Friday, September 20, 2019

BUNGA TERATAI DAN KHASIAT TERATAI

BUNGA TERATAI (Nelumbium nelumbo Druce) merupakan sejenis tumbuhan akuatik yang mempunyai beberapa nama lain seperti Seroja, Water Lily, Lotus, Padma, seroia, Eygptian Seeds, tarate, taratai besar dan beberapa lagi. Tumbuhan daripada famili Nelumbaceae ini merupakan sejenis tumbuhan yang boleh diambil sebagai bahan makanan dan juga tanaman oranmental yang menarik.  Tanaman akuatik yang perlukan banyak air ini mampu tumbuh selama bertahun yang hasilkan keindahan dimana ia adalah sesuai di Asia. Teratai ditanam secara komersil terutama dibeberapa negara seperti China, India dan beberapa negara lain. Di China sahaja mereka menanam lebih daripada 300,000 hektar dimana rakyat China adalah pemakan hampir 70% teratai dunia daripada penggunaan untuk makanan terutama dimakan sebagai sayuran. Ia juga sesuai ditanam di kawasan berair atau pun didalam kolam, tasik cetek dan paya. Didalam keadaan liar tumbuhan ini akan hidup subur. Tanaman air yang tumbuh tegak. Rizomnya tebal bersisik dimana ia juga tumbuh menjalar. Daun dan bunga keluar terus dari rizomnya yang terikat pada lumpur di dasar kolam. Helaian daun lebar dan bulat disambungkan oleh tangkai yang panjang dan bulat berdiameter 0.5-1 cm dan panjangnya 75-150 cm. Daun tersembul ke atas permukaan air dan ia menegak seperti perisai. Permukaan daun berlilin dimana warnanya hijau keputihan, tepi rata, bahagian tengah agak mencekung, tulang daun tersebar dari pusat daun ke arah tepi dengan saiz diameter 30-50 cm. Bunganya berbau harum yang tumbuh menegak di atas permukaan air dengan tangkai bulat panjang dan kukuh dengan ukuran panjang tangkai bunga sekitar 75-200 cm. Diameter bunga 15-25 cm, dengan benang sari banyak kepala sari kuning, mahkota bunga lebar dan ada yang kelopak dimana ada dilihat lipatan dengan warna merah jambu, putih dan kuning. Bunga mekar sehari penuh dari pagi sampai petang. Setelah bunga layu maka mahkota bunga akan gugur sehingga tertinggal pangkal atau perdu bunga yang akan membekalkan buah dan biji didalamnya. Bentuk buah seperti Kon (cone) yang terbalik dengan mana pada permukaannya adalah mendatar seakan span mandi dan berlubang-lubang yang berisi 15-30 biji dengan warna buah adalah hijau kekuningan. Ia kemudian menjadi hijau dan akhirnya coklat hitam dimana ada garisan tengah 6-11 cm. Artikel petang ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info mengenai sejenis tumbuhan akuatik iaitu teratai serta khasiatnya untuk dijadikan rujukan semua pembaca blog.


Biji bagi teratai atau lotus ini apa yang unik dimana bentuknya bulat seperti kacang tanah yang terdapat dalam lubang-lubang buah yang berbentuk seperti sarang lebah (Sila lihat foto disebelah). Biji yang sudah tua lazimnya berwarna hijau kehitaman dimana ketika itu umurnya kira-kira 1 bulan sejak bunganya mekar. Daun teratai ini pula  biasa digunakan sebagai bahan pembungkus makanan dimana rizom (stolon) teratai muda merupakan bahan yang sesuai dimakan sebagai sup semetara bijinya pula boleh dijadikan tepung yang enak dimakan. Dari aspek lain dilaporkan dimana pada penganut agama Buddha yang menganggap bunga ini sebagai lambang kesucian diperlihatkan didalam bentuk berbagai lukisan dan patung yang menggambarkan Patung Budha yang sedang duduk bertafakur di atas bunga teratai. Khasiat pokok teratai sering diperkatakan oleh saintis dan pakar permakanan dimana dibahagian bunganya ia mengandungi bahan seperti Quercetin, luteolin, isoquercitrin, kaempferol. Bahagian Stamen (benangsari) pada bunga dikaji mengandungi bahan seperti Quercetin, luteolin, isoquercitrin, galuteolin serta juga terdapat bahan alkaloid. Bahagian tangkai bunga teratai pula didakwa zat protein, lemak, karbohidrat, karotin, asid nikotinat, vitamin B1, B2, C dan sedikit mengandung nelumbine. Tumbuhan teratai ini yang ditanam didalam air bersih yang mengalir akan memberikan khasiat yang berguna berbanding dengan bunga teratai yang timbuh didalam air yang tercemar. Penanam teratai perlu kenalpasti kawasan sesuai yang bebas dari sebarang penurunsn kualiti air.


Bahagian biji teratai yang matang didakwa memang kaya akan intipati dilaporkan ia juga juga mengandungi zat iaitu raffinose, protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosphorus dan besi. Bahagian kulit biji teratai didakwa mengandungi bahan seperti nuciferine, oxoushinsunine dan bahan lain iaitu N- norarmepavine. Apa yang penulis blog membuat rujukkan dimana apa menjadikan pokok ini bernilai juga dimana pada bahagian tunas biji teratai dilaporkan memang mengandungi bahan dikenali sebagai Liensinine,  neferine,  isoliensinine, nuciferine, pronuciferine, lotusine, galuteolin, demethylcoclaurine, hyperin dan rutin. Bahagian Rizom Teratai yang merupakan komponen yang selalu dijual mengandungi bahan se[erti pati, protein, asparagine dan vitamin C. Selain itu juga mengandungi bahan lain seperti catechol, d-gallocatechol, neochlorogenic acid, leucocyanidin, leucodelphinidin, peroxidase, dll. Pada Akarnya pula didakwa mengandungi zat Tannic dan Asparagine. Bahagian Daun pula ada bahan Roemerine, nuciferine, nornuciferine, armepavine, pronuciferine, N-nornuciferine, D-N-methylcoclaurine, anonaine, liriodenine, quercetin, isoquercitrin, nelumboside, citric acid, tartaric acid, malic acid, gluconic acid, oxalic acid, succinic acid, zat tannic dan beberapa lagi. Bahagian bawah daun teratai pula didakwa memang ada bahan roemerine, nuciferine dan nornuciferine. Dalam pada itu Tangkai Daun Teratai ada bahan seperti roemerine, nornuciferine, resin dan zat tannic. Bahan lain iaitu Oxoushinsunine yang terdapat pada kulit biji teratai didakwa berkhasiat menekan perkembangan kanker hidung dan masaalah tenggorok sedangkan biji dan tangkai teratai berkhasiat anti hipertension.


Memang tumbuhan ini didakwa berguna dan berkhasiat. Antara khasiat teratai pada BIJINYA adalah kerana ia merawat jika ada ganguan penyerapan makanan (malabsorbtion) dan membantu elakkan masaalah cirit birit, badan lernah serta radang usus kronik (enteritis kronis). Bijinya juga merawat kes muntah-muntah, masaalah keputihan, perdarahan pada wanita dan juga kes mimpi basah (spermatorrhea). Dalam testimoni lain didakwa ia juga membantu masaalah susah tidur dan isu banyak mimpi. Jika berlaku kencing terasa sakit dan keruh  atau rasa lesu tidak bersemangat (neurasthenia) atau ada masaalah kanser nasopharynx boleh mengambil biji teratai ini sebagai rawatan. Dalam pada itu bahagian TUNAS BIJI TERATAI didakwa merawat demam, rasa haus, Jantung berdebar, gelisah, Muntah darah, kes ejakulasi awal, mata merah dan bengkak. Ia juga didakwa membantu merawat kes susah tidur (insomnia) dan kes seperti darah tinggi (hypertension). Apa pun uniknya ada dakwaan dimana bahagian BENANG SARI TERATAI didakwa berguna untuk elakkan keluarkan sperma malam hari (sperrnatorrhea), kes seperti keputihan (leucorrhea), perdarahan seperti muntah darah, kerap kencing dan kes tidak dapat menahan kencing (enuresis). Bahagian REMTACLE TERATAI pula berguna didalam merawat perdarahan kandungan yang berlebihan, kes darah haid berlebihan, perdarahan sewaktu hamil, keluar cairan (lochia) yang berlebihan setelah melahirkan, sakit perut bawah akibat sumbatan darah, buang air besar darah, kencing berdarah, buasir dan juga kudis basah. 


Khasiat memakan RIZOM TERATAI pula adalah untuk ianya digunakan bagi mengatasi masaalah demam, rasa haus, batuk yang berdarah, muntah berdarah, keluar darah dari hidung, buang air besar berdarah, kencing berdarah dan masaalah tekanan darah tinggi. Selain itu rizom yang sering dimasak sebagai sup menjadi makanan kegemaran di China kerana ia diakwa juga mampu mengatasi masaalah sakit jantung, masaalah kekurangan darah (Anemia), elakkan masaalah menopouse, masaalah neorosis dan gangguan pada perut kembung. Sementara itu didakwa dimana AKAR TERATAI pula berkhasiat untuk membantu mengatasi masaalah seperti muntah darah, keluar darah dari hidung, kencing panas dan merah serta masaalah batuk berdarah serta buang air berdarah. Jika anda mengambil bahagian DAUN TERATAI didakwa berkhasiat untum elakkan kes kejadian pitam sebab hawa panas (heat stroke), cirit birit atau akibat panas atau lembab, pening kepala, pendarahan dihidung, muntahber darah dan juga kes perdarahan pada wanita. Bahagian BATANG TERATAI didakwa mempunyai khasiat untuk elakan kejadian Heat stroke, pingsan atau pitam, dada terasa tertekan akibat keadaan sekeliling panas atau lembab, cirit birit, muntah-muntah dan juga kes keputihan. Untuk BUNGA TERATAI didakwa berkhasiat untuk mengatasi masaalah trauma, kes pendarahan, radang kulit bernanah (impetigo), mampu menambah selera makan, atasi masaalah badan lemah dan kurang darah serta cirit birit. 


Dalam pada itu dipersoalkan bagaimana pengguna hendak mendapatkan rawatan daripada bahagian pokok teratai mengikut cara betul. Mungkin ada resepi yang dianggap tradisional untuk merawat masaalah batuk darah atau muntah darah sebaiknya mengambil rizom teratai dan kemudian ia dicuci bersih lalu dijadikan JUS. Kumpul jus ini sehingga sebanyak satu gelas berukuran 200 cc dan kemudian ia diminum. Disyorkan agar perbuatan ini dapat dilakukan selama 3-5 hari berturut-turut. Bagi mengatasi masaalah muntah-muntah atau cirit birit pula disyorkan untuk mengambil sebanyak 50 g rizom teratai dan juga sebanyak 15 gram halia yang dicuci lalu dikisar menjadi jus atau boleh juga diparut serta ambil airnya. Minum dengan kekerapan sebanyak sehari 3 kali. Bagi menghadapi masaalah sakit perut sebaiknya ambil sebanyak 50 g rizom teratai dan 10 g bahan halia kemudian ia diparut atau dikisar dengan pengisar. Kemudian air tersebut dijadikan jus dan air perahan tersebut perlu dicampur 10O cc air dimana ia kemudian dipanaskan sehingga tahap mendidih. Setelah cecair yang tersebut di sejukkan tambahkan dimana campur satu sudu madu lebah dan ia kemudian di diminum. Perkara diatas merupakan petua dalam industri tanaman bunga seroja idnmasa akan datang. Wasallam!!..
BUNGA LOTUS... BUNGA SEROJA....
TUMBUHAN AKUATIK...IA BERGUNA...
PENGGUNA UATAMA... RAKYAT CHINA...
JADI PANDUAN... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1016, Junior Suite,
Bayview Hotel, Pulau Pinang,
Malaysia.
(27 Muharram 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.