Wednesday, July 10, 2019

USAHAWAN DI TKPM TITI GANTUNG

TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) TITI GANTUNG di Perak merupakan salah satu daripada projek TKPM yang penulis blog membuat tinjauan teknikal. TKPM seluas 101 hektar ini diusahakan oleh seramai 13 orang peserta dengan tanaman utamanya adalah Jagung Manis (Zea mays). TKPM merupakan salah satu projek dibawah High Impact Projek dibawah kelolaan  Jabatan Pertanian bertujuan untuk mempastikan usahawan komersil yang tidak ada tanah mampu untuk bertani dan menghasilkan makanan negara.  Pengujudan TKPM adalah untuk mengeluarkan bahan makanan negara seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya yang mana ia kekal pengeluarannya dikawasan yang dikhaskan. Kawasan ini digazetkan sebagai kawasan penanaman yang mempunyai kelengkapan seperti infsastruktur lengkap semuanya sama seperti konsep taman perindustrian dengan adanya jalanladang, sistem perparitan, sistem pengairan, utiliti air dan letrik malahan disesetengan TKPM dilengkapkan dengan Rumah Struktur Pelindung Hujan (SPH) atau Rumah Kalis Serangga (RKS). TKPM ini secara langsung menyelesaikan masaalah runguran usahawan tani dan para pelabur mengenai ketiadaan tanah pertanian untuk kegiatan pengeluaran bahan makanan untuk negara. Di Malaysia setakat ini ada 74 buah TKPM dengan keluasan fizikal 11,952 hektar dan ditanam seluas 10,304 hektar pada tahun 2018. Seramai 1,383 peserta terlibat dengan manghasilkan sebanyak 90.179 juta metrik tan hasil bernilai RM143.9 juta pada tahun 2019. Rekod Jabatan Pertanian Malaysia menunjukkan purata pendapatan peserta TKPM adalah sebanyak RM6,771.45 sebulan iaitu menepati sasaran TKPM. Penulis blog berkesempatan membuat tinjauan teknologi di TKPM Titi Gantung di Perak ini diiringi oleh pegawai Pengarah Pertanian Perak dan BPIT Putrajaya dan Pejabat Pertanian Daerah terlibat. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kejayaan peserta di TKPM ini seperti yang juga ada dilaporkan oleh akhbar Harian Matro yang boleh dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Salah seorang peserta TKPM Titi Gantung di Perak ini yang berjaya telah dilaporkan didalam akhbar Harian Metro (HM) bertajuk ''Ikon petani muda'' dimana Nor Hotijah  merupakan salah seorang perserta TKPM yang dipaparkan didalam akhbar tersebut.  Wartawan HM nyatakan kini ramai golongan belia di kampung termasuk siswazah yang masih menganggur dan anda perlu menjadikan Nor Hotijah Shahbudin sebagai ikon!. Walau pun berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan bertubuh kecil dan baru menginjak usia 30 tahun, hasil penat lelahnya membanting tulang di ladang berjaya membuktikan wanita juga mampu menjadi usahawan berjaya dalam bidang pertanian. Kini terbukti hasilnya, wanita yang masih bujang ini mampu menjana pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan hasil tanaman jagung manis jenis 1602 memang terjamis kualiti kemanisannya. Pendapatan itu tidak termasuk tanaman betik dan pisang yang turut diusahakannya diluar kawasan TKPM ini. Menurut Nor Hotijah kini dia gembira memilih kerjaya sebagai petani moden dengan mengambil peluang mengusahakan tanaman jagung manis seluas empat hektar dengan 120,000 pokok ditanam di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Titi Gantong, Bota, Perak iaitu sejak awal tahun lalu. Apa yang dakwa beliau lebih membanggakan adalah dimana dia yang berasal dari Kampung Belanja Kiri, Parit juga mempunyai dua hektar kebun betik dan pisang dan terkini antara komponen utama tanamannya adalah jagung manis.

Dakwa beliau tanaman jagung manis mengeluarkan hasil selama tiga musim dalam setahun dengan setiap musim memerlukan 65 hingga 70 hari. Biasanya pada hari ke-45 selepas ditanam maka bunga akan mula mengembang manakala tempoh pendebungaan sekitar jam 8 hingga 10 pagi yang bergantung kepada keadaan cuaca. Tanaman jagung memerlukan cuaca panas bagaimana pun dakwnya jika cuaca terlalu panas ia akan mendatangkan kesan kepada mutu tanaman jagungnya. Walaupun kini proses penanaman jagung manis tidak rumit akan tetapi dengan teknologi dan pengurusan tanaman perlu betul ia mampu memberikan hasil potensi terbaik. Apa yang paling penting adalah bagaimana kawalan serangga dilakukan bagi mengeluarkan hasil tongkol jagung segar yang terbaik. Kini kawasan ladang juga perlu bersih kerana rumput yang panjang dan semak akan menyebabkan pokok kurang subur dan hasil berkurangan. Pengeluarannya sebulan mencecah empat tan untuk seekar ladang manakala setongkol jagung dijual dengan harga 60 sen secara borong dimana dia mampu memperoleh pendapatan purata RM4,000 hingga RM5,000 sebulan yang dibantu dua pekerja. Sebelum ini dakwanya dia mula menceburi bidang pertanian selepas tamat menyertai program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) anjuran Jabatan Pertanian pada tahun 2007. Dakwa beliau lagi walaupun kerja ladang lebih sesuai untuk lelaki, ia tidak menjadi masalah kerana minat mendalam saya dalam pertanian mengatasi cabaran dihadapi. Penerimaan baik peserta lelaki yang sentiasa membantu menjadikan tugas saya lebih selesa dan mudah. Malahan statusnya yang bujang menjadi kelebihan kerana masa sepenuhnya dapat dihabiskan di ladang dan kerja ini juga lebih sesuai dengan jiwa saya yang lasak sejak kecil.

Dalam pada itu wartawan HM juga seterusnya nyatakan seorang peserta lain dikenali Shaffie Aziz berumur 39 tahun pula berkata dimana dia mula menceburi bidang pertanian sejak 11 tahun lalu dengan menanam pelbagai jenis sayuran (Sila lihat foto sebelah). Beliau yang kini dibantu empat pekerja berjaya  untuk dia mengusahakan tanah seluas 10.1 hektar yang ditanam jagung sepenuhnya. Dakwa Shaffie lagi selain usaha sendiri, bantuan Jabatan Pertanian dari segi infrastruktur, tapak, teknikal dan khidmat nasihat membantu melancarkan operasi pengeluaran, sekali gus meningkatkan pendapatan bulanan.  Sementara itu, Pegawai Pertanian Bahagian Hortikultur yang juga Pengurus TKPM Titi Gantong Siti Ruhaida Che Ani berkata, sehingga kini projek TPKM mempunyai 13 peserta termasuk dua wanita. Kini keseluruhan ladang TPKM seluas 101 hektar dengan memperuntukkan 80 hektar untuk tanaman jagung manis sebagai komponen utama selain betik, nanas, pisang, labu, cili, terung dan rock melon. Pada masa ini pengeluaran jagung manis di sini dijalankan secara berjadual supaya boleh memenuhi kehendak pasaran. Bagi memberi identiti dan nilai tambah kepada jagung manis keluaran TKPM Titi Gantong, kami memilih menggunakan jenama TKPM TG Supercorn 001Pemilihan jagung jenis  ini berdasarkan kepada varieti jagung manis yang berjaya memberikan prestasi hasil, pertumbuhan dan kualiti yang terbaik berbanding beberapa varieti lain yang ditanam di sini. dakwanya lagi syarikat pengeluar benih juga terbabit dalam penjenamaan ini supaya kami memperolehi bekalan benih berterusan dengan kualiti yang sama pada setiap masa. Kini TPKM TG Supercorn mempunyai keistimewaan dari segi kosmetik luaran yang lebih baik, pengisian kernel penuh hingga hujung tongkol, peratus jumlah pepejal terlarut yang tinggi dan jangka hayat simpanan lebih lama. Lawatan penulis blog ke TKPM Titi Gantung bersama Timbalan Ketua Pengarah JPKPG Malaysia didalam usaha untuk menambah baik isu tanah di TKPM diseluruh negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


TKPM TITI GANTUNG.. DIPERAK DIA...
TANAMAN JAGUNG MANIS...IA UTAMA..
JAGUNG  DITUAI...PENDAPATAN DIJANA...
MAKANAN NEGARA... TKPM SUMBANGNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 308, Junior Suite,
Hotel Sofera Manjung,
Manjung, Perak,
Malaysia.
(20 Syawal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.