bahagian Utara Semenanjung Malaysia dan Utara Borneo didakwa sesuai ditanam dengan pokok longan kerana kawasan ini mempunyai cuaca panas dan kemarau yang agak lama untuk membolehkan ia mengaruhkan proses pembungaan. Bagaimana pun pada keadaan biasa dikawasan lain tanaman longan yang ditanam di Malaysia tidak berbunga. Namun begitu menurut penelitian penulis blog, longan varieti Edaw didapati boleh berbunga apabila dibuat aruhan dengan menggunakan rawatan kalium klorat seperti dilakukan oleh Ah Peng. Teknik membuat aruhan terhadap pokok longan dimana aruhan boleh dilakukan dengan cara dua kaedah iaitu secara siraman dan taburan. Kaedah yang Pertama iaitu Kaedah Siraman dimana sebelum membuat rawatan, pastikan keseluruhan daun telah matang dan tiada pucuk baru. Kemudian larutkan kalium klorat dalam air dengan kadar 8 gm/m persegi (keluasan kanopi pokok). Seterusnya bersihkan kawasan kanopi, kemudian larutan tersebut dicurahkan ke atas tanah di bawah kanopi di sekeliling pokok.

Teknik kedua adalah dengan Kaedah Taburan dimana sebelum rawatan kena pastikan keseluruhan daun telah matang dan tiada pucuk baru. Timbang kalium klorat dengan kadar 8 gm/m persegi (keluasan kanopi pokok). Peringkat yang seterusnya adalah membersihkan kawasan kanopi pokok dari rumpai dan kemudian tabur kalium klorat ke atas tanah di bawah kanopi di sekeliling pokok. Antara perkara-perkara penting yang perlu dilakukan sebelum membuat aruhan adalah seperti melihat bahawa daun longan telah menjadi matang (hijau tua) keseluruhannya dan kawasan bawah kanopi pokok perlu dibersihkan dari rumpai. Sebaiknya kira purata jejari pokok dalam kaki (kolum 1). Timbang kalium klorat mengikut kadar yang diberikan seperti jadual 1 (kolum 4). Sediakan air bersih mengikut jadual 1(kolum 5) dan larutkan kalium klorat ke dalam air dan kacau dengan kayu sehingga larut kesemuanya. Curahkan larutan kalium klorat itu merata tempat di bawah kanopi pokok. Keputusan akan dapat dilihat antara 2-5 minggu. Penentuan masa aruhan ini dibuat kerana terdapat hujan yang mencukupi bagi pengeluaran putik dan pembentukan buah. Suhu sebelah malam yang sejuk adalah baik untuk pembentukan buah. Tinjauan penulis di kebun Ah Peng yang berjaya menghasilkan buah longan tempatan segar amat berbaloi. Beliau ada membuat benih dan dijual kepada rakan-rakan yang ingin membelinya. Bagaimana pun dari pengalamannya biji dari buah longan edaw beliau boleh disemai dan dijadikan anakbenih untuk ditanam. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini yang berminat menanam pokok longan. Wasallam!!!..
TANAM LONGAN...SUBUR POKOKNYA...
SUDAH 12 TAHUN... BERBUAH SENTIASA...
PERLU DI RAWAT... JADUALNYA DI SEDIA...
LAWAT KEBUN... DAPAT MERASA ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 703, Suite Executive,
Hotel Weil, 292 Jalan Sultan Idris Shah,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(19 Muharam 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.