Tuesday, August 6, 2019

CENTONGAN DIBUAT SAYUR

CENTONGAN (Limnocharis flava) merupakan sejenis tumbuhan akuatik yang biasa dijumpai tumbuh meliar daripada kawasan tanah berpaya atau sawah padi daripada keluarga  Limnochariraceae. Centongan adalah nama diberikan oleh orang Jawa. Tumbuhan ini juga penulis blog kenali dengan nama lain seperti Paku Rawan, Keladi Senduk, keladi merawan, paku rawan, keloyok, lagung (Iban), Sesenduk, Kelor (Sabah), Selimpat, Kemelin (Perak), Kelayau, Keladi itik, Keladi layar, Genjer (Indonesia), Kelayar (Negeri Sembilan), Kelayo atau juga dipanggil Samsir (Sarawak). Dalam bahasa Inggeris pula dia panggil ia dikenali dengan nama Yellow burrhead leaf atau Yellow velvetleaf dimana secara daintifiknya merupakan tumbuhan jenis ulam akuatik yang mana ia  biasanya terdapat di hutan dan kawasan paya Asia Tenggara. Penulis blog yang telah memakannya sejak kecil dahulu mendapati tumbuhan ini memang ada tumbuh dikawasan berpaya dikampong dimana ia dipetik untuk dijadikan sayur centongan tumis pedas cili api yang akan dimakan dengan nasi putih panas ditepi sawah padi memang enak sekali. Kini jika ada yang telah menanam atau mempunyai tanaman ini jika tidak ada bahan kimia berkemungkinan in masih Organik dan selamat dimakan. Dikawasan jelapang padi seperti di MADA dan IADA lain kewujudan paku rawan ini lebih dianggap sebagai ''rumpai'' dalam sawah padi dan taliair dimana ia perlu dimusnahkan kerana menganggu pertumbuhan padi dan juga pengaliran air dalam taliair. Pertumbuhannya juga cepat membiak jika tidak dikawal daripada peringkat awal sehingga menjadi masaalah kepada pihak tertentu. Apa pun ada beberapa spesis centongan yang dilaporkan terdapat di Malaysia dan di Indonesia ia ditanam untuk makanan yang dianggap penting. Artikel Subuh Khamis ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan info tentang tumbuhan centongan atau paku rawan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Tumbuhan akuatik centongan ini adalah setinggi sekitar 40 - 50 cm yang mana dalam keadaan semulajadi ia muncul diantara rumpai (Sila lihat foto disebelah)Ia juga dilihat mempunyai daun yang berbentuk tiga segi dengan batangnya adalah berongga ditengahnya dan juga ada yang berkabus ("glabrous"). Keseluruhan tumbuhan centongan ini adalah berwarna hijau terang yang mudah dikenali dari jauh didalam paya. Biasanya dilihat dimana bahagian jambak bunganya memiliki bentuk tersediri yang akan menghasilkan bunga kuning yang berkelopak tiga dimana jika dikerat rentas ia berukuran 1.5 cm. Buahnya pula lazimnya akan berbentuk spherikal. Dalam pada itu sungguh pun didapati ia bukan dari jenis bukan tumbuhan terapung (seperti kiambang) akan tetapi biasanya benih centongan ini  akan disebarkan secara di bawa arus air. Centongan juga ini lazimnya suka tumbuh di kawasan air tawar bertakung air yang cetek atau pun di kawasan berpaya. Ia juga kadang kala menceroboh sawah padi  dan boleh membentuk kelompok rumpai dikawasan tropika. Kawalan dengan cara manual caranya mencabut gunakan tangan atau tajak dan juga kawalan kimia dengan menggunakan racun rumpai sesuai dengan jenis tumbuhan akuatik ini. Walau pun dikatakan jenis rumpai akan tetapi orang kampung sering memetik pucuk centongan dan dijadikan sayuran popular seperti Kerabu Centongan, Centongan Masak Pedas Cili Api, Tumis Air Centongan, Masakan Bening Centongan dan sebagainya. 

Kebanyakkan sayur atau ulaman centongan ini tidak ditanam sebaliknya ia  tumbuh liar dikawasan yang  juga banyaknya terdapat di tali-tali air atau di kawasan sawah padi. Bagaimana pun dilaporkan di Indonesia ia ditanam dikawasan rumah mereka dan dijadikan sumber pendapatan dengan menjualnya atau dimakan sendiri. Pucuk muda centongan ini yang sesuai akan dipetik mennggunakan pisau tajam dan kemduian ia dibasuh sebelum diikat dan dijual dipasar atau dimasak sendiri. Bagaimana pula cara hendak memakan centongan ini?. Cara asasnya mudah sahaja dimana sebaiknya ia direbus atau dicelur dengan air panas dahulu. Kemudian jika hendak dimakan sebagai ulaman maka bolehlah dicicah sambal belacan dan dimakan bersama nasi putih bersama keluarga. Pada penulis blong centongan ini memang sesuai sangat kepada yang suka makan makanan jenis ulam-ulaman. Jika hendak membeli di pasar tani atau pasar malam (dikawasan tertentu di Malaysia ada dijual) maka harganya pun amat murah sahaja sekitar RM1.00 - RM2.00 satu ikat bergantung kepada saiz ikatan. Sebaiknya ia dimasak terus atau boleh juga disimpan didalam peti sejuk untuk satu jangkawaktu yang tidak lama. Dalam penulis blog membuat rujukkan dilaporkan centongan ini merupakan tumbuhan yang juga ada dijadikan tanaman hiasan atau pun tanaman landskap di beberapa buah negara. Ia juga ada di tanam dalam kawasan taman-taman riadah, rumah-rumah kediaman sendiri, bangunan pejabat, sekolah dan lain-lain lokasi sesuai. 

Manakala di beberapa negara lain Asia Tenggara pula centongan ini memang digunakan sebagai sumber makanan. Sebagai contoh penulis blog dapati di Pulau Jawa di Indonesia dimana tanaman ini dijadikan ditanam dan ia dijadikan bahan sayuran yang sangat diminati ramai dimana ia juga biasanya ditanam di sawah . Daun muda, batang dan gugusan bunganya didapati memang biasa ada dijual di pasaran. Sementara itu di Vietnam pula centongan ini ada tumbuh semulajadi di banyak kawasan berair dan digunakan sebagai sayuran sebagai makanan sangat popular di Delta Mekong. Dikenali sebagai ''Keo neo'' atau ''Cu neo'' ia juga memang sering dikumpulkan oleh wanita etnik Vietnam (Kinh) dan dijual di pasaran tempatan dan juga oleh penjual sayur di perahu. Daun muda dan pucuk tanaman direbus atau dimasak dalam campuran sup. Sayur ini mengandungi tahap relatif yang tinggi Ca, Fe dan  karoten, unsur mineral yang cukup sering dijadikan sayuran diet bagi wanita di negara-negara berpendapatan rendah. Dalam negara berpenduduk padat seperti di Bangladesh tumbuhan ini banyak tumbuh dinegara mereka dan ia selalu dikumpulkan untuk dimasak oleh surirumah dimana dijadikan makanan yang popular. Sementara itu kawasan di Sumatera agak berlainan pula ceritanya dimana tumbuhan centongan ini dilaporkan ada digunakan sebagai makanan ternakan babi atau ternakan haiwan lain atau dijadikan baja  hijau sesuai unutuk tanaman dikawasan sawah sbagai baja hijau murah yang organik.


Dalam banyak resepi makanan yang berasaskan paku centongan penulis blog paling suka dengan Kerabu Centongan (Sila lihat foto disebelah). Mencari bahan dan menyediakannya juga mudah dimana setelah membaca artikel ini saya percaya ramai yang boleh membuatnya sendiri. Bahan-bahan asas yang diperlukan untuk menyediakan kerabu centongan ini adalah secekak atau pun seikat pucuk centongan segar, 1 labu bawang besar, 1 cawan santan pekat atau susu rendah lemak, 2 batang serai, 5 biji cili padi, 4 sudu besar kerisik, Garam secukup rasa dan bagi menambah keenakan anda. Sila sediakan sebanyak 500 gram kerang yang direbus dan kemudian dikeluarkan isinya. Cara menyediakan dan juga cara memasaknya dengan mula-mula pucuk centongan dipotong-potong kecil dan kemudian dimasukan didalam bekas periuk untuk direbus sekejap dan diangkat kemudian ditoskan. Dalam pada itu bawang besar dan serai dihiris kasar dan disimpan dalam bekas. Bagi kerang yang telah direbus perlu ambil isinya dan diasingkan. Seterusnya bahan bawang, serai, cili padi, santan dan garam dimasukkan dalam mesin pengisar dan dikisar sehingga sesuai dan jangan halus lumat. Akhirnya sediakan satu bekas berukuran sesuai dimana didalam bekas ini akan dicampurkan bahan pucuk centongan, kerang dan bahan ramuan kisar serta dimasukkan kerisik dan gaul hingga rata. Kerabu Centongan ini perlu dimakan sebaik sahaja disediakan kerana jika sudah lama dan sejuk rasanya akan sedikit berubah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TUMBUHAN CENTONGAN.. APA DIA?..
TUMBUH MELIAR... DIKAWASAN PAYA...
DIKUTIP DAN DIMASAK.. ENAKNYA DIA...
BACA ARTIKEL....INFONYA DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putraja, 
Malaysia.
(21 Syawal 1440H).
Jam 3.45 pagi.
Posted from room 520,
Royal Chulan Seremban.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.