BENDI MERAH (Red Okra) merupakan sejenis sayuran berbuah yang unik warnanya dan agak kurang diminati di Malaysia dikalangan Masyarakat Melayu. Ini kerana bendi atau orang kampung panggil Kacang Bendir lazimnya adalah berwarna hijau dengan mempunyai 5 segi atau tujuh segi. Penanaman bendi lazimnya dilakukan dikebun sayur secara komersil dimana ia merupakan tanaman yang mudah dijaga berbanding dengan tanaman sayuran jenis buah yang lain. Seperti kacang bendi hijau, kacang bendi merah ini sesuai ditanam di kawasan yang panas seperti dinegara kita. Apa yang penulis blog dapat membuat tinjauan kekebun sayur, memang tidak ramai petanam sayur yang menanam bendi merah secara meluas kerana dakwa mereka agak sukar sedikit pemasaran bandi merah ini berbanding dengan bendi hijau biasa. Penamanan benidi merah ini lazimnya akan mengambil masa selama 35 hari dimana ia boleh mula untuk menghasilkan buah sepanjang 90 hari (hampir 3 bulan) bergantung kepada amalan agronomi dan varieti digunakan. Mempunyai saiz dan bentuk hampir menyerupai benid hijau, penulis blog dapati buahnya berukuran sekitar 11-13cm. Ia sangat berkhasiat kerana mengandungi serat yang tinggi, jumlah vitamin C yang tinggi dan juga uniknya ada bahan kandungan folat (Folate). Teknologi penanaman, penjagaan dan juga pengurusan asas penanaman bendi merah adalah sama dengan penanaman bendi hijau. Bentuk tumbuhan ini dimana pokoknya adalah seperti pokok Bunga Raya dan Pokok Kapas iaitu merupakan tanaman Jangka pendek yang boleh di Ratoon menjadi tanaman tahunan. Pokok bendi ini mampu hidup sehingga ketinggian memlebehi 2 meter jika dibiarkan. Daunnya berbentuk palmenate yang ada jejari serta mempunyai permukaan yang agak kasar. Batangnya agak lembut ketika muda dan keras sederhana keras. Bunga bendi berwarna kuning dengan ukuran 4 - 8 cm garispusat. Proses pendebungaan dilaksanakan oleh serangga seperti lebah, rama-rama, kumbang, semut dan sebagainya. Buah dan tangkai buah bendi yang terbentuk dicelah batang dengan dahan berwarna merah dan apabia dipetik untuk dimasak mengeluarkan sejenis 'Lendir'. Bagaimana pun lendir ini mudah hilang apabila dimasak dengan masukkan jus limau atau cuka kepada mereka yang tidak sukainya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai bendi merah untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Penulis blog dapati selain daripada jenis-jenis bendi hijau yang memang popular di tanam petani kita akan nampak dijual di pasar, supermarket dan pasaraya berhampiran sesekali terdapat lagi satu jenis bendi yang wujud namun tidak berapa popular di sini kecuali pekebun laman rumah iaitu bendi merah. Buah bendi yang merah menyala ini juga dilihat lebih berkilat namun rasanya sama sahaja dengan jenis-jenis bendi yang lain. Penulis blog baru-baru ini ada melawat satu kebun sayur di sekitar Rawang, Selangor yang ada menanam bendi merah untuk dipasarkan disekitar Lembah Kelang dengan keluasa lebih 0.5 hektar. Dikawasan bersebelahan kebun tersebut lebih luasa yang ditanam bendi hijau sekitar 1.8 hektar serta cilii besar dan juga sayur timun serta kacang panjang. Pemilik kebun menyatakan dia pada asalnya agak sukar untuk mendapatkan pasaran bendi merah untk dua musim penanaman kerana hanya sedikit sahaja yang mampu dijual berbanding dengan bendi hijau yang tiada masaalah pasaran. Perbezaan antara varieti bendi hijau dengan bendi merah dari syarikat pembekal benih tempatan adalah hanya Nombor pada pembungkus benih tersebut. Bendi merah dari syarikat GWG mempunyai nombor 322 dengan foto jelas menunjukkan ia adalah jenis bendi merah (Sila lihat foto disebelah). Kepada mereka yang mempunyai hobi baik serta kawasan agak luas dan sesuai ditanam sayur-sayuran dikawasan keliling rumah memang baik. Anda boleh membeli benih ini dari kedai pertanian berhampiran yang menjualnya. Pastikan benih bendi merah tersebut elok, sihat dan masih boleh bercambah. Anda juga boleh mendapatkan benih bendi merah secara pembelian online di internet pada laman sesawang yang boleh dipercayai. Bagaimana pun jika ingin membeli benih bendi merah dengan kuantiti banyak boleh berhubung denga agen yang diiktiraf.
Seterusnya untuk menanam bendi merah perlukan lokasi yang sesuai dengan strategik berbeza untuk penanaman berskala komersil atau tanam suka-suka keliling rumah atau digelar "Projek Pertanian Bandar''. Pemilihan lokasi atau kawasan untuk menanam bendi merah harus ditentukan dengan melihat sinaran matahari yang memancar di kawasan tersebut melebihi 6 jam sehari. Ini kerana pokok bendi merah memerlukan pencahayaan yang baik (secara langsung) untuk hidup subur dan membesar dengan buah yang berkualiti. Pokok bendi merah tidak sesuai di tanam dikawasan terlindung atau mempunyai teduhan (shade) kerana ia mengurangkan bunga dan hasil. Elakkan daripada memilih kawasan tanaman bendi merah yang berdekatan dengan pokok besar atau pokok bunga tinggi dan merimbun sehinggakan mengganggu sinaran sampai pada pokok bendi merahyang bakal ditanam. Pastikan juga kawasan tersebut tidak ditakungi oleh air ketika hujan dan jika dikawasan kebun boleh dibina sistem perparitan serta membuat batas tanaman. Jika ingin menanam dikawasan keliling rumah sebaiknya memilih tempat seperti belakang rumah, kiri atau kanan rumah atau di tepi pagar atau hadapan rumah. Bagi mula menanam gunakan cangkul korek sedalam 1 kaki dan gembur tanah sehingga menjadi serpihan-serpihan kecil. Buat batas lebih kurang 2 kaki X 5 kaki persegi atau pun dibuat mengikut keluasan halaman rumah. Kerpada mereka yang ingin menanam lebih banyak benih bendi merah maka batas anda harus bersaiz panjang. Tinggi batas pula ialah 1 kaki setengah ini bagi mengelak daripada batas atau tanah digenangi oleh air ketika musim hujan dan menyelamatkan pokok bendi anda dari menjadi layu dan mati. Buang segala bendasing seperti akar kayu, kayu mati, serpihan tile, semen, paku dan sebagainya.
Sebaiknya tanah mesti disediakan dengan cara gemburkannya sehingga ia peroi dan lerai sebaiknya ia ditambah kompos setebal lebih kurang 5 inci secara menyeluruh pada batas. Gaulkan kompos tersebut sehingga sebati dengan tanah. Penambahan baja kompos memperbaiki kualiti batas tersebut untuk nutrisi kepada pokok bendi merah. Untuk mengudaraan dan saliran yang baik tambah cocopeat atau peat-moss secara lapisan setebal 5 inci pada batas, digaul hingga sebati. Jika tahap keasidan tanah bernilai PH di bawah 5.0 sebaiknya mesti ditabur batas anda dengan 2 genggam kapur dan gaul sehingga sebati dengan tanah. Namun jika tanah adalah berkeadaan elok dengan nilai PH tanah neutral maka kapur pertanian tidak diperlukan. Untuk mengetahui tanah berasid atau tidak dapatkan kit kertas PH di kedai yang ada menjualnya. Berlainan pula jika tanah tersebut jenis tanah liat diman aia perlu ditambah lebih banyak kompos dan cocopeat pada batas serta gaul sehingga semuanya sebati. Anda boleh menambah rumput kering atau dedaun kering pada batas untuk menghasilkan batas yang mempunyai pengudaraan baik, saliran baik dan media yang gembur dan peroi. Cocopeat mengikat jumlah air dalam batas pada tempoh yang agak lama dan ini membolehkan pokok bendi anda tumbuh dengan baik. Aktiviti menambah pasir sungai pada batas jenis tanah liat untuk saliran dan tanah atau batas disyorkan kerana ia tidak terlalu cepat mampat pada tempoh penanaman pokok bendi merah anda.
Dalam pada itu amalan terbaik yang penulis blog dapat lihat dimana apabila batas selesai dibuat maka perlu direhatkan batas anda selama seminggu atau pun 2 minggu bagi tujuan untuk mematikan atau mengurangkan mikrob-mikrob jahat dalam tanah. Ultra lembayung dari sinaran matahari dapat membunuh mikrob-mikrob jahat ini secara semulajadi, sebab itu jika anda mempunyai sebotol serum EM1 (EM1 inoculant microbial) anda tidak digalakkan meletakkan botol tersebut terlalu lama di bawah sinaran matahari terik kerana segala jenis bakteria dalam botol tersebut akan mati oleh ultra lembayung dari sumber cahaya matahari. Lazimna genap seminggu atau 2 minggu maka biasanya ia sudah boleh menyemai bendi merah anda ke batas. Benih bendi merah sesuai ditanam terus pada batas. Buat lubang sedalam 1 inci dengan jarak 4 hingga 5 kaki antara lubang. Tanam 1 biji atau 2 biji benih bendi merah ke dalam lubang yang telah disediakan dan timbus kembali dengan tanah. Siram batas menggunakan air secukupnya. Dalam tempoh percambahan pastikan batas dalam keadaan lembab bagi memudahkan benih bendi merah anda bercambah dengan baik. Bendi merah mulai bercambah dari hari kelima hingga hari kesepuluh mengikut keadaan cuaca di tempat anda. Kadang-kadang batas kita akan didatangi oleh sekawan semut, oleh itu guna rempah (serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dll) dari dapur anda dan tabur pada batas tersebut agar semut beralih dari batas tersebut. Dikhuatiri ia merosakkan benih bendi anda.
Selepas 2 minggu benih bendi merah ditanam sebaiknya dibubuh baja mengikut jadual yang betul kerana pokok bendi merah adalah tumbuhan yang kritikal memerlukan banyak nutrisi untuk pertumbuhannya yang baik. Menabur baja pada batas atau di sekeliling anak pokok selepas digembur lalu siram dengan air. Pembajaan pada pokok bendi merah boleh diikuti panduan seperti pada minggu kedua (selepas benih bendi merah di tanam) mesti di tabur setengah genggam baja NPK organik dan segenggam kompos. Anda juga boleh selangselikan dengan siraman baja cecair ikan atau serum EM1. Pada minggu keempat -berikan segenggam baja NPK organik dan 2 sudu makan pada setiap pokok baja bone meal. Siraman cecair baja teh kompos atau serum EM1. Pada minggu keenam pula teruskan untum berikan segenggam kompos setiap pokok dan 1 sudu baja bone meal dan sentiasa disiram dengan baja cecair ikan. Akhirnya pada minggua kelapan makan tempoh ini buah bendi merah mula membesar dan bubuh setengah genggam baja NPK organik. Penjagaan pokok bendi merah tidaklah rumit dimana ia perlu membuang rumput rumpai pada batas bagi mengelak persaingan mendapatkan nutrisi. Lakukan pengemburan batas pada minggu ketiga atau minggu keempat. Berhati-hati ketika membuat aktiviti mengembur takut mencederakan akar pokok. Letak mulsa seperti cocopeat, peat-moss atau rumput dan daun-daun kering. Mulsa berfungsi bukan sahaja membantutkan pertumbuhan benih rumput rumpai tetapi juga mengekalkan kelembapan batas pada tempoh yang lama. Dalam pada itu aktiviti penyiraman dilakukan bila perlu dan selalunya pokok bendi merah tahan sinaran matahari terik. Jika musim kemarau siram 2 kali sehari dan tidak perlu ketika hujan. Lihat sama ada batas kering atau tidak iaitu caranya korek sedalam 3 inci untuk melihat keadaan kelembapan pada batas. Jika kelembapannya masih sempurna maka ianya tidak perlu disiram.
Pokok bendi merah tidak lari dari serangan penyakit. Ia mudah diserang penyakit jika keadaan batas terlalu kering atau terlalu basah. Antara penyakit yang menyerang pokok bendi merah ialah seperti Penyakit Reput Akar berpunca dari atau bakteria yang menyerang sistem akar dalam tanah. Daun dan pucuknya layu dan lama-kelamaan akan mati. Cabut pokok dan musnahkan. Kedua adalah Penyakit Pucuk Mudah Layu dimana akibat dari serangan dari ulat pengorek batang. Tanda-tandanya pucuk bendi merah layu atau melentok ke bawah, terdapat gumpalan tahi di luar pucuk tersebut. Potong pucuk tersebut sehingga mana ia diserang. Tujuannya agar ulat pengorek buah tidak masuk lebih dalam lagi sehingga merosakkan 1 pokok bendi merah anda. JIa ada bentuk buah yang mengerekot atau membengkok ia adalah disebabkan dari serangan ulat buah. Telur serangga lalat buat yang menetas di berhampiran buah akan mengorek masuk ke dalam buah dan memakannya dari dalam menyebabkan buah mengerekot atau bengkok. Antara tanda-tandanya ialah buah terbantut tumbuhbesarannya, bengkok dan terdapat gumpalan tahi melekat di luar buah bendi dan kadang-kadang lelehan cecair dari lubang pada buah. Potong buah bendi tersebut dan musnahkan. Sebagai panduan jika dilihat daun berlubang-lubang ini adalah akibat daripada serangan oleh belalang. Belalang jenis besar aktif pada waktu malam memakan daun-daun pokok bendi merah. Serangan belalang tidak serius merosakkan pokok bendi anda, maka tidak perlu bimbang. Kadangkala pertumbuhan bendi kurang memuaskan dan ia hanya akan terbantut dan tidak sihat. Berikut adalah tanda-tanda pokok bendi anda kekurangan zat nutrisi seperti kelihatan daun di bawahnya berwarna kuning bermakna ia kekurangan zat nitrogen. Jika dilihat daun pokok kusam atau agak gelap dari kebiasaan maknyanya ia tanda kekurangan zat posforus. Kemudian jika amat kurang bunga pada pokok bermaka ia kekurangan zat kalium. Memang agak pasti dimana jika pokok terbantut, batang kurus bermakna ia adalah kekurangan nitrogen, posforus dan kalium. Saliran tanah dan pengudaraan yang tidak baik. Cara mengatasi kekurangan nutrisi pada tanaman ialah, menambah kompos atau baja NPK organik ke atas batas pokok bendi merah. Bendi merah sudah boleh dituai kali pertama dalam tempoh 2 bulan lebih. Pastika buahnya yang masih berkilat dan lembut. Potong menggunakan pisau tajam kerana tangkai buah bendi merah agak keras sedikit. Buah bendi merah boleh disimpan dama peti sejuk dan boleh bertahan selama 3 minggu dalam plastik berjip. Kini anda boleh menikmati buah bendi merah tanam sendiri dengan resepi kegemaran. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELILING RUMAH... DAN JIRAN JUGA...
SELAMAT DIMAKAN... BOLEH DINIAGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 263, Ritz Garden Hotel,
Manjung, Perak,
Malaysia.
(28 JamadilAkhir 1440H).

BENDI MERAH... MUDAH TANAMNYA...
MAKAN SENDIRI... ENAK RASANYA...KELILING RUMAH... DAN JIRAN JUGA...
SELAMAT DIMAKAN... BOLEH DINIAGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 263, Ritz Garden Hotel,
Manjung, Perak,
Malaysia.
(28 JamadilAkhir 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.