Thursday, April 11, 2019

BENIH KOPI - SATU TINJAUAN

BENIH TANAMAN KOPI (Coffea spp) merupakan satu input dan perkara asas penting sebelum membuat penanaman kopi. Tanaman Kopi di negara ini tidak meluas dan hanya banyak terdapat di kawasan pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur(Sabah). Tanaman ini juga adalah merupakan tanaman yang penting di kalangan pekebun kecil pada masa dahulu akan tetapi mengurang popularitinya pada masa ini. Ianya diusahakan secara tanaman tunggal atau secara selingan di kawasan kelapa yang sedia ada. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bill ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri pengeluar utama jenis kopi di negara ini ialah Johor dan Sabah. Terdapat seluas 3,714 hektar tanaman kopi di Malaysia dimana 1,112 hektar adalah di Negeri Johor dan seluas 2,216 hektar di Sabah(Sumber: Bahagian PTIF, Jabatan Pertanian Malaysia). Kajian penulis mendapati kopi jenis Robusta pernah ditanam sedikit di Utara Semenanjung Malaysia tetapi memang luas ditanam di Sabah dan sedikit di Sarawak. Malaysia kini hanya mampu mengeluarkan biji kopi mentah sekitar kurang dari 3% untuk keperluan tempatan manakala sebanyak 97% biji kopi mentah adalah diimport. Sebanyak 97,500 mt - 100,000 mt biji kopi mentah diimport setiap tahun untuk kegunaan kilang tempatan dan seterusnya produk kopi tersebut untuk kegunaan tempatan dan dieksport. Seramai 96 orang pengilang kopi diberi kelulusan oleh Kementerian Pertanian untuk mengimport biji kopi mentah semasa artikel diitulis (Sumber: Laporan Tahunan Agromakanan MOA). Lazimnya para pengimport mempunyai kilang kopi untuk memproses biji kopi mentah kepada produk akhir berasaskan kopi terutama Kopi-dalam-satu (3-in-one) dan instant coffee. Malaysia juga merupakan pengeksport produk berasaskan kopi dengan jumlah nilai eksport melebihi RM1.2 billion pada tahun 2014. Kekurangan bekalan bahan mentah dan juga fasa kebergantungan import kopi menunjukkan industri untuk penanaman semula kopi di negara kita perlu digalakkan semula. Aktiviti penanaman dan pengeluaran kopi mentah di Malaysia menurun dengan amat signifikan daripada 16,000 hektar pada tahun 1990'an kepada hanya 3,714 hektar pada tahun 2015 (25 tahun). Banyak pendekatan perlu dilakukan untuk menarik minat petani dan usahawan menanam semula kopi. Antaranya seperti penanaman kopi secara intergrasi dengan kelapa atau buah-buahan dan memperkenalkan varieti baru yang produktif. Apa pun kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa perkara mengenai proses penyediaan benih kopi di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, Johor untuk  dijadikan bahan baccan dan rujukkan.



Dari segi botani apa yang saya tahu iaitu pokok kopi tergulung di dalam keluarga Rubiaceae. Tanaman ini dikatakan ada mempunyai sebanyak 66 spesies tetapi hanya tiga spesies sahaja yang sesuai ditanam secara komersil. Spesies ini adalah kopi jenis Liberica (Coffea liberica var. liberiansis), Robusta (Coffea robusta) dan Arabica (Coffea arabica). Bagaimanapun hanya dua spesies sahaja yang sesuai ditanam di negara ini iaitu jenis Liberica dan Robusta. Spesies kopi adalah berlainan antara satu dengan yang lain melalui ciri-ciri pertumbuhan pokok, pembentukan daun serta buah dan biji kopi. Kopi Arabica adalah merupakan 70% kopi yang dikeluarkan dan dipasarkan seluruh dunia. Ia luas ditanam di Brazil, Peru, Honduras serta kawasan sekitarnya. Sesuai dikawasan beriklim sejuk (18-20 C) dan juga sesuai di Tanah Tinggi Tropika dengan kadar produktiviti 350 - 400 kg/ha/tahun. Niji kopi Arabica mendapat harga sederhana dipasaran dunia dan di Malaysia ia dimmport sekitar RM10 - RM16/kg. Mempunyai rasa asidik dan dan ada aroma yang kuat.Kopi Robusta pula menguasai sebanyak 28% pengeluaran dan pasaran dunia. Ia luas ditanam di Indonesia, Vietnam, Brazil (jenis Conilon) dan beberapa negara tropika lain. Sesuai untuk ditanam dikawasan beriklim sejuk (21-24 C) serta boleh tumbuh baik di tanah sederhana rendah. Kadar produktiviti sekitar 900 kg - 1,300 kg/ha/tahun. Harganya dipasaran agak murah sedikit dari Arabica (RM8 – RM15/kg). Kopi ini juga mempunyai nilai rasa sederhana enak.Kopi Liberica hanya menguasai 2 % penanaman dan pasaran dunia serta merupakan jenik yang tahan lasak dan berbuah 2 kali setahun. Ia sesuai ditanah di tanah rendah (Coastal Area) dengan purata produktiviti 400-800 kg/ha/tahun. Harga biji mentah agak timggi dipasaran atau sekitar RM12 -RM20.00 sekilogram. Kopi ini mempunyai nilai rasa paling pahit dan orang Barat kurang suka akan kopi ini.

Penanaman kopi banyak bergantung kepada banyak faktur untuk dimajukan. Antaranya adalah faktur iklim, tanah, varieti dan ekonomi. Faktor Iklim adalah penting untuk menentukan jenis kopi yang hendak ditanam.Biasanya pokok kopi memerlukan taburan hujan antara 2,000 - 3,000 mm setahun. Dalam masa yang sama pokok kopi juga memerlukan musim kering untuk pembentukan primordia bunga (janabunga) bagi pengeluaran hasil yang baik. Kopi jenis Robusta dan Liberica tahan kepada suhu yang tinggi di mana suhu optimumnya ialah 180 - 280C serta kelembapan antara 70% - 90%. Negara kita Malaysia hanya sesuai untuk tanaman kopi robusta dan Liberica sahaja sehingga artikel ini ditulis. Faktor Tanah perlu diambil kira dalam menentukan industri penanaman kopi. Ini kerana pokok kopi boleh tumbuh dengan baik di kebanyakan jenis tanah. Ini termasuk tanah yang berasal dari lahar, granit, dan batu pasir. Tanah gembur yang mempunyai bahan organik yang tinggi serta mengandungi bahan mineral yang mencukupi adalah sangat sesuai (Sila lihat foto disebelah). Tanah yang sesuai untuk tanaman kopi ialah Siri Briah, Carey, Cempaka, Jempol, Kaki Bukit, Jawa, Kangkong, Lubuk Kiat, Lundang, Kantan, Rotan, Sabrang, Selangor, Semberin, Tok Yong dan Tualang. Kini kita berbincang mengenai varieti kopi (dulu dipanggil klon kopi). Di antara tiga jenis pokok kopi, jenis Liberica adalah merupakan yang paling banyak ditanam terutama di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Jenis kopi Robusta banyak terdapat di kawasan Utara Semenanjung seperti di negeri Kedah dan Perlis, serta di Sabah dan Sarawak. Kopi jenis polihibrid adalah baka kacukan yang boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. Kopi jenis Arabica merupakan jenis yang banyak ditanam di kawasan sub tropika.

Pengeluaran anakbenih kopi di Stesyen Pertanian Parit Botak, Jabatan Pertanian adalah salah satu fungsi semasa saya embuat lawatan dan tinjauan. Pusat ini mampu menghasilkan sebanyak 50,000 anakbenih kopi setahun melibatkan beberapa varieti Kopi Liberica dan Robusta. Biji kopi untuk dijadikan benih penanti diambil daripada plot pokok induk kopi dalam stesyen ini dan disemai selama 4-6 minggu didalam tapak semaian untuk bercambah. Kemudian benih ini akan dialihkan kedalam polibeg hitam berumuran 4'' x 6'' untuk dinesarkan selama 3 bulan. Ia akan dicantum menggunakan teknik cantuman baji menggunakan matatuna daipada kloh kopii yang dikehendakki seperti MKL5, MKL6, MKL7 ataupun Robusta. Polibeg ini akan diletakkan didalam lastik lutsinar dengan ada air 1 inci dalamnya dibawah bahagian bawah plastik. Setelah cantuman baji dibuat dan diikat kemas maka plastik tersebut ditutup rapat sehingga tunas bercantum. Penulis blog berjaya mencuba membuat cantuman baji kopi MKL6 semasa membuat tinjauan teknikal (Sila lihat foto disebelah). Anakbenih kopi cantuman ini akan disusun dalam barisa sehingga 3 bulan sebelum ianya sesuai untuk diedarkan kepada petani untuk ditanam. Lazimnya proses untuk menyediakan benih kopi adalah sekitar 6 bulan untuk jenis cantum dan kurang daripada tepoh tersebut bagi benih Polihibrid (Anakbenih tidak cantum). Jabatan Pertanian menjual anakbeih tersebut kepada peserta projek koli diseluruh negara. Pada masa ini dilaporkan Negeri Johor dan Kedah adalah antara negeri yang banyak menggunakan benih koi dari pusat ini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...
BENIH KOPI ... ADA DIBUAT DIMANA...
DI PARIT BOTAK... SATU-SATUNYA.....
6 BULAN SAHAJA... MASA DIGUNA....
BANYAK VARIETI... PILIH YANG MANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 302, Hotel Imperial,
Kluang, Johor,
Malaysia.
(3 Syaaban 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.