Saturday, June 1, 2019

BABY NENAS THAILAND DIHARAMKAN

BABY NENAS (Baby pineapple) merupakan satu gelaran yang diberikan kepada nenas kecil yang dikupas kulitnya dan ia sangat manis apabila di makan. Baby Nenas (Ananas commosus)  ini dikeluarkan dari negara Thailand dimana ia dipasarkan dalam negara mereka dan terkini ada dieksport kebeberapa negara seperti Malaysia, Taiwan, Singapura dan beberapa negara lain sebelum diharamkan bermula 2017. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai baby nenas dahulu dimana ia hanya dijual disekitar Kelantan, Perlis, Kedh dan juga Lembah Kelang (Pautan artikel - Sila klik disini). Bagaimana pun penerimaan pengguna yang pernah makan baby nenas ini akan terus membeli dan mencarinya kerana kemanisannya dann keenakannya yang tersendiri. Apa pun beberapa kajian di Taiwan dpada 2017 dan di Singapura pada 2018 dan di Malaysia pada 2019 mendapati nenas kupas ini mengandungi bahan pengawet tiruan yang dikenali dengan nama Asid Cyclomic. Penulis blog membuat banyak rujukkan termasuk laporan analisa dari Pejabat Kesihatan Taipei dimana asid cyclamic ini merupakan bahan pemanis tiruan yang memberikan kadar atau tahap kemanisan antara 30 - 60 kali ganda daripada kemanisan gula biasa atau Sukros. Kemanisan ini jika diambil dengan kadar berlebihan akan menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang (kidney) dan beberapa organ lain yang berkaitan. Lazimnya buah baby nenas ini sudah dikopek kulitnya dan dibuang mata nenas sebelum dipercayai dicelup dalam larutan asid cyclomic selama beberapa minit. Kemudian ia ditoskan dan akan dimasukkan dalam pembungkusan plastik sebelum disimpan dalam bekas yang sejuk. Asci cyclamic yang sejuk ini didalam baby nanas enak dimakan dan menyebabkan ia memberikan rasa enak dan manis bukan kepalang. Bagaimana pun penulis blog mendapat informasi dimana asid cyclamic ini memang sering digunakan untuk mengaeit buah-buahan kering (dried fruit atau candy) dan juga merupakan bahan pemanis penting dalam kebanyakkan minuman berkabornat. Buah ini dikeluarkan oleh Syarikat Dragon King (Raja Naga) dari Thailand dan kini telah diharamkan dibeberapa negara jiran. Artikel malam Sabtu ini dalam suasana hujan ribut di Putrajaya sya menulis dlam ''Anim Agro Technology'' mengeai baby nanas dari Thailand yang merbahaya untuk kesihatan seperti dilaporkan oleh media tmpatan dan antarabangsa untuk rujukkan anda semua.


Akhbar Sinar Harian pada 31 Mei 2019 mempaparkan artikel bertajuk ''KKM sahkan baby nanas tidak dieksport ke Malaysia'' oleh wartawan Nina Farzuin sesuai dirujuk. Berita yang dipetik dari Putrajaya ini menyataan dimana pihk  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa 'baby nanas' jenama Dragon King dari Thailand yang tular didakwa mengandungi siklamat tidak dieksport ke Malaysia (Sila anda lihat foto disebelah)Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, isu ini pernah tular di media sosial pada tahun 2017 dan pemantauan buah nanas import di pintu masuk negara dari tahun 2017 hingga sekarang telah ditingkatkan di mana sejumlah 65 sampel nanas telah di analisa dari pelbagai parameter dan didapati ke semuanya adalah mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Dakwanya menurut The Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA), siklamat adalah sejenis pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30-50 kali ganda lebih daripada gula sukrosa. Dalam peraturan-Peraturan Makanan 1985 dikatakan tidak membenarkan penggunaan siklamat dalam buah-buahan segar termasuk yang telah dikupas atau sedia dimakan. Terkini pihak KKM akan meneruskan pemantauan ke atas semua buah nanas di semua pintu masuk negara bagi memastikan ianya mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Jika didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya, tindakan penguatkuasaan akan diambil. Semua makanan yang dieksport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.  Tambah beliau lagi adalah menjadi tanggungjawab pihak yang terlibat seperti pengimport, ejen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan. Seksyen 13(B) Akta Makanan 1983 Malaysia telah memperuntukkan tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan dengan mengandungi apa-apa bahan penambahannya tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983 atau peraturan-peraturan di bawahnya. Sesiapa yang didapati melanggar peruntukan ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Pada masa sama, beliau berkata, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya ada pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).


Utusan Online pada 31 Mei 2019 juga melaporkan perkara ini dengan artikel bertajuk ''Baby nanas jenama Dragon King tidak dieksport ke Malaysia'' untuk dirujuk. Dinyatakan nany nenas jenama Dragon King dari Thailand yang didakwa mengandungi siklamat tidak dieksport ke Malaysia. 'Baby nanas' jenama Dragon King dari Thailand yang didakwa mengandungi siklamat seperti yang tular di laman sosial tidak dieksport ke Malaysia (Sila lihat foto disebelah).  Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pemantauan buah nanas import di pintu masuk negara sejak 2017 hingga sekarang juga telah dipertingkatkan. Beliau berkata, sebanyak 65 sampel buah nanas telah diambil bagi tujuan analisa pelbagai parameter seperti bahan pemanis (termasuk siklamat), bahan pengawet dan residu pestisid. Kesemua sampel tersebut adalah mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Semua sampel itu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Berdasarkan semakan data Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia dari 2017 sehingga kini, buah ‘baby nanas’ jenama Dragon King dari Thailand tidak dieksport ke Malaysia Noor Hisham berkata, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), siklamat adalah pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30-50 kali ganda lebih daripada gula sukrosa. Katanya, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 tidak membenarkan penggunaan siklamat dalam buah-buahan segar termasuk yang telah dikupas atau sedia dimakan. Dalam pada itu katanya, kementerian akan meneruskan pemantauan ke atas semua buah nanas di semua pintu masuk negara bagi memastikan ianya mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan dibawahnya.


Hari yang sama akhbar Harian Metro paparkan artikel bertajuk ''Baby nanas Dragon King tidak dijual di Malaysia'' dimana dinyatakan BABY nanas jenama Dragon King yang dikatakan mempunyai siklamat. Wartawan Mohd Hasni seterusnya melaporkan dimana BABY nanas’ jenama Dragon King dari Thailand tidak dieksport ke Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.  Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan semakan data menerusi Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) sejak 2017. Beliau berkata, kementerian sudah meningkatkan pemantauan terhadap nanas import di pintu masuk negara dari 2017 sehingga kini. Katanya, sejumlah 65 sampel nanas diambil bagi tujuan analisa pelbagai parameter seperti bahan pemanis (termasuk siklamat), bahan pengawet dan residu pestisid. Kesemua sampel itu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan di bawahnya. Kementerian juga akan meneruskan pemantauan ke atas semua nanas di semua pintu masuk negara bagi memastikan ia mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan di bawahnya. Sekiranya didapati tidak dipatuhi, tindakan penguatkuasaan akan diambil. Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai isu buah ‘baby nanas’ jenama Dragon King dari Thailand yang didakwa mengandungi siklamatDr Noor Hisham berkata, isu berkenaan pernah tular di media sosial pada 2017.  Menurutnya, siklamat adalah sejenis pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30 hingga 50 kali ganda lebih daripada gula sukrosa. Peraturan Makanan 1985 tidak membenarkan penggunaan siklamat dalam buah-buahan segar termasuk yang sudah dikupas atau sedia dimakan.  Katanya, semua makanan yang dieksport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan di bawahnya dan sudah menjadi tanggungjawab pihak yang terbabit seperti pengimport, ejen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan. Dr Noor Hisham berkata, Seksyen 13(B) Akta Makanan 1983 memperuntuk akan tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan dengan mengandungi apa-apa bahan penambahannya tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983 atau peraturan di bawahnya. Sesiapa yang didapati melanggar peruntukan ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Kementerian sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). 


Didalam laporan Bernama dinyatakan ''Tiada buah ‘baby nanas’ dari Thailand dieksport ke Malaysia dimana pihak  KKM akan terus pantau kemasukan buah import di pintu masuk negara''.  Berita yang dipetik dari bangi itu menyatakan dimana Buah ‘baby nanas’ jenama Dragon King dari Thailand yang didakwa mengandungi siklamat dan tular di media sosial baru-baru ini, tidak dieskport ke Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, isu mengenai buah berkenaan pernah tular di media sosial pada tahun 2017 dan mengesahkan bahawa ia tidak dieksport ke negara ini. Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) telah meningkatkan pemantauan buah nanas import di pintu masuk negara dari tahun 2017 sehingga kini, di mana sejumlah 65 sampel diambil bagi tujuan analisa pelbagai parameter seperti bahan pemanis, termasuk siklamat.  Menurut The Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA), siklamat adalah sejenis pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30-50 kali ganda lebih daripada gula sukrosa. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 tidak membenarkan penggunaan siklamat dalam buah-buahan segar termasuk yang telah dikupas atau sedia dimakan. Dr Noor Hisham berkata, KKM akan meneruskan pemantauan ke atas buah nanas di semua pintu masuk negara bagi memastikan ia mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Katanya, tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya didapati mana-mana pihak tidak mematuhi akta serta peraturan yang ditetapkan berkenaan. Semua makanan yang dieksport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak yang terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan.


Akhbar Berita Harian juga paparkan tajuk ''Nanas Dragon King tidak dieksport ke Malaysia'' oleh wartawan Fahmy Rosli. Dinyatakan  dimana  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan nanas jenama Dragon King dari Thailand yang didakwa mengandungi siklamat dan pernah tular di media sosial pada 2017 tidak dieksport ke Malaysia. Ia berdasarkan hasil semakan data melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia dari 2017 sehingga kini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata menurut The Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA), siklamat adalah sejenis pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30 hingga 50 kali ganda lebih daripada gula sukrosa.  Beliau berkata, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 tidak membenarkan penggunaan siklamat dalam buah segar termasuk yang sudah dikupas mahupun sedia dimakan. KKM meningkatkan pemantauan nanas import di pintu masuk negara dari 2017 sehingga kini, dengan sejumlah 65 sampel nanas diambil bagi tujuan analisa pelbagai parameter seperti bahan pemanis (termasuk siklamat), bahan pengawet dan residu pestisid. Kesemua sampel berkenaan adalah mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Justeru, KKM akan meneruskan pemantauan ke atas semua nanas di semua pintu masuk negara bagi memastikan ianya mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan di bawahnya. Jika didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan di bawahnya, tindakan penguatkuasaan akan diambil. Dr Noor Hisham ketika mengulas lanjut, berkata kesemua makanan dieksport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak terbabit seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport serta dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan. Seksyen 13 (B) Akta Makanan 1983 memperuntukkan tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan dengan mengandungi apa-apa bahan penambahannya tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983 atau peraturan di bawahnya. Sesiapa yang didapati melanggar peruntukan ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.  KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Jika pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebagai isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekata. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BABY NANAS... SANGAT MANISNYA...
NANAS DIKOPEK... SIKLAMAT ISINYA...
PEMANIS TIRUAN...IA MERBAHAYA...
DIHARAMKAN... JANGAN MAKANNYA...

By, 
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(31 Mei 2019).


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.