Sunday, September 29, 2019

DAGING KAMBING - UNTUK KESIHATAN


DAGING KAMBING sebenarnya merupakan jenis daging merah yang banyak dimakan didunia iaitu sebanyak 63% daripada kesemua jenis daging merah. Bagaimana pun penulis blog dari dulu mendengar mitos dimana memakan daging kambing menyebabkan masaalah kesihatan dan kolesterol sehinggakan ada yang pening kepala setelah memakannya. Menurut laporan MARDI ada menyatakan penyelidikan mengenai daging kambing di Malaysia amat rendah kerana populasi kambing dalam negara sangat rendah. Mereka dakwa daging kambing berbau hamis atau berbau busuk yang tidak disukai. Ada pula yang keliru diantara daging kambing (Goat) iaitu Mutton dengan Daging Bebiri (Sheeps) iaitu Lamb. Kepada mereka yang meminati daging kambing berkualiti mereka akan melihat faktur-faktur organoleptik seperti kelembutan, keberairan, bau atau aroma serta beberapa aspek lain. Penulis blog yang suka makan kambing panggang mendapati ia menyihatkan dan selalu dihidangkan pada jamuan rumah terbuka Hari Raya Puasa. Kini daging panggang atau lebih popular dipanggil dengan Kambing Golek sudah menjadi trend popular di Malaysia. Secara umumnya dilaporkan dimana kandungan kalori, lemak, lemak tidak tepu dan kolesterol daging kambing adalah lebih RENDAH berbanding dengan daging lain. Dilaporkan dimana kandungan kalorinya hanya 122 kcal  setanding dengan daging ayam (daging putih) iaitu sebanyak 120 kcal tetapi lebih rendah daripada daging lembu iaitu sebanyak 245 kcal. Kandungan protin pula sebanyak 23 gram adalah setanding dengan daging yang lain. Apa yang penulis blog berminat adalah dimana dilaporkan kandungan lemak daging kambing sekitar 2.58 gram dilaporkan 50 - 65% lebih rendah daripada daging ayam.  Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan mengenai kehebatan daging kambing untuk kesihatan bagi rujukkan semua.


Dalam pada itu kajian menunjukkan dimana Kandungan Lemak Tepu daging kambing sebanyak 0.79 gram adalah 40% lebih rendah daripada daging ayam iaitu sebanyak 1.1 gram terutama pada bahagian kulit ayam.  Menyentuh akan kandungan bahan kolesterol dilaporkan sebanyak 63.8 miligram terdapat pada daging kambing dan sebanyak 73.1 mg pada daging lembu dan sebanyak 76 mg didalam daging ayam. Ini merupakan fakta sebenar yang dikeluarkan USDA tetapi masih ramai yang dakwa makan daging putih (ayam) kurang bahaya berbanding daging merah kambing sedangkan ia sebaliknya. Fakta menarik mengenai daging kambing adalah kelembutan tekstur dagingnya dimana ia membolehkan kita mampu menhadamkan atau mencerna dengan baik. Penulis blog mendalami lagi akan kehebatan daging kambing dimana saintis tempatan (MARDI) membuktikan dimana profil asid lemak berantai panjang pada daging kambing adalah menunjukkan Asid Oleik adalah paling banyak diikuti dengan Asid Palmitik dan Asid Stearik.  Dalam pada itu daging kambing juga mempunyai nisbah kandungan asid lemak mono tidak tepu yang lebih tinggi daripada asid lemak poli tidak tepu. Asid lemak mono tidak tepu didakwa mampu untuk merangsang perembesan kolesterol daripada makanan. Kajian di Havard Universitu mendapati asid lemak tepu membolehkan penyakit kardiovaskular berbanding dengan asid lemak tidak tepu yang baik didalam membaiki aras kolesterol darah.


Daging kambing adalah sejenis daging empuk yang selalu memecah selera apabila disajikan dengan cara yang betul. Selalu daging kambing diproses melalui cara dipanggang atau dimasak kari dan juga kurma. Namun ramai juga yang tidak menggemarinya disebabkan bau yang terlalu kuat pada daging kambing. Bagaimana pun penulis blog dapati untuk mengelak masakan berbau daging harus dicuci bersih sehingga darah tidak kelihatan. Memanggang atau cara membakar adalah teknik terbaik menjadikan kambing hidangan enak dan lazat. Biasanya proses untuk memanggang penggunaan bahan perapan dan tempoh masa daging diperap adalah sangat penting. Selepas semua bahan perap dikisar pastikan daging diperap selama satu jam bagi membolehkan bahan sebati dengan daging. Salah satu menu yang sesuai diamalkan adalah menyediakan kambing panggang dengan sos kiwi. Terdapat tiga bahan utama yang perlu disediakan iaitu sos untuk perapan, pastri dan juga hiasan sayur-sayuran. Hidangan sebegini memang terkenal di Barat akan tetapi resepi ini boleh diubah suai sedikit menggunakan sos kiwi dengan rasa sedikit masam tetapi menghasilkan aroma yang lengkap apabila dipadukan dengan kambing yang sudah dipanggang. Kulit pastri pula memberikan kelainan bagi mereka yang tidak menggemari kambing panggang yang dimakan begitu saja. Bahan perapan diperlukan adalah 10 gram lada hitam, 20 gram bawang putih, 20 gram bawang merah, 5 gram biji sawi, 10 gram garam laut, 5 gram serbuk cili dan juga 25 gram minyak Zaitun serta sebanyak 80 gram daging kambing, Bahan inti pastri pula terdiri daripada 10 gram lada hitam, 15 gram bawang putih, 20 gram bawang merah, 5 gram garam laut, 5 gram paprika, 2 gram rosemary, 25 gram minyak zaitun, 60 gram daging kambing, Pastri paf dan juga 1 biji telur, diambil kuningnya. bagi bahan sayuran pula disediakan 10 gram zukini kuning, 10 gram zukini hijau, 10 gram bawang merah,  10 gram bawang putih, 10 gram cendawan shiitake, 10 gram cendawan tiram, 10 gram lobak merah, 25 gram krim putar,  15 gram mentega dan juga 5 gram garam. Bagi pembuatan sos kiwi pula diperlukan bahan 50 gram kiwi, 25 gram perisa pudina, 30 gram gula dan juga 30 gram air. Langkah-langkah menyediakannya dengan mengisar semua bahan perapan, gaul sekata pada daging dan perap selama 15 minit. Bakar di dalam ketuhar selama lapan minit pada suhu 175 darjah Celsius. Untuk inti pastri, kisar semua bahan (kecuali pastri paf dan telur). Gaul pada daging dan ia diperap lagi 15 minit. Pada masa sama dicincang kasar bahan sayuran. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan sayur, krim, mentega dan garam. Seterusnya perlu dibalut bahan sayur dengan pastri paf. Seterusnya di sapukan telur kuning di atasnya supaya pastri melekat. Sebaiknya untuk sos pula kupas kiwi dan rebus sehingga empuk. Kemudian dimasukkan gula dan sos pudina biarkan di atas api perlahan sehingga sos pekat. Akhirnya disejukkan akan semua bahan kemudian kisar. Susun daging dan pastri dalam pinggan dan akhir sekali dituang sos dan sedia untuk dihidangkan dan dimakan.


Dilaporkan secara klinikal dimana apabila seseorang itu mempunyai aras kolesterol tinggi dan dia mengambil daging kambing mka proses perembesan kolesterol oleh asid lemak mono tidak tepu akan berlaku dahulu diikuti dengan proses penguraian kolesterol oleh asid lemak rantaian sederhana. Secara tidak langsung dilaporkan dimana proses penguraian ini akan menurunkan aras kolesterol dalam darah. Keburukan utama kolesterol dalam darah adalah kerana kemampuannya untuk melekat didinding ateri yang menyebabkan plak dan seterusnya menyebabkan seseorang itu yang menyebabkan sakit jantung. Kajian perubatan oleh Persatuan Pesakit Jantung di USA mendapati pesakit jantung atau mereka yang berisiko digalakkan untuk mereka memakan daging kambing sebagai salah satu sumber protin yang sesuai dimakan oleh pesakit jantung. Penulis blog masih ingat dimana MoA telah melancarkan agar rakyat malaysia amalkan memakan daging kambing dengan lebih banyak pada tahun 2009 akan tetapi dilaporkan kurang berkesan. Dalam kempen tersebit disyorkan agar mereka memilih jenis kambing muda dan elakkan mengambil kambing tua untuk kesan yang optima. Pada masa ini daging kambing sudah diperdagangkan dalam bentuk daging kambing panggang atai daging kambing bakar atau daging salai (Sila lihat foto disebelah). Daging kambing kini sudah ada dijual dibeberapa restoren, pasar malam, pasar tani, Bazaar Ramadan dan juga gerai tepi jalan. Restoren Nasi Bambu di Sg Klah, Sungkai menghidangkan nasi bambu dengan banyak jenis lauk tetapi yang penulis blog paling suka adalah daging kambing panggang!. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...

DAGING KAMBING... BANYAK RAHSIA...
BAKA KAMBING 'BK'...DILANCAR DIA...
FAHAM KHASIAT... SUKA MEMAKANNYA...
BACA ARTIKEL... BANYAK ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 814, PineTree Hotel,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(29 Muharam 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.