Saturday, February 2, 2019

TEH BUNGA - APA HEBATNYA

TEH BUNGA atau lebih dikenali sebagai Chrysanthemum tea merupakan sejenis minuman berasaskan herba iaitu yang paling biasa dinegara kita dari bunga kekwa. Teh bunga bunga kekwa (Chrysanthemum morifolium) juga dikenal dalam bahasa Cina sebagai 'Ju Hua' di mana ia telah digunakan dalam perubatan tradisional Cina sejak berabad-abad. Ada jenis teh bunga yang dihasilkan daripada jenis Chrysanthemum indicum yang lebih popular di negara China. Teh bunga kekwa ini adalah dikelaskan sebagai ubat dimana popular dan diperkenalkan semasa Dinasti Song (960 -1279). Cara membuatnya sama seperti kita membuat teh biasa iaitu tuangkan air panas kedalam teko yang telah ada teh bunga ini untuk seketika dan kemudian boleh dituang kecawan untuk diminum semasa panas lagi untuk rasa dan aromanya. Teh bunga kekwa ini ada yang mengamalkannya dengan menambah gula batu dan juga madu untuk tujuan menambah khasiatnya. Didakwa meminum air teh bunga ini membantu didalam meningkatkan kesihatan dan juga baik untuk elakkan jerawat. Apabila teh bunga ini dimasukkan dengan air panas maka air teh tersebut akan bertukar warna kepada kuning cerah denganaromanya yang menyegarkan. Di negara China sebenarnya memang banyak jenis teh bunga mengikut jenis bunga kekwa yang digunakan tetapi dua jenis yang paling popular adalah Huángshān-gòngjú dan juga gòngjú. Terdapat juga resepi Teh Bunga Madu (Honey Chrysanthemum tea) yang mana bunga kekwa tersebut akan direndam didalam madu dahulu selama 3-4 minggu sebelum dijadikan teh minuman yang menyihatkan. Apa pun jenis teh bunga yang dijadikan ubat prpses pembuatannya agak rumit dimana ia perlu dikukus (steamed) beberapa kali sebelum dikeringkan sehingga ianya dicampur dengan herba lain yang sesuai. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai teh bunga atau chrysanthemum tea sebagai bahan rujukkan anda semua.


Teh Bunga Kekwa untuk kita penduduk Malaysia ni memang sudah biasa kan dengan minuman air bunga kekwa ni. Dari kecil lagi kita sudah biasa dan suka minum air teh bunga jenama YEO'S, DRINHO atau MARIGOLDS. Mungkin sejak celik mata sahaja ramai yang sudah buka seunit air teh bunga sama ada didalam botol, kotak atau oun didalam tin. Air teh bunga ini sesuai diminum terus begitu sahaja atau pun disejukkan dari peti ais atau pun dicampur air didalam gelas. Minuman teh cgrysanthemum ini pada kotak tetrapack berwarna kuning ada gambar bunga kekwa dengan jalur hijau (Sila lihat foto disebelah). Semasa penulis blog membelinya dahulu ianya hanya RM0.60 sekotak tetapi kini harganya sudah berganda. Sebenarnya terkini ada 3 produk teh dipasarkan daripada Yeo's iaitu pertama jenis Yeo’s Chrysanthemum Tea yang kurang gula dan ia bertindak sebagai minuman penyejuk badan semulajadi. Kedua adalah Yeo’s Luo han Guo dengan Chrysanthemum Tea yang bertindak dua fungsi iaitu baik untuk kesihatan paru-paru dan mampu menghilangkan batuk serta menairkan kahak. Ke tiga adalah jenis Yeo’s Chrysanthemum Tea Light iaitu teh yang mengandungii 40% kurang kandungan gula sesuai untuk mereka yang ingin kurukan badan dan tambah kesihatan. Air teh bunga dari Yeo's mendapat pasaran baik dikalangan ahli sukan selain daripada minuman isotonik lain. Air teh bunga amat sesuai diminum dalam bulan ramadan sama ada dibuat sediri atau dalam kotak komersil sedia ada.


Daripada beberapa bahan rujukkan dilaporkan dan dinyatakan dimana pokok Bunga Kekwa (Chrysanthemum) ialah satu genus yang terdiri daripada kira-kira 30 spesies tumbuhan berbunga saka di bawah famili Asteraceae. Pokok ini didapati memang berasal dari Asia dan Eropah timur laut. Terdapat beberapa spesies Chrysanthemum dikenalpasti dimana ia merupakan sejenis tumbuhan saka herba tumbuh setinggi 50-150 cm.  Daunnya berbentuk cuping dan jambak bunganya besar serta berwarna putih, kuning atau merah jambu bergantung kepada spesisnya (Sila lihat foto disebelah). Didapati dimana terdapat spesis kekwa yang menjadi perumah kepada larwa tertentu sebagai tempat membiak dan ia dari jenis serangga keluarga Lepidoptera yang mencari makanan kepada tumbuhan ini. Daripada diusahakan di China dan seterusnya ke Jepun kemudian dibawa ke Dunia Barat pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus Linnaeus daripada awalan bahasa Greek, chrys-, yang bermaksud "keemasan" (warna bunga-bunga yang asal), dan -anthemon yang bermaksud "bunga". Bunga kekwa juga digunakan sebagai lambang untuk bunga November. Bunga kekwa merupakan tumbuhan berbunga yang bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Apa yang unik dimana bunga kekwa lazimnya dimasak dengan air panas bagi menghasilkan minuman teh bunga yang digelar Teh Bunga Kekwa atau Teh Chrysanthemum . Di antara pelbagai jenis bunga kekwa yang ada di muka bumi ini didakwa hanya bunga kekwa jenis Chrysanthemum coronarium saja yang boleh dimakan. Kekwa spesis ini mengeluarkan bunga kuning yang sesuai untuk dibuat teh. Perlu dibiarkan sehingga 10 minit sebelum diminum. Bunga-bunga kekwa selalu dimasak dengan air untuk menghasilkan apa yang digelarkan sebagai "teh bunga kekwa". Ad juga dilaporkan sejenis minuman manis atau kosong begitu sahaja. Teh bunga kekwa mempunyai banyak kegunaan perubatan, termasuk pemulihan daripada demam selesema.


Dilaporkan di China daun-daun kekwa akan dipetik dan kemudian ia akan dimasak secara mudah dengan bawang putih dan cili kering. Sayur kekwa yang telah dimasak ini lazimnya mempunyai warna yang sedikit tua, tekstur yang padat dan bermusilaj dimana hebatnya ia ada bau yang harum dan kompleks. Antara khasiat dan juga kelebihan teh bunga yang menjadi kebangaan masyarakat Cina ini ialah seperti ia membantu melancarkan perjalanan darah serta mampu untuk membantu pencernaan makanan. Secara tradisional lazimnya teh bunga ini sebaiknya diminum dengan air suam tanpa gula. Jika di amalkan maka didakwa ia mampu membantu mengurangkan sakit kepala serta akan membantu mengurangkan sesak nafas (asma) kepada pengidapnya. Teh bunga ini juga mampu memperkuatkan paru-paru kita dan paling sering didngar adalah kelebihannya untuk menyejukkan badan. Teh bunga sesuai diminum sewaktu siang atau malam atau semasa bulan ramadan kerana mampu menyejukkan badan dengan signifikan. Dalam pada itu ramai percaya dengan minum teh bunga akan membantu mengurangkan jerawat dan ruam di wajah. Dari laporan lain dinyatakan dimana didalam teh bunga, teh kekwa atau pun teh crysanthemun ini juga terdapat bahan kandungan antivirus dan antipirochete. Ia juga dilaporkan mempu menjadi bahan terbaik mengawak jenis bakteria yang terdapat didalam penyakit siflis atau penyakit kelamin lain. Dalam pada itu memang ramai yang menyatakan minuman teh bunga membantu dalam menyembuhkan tekanan darah, penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi dan juga apa yang dikatakan sebagai arteriosclerosis. Khasiat lain teh bunga seperti membantu mengurangkan masaalah keradangan hati secara berperingkat. Teh bunga juga mampu membantu mengurangkan panas dalam badan akibat cuaca panas seperti demam, flu dan sakit tekak. Bagi khasiat lain didakwa dimana ia membantu membaiki penglihatan yang kabur dan mengurangakan meta merah, kekeringan dan gatal apabila  mata bila digunakan secara konsisten.  Pengguna yang megamalkan minum teh bunga berterusan dipercayai akan menambahkan kesegaran badan, penglihatan, pendengaran dan awet muda. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada anda yang baca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

NAMANYA LAIN ... IA JENIS TEH BUNGA...
CHRYSANTHEMUM ...IA SAMA KEKWA...
CAMPUR AIR PANAS... DIMINUM SEGERA...
BANYAK KHASIAT... AMALKAN SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preciint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(23 JamadilAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.