Friday, June 7, 2019

VARIETI PADI PULUT - KENALI DIA

PADI PULUT (Oryza sativa var. glutinosa) merupakan sejenis tanaman yang menghasilkan beras melekit setelaj ia dimasak dan berkeadaan seperti gam. Di Malaysia padi pulut tidak popular ditanam berbanding dengan beberapa negara jiran ASEAN yang lain. Beras Melekit ini di Malaysia lebih mudah dipanggil sebagai BERAS PULUT. Kandungan bahann 'Gluten' didalam beras pulut yang menyebabkan ia akan melekit (sticky) apabila di masak dengan air. Ada juga namam lain bari beras pulut seperti ada yang memanggilnya sebagai 'Beras Manis (Sweet Rice), Beras Berlilin (Waxy Rice), Beras Permata, Beras Botan, Beras Mochi dan juga Beras Biroin. Penulis blog ada menulis beberapa artikel mengenai beras pulut yang boleh dibuat rujukkan dengan membuat pautan disini (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Kita di Malaysia memang biasa dengan beras pulut kerana masyarakat Melayu telah menggunakan beras pulut untuk dijadikan banyak jenis makanan tradisional yang enak dal lazat. Beras Pulut di negara kita lebih dikenali dengan nama Beras Pulut Putih dan Beras Pulut Hitam. Kedua-dua jenis beras pulut ini dulu telah ditanam disawah padi semenjak lama sehingga kini walau pun tidak ada data rasmi mengenai jumlah keluasan penanamannya dicatitkan. Sebenarnya kandungan 'gluten' dalam beras pulut akan menyebabkan pulut akan melekit dan 'sticky' apabila dimasak. Beras Pulut juga sering dicampur dengan beras biasa ketika memasak nasi untuk menambah kenakkannya. Harga beras pulut dipasaran tempatan memang berpatutan dimana ia tidak dikawal seperti beras biasa. Kita di Malaysia banyak mengimpot beras pulut putih dari negara-negara jiran bagi kegunaan kecil-kecilan dan industri perkilangan yang mengeluarkan makanan berasaskan beras pulut. Petang Selasa ini sementara tunggu waktu berbuka puasa di bulan Ramadan dari Tingkat 5 Hotel The Putra Regency, Kangar, Perlis,  saya sempat menulis artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai beras pulut untuk pengetahuan dan rujukan pembaca blog ini.


Di Malaysia memang tidak luas penanaman padi pulut kerana ia tidak menerima subsidi seperti varieti beras biasa (Oryza sativa) yang ditanam untuk menghasilkan beras. Beras Pulut sama dengan Beras Wangi tidak dikategorikan sebagai varieti yang layak untuk mendapat subsidi padi seperti subsidi baja, subsidi harga, subsidi racun dan beberapa insentif lain secara langsung. Bagaimana pun Malaysia dipercayai masih mengimport beras pulut daripada negara jiran seperti Thailand dengan kuantiti yang banyak setiapp tahun (Tiada data jumlah import beras pulut direkodkan). Beras pulut ini diimport dalam beberapa bentuk seperti Beras Pulut Biasa, Tepong Beras Pulut dan produk lain berasaskan beras pulut. Beberapa neger  yang mana penulis blog ada membuat tinjauan ada menanam padi pulut seperti di Melaka (Pulut Hitam), Terengganu, Sabah (Varieti tempatan), Sarawak (varieti tempatan) dan juga di Kelantan. Varieti padi pulut dari Sabah ini termasuklah beras Hitam Tadung dari tanah tinggi Tambunan Sabah, Beras Kristal dari Kota Belud dan Kota Marudu, Sabah serta Beras Mamut dan Beras Bubuk Wangi dari Sri Aman, Sarawak. Dalam pada itu Beras Hitam Wangi Keladi dari Daerah Keningau di Sabah merupakan hasil beras tanah tinggi Sabah. Ia kelihatan seumpama beras pulut hitam dan kebanyakannya diusahakan secara kecil-kecilan oleh penduduk kampung. Pengeluarannya yang memang terhad menjadikan beras ini dijual dengan harga di antara RM15 dan RM16 sekilogramKepelbagaian jenis beras yang terdapat di kedua-dua negeri Malaysia Timur ini juga penulis blog dapati ia membuktikan bahawa beras pengeluaran tempatan juga standing dengan beras negara luar baik dari segi rasa dan teksturnya.


Sebenarnya di Malaysia terdapat beberapa varieti padi pulutyang dikenali seperti Padi Pulut Hitam (PH9) untuk jenis hitam dan ada 3 varieti Padi Pulut Putih iaitu Masria, Pulut Malaysia 1 dan juga Pulut Siding (MR47). Penulis blog pernah membuat tinjauan penanaman padi pulut siding di Ketara (MR47) dimana varieti ini adalah telah didaftarkan dengan MARDI dan benihnya ada didalam Bank benih MARDI. Usaha IADA KETARA yang merupakan salah satu daripada agensi yang menumpukan kawasan Jelapang Padi di Besut, Terengganu telah mengusahakan penanaman padi pulut secara komersil. Projek ini dilaporkan dalam beberapa media tempatan termasuk oleh Utusan Malaysia. Media tersebut mempaparkan foto dimana seorang petani menunjukkan padi pulut yang dihasilkan di Baruh Gong Tebu, Hulu Besut (Sila lihat foto disebelah) sebagai projek berjaya. Media tersebut melaporkan dimana hasil padi yang semakin berkurangan akibat serangga perosak dan perubahan cuaca sejak dua tahun lalu membuatkan 32 petani di projek penanaman padi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA Ketara) mencari tanaman lain untuk diusahakan. Kemudian hasil perbincangan dengan pelbagai agensi berkaitan maka mereka memilih untuk mencuba tanaman padi pulut yang belum pernah diusahakan di kawasan itu. Apa yang penuli blog tertarik dimana diputuskan agar tanaman yang dipilih adalah padi pulut siding (penulis rujuk dengan nombor daftar sebagai MR47) iaitu pulut gred panjang yang diisytiharkan di Kampung Padang Siding, Perlis 27 tahun lepas bagi penambahbaikan Pulut Malaysia 1. Benih padi pulut ini disimpan didalam Bank Benih MARDI dan ada beberapa petani tradisional yang masih ada menyimpannya. Pesawah kurang berminat dengan tanaman padi pulut kerana ia tidak mendapat sambutan petani kerana harga pulut import yang rendah daripada negara jiran dan beras pulut tidak mendapat subsidi padi yang sedia ada. Hasil tanaman padi pulut disini dipalorkan amat memberangsangkan apabila padi pulut itu mampu untuk menghasilkan kira-kira 4.10 metrik tan sehektar. Seterusnya untuk memastikan ia benar-benar mencapai potensi, pemerhatian itu diulang pada musim pertama tahun lalu dan hasilnya didapati lebih baik iaitu 4.8 metrik tan sehektar.


Pada masa ini boleh dikatakan tiada Pakej Teknologi Tanaman padi pulut yang agak komprensif sehingga tahap pengeluarannya pun amat rendah dan untuk kegunaan sendiri. Ia tidak sama dengan aplikasi RICE CHECK yang telah disediakan oleh Jabatan Pertanian walau pun didakwa ada sedikit persamaan. Disebebkan tiada pengeluaran beras pulut tempatan yang mencukupi maka kerajaan mengimport beras pulut dari luar negara ini dalam kategori Spesialiti Rice. Ada juga dilaporkan dimana beras pulut ini agak berbeza kaedah penyimpanannya dengan beras biasa kerana pentingnya kandungan Free Fatty Acis (FFA) yang sedikit didalamnya dapat dikekalkan semasa dimasak. Beberapa ciri varieti padu pulut tempatan yang disenaraikan boelh dibahagikan kepada 4 varieti sahaja. Padi Pulut Masria didakwa akan matang dalam masa 126 hari dengan ketinggian pokoknya 91 cm dan potensi hasilnya sebanyak 4.4 metrik tan sehektar dimana varieti ini mengandungi 1.7% bahan amylose. Padi Pulut Malaysia 1 pula idakwa akan matang dalam masa 145 hari dengan ketinggian pokoknya 100 cm dan potensi hasilnya sebanyak 5.0 metrik tan sehektar dimana varieti ini mengandungi 1.1% bahan amylose. Padi Pulut Siding pula didakwa akan matang dalam masa 143 hari dengan ketinggian pokoknya 1115 cm dan potensi hasilnya sebanyak 4.7 metrik tan sehektar dimana varieti ini mengandungi 1.4% bahan amylosePadi Pulut Hitam 9 (PH9) pula didakwa akan matang dalam masa 136 hari dengan ketinggian pokoknya 102 cm dan potensi hasilnya sebanyak 4.7 metrik tan sehektar dimana varieti ini mengandungi 0.3% bahan amylose. Pemilihan varieti padi pulut untuk ditanam pesawah di Malaysia perlu disesuaikan dengan jenis tanah dan amalan agronomi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM PADI... PULUT JENISNYA...
ADA 4 VARIETI... PILIH YANG MANA...
KURANG DITANAM...DIIMPPORT SAJA...
ARTIKEL INI.. ADA ORANG RUJUKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 508, Suite Room,
The Putra Regency Hotel,
Kangar, Perlis,
Malaysia.
(7 Ramadan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.