Tuesday, April 19, 2022

TENGGILING DAN PERANANNYA

TENGGILING (Manis javanica) merupakan sejenis haiwan dimana dalam bahasa Inggeris ia dipanggil sebagai 'Malayan Pangolin' merupakan salah satu daripada haiwan yang ada terdapat di Malaysia. Penulis blog pernah melihat haiwan tenggiling ini di dusun di kampong (Di Muar) semasa remaja dahlu dan sering juga makan daging tenggiling tahun 1970'an dahulu yang diburu atau masuk dalam perangkap. Masakan serunding daging tenggiling memang sangat enak pada masa itu ketika keluarga tinggal dikampong jauh dipendalaman sana. Pada penulis blog haiwan tenggiling ini memeng unik kerana sisiknya, muncungnya, kebolehan ia berselindung (jadi bulat) dan juga habitatnya.  Sebenarnya tenggiling adalah haiwan yang tergolong dalam sebagai makhluk benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat) daripada kelas Mamalia. Tenggiling adalah jenis haiwan berdarah panas serta membiak dengan melahirkan anak kemudian dia menjaga anak dimana akhirnya akan mempunyai bulu di badan atau sisik atau duri tajam. Kajian mendapati jantung tenggiling terdiri daripada 4 kompartment iaitu sama seperti manusia. Bahagian ini yang atas dikenali sebagai atrium sementara yang bawah dikenali sebagai ventrikel. Lazimnya apabila ia merasakan bahaya maka ia akan menggulungkan tubuhnya sebagai suatu pertahanan dengan menggunakan sisiknya yang keras. Makanan utama tenggiling ialah semut dan anai-anai yang dimakan dengan lidahnya yang panjang dan ia melekit. Habitat kediamannya adalah kawasan sejuk dengan suka berehat dalam lubang-lubang yang terdapat pada bahagian akar pokok yang besar. Ada juga tenggiling yang akan mengorek lubang di dalam tanah dan lazimnya dalam situasi lain ia juga suka tinggal bersembunyi dalam semak atau jerami. Tenggiling merupakan sejenis haiwan yang kini merupakan haiwan dilindungi dan pemburu memerlukan lesen khas untuk mencarinya. Artikel subuh yang dingin ini dalam blog ''Anim Agro Technology" saya paparkan info mengenai haiwan tenggiling sebagai satu cara memberi info kepada anda semua dalam aspek pertanian dan laporan media.

Dalam sektor pertanian dan tanaman, haiwan tenggiling sebenarnya bukan menjadi ancaman kepada petani. Ini kerana ia tidak merosakan tanaman akan tetapi memakan segala jenis semut sama ada semut tersebut merosakkan tanaman atau tidak. Cara tenggiling makan semut dengan menggunakan lidahnya yang panjang dan melekit dan serangga semut akan melekat apabila sarangnya dipecahkan oleh tenggiling didalam batang kayu atau dialam tanah (Sila lihat foto disebelah). Ia bergerak perlahan dengan menggunakan kakinya dan juga ekornya memainkan peranan sebagai pengimbang kepada cara pergerakannya. Penulis blog diajar bagaimana untukmelihat 'track laluan'tenggiling didalam kebun yang boleh dikesan. Memang di Malaysia merupakan sebuah negara atau salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai ujud kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrat darat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut. Ini termasuk haiwan tenggiling yang kini ianya semakin pupus dan perlu dilindungi dibawah Akta 176 iaitu Akta Perlindungan Haiwan Liar 2010.

Dalam portal Kerajaan Negeri Sabah ada dilaporkan dimana bagi tujuan tersebut Kerajaan Sabah telah mewujudkan santuari bagi menempatkan spesis hidupan liar yang dilindungi iaitu sepenuhnya di Taman Negara Bukit Tawau termasuk untuk kehidupan tenggiling.  Santuari untuk hidupan liar seperti tenggiling itu akan dibina menggunakan dana RM1juta disumbangkan Institut Kajian dan Santuari Tenggiling (SAPSARI) Arizona, Amerika Syarikat. Kini taman berkeluasan 20,000 hektar itu amat sesuai untuk dijadikan santuari hidupan liar yang telah dinyatakan dalam akta berkenaan. Santuari ini telah dibuka kepada orang awam setelah semua proses selesai yang siap hujung tahun pada tahun 2018. Salah satu spesis haiwan adalah pusat kajian tenggiling di situ. Pusat ini penting untuk mendidik orang awam berhubung pengetahuan mengenai kepentingan haiwan dan penjagaan haiwan tenggiling. Haiwan ini memang tidak boleh diburu dan dibunuh atas apa pun alasan termasuklah untuk tujuan perubatan. Penubuhan santuari itu telah dibentangkan dan dipersetujui Kabinet Negeri Sabah beberapa pihak terlibat membantu daripada segi teknikal seperti menyediakan doktor pakar serta pasukan penyelamat. Pusat ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri untuk terus memerangi aktiviti seperti perdagangan, pemburuan dan pembunuhan tenggiling. Program tersebut juga membabitkan kerjasama sektor awam dan swasta ini dijangka memerlukan kos mencecah RM4.5 juta. Usaha mewujudkan santuari ini akan meletakkan Sabah berada di hadapan dalam mendidik masyarakat dunia mengenai aspek konservasi tenggiling yang menjadi hidupan liar paling banyak diburu dan dibunuh. Kini pusat ini sudah menjadi salah satu pusat yang terkenal di Sabah.

Dalam laporan media tempatan yang bertajuk ''Singapura rampas 13 tan sisik tenggiling'' seperti dilaporkan NST pada 04 April 2019. Berita daripada Singapura ini nyatakan hampir 13 tan sisik tenggiling bernilai AS$38.7 juta (RM158 juta) dirampas hari ini dan disifatkan rampasan paling terbesar di dunia sejak dilapor beberapa tahun kebelakangan ini. Sisik tenggiling itu dilaporkan bakal dihantar ke Vietnam dari Nigeria dengan menggunakan sebuah kontena. Bagaimana pun pihak berkuasa berjaya menemukan sisik haiwan terbabit ketika melakukan pemeriksaan di stesen kastam (Sila lihat foto disebelah). Kini sebanyak 230 beg mengandungi sisik tenggiling yang disembunyikan dengan label ‘daging beku’ berjaya dirampas. Ini merupakan penyeludupan sisik tenggiling berjaya dirampas dalam satu operasi di dunia dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Media tempatan di Singapura telahi melaporkan kira-kira 17,000 ekor tenggiling dibunuh sebelum sisik mereka dimasukkan ke dalam semua beg terbabit. Apa yang dinyatakan juga  dimana kira-kira 177 kilogram gading gajah bernilai AS$88,500 (RM361,209) turut ditemukan dalam rampasan berkenaan. Mungkin berpunca ada permintaan dikalangan peminat dan pemakan haiwan liar menjadikan perdagangan ini berlangsung.

Laporan utusan Online bertajuk ''2.8 tan sisik tenggiling bernilai RM36 juta dilupuskan'' dimana ia menunjukkan bertapa seriusnya kerajaan melindingi haiwan liar. Berita daripada Port Dickson ini nyatakan dimana sebanyak 2.8 tan sisik tenggiling yang dianggarkan bernilai sebanyak RM36.6 juta dilupuskan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menggunakan kemudahan di pusat rawatan dan pelupusan sisa bahan terjadual negara, Kualiti Alam Sdn. Bhd. Organ haiwan liar itu yang dilindungi undang-undang dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam tiga operasi penguatkuasaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLlA) dan Pelabuhan Barat Klang tahun lalu. Sisik tenggiling itu yang menjadi barang kes telah mendapat perintah pelupusan daripada mahkamah dan dilupuskan seperti yang diperuntukkan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Cara pelupusan barang kes ini ialah dengan menggunakan kaedah sistem insinerator melalui teknologi tanur berputar (rotary klin) yang beroperasi pada suhu melebihi 1,000 darjah celsius bagi memastikan ia tidak akan kembali ke pasaran gelap. Populasi tenggiling diancam oleh aktiviti jenayah seperti pemburuan haram serta aktiviti penyeludupan hidupan liar dan pencerobohan kawasan perlindungan. Tenggiling diburu untuk dijadikan makanan eksotik dan bahan dalam pembuatan ubat tradisional. Kini negara Malaysia telah dijadikan transit pasaran gelap sisik tenggiling dari negara-negara Afrika seperti Ghana dan Cameroon untuk dihantar ke negara seperti China, Vietnam dan Hong Kong. Harga sisik tenggiling adalah antara RM500 - RM600 sekilogram dan melonjak sehingga RM13,000 jika dijual kepada pasaran gelap di luar negara. Berdasarkan siasatan pihak berkuasa dimana tenggiling hidup berharga RM4,165 (USD1,000) seekor mengikut saiz manakala dagingnya bernilai RM1,249 (USD300) sekilogram. Dalam pada itu bagi membanteras pasaran gelap tenggiling, Malaysia akan meminta kerjasama negara-negara seperti China untuk sama-sama menghentikan perdagangan haram hidupan liar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
NAMA TENGGILING... IA UNIKNYA...
MAKAN SEMUT.. LIDAH DIGUNA...
IA DIBURU....SISEK BERHARGA...
IA DILINDUNGI...PERHILITAN JAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 550, Yong Villion Hotel,
Bandar Baru Muazam,
Ro,[in, Pahang,
Malaysia.
(14 Zulhijjah 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.