Wednesday, April 17, 2019

STERILIZER - PENYEDIAAN BUNGKAH CENDAWAN

MEMASAK BUNGKAH CENDAWAN menggunakan STERILIZER besar merupakan satu teknologi baru yang cepat, cekap dan praktikal. Alat sterilizer ini sering digunakan dalam kilang kelapa sawit untuk memasak tandan sawit sebelum ianya diproses perah Minyak Mentah (Crude Palm Oil diseluruh dunia. Bagaimana pun kini alat canggih ini telah digunakan oleh beberapa usahawan cendawan termasuk di Syarikat C & C Mushroom di Gerisek, Muar , Johor,. Penulis blog yang membuat tinjauan teknologi ke lokasi mendapati pemilik syarikat Encik Chew telah mengubah teknologi penyediaan bungkah cendawan dengan kuantiti yang banyak menggunakan alat sterilizer ini. Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus pulmnarius) atau dahulu ia dipanggil sebagai Pleorotus cajor-saju merupakan diantara 10 jenis cendawan di negara ini yang dikomersilkan dan mendapat permintaan baik serta berkhasiat. Antara cendawan lain yang popular diusahakan di Malaysia adalah seperti Cendawan Kukur, Cendawah Abalone, Cendawan Telinga Kera, Ganoderma, Cendawan Susu Harimau dan beberapa lagi. Kebanyakan cendawan dijual dengan harga tinggi berbanding dengan sayuran biasa kerana ia agak tinggi kos pengeluarannya dan bermodalkan yang juga agak tinggi. Penulis blog yang aktif dengan projek pembangunan cendawan terutama cendawan tierm kelabu ini dahulu memang sangat biasa dengan perubahan kepada teknologi yang berlaku dalam sektor ini. Kebanyakan cendawan tiram kelabu memerlukan rumah khas dipanggil sebagai 'Rumah Cendawan' yang mempunyai banyak rak-rak didalamnya untuk menyusun bungkah cendawan dan bertutup disekelilingnya. Rumah cendawan ini sama ada dinaikkan dikawasan tanaman getah atau kelapa sawit atau kawasan lapang semestinya mempunyai kelembapan tinggi untuk pengeluaran cendawan dan sanitasi yang baik. Bahan lain diperlukan adalah media pertumbuhan (habuk kayu getah, sekam padi dan beberapa lagi). Bahan media penanaman ini peru digaul dan dimasukkan kedalam bungkah dengan kadar berat 1.0 - 1.2 kg setiap bungkah. Bungkah-bungkah ini yang perlu disterilkan sebelum disuntik dengan benih cendawan dan disimpan untuk penghasilan. Artikel malam ini dalm blog ''Anim Agro Technology'' saya paparkan bagaimana teknologi memasak bungkah cendawan tiram kelabu menggunakan mesin Sterilizer dengan cekap, pantas dan kuantiti yang banyak untuk bacaan dan rujukkan anda. 


Menurut En Chew, beliau terpaksa menggunakan teknologi sterilizer sejak lebih 12 tahun dahulu kerana kerja memasak atau mengukus bungkah cendawan sebelum ini merupakan halangan atau ''bottle neck'' didalam perusahaannya. Syarikat perlu menyediakan sekurang-kurang 2,500 bungkah yang disteril setiap hari dan kerja ini memerlukan masa lama dan tenaga kerja banyak sebelum ini. Bayangkan satu lot bungkah cendawan ini perlu dimasukkan didalam bekas pengukus konvensional untuk dimasak selama 7 -  8 jam. Bahan api sama ada gas atau kayu api juga perlukan kuantiti yang banyak sebelum ianya sedia untuk dikeluarkan dan disejukkan sebelum dimasukkan benih. Kapasiti pengeluaran bungkah yang disteril sebelum ini hanya mencecah sebanyak 400 bungkah sehari kerana tempoh masak yang lama dan penjagaan api semasa mengukusnya. Kini En Chew telah membeli 4 unit sterilizer dalam menghasilkan beribu-ribu bongkah cendawan setiap hari. Bagaimana pun perlu ada chargeman atau boilerman dikilangknya kerana ia perlu dijaga baik semasa kontena itu memasak dalam keadaan tekanan udara khusus. Dalam tong tersebut dimasukkan bungkah-bungkah cendawan dalam rak besi dengan disusun rapi. Bungkah disusun dengan penutupnya berada dibahagian atas rak dan bontotnya dibawah. Ia kemudian ditolak masuk melalui pintu sterilizer sebelum penoh kesemuanya. Pintu strilizer ditutup rapi sebelum tekanan udara didalamnya berubah. Setelah panas ia dikukus selama 45 - 50 minit sahaja dan tekanan serta pengukusan dihentikan. Kemudian rak mengandungi bungkah yang telah di 'steril' ini kan disejukkan dahulu sebelum dihantar kepada unit pembenihan cendawan tiram kelabu. 


Aktiviti penghasilan cendawan bukan satu kerja mudah kerana silap memasak dan memasukkan benih cendawan akan menyebabkan kontaminasi. Bungkah cendawan yang mengandungi media ini perlu dimasak atau disterilkan sehingga tiada organisma lain atau spora cendawan lain yang akan hisup. Sebaik sahaja sejuk ia akan terus dibuka penutupnya dan diisikan dengan benih cendawan tiram kelabu atau cendawan yang dikehendakki. Kemudian ditutup semula dan bungkah akan dibawa ke lokasi dengan menyusun didalam rumah cendawan secara mengiring bertompok-tompok diatas rak-rak yang disediakan. Bungkah ini akan dibiarkan miselium berwarna putih hisup dan apabila cukup masa penutupnya dibuka untuk tujuan membolehkan cendawan tumbuh keluar dari mulut bungkah. Setelah cukup saiz maka cendawan tiram kelabu ini sudah boleh dituai dan dipasarkan setelah membuat penggredan dan juga pembungkuasan. Cendawan tiram kelabu lazimnya dijual segar kepasar basah, pasar malam, kedai runcit dan juga di pasaraya. Syarikat C&C Mushroom ini mampu menghasilkan banyak cendawan tiram kelabu yang mana ia dipasarkan ke Singapura, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Batu Pahan, Melaka dan beberapa bandar lain. Sebanyak 4-5 lori syarikat akan bergerak setiap hari menghantar cendawan segar yang sedia dibungkus kepada pengguna. Penulis blog dapati penggunaan mesin 'Sterilizer' oleh syarikat ini telah banyak membantu menghasilkan bungkas cendawah ddisterik dengan kuantiti banyak setiap hari dan cekap serta terjamin kualitinya. Walau pun En Chew dakwa kos awal membeli peralatan ini agak mahal akan tetapi memang berbaloi pelaburannya dengan penggunaan teknologi ini. Semuga anda semua mendapat info terbaik daripada artikel anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
MENANAM CENDAWAN... SUDAH LAMA...
BUNGKAH DIKUKUS... ADA CARA LAMA...
50 MINIT SAJA... KINI STERILIZER DIGUNA...
CEKAP, CEPAT... DAN BERBALOI HASILNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 222, Green Park Hotel,
Temerloh, Pahang,
Malaysia.
(9 Syaaban 1440H).


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.