Saturday, July 13, 2019

AYAM PERCIK - UNIK DIMALAYSIA

AYAM PERCIK merupakan makanan yang menggunakan daging ayam yang dibakar kemudian dilumurkan dengan kuah percik yang enak dimakan terutama ketika panas lagi. Terdapat banyak resepi ayam percik daripadaa Ayam Percik Kelantan, Ayam Percik Melaka, Ayam Percik Pedas, Ayam Percik Putih dan bermacam jenama mengikut pencipta resepi dan juga lokaliti. Penulis blog memang amat meminati dengan makanan ayam percik resepi Melaka dimana ia mempunyai kombinasi semuanya iaitu manis, pedas, masam dan juga lemak (Sila lihat foto diatas). Istimewanya Ayam Percik Melaka kerana warnanya kemerahan akan tetapi rasanya manis dan pedas berbanding dengan Ayam Percik Kelantan dan Ayam Percik Putih. Pendek kata ayam percik ini terus diratah selepas dibeli atau boleh dimakan bersama nasi putih, nasi lemak dan pelbagai makanan lain. Apa yang pasti adalah keenakan ayam percik mengikut citarasa takyat Malaysia yang mana ada hidangan berasaskan ayam lain sepertu Ayam Goreng, Ayam KFC, Ayam Golek, Ayam Sate, Ayam Pencen, Ayam Ungkep, Ayam Masak Kicap, Ayam Rendang, Ayam Berempah, Nasi Ayam, Sup Ayam, Kaki Ayam, Kari Ayam dan banyak lagi. Ayam adalah makanan yang kaya dengan protin yang termurah di negara kita berbanding dengan protin daripada ikan, daging dan kacang soya. Memang ayam ini dimakan oleh semua gulongan masyarakat daripada yang muda seperti kanak-kanak, remaja, dewasa malahan orang berumur pun masih sukakan ayam. Berbeza dengan daging lembu dimana orang India tidak mengambilnya akan tetapi semua kaum ada memakan daging ayam. Pada penulis blog kepelbagaian kulinari berasaskan ayam memang luas dimana antara yang saya minat adalah sate ayam, ayam percik dan juga ayam bakar. Ayam percik paling mudah dibeli dari pasar malam dan Bazaar Ramadan kerana tidak kurang daripada satu atau dua gerai yang akan menjual ayam percik. Ia berbeza harga bergantung kepada bahagian ayam yang dibeli sama ada ianya peha, dada, rusuk, kepak dan sebagainya. Lazimnya yang paling diminati dengan harga mahal sedikit adalah bahagian peha ayam (drumstick) kerana seekor ayam hanya ada dua kaki sahaja. Artikel petang ini sementara menunggu berbuka puasa ke 27 Ramadan 1440H ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai makanan yang dinamakan AYAM PERCIK untuk dirujuk dan dijadikan bahan bacaan. 


Apakah yang membuatkan ayam percik itu hebat dan unik selain daripada makanan istimewa di Malaysia!. Tidaklain kerana selalunya daging ayam yang digunakan adalah daging ayam segar dan ditambah dengan ramuan sebelum iainya dibakar dan pertuang dengan kuahnya (atau juga digelar dipercikkan). Daging ayam segar ini memberikan kelazatan tersendiri dengan aroma kuat semasa di bakar (Sila lihat foto disebelah). Salah satu pembuat ayam percik istimewa yang disediakan di restoran The Club, GTower, Kuala Lumpur. Ia popular dikalangan rakyat Malaysia dan juga pelancong asing membuatkan menu ayam percik mendapat tempat di hati penggemarnya sehinggakan ada pelancong dan pelanggan yang sanggup mengembara untuk merasai keenakannya. Jika dilihat ia hanyalah satu hidangan yang ringkas malah mudah disediakan namun jika seseorang itu tiada kepakaran maka pastinya hasil ayam percik tersebut kurang memuaskan. Biasanga dengan hanya memanggang ayam dan memerapnya bersama bahan tertentu maka ia boleh menjadikan seseorang itu terkedu dengan rasanya yang begitu enak. Bukan saja dijual di pasar malam, hotel dan restoran mewah juga sudah mula ianya memperkenalkan menu enak ini kepada orang ramai supaya terus mendapat tempat terbaik. Salah satunya apa yang dilakukan oleh pemilik restoran eksklusif The Club di GTower Kuala Lumpur dinama mereka tidak ketinggalan untuk mempelbagaikan resipi dengan memberi sentuhan tradisional kepada menu turun-temurun ini. Apa yang penting kepahkaran 'membakar' ayam yang telah diperap. Asas kepada menu yang dinikmati dengan apa saja cara tidak kira waktu pagi petang atau malam ianya perlu diperap dahulu. Kin kepada semua yang gemar menikmatinya ketika waktu makan tengah hari namun ada juga penggemar memakannya di waktu malam sebagai juadah tambahan selain dijadikan menu berbuka puasa.


Ia enak dimakan bersama nasi panas, roti mahupun dimakan begitu saja kerana menu ini bukannya berkuah sedikit kering oleh itu tidak leceh untuksesiapa yang ingin makan dengan menggayakannya. Penulis blog didalam membuat tinjauan mendapati di sesetengah negeri ayam percik dimakan begitu saja kerana bahan yang dilulur ke atas ayam sebelum dibakar sudah memadai untuk menaikkan aroma dan rasa. Bagaimana di di GTower dilaporkan mereka memperkenalkan sos khas yang cukup enak bagi memberi rasa menakjubkan lain daripada yang lain. Dalam pada itu  ketika penyediaan kuah adalah penting untuk sentiasa mengacau di atas api sederhana supaya tidak pecah minyak. Lazimnya penyediaan resipi ini sangat mudah namun seseorang itu harus teliti. Penggunaan dedaun herba dalam resipi pula sangat penting kerana ia dipercayai mampu menaikkan aroma selain memberi ketahanan supaya hidangan dapat tahan lama. Semasa menyapukan kuah yang sudah siap dimasak ke atas ayam juga mampu memberi rasa unik lebih enak dibuat dengan berhati-hati. Adalah baik menyapukan sedikit kuah yang dimasak tadi pada paha ayam dan dibakar semula pada suhu 100 darjah Celcius selama 10 minit untuk menaikkan aroma. Biasanya aroma Kulinari berkongsi resipi ayam percik istimewa dan jika tidak dikembangkan info ini akan pupus. Resepi buat ayam percik istimewa perlukan bahan iaitu 1.5 kilogram ayam, 20 gram (g) serbuk kunyit, 6 helai daun limau purut, 5 keping asam gelugor, 30g bawang goreng, 2 helai daun kunyit, 3 batang serai (dititik), 20g asam jawa (dibancuh dengan air), 60g garam, 20g gula dan 500 mililiter santan. Bagi bahan kisar pula disediakan 100g bawang besar, 50g buah keras, 4 batang serai, 20g halia, 10g kunyit hidup, 30g cili kering dan 3 biji cili merah. Cara penyediaan ayam dengan mengisar semua bahan yang perlu dikisar dimana ramuan ini kemudian dilulur di atas ayam dan diperap semalaman. Keluarkan ayam dari perapan dan bakar selama 40 hingga 50 minit pada suhu 200 darjah celcius. Cara untuk penyediaan kuah dimana lebihan perapan tadi ditumis bersama santan dan masukkan sedikit air supaya kuah tidak terlalu pekat. Masukkan asam gelugur, air asam jawa, gula, garam, daun limau purut, daun kunyit dan serai yang sudah dititik. Kuah perlu sentiasa digaul untuk memastikan santan tidak pecah minyak dan dimasak menggunakan api sederhana selama 10 hingga 15 minit dan di tutup api dan masukkan bawang goreng. Semua hidangan ayam percik in i sudah siap dihidang.


Ayam Percik Kelantan Melayu atau ayam bakar percik terdapat 2 jenis dari apa yang penulis blog dapat lihat iaitu jenis  yang berwarna putih tidak pedas (sila lihat foto sebelah) dan ada yang berwarna merah pedas. Jika ada yang sukakan sedikit rasa pedas maka anda boleh sediakan lah ayam percik berwarna merah. Ayam percik adalah ayam bakar dengan bumbu khas yang dijadikan lauk istimewa asal dari Kelantan Malaysia. Kalau dahulu ayam percik disediakan di majlis majlis kahwin tetapi kini tiada lagi. Kalau ada pun kini hanya sebagai lauk pengantin sahaja. Ini adalah kerana penyediaan percik yang remeh dan memerlukan tenaga yang ramai. Lagi pulak  jika pembaca blog anim agro tidak membuat dengan betul akibatnya ianya mudah basi. Resipi ayam percik Kelantan yang asli dimana ia tidak berkuah seperti yang banyak dijual sekarang ini. Sebaliknya kuah percik akan pekat dan melekat pada ayam. Resepi nasi ayam percik kini dipaparkan dalam blog ini untuk panduan semua pembaca. Bahan yang diperlukan untu Ayam Percik Kelantan Putih adalah 1 ekor ayam (dipotong 4) dan bagi bahan perap sediakan 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia dan garam secukupnya. Bahan untuk buat kuag percik pula adalah 2 pek santan pekat, 10 ulas bawang merah, 1 inci halia, 1 batang serai, 3 tangkai cili kering, boleh lebih jika suka pedas, Garam secukupnya, Gula ( kena ada rasa manis) dan 1/4 keping asam keping (diletak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam). cara masak dengan kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar maka disiapkan bahan kuah. Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan ia sudah sedia untuk disajikan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
AYAM PERCIK... DIBAKAR ASASNYA...
DIPERAP DAHULU...ADA RAMUANNYA...
DISIRAM KUAH... DI RATAH ENAKNYA...
BUAT SENDIRI... BELI PUN SENANGNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(29 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.