Monday, September 16, 2019

DAILOG PENANAM KOPI DI TENOM

DAILOG DENGAN PENANAM KOPI di jalankan di Kilang Kopi Yit Poh di Daerah Tenom, Sabah untuk mendapatkan maklumat terkini bagi pembangnan kopi negara khususnya di kawasan Tenom. Seramai 20 orang penanam dan juga pengusaha kopi di Sabah hadir bersama 15 orang pegawai dari jabatan dan agensi yang teribat dengan industri kopi dari seluruh negara turut hadir. Delegasi ini yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Malaysia Dato' Salehuddin dibantu oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia Dato' Mohd Anim dalam mengendalikan sessi dialog khas isu-isu tempatan berkaitan dengan cara bagaimana untuk membangunkan industri kopi dan boleh dijadikan asas untuk pembangunan industri kopi negara.  Dari segi sejarah, keluasan tanaman kopi di Malaysia adalah seluas 9,470 hektar dengan pengeluaran sebanyak 68.184 mt pada tahun 1996 telah menurun kepada hanya seluas 8,557 hektar pada tahun 2005. Kemudian penulis blog telah  merujuk kepada data Jabatan Pertanian terkini dimana keluasan tanaman kopi negara terus jauh menurun pada tahun 2010 kepada seluas 3,160 hektar dimana mampu hasilkan pengeluaran sebanyak 20,591 metrik tan yang bernilai RM12,355,000. Data terkini menurun lagi kepada hanya seluas 1,644.1 hektar sahaja pada 2018. Trend tersebut menunjukkan dimana pengurangan seluas 7,826 hektar berlaku dalam masa 22 tahun atau sekitar purata pengurangan seluas 355 hektar setahun (Sumber: Booklet Satistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia dan Jabatan Pertanian Sabah). Di Semenanjung Malaysia kopi hanya signifikan ditanam diNegeri Johor sahaja. Di Sabah kopi ditanam di Daerah Sipitang (467 ha), Tenom (225 ha), Nabawan (264 ha), Ranau (170 ha), Sook (153 ha) dan daerah-daerah lain kurag daripada 100 hektar keluasannya. Kebanyakan kopi jenis Liberaca ditanam di Johor sedangkan di Sabah mereka menanam kopi robusta. Artikel tengahari Ahad ini dalam ''Anim Agro Technolgy'' saya paparkan sessi dailog dengan penanam kopi untuk mencari info pendekatan terbaik memulihkan industri kopi negara.


Komoditi dan industri tanaman kopi (Coffea spp) merupakan industri yang sepatutnya terus dikembangkan memandangkan dimana minuman kopi adalah jenis minuman yang kedua tertinggi diminum oleh penduduk dunia (consumed) selepas air kosong (plain water). Negara kita Malaysia mengimport banyak biji kopi mentah yang dahulu memerlukan AP tetapi kini tidak ada lagi kawalan AP untuk biji kopi. Penulis blog membuat rujukkan dimana awal tahun ini Akhbar Sinar Harian melaporkan artikel bertajuk ''Kopi Hitam di Malaysia di Telan Zaman'' dimana dipetik berita tentang syarikat China, Luckin mahu membuka 2,500 rantaian kafe baharu tahun ini untuk mengatasi gergasi Amerika Syarikat, Starbucks yang ditulis empat hari lalu telah membuka mata penulis. Rancangan tersebut adalah baru dan mencetuskan sekalipun tahun lalu ia kerugian besar US$116.34 juta (RM479.70 juta). Berita tersebut telah juga menyebabkan penulis blog dan wartawan akhbar tersebut terpempan seketika. Penulis blog kemudian meneliti segera akan perihal kopi dan mendapati ia komoditi kedua terbesar diperdagangkan di dunia selepas petroleum. Negara pengeluar dan pengeksport kopi utama dunia ialah Brazil, Vietnam, Indonesia, Colombia dan juga India sebagaimana yang dilaporkan Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018 (FAO Stat). Penulis yang ke Tenom untuk bedailog mengenai kopi dapati bandar Tenom mempunyai tugu kopi di tengah bulatan bandar tersebut (Sila lihat foto disebelah) dimana ia telah menunjukkan industri kopi di bandar ini hidup. Malaysia perlu bangkit bangunkan industri kopi yang terus ditinggalkan.


Malaysia menduduki tempat ke-60 dan ia hanya menyumbang sekitar 0.16 peratus pengeluaran kopi dunia. Nilai kopi berbeza telah mendorong Malaysia mengimport kopi terutamanya daripada negara Indonesia diikuti dengan dari negara Vietnam. Nilai import kopi meningkat daripada RM52 juta pada tahun 1988 kepada lebih daripada RM972 juta pada tahun 2013 dengan pertumbuhan purata tahunan naik mendadak iaitu sebanyak 18 peratus. Terkini jumlah import biji kopi mentah negara meningkat kepada RM1.2 billionApa sudah jadi kepada industri kopi Malaysia?. Penulis blog tahu ramai dikalangan penggemar kopi ada yang pernah jadi anak petani yang membesar dengan kopi buatan ibu yang ditanam secara kecil-kecilan di ladang sendiri dimana mungkin tidak pernah minum kopi dijual di kedai runcit. Tetapi sekarang ia sudah berlainan dimana didapati kopi negara luar dengan pelbagai jenama seperti Starbucks dan lain-lain telah menjadi kesukaan masyarakat negara ini. Malahan apa yang penulis blog lihat orang kebanyakkan sudah rasa berbangga jika dilihat minum kopi di restoran kopi berjenama Barat. Kopi ialah tumbuhan keluarga jenis Rubiaceae dengan ada 3 jenis utama iaitu Kopi Liberica, Kopi Robusta dan Kopi Arabica. Ia sejenis pokok hasilkan bijian kopi yang pokoknya boleh hidup sehingga lebih daripada 25 tahun dan membesar hingga ketinggian 5 hingga 15 meter. Benih kopi dipercayai berasal dari Ethiopia dan kemudian tersebar ke Mesir, Yaman, Eropah dan akhirnya sampai ke Amerika Syarikat. Hanya kopi robusta dan liberica yang di tanam di Malaysia.


Dalam pada itu penulis blog yang menulis lebih dari 45 buah artikel tentang kopi juga mendapati pada ketika ini kopi telah lama mendapat tempat di seluruh dunia termasuk Malaysia yang pada suatu ketika dahulu menanam kopi sebagai tanaman yang mampu memberi pendapatan lumayan. Daripada 66 spesies kopi yang ada memang ada tiga jenis ditanam secara komersil dan diperdagangkan secara meluas di pasaran global. Spesies ini ialah kopi Arabica (70%) Canephora atau dikenali sebagai Robusta (28%) dan Liberica (2%)Terdapat dua jenis kopi yang ditanam secara komersil di Malaysia iaitu Liberica (60%) dan Robusta (40%). Arabica dianggap kopi paling tradisional dan bernilai tinggi. Berbanding Robusta yang mempunyai rasa pahit dan lebih berasid. Kopi jenis Robusta ini sering digunakan sebagai bahan dalam produk beberapa campuran espresso untuk menambah lebih banyak perasa dengan kos yang lebih rendah. Kopi Robusta ialah yang termurah dengan harga RM6 hingga RM10 per kilogram (kg), diikuti Liberica RM10 hingga RM16 per kg dan Arabica ialah RM20 hingga RM25 per kg. Penulis blog yang sering dirujuk sebagai 'pakar agronomi tanaman kopi' juga merasakan perlu ada usaha untuk menjadikan industri ini terutama dari segi penanaman kopi dikembangkan semula kepada para petani dan usahawan. Terdapat lebih daripada 180 kilang memproses biji kopi mentah dalam negara yang bersaiz besar (Nescafe), bersaiz sederhana (Tupai, Hang Tuah) dna Kecil dimana sebahagian besar meraka akan menggunakan kopi import. Syarikat Yit Foh di Tenom salah sebuah syarikat  yang hasilkan kopi sejak turun temuurun dikunjungi rombongan (Sila lihat foto disebelah). Ia hasilkan banyak produk berasaskan kopi dimana biji kopi sebahagian besar bahan mentah biji kopi dibeli daripada petani tempatan di Sabah.


Pada majlis dailog beberapa persoalan di utarakan kepada kami mengenai industri kopi tempatan. Taklimat dasar diberikan oleh En Haniff iaitu Pegawai Pertanian Daerah Tenom mengenai penanaman kopi di Daerah Tenom dimana dakwanya seluas 225 hektar telah ditanam dengan melibatkan sekitar 320 orang petani. Kebanyakan tanaman kopi ini adalah dari jenis robusta dimana ada petani yang ditanam secara monokrop dan kebanyakanya adalah tanaman bercampur. Jabatan Pertanian memberikan bantuan dalam bentuk input pertanian, infra dan latihan kemahiran kepada petani. En Tam memulakan pertanyaan dengan mencadangkan agar penanaman kopi baru diselang selikan dengan tanaman pokok pisang kerana dakwanya kini cuaca di Tenom sudah tidak sejuk seperti dahulu yang menyebabkan buah kopi berkurangan (Sila lihat foto disebelah). Jika kopi ini ditanam dengan pokok pisang maka ia akan memberikan kesan sejuk di kebun seterusnya menggalakkan bunga kopi robusta banyak keluar seperti yang beliau telah cuba melakukannya. Encik Ong pula ada pohon pencerahan bagaimana kuota bantuan diberikan kepada petani kerana ramai rakan-rakan beliau ingin menanam kopi tetapi hanya sebahagian kecil sahaja diluluskan. Pegawai Pertanian Sabah maklumkan dimana memang peruntukkan tahunan untuk kopi tidak banyak dan mereka akan diberikan kelulusan megikut giliran permohonan dan siapa cepat serta kajian kesesuaian tanah. Puan Lee pula bertanya bagaimana cara membaja pokok dengan betul agar buah dihasilkan adalah banyak dan berat bijinya. Dijawap TKPP DoA pengamalan dan jenis baja terbaik untuk tingkatkan produktiviti. Dato' KSU akan minta pakar kopi membuat kursus khas selepas ini menganai perkara tersebut. Wakil petani dari Nabawan pula memohon keraajaan pertimbangkan kelulusan bagi menanam kopi diatas tanah kerajaan yang sedang dipohon. Isu ini dijawab oleh wakil Pengarah Pertanian Sabah. Wakil dari Sipitang pula memohon diadakan beberapa pusat pemprosesan buah dan biji kopi berpusat untuk membolehkan semua biji kopi diproses oleh pengurusan seperti koperasi dan bukan secara individu untuk lebih berkualiti. Kini penanam kopi sudah tidak berapa mahu membut proses biji kopi mentah sendiri kerana isu semt, bau, hujan, kualiti, masa tumpuan dikebun dan sebagainya.


Dalam perbincangan tersebut Dato KSU umumkan dan jelaskan dimana Kerajaan melalui Jabatan Pertanian ada dua jenis projek menanam kopi dikenali dengan nama Penanaman Baru Kopi dan juga Projek Pemulihan Kawasan Tanaman Kopi. Bagi projek penanaman baru kopi akan ada bantuan sebanyak maksima RM15,000 sehektar bagi bantuan untuk pembangunan kawasan (tebang, parit, bajak dsb), benih, input pertanian dimana bantuan ini adalah sekali sahaja. Bagi pemulhan kawasan tanaman kopi kadar maksima bantuan adalah RM7,500 sehektar dengan bantuan seperti input baja dan racun, perparitan dan juga benih. Peserta dan penanam kopi memohon agar diberikan kursus dan latihan serta melawat dimana ladang kopi di Malaysia yang terbaik nilai produktivitinya.  Mereka memohon agar peruntukkan atau bajet tanaman kopi ditambah sebab memang semakin ramai kini yang berminat menanam kopi robusta. Wakil penanam kopi dari Daerah Sook menyatakan agar harga kopi biji mentah ini diberikan insentif kerana harga kopi ini sudah berpuluh tahun tidak berubah... dakwanya sejak dia kecil sehingga kini harga kopi tetap sama sedang kos asas sekarang untuk pengeluaran meningkat. Majlis dialog ini dilihat berjaya apabila petani menyampaikan maklumat mengenai pembangunan kopi (ada tidak tertulis) bagi masa akan datang dimana beberapa tindakan susulan akan di jalankan pada tahun 2020 dan akan dimasukkan dalam bajet RMK Ke 12 kelak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
PENANAM KOPI... ADA BANYAK CABARAN....
PENGGUNA ... MINUM KOPI PUN SAKAN...
KURANGKAN IMPORT... PETANI UTAMAKAN...
INDUSTRI KOPI.... PERLU DIBANGUNKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 106, Hotel Orchid,
Tenom, Sabah,
Malaysia.
(15 Muharram 1441H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.