Saturday, August 10, 2019

TANAMAN AVOCADO DI TAWAU

TANAMAN AVOCADO (Persia americana) di Tawau Sabah merupakan salah satu daripada penyelidikkan yang dijalankan di negeri tersebut. Jabatan Pertanian Sabah melalui Stesen Penyelidikan Pertanian, Bukit Quoin, Tawau menjalankan penyelidikan ke atas buah-buahan utama seperti durian, nanas, belimbing, betik, mangga, rambutan, duku/langsat/dokong, ciku, manggis, nangka, cempedak, sukun, salak dan tarap dan buah-buahan nadir termasuk avokado, durian belanda, jambu air, buah delima, belimbing asam dan cermai serta koko. Tujuan utama program penyelidikan adalah untuk membangun, memperkenalkan bahan tanaman yang berhasil tinggi, bermutu dan teknologi terkini bagi meningkatkan hasil, mutu dalam usaha untuk mengurangkan kos pengeluaran, memaksimakan akan penggunaan sumber melalui sistem tanaman selingan dan juga menjalani kajian bersama di ladang petani bagi tujuan mempercepatkan dan berkesan menyebarkan teknologi bagi mewujudkan satu masyarakat tani yang berpengetahuan teknologi, progresif serta berdaya saing. Stesen ini sentiasa menyokong pembangunan industri buah-buahan dan koko melalui perkhidmatan pembekalan teknologi, inovasi bahan-bahan tanaman asas dan perkhidmatan kepakaran. Penulis blog dibawa ke lokasi penanaman avocado di stesyen ini dan meninjau sendiri bagaimana penyelidikan tentang buah ini dijalankan. Pada penulis blog tanaman Avocado Popular di beberapa negara dengan pengeluaran dunia sebanyak 3.2 juta metrik tan pada tahun 2010. Negara-negara membangun menyumbangkan sebanyak lebih 82% pengeluaran tersebut di kawasan Latin Amerika dan Caribean. Mexico merupakan pengeluar utama avocado dunia dengan lebih 1.1 juta mt setahun diikuti dengan Indonesia(263,000 mt/tahun), USA (214 mt/tahun). Beberapa negara pengeluar utama lain seperti Colombia, Brazil, Chile, Peru, China dan Ethiopia. Kawasan Asia Pasific dan Asia Tenggara terus menyumbang sebanyak lebih 11% pengeluaran avocado dunia melibatkan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Australia. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai tanaman avocado yang ditanam di stesyen pertanian untuk dijadikan bahan bacaan dan juga rujukkan. Taklimat lawatan ini di lakukan oleh En Chong iaitu Ketua Pusat Stesyen di sini.


Tanaman buah avocado kurang popular di Malaysia disebabkan oleh nilai ekonomi dan potesinya dengan tanaman lain. Ia adalah sejenis tanaman buah-buahan dari luar negara iaitu dari keluarga LAURACEAE yang buah masak sesuai di makan sebagai 'fresh fruit' atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan seperti jus, salad dan sebagainya. Avocado dipercayai berasal dari Puebla, di Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avocado berlaku semenjak beribu-ribu tahun dulu oleh kaum Atzec di Dataran Andes yang ada mempunyai tamadunnya tersendiri. Nama lain avocado sepertiAvocado, Aligator Pear, Aquacate dan Palta. Tanaman Avocado tidak popular disemua negara ASEAN seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Orang Malaysia memang jarang yang minat makan buah avocado tidak seperti dibeberapa negara di Amerika Latin, Caribean, Indonesia dan Filipina yang makan buah avocado sebagai buah yang amat di minati. Cara makan buah avocado juga mudah iaitu dengan membelah buah kepada dua dan ambil isinya kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula. Plot pokok avocadi di Stesyen Pertanian ini seluas 1.5 ekar mempunyai beberapa peringkat umur pokok daripada pokok dewasa telah berbuah dan pokok muda yang baru ditanam akibat sulaman (Sila lihat foto disebelah). Menurut En Chong, penyelidikan avocado ini menggunakan benih yang sesuai untuk jenis tanah gambut di stesyen ini. 


Pokok avocado merupakan pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 20 meter (70 kaki). Pokoknya bercabang dengan daun berwarna hijau gelap berukuran 12-25 cm panjang dan 'glossy' di bahagian atas permukaan daun. Bahagian bawah daun adalah berwarna cerah keputihan yang mempunyai berbagai bentuk seperti 'lanceolate', 'Epiliptik', 'Ocal', 'Ovate' dan juga bentuk 'obovate'. Buah Avocado mempunyai bentuk 'Pear' yang agak tirus di bahagian pangkal buah seakan bulat dan oval berukuran 7-33 cm panjang dan 15 cm garispusat. Kulit berwarna hijau kekuningan, hijau gelap, merah ungu atau ungu gelap dan agak kehitaman apabila cukup masak (Sila lihat foto disebelah). Varieti yang ditanam di stesyen ini akan berwarna ungu apabila cukup masak. Kadang2 ada yang mempunyai titik2 kuning dan mempunyai ketebalan kulit lira2 6 mm. Bunga Avocado berwarna hijau kekuningan yang ada 2 'whorls' serta 3 'perianth lobes' dengan 9 stamen dan 2 'nectar glands' berwarna oren. Kaedah atau cara dalam pendebungaan pokok avocado ada dua cara iaitu kaedah 'A' dan Kaedab 'B'. kaedah 'A' adalah dimana organ betina akan terbuka pada waktu pagi dan debunga di keluarkan tengahari sementara Jenis 'B' dimana debunga di keluarkan pagi dan organ betina di buka waktu tengahari. Daripada 11 spesis avocado yang sesuai ditanam di negar akita dimaklumkan sebanyak 5 spesis adalah mempynyai bunga jenis A dan 6 spesis jenis B.


Jarak penanaman pokok avocado yang disyorkan ialah 6m x 6m atau lebih jauh bergantung kepada keadaan tanah dan kultivar. Lubang penanaman diisikan dengan baja organik dan MOP sebelum di tanam dengan anak benih. Jalankan penyiraman peringkat awal dan sebaiknya bubuh sungkupan. Tanaman selingan seperti pisang, jagung atau lain-lain tanaman kontan boleh di tanam diantara barisan. Kawal rumpai dan jalankan program cantasan pembentukkan. Baja tumbesaran NPK 15:15:15 diberikan mengikut kadar disyorkan. Baja buah NPK 12:12:17:2 dan baja organik juga diberikan ikut syor. Ciri-Ciri buah avocado yang dikehendaki oleh pengguna mestilah buah yang bersaiz kecil dan saiz sederhana untuk pengeluaran secara komersial di kawasan urban atau kotaraya. Menurut Ching antara penyakit yang selalu menyerang tanaman ini adalah Reput Akar Kanker dimana sering berlaku pada musim hujan. Buah yang terlalu besar atau terlalu kecil digunakan untuk tempatan bagi keluarga yang besar. Kulit buah avocado sebaiknya licin, nipis atau sederhana nipis serta berwarna kehijauan memang di minati pengguna. Isinya tidak ada serat atau fiber, mengandungi minyak rendah serta mempunyai rasa sedap (Sila lihat foto disebelah). Biji buah avocado sebaiknya bersaiz kecil dan tidak mengganggu isi buah semasa proses penghantaran, grading dan pengendalian lepas tuai. Tidak ada ruang antara biji dengan isi. Buah mesti tahan suhu dingin dan tanah lasak. Harga buah avocado dari stesyen ini didakwa dijual dipasaran dengan harga RM22.00 sekilogram. Kepada orng Tawau yang teringin makan buah avocado atau ingin belajar menanamnya boleh berkunjung ke stesyen ini. Semuga artikel ini memberi info berguna menjadi bcaan dan rujukkan pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!. .
TANAM AVOCADO... ADA DIMANA...
STESYEN QUOIN... ITU TEMPATNYA..
POKOK SUBUR... BANYAK BUAHNYA...
BOLEH DIMAJUKAN... OLEH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Room 8015, MB Hotel,
Tawau, Sabah, 
Malaysia.
(3 Ogos 2109.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.