Tanaman kacang soya perlukan varieti unggul untuk mempastikan penghasilan yang baik. Ini kerana varieti kacang soya akan memegang peranan penting dalam perkembangan penanaman kedelai untuk mencapai produktiviti yang tinggi, Ia sangat ditentukan oleh potensi daya hasil dari varieti yang unggul untuk ditanam. Potensi hasil biji di kebun masih dipengaruhi oleh interaksi diantara faktor genetik varieti dengan amalan agronomi dan faktur kesesuaian tanah serta cuaca. Bila pengurusan tanaman kurang baik maka kesannya adalah penghasilan lengai yang kurang baik. Jika menanam kacang soya dari varieti unggul dan terpilih disokong dengan pengurusan amalan agronomi baik kemungkinan besar penghasilan biji juga akan tinggi. Dalam mencari varieti kacang soya unggul pastinya kerja penyelidikan biakbaka (plant breeding) berterusan dijalankan dibanyak lokasi oleh saintis. Paling asas adalah dinamakan proses pembentukan varieti kacang soya unggul dimana ianya akan dilakukan dengan tiga pendekatan. Pendekatan pertama adalah Pengenalan (introduction) diikuti dengan Pemilihan Induk dan Susur Galur Baka Induk dan melakukan Kacukan Silang (Cross Breeding) yang sesuai. Tujuan dalam pembentukan varieti unggul kacang soya atau kedelai ini adalah untuk meningkatkan produktiviti soya yang lazimnya tidak dapat dipecahkan melalui pendekatan melalui amalan agronomi. Terdapat memang beberapa aspek yang dapat dicapai melalui pembentukan varieti unggul diantaranya adalah dengan cara meningkatkan potensi daya hasil biji , memendekkan umur soya matang atau jangkamasa hingga penuaian, memperbaiki sifat ketahanan terhadap serangan penyakit utama soya (terutama dari masaalah karat daun dan virus). varieti unggul juga perlu ada sifat ketahanan terhadap serangga perosak utama iaitu Lalat kacang (Agromyza spp), Ulat Pemakan Daun (Lamprosema litura), Wereng kedelai (Phaedonia inclusa), Pengisap Polong (Riptortus linearis), Penggerek polong (Etiella zinckenella), serta pengisap dan Penggerek Polong (Nezara viridula). Ciri varieti unggul ini juga semestinya mempunyai toleransi terhadap abiotik, meliputi tanah masam, tanah kurang nutrien, tanah gambut, tanah basah dan pengaruh naungan. Sebaiknya akan berlaku peningkatan mutu biji dan juga khususnya kandungan protein, lemak dan unsur kimia lainnya. Hanya varieti unggul yang tahan serangan perosak dan penyakit dan berhasil tinggi sahaja disyrkan untuk ditanam dan mampu berikan pulangan baik kepada petani.
Perkembangan varieti unggul kacang soya adalah penyebab utama dalam usaha pengembangan penanaman kacang soya melalui pendekatan paket teknologi pengeluaran kedelai iaitu varieti unggul. Selama lebih 10 tahun atau satu kurun iaitu sejak tahun 1918 - 2004 di Indonesia mereka kini telah berhasil dilepaskan sebanyak 60 varieti kedelai. Kemudian proses penyebaran dan penggunaan varieti unggul tanaman soya keseluruh negara sudah dimulai sejak tahun 1916 dengan cara memasukkan varieti induk dari luar negeri seperti dari China, Taiwan, Manchuria dan USA. Bagaimana pun dilaporkan kini aktiviti pembiakbakaan kacang soya ini melalui kacukan silang atau penghibridan baru dimulakan pada tahun 1930. Beberapa varieti yang berasal dari kajian ini seperti Varieti Otan, No. 27 (1918) dan No. 29 (1924) yang berasal dari Taiwan. Ia adalah varieti yangi berumur panjang (sekitar jangkamasa 100-110 hari) dan berbiji kecil (7 - 8 g/100 biji). Sementara beberapa varieti hasil kacukan silang antara lain seperti Ringgit (1925), Sumbing (1937), Merapi (1938) dan Shakti serta Davros (1965). Pada tahun 1974 dihasilkan pula varieti baru dengan nama Orba, kemudian diikuti oleh varieti Galunggung (1981), Lokon (1982) dan Wilis (1983). Dari keempat-empat varieti kacang soya tersebut dilaporkan dimana potensi daya hasilnya mencapai purata 1.50 mt/ha dengan kisaran kadar protein 30.5 - 44.4%, kadar perahan minyak 15.8 - 19.9%, serta umur menuai selama 81 hari.
Jika dilihat dari data statistik yang ada didapati pengeluaran soya selama jangkamasa dari tahun 1974 -1983 hanya mencapai purata 0.83 mt/ha atau baru mencapai sekitar 61% dari potensi hasil varieti soya/kedelai yang telah disasarkan jangkamasa selama 1984 -1993 dimana proses pembentukan varieti kedelai unggul baru menunjukkan jumlah yang cukup banyak. Sehingga kini sebanyak 21 varieti kedelai unggul baru telah digunakan dimana mempunyai produktiviti lebih tinggi dibandingkan varieti Orba (1974), Galunggung (1981), Guntur (1982), Lokon (1982) dan Wilis (1983) iaitu sebanyak 2.04 mt/ha (Sila lihat jaduak dibawah). Disamping itu juga kadar protein dan minyak juga mengalami sedikit kenaikan iaitu dari 36.6% menjadi 37.3%. Kadar protein tertinggi dicapai daripada varieti Merbabu (45%) sedangkan kadar minyak terendah pada varieti Tengger (12.8%). Jangkamasa menuai pula yang paling pendek dari varieti Malabar (70 hari) dan varieti lain paling lama adalah varieti Dempo (92 hari). Potensi untuk penghasilan tertinggi dicapai oleh varieti Jayawijaya, sebanyak 2.50 mt/ha dan ia diikuti oleh vareiti Dieng (2.30 mt/ha).
NAMA KEDELAI... ITU KACANG SOYA...
LUAS DITANAM... DI INDONESIA RAYA...
TEKNOLOGI TANAMAN... SUDAH ADA...
MARI MEMBACA... TAMBAH ILMU DIDADA..`
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka,
Melaka, Malaysia.
(6 Syawal 1440H).
Posted from:
Hotel Imperial Heritage,
Bandar Hilir , Melaka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.