Sunday, August 25, 2019

DUSUN DURIAN - KG PENGKALAN KEMPAS

DUSUN DURIAN KAMPUNG PENGKALAN KEMPAS, Port Dickson, Negeri Sembilan diantara lokasi durian yang penulis dapat buat tinjauan teknologi di Negeri Sembilan dan telah menerima bantuan khidmat nasehat mengenai durian daripadaJabatan Pertanian. Pemilik Dusun dikenali dengan nama En Sim Wee Han merupakan seorang pengusaha dusun durian yang berjaya di kampong yang tekenal dengan aktiviti memancing udang galah di sungai Lubuk Cina yang banyak perahunya berlaboh di Pengkalan Kempas. Pokok durian yang rata-rata telah berumur 25 - 30 tahun ini dijaga dengan baik daripada beberapa varieti terkemuka terutama varieti D168 (hajan Hasmah atau IOI), varieti D24, Varieti Tekka, Varieti D16 dan lain-lain lagi. Kawasan dusun durian seluas 3.6 hektar ini dikelilingi dengan tanaman kelapa sawit, getah dan juga dusun kepunyaan petani lain.  Semasa penulis blog membuat tinjauan dikawasan dusun didapati pokok dijaga dengan baik dimana ia diberikan baja premium seperti jenama Yara Milla dan baja organik dengan diberikan mengikut pengesyoran. Dakwa pemilik dusun En Sim pada musim lepas beliau menghasilkan sebanyak 26,800 kilogram dimana dijual pada harga purata RM15.00 sekilogram. Musim lepas dikira pendapatan kasar semusim sebanyak RM400,000 dan dikira sebagai pendapatan dari dusunnya sebagai tahap sederhana baik. Pada tahun ini dijangka buah pada jumlah yang sama akan tetapi kualiti buah pada tahun ini lebih baik walau pun harganya agak sedikit tidak menentu. Dinyatakan peminat durian pada tahun 2019 ini lebih berhati-hati membeli buah durian kerana kos sara hidup garian yang semakin meruncing. Buah durian dari dusunnya masih boleh dijual akan tetapi pembeli sangat bergati-hati membelinya dan mereka membeli dengan kuantiti agak kurang jika dibanding tahun-tahun sebelumnya. Artikel malam ini dari Hotel Hatten Melaka saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai hasil tinjauan durian di Kg Senggala, Port Dickson bersama rombongan Pengarah Pertanian Negeri Sembilan untuk bacaan dan rujukkan anda.


DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang sangat popular di Asia khususnya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan sebagainya. Buah durian ini hanya dikenali oleh orang-orang barat semenjak zaman kolonial Belanda sekitar tahun 1912 dimana, walau pun ada diantara mereka yang mengatakan bau durian itu busuk (Skunk of the orchard) tetapi durian mempunyai rasa sangat sedap (Morstesen and Bullard, 1964). Sehingga kini pun, buah durian dihalang untuk dibawa masuk kedalam bilik hotel kerana baunya yang kuat akan menganggu penghuni hotel yang lain akibat edaran udara di dalam sistem berhawa dingin. Saya dapati kebanyakan hotel di Malaysia, Indonesia dan Thailand membuat peraturan dan papantanda yang mana ia menghalang buah durian dan Manggis untuk dibawa masuk kedalam bilik penginapan. Di Malaysia sahaja terdapat seluas 104,655 hektar tanaman durian dilaporkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2017 dengan jumlah penghasilan sebanyak 300.47 juta metrik tan yang bernilai RM 1.40 billion.  Diantara beberapa varieti durian premium adalah Durian Musang King atau nama asalnya varieti Durian Raja Kunyit (D197), Durian varieti Bukit Merah (D24), Durian Ochee (D200), Durian Hajah Hasmah (D168) dan beberapa lagi yang kesemua ini ada ditanam di dusun Kg Pengkalan Kempas di dusun ini. Apa pun telah terbukti dimana durian Musang King mendapat permintaan paling baik dan harga tertinggi dimana purata harga ladang adalah melebihi RM30 sekilogram. Apa pun varieti durian lain adalah sekitar RM10 sekilogram dan varieti durian kampong kurang dari RM10 sekilogram.


Didalam menentukan kualiti buah durian premium Malaysia semakin meningkat kualitinya maka ramai pekebun durian memperbaiki amalan agronomi dan kemudahan infrastruktur diladang. Selain daripada mengikat menggunakan kabel dahan yang banyak buah kini ada yang pasang kayu sokong. Dalam pada itu setiap pokok akan dipasang jaring dibawah pokok semasa buah durian gugur. Jaring ini akan menbolehkan buah yang gugur tidak jatuh ketanah yang menyebabkan ianya pecah atau pun kena kekotoran tanah. Buah durian masak yang jatuh pada jaring ini bersih dan mudah dikumpulkan sebelum ianya digredkan. Memasang atau Meletakkan Jaring (Jaring atau pukat Ikan) dibawah pokok durian dewasa semasa musim buah durian gugur adalah praktikal. Jaring atau pukat yang terpakai atau jaring baru dipasang dengan merentang disekeliling pokok durian dengan ketinggian 0.5 - 1.0 meter diatas tanah. Jaring ini akan berfungsi sebagai penampan (cushion) jika buah durian jatuh kebawah. Buah durian ini akan jatuh diatas hamparan jaring yang menjadikan kulitnya tidak pecah atau isinya tidak cepat rosak. Buah yang jatuh juga bersih daripada kekotoran tanah, kotoran jenis sampah atau daun kayu. Buah ini juga mudah diambil kerana ia akan berkumpul untuk dipungut dan digredkan sebelum durian ini dipasarkan. Buah durian yang jatuh diatas jaring ini bertujuan mengelakkan haiwan perosak untuk memakannya kerana ia tergantung dengan selamat. Teknik memasang pukat ini merupakan kaedah mengutip buah durian yang sangat signifikan dikawasan dusun durian yang ada batu keras dibawahnya atau kawasan cerun bukit yang curam. Kawasn pokok durian yang berbuag dikawasan cerun bukit curam agak sukar untuk memungut hasil jika jatuh kedalam gaung. Ia juga digalakkan jika pokok durian dahannya berada diatas jalanraya dan buahnya akan gugur diatas jalan. Sama ada buah durian yang jatuh diatas jalanraya rosak akibat hentakan keras atau ia mungkin akan dipungut oleh mereka yang lalu dijalan tersebut.

Buah durian di dusun ini adalah buah bermusim yang lazimnya berbuah setahun sekali. Walau pun sekarang ada buah yang keluar musim dwa emilik dusun disini. Bagaimana pun lazimnya ini berlaku akibat perubahan cuaca atau amalan agronomi yang dijalankan oleh petani dikampong ini. Kejadian dimana durian berbuah dua kali setahun banyak dilaporkan terjadi dikawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia tetapi jarang berlaku di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Musim utama pengeluaran buah durian di Pantai Barat Semenanjung adalah pada Bulan November - Disember dan Luar Musim pada bulan Mei - Jun. Dikawasan Pantai Timur pula sekitar Ogos - September. Beberapa penelitian yang dibuat juga ada menunjukkan di Selatan Semenanjung pula lazimnya pada bulan Julai merupakan kemuncak penghasilan buah durian yang bermula daripada Pontian dan naik keatas. Musim buah durian di utara Semenanjung adalah agak pendek dimana ia memuncak pada bulan Ogos setiap tahun. Di Sabah dan Sarawak pula musim buah durian lazimnya adalah dari bulan September hingga Oktober walau pun berlaku buah pada luar musim. Musim buah durian gigir di Kg Pengkalan Kempas pula mengikut kebiasaannya dari hujung bulan Jun sehingga pertengahan September setiap tahun.

Pemilik dusun di Pengkalan Kempas, Port Dickson ini menerangkan lagi didusun mereka ada menternak kelulut (Trigoa itama) yang mana mengasilkan madu kelulut. Terdapat 212 log kelulut yang diletakkan dibawah pokok durian dimana kesemuanya aktif terutama semasa musim panas dan sewaktu durian berbunga. Apa yang menarik rombongan apabila beberapa varieti durian dibelah dan dihidangkan dimana antara yang enak adalah durian Hajjah Asmah (D168), Durian Bukit Merah (D24), Durian Tekka, Durian D16 dan beberapa durian DB (Durian Baik). Kebanyakan durian tidak ada yang rosak dimana kawalan serangga perosak dilakukan mengikut jadual begitu juga dengan amalan pembajaan. Selain buah durian dihidangkan sama smasa lawatan ini adalah buah manggis dan rambutan. Walau pun buah durian yang dihidangkan enak akan tetapi hanya sedikit sahaja penulis blog dapat makan kerana perut sudah penoh dengan nasi dimakan sebelum keladang ini. Beberapa tetamu lain seperti daripada syarikat pengedar bahan kimia pertanian 'Rainbow' iaiu produk input pertanian dari negara China juga turut menikmati hidangan durian dari dudun di Kg. Pengkalan Kempas ini. Penanaman durian masih menarik minat petani kecil dan estet swasta bagi menentukan bekalan durian negara akan mencukupi untuk pasaran domestik malahan boleh di eskport dimasa akan datang. Semuga artikel ini memmberi info berguna kepada pembaca bloh anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DUSUN DURIAN... TIBA MUSIMNYA...
PADA JULAI... BANYAK GUGURNYA...
KG PENGKALAN KEMPAS...BUAH ADA...
DAPAT MEMAKAN... LUMYAN HARGA...

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Room 1330, Hotel Hatten,
Jalan Banda Hiir, Melaka,
Malaysia.
(11 Julai 2019).
Posted from,
Room 601, Executive Suite,
Hotel Impiana, Senai, JB, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.