Tuesday, February 19, 2019

MARKISA BUKIT TINGGI - SATU TINJAUAN

TANAMAN MARKISA (Pisiflora endulis) atau Passion Fruits merupakan pilihan beberapa petani di kawasan tanah tinggi di Bukit Tinggi, Pahang yang telah lama di usahakan. Penulis blog kali kedua membuat satu lagi tinjauan teknologi penanaman markisa di Daerah Bentong tetapi dikawasan lain yang ketinggiannya 1,276 kaki dari paras laut (dpl) (menggunakan telefon bimbit OPPO aplikasi altitude meter). Jalan ke lokasi kebun Ah Hock ini amat sukar dilalui dan hanya kenderaan 4WD atau motorsikal sahaja yang boleh sampai. Penulis terpaksa berjalan 1.4 km dengan kecuraman lereng bukit lebih 35 darjah memang satu cabaran untuk sampai dilokasi. Lawatan pertama ke kebun markisa di Kg Janda Baik 3 tahun dulu dikawasan ketinggian sekitar 650 kaki sahaja dan ini dua kali ganda tinggi. terdapat 3 peringkat penanaman pokok markisa kepunyaan Ah Hock yang mana dia ditemani oleh rakannya Ah Yong semasa tinjauan dijalankan. Pokok sedang berbuah dalam 2 bulan dan dijangka akan bertahan selama 6 bulan kalau ia tumbuh dengan baik dan tidak diserang penyakit. Dakwa Ah Hock 10 tahun dulu pokok markisa yang ditanam mamu bertahan sehingga 8 - 10 bulan sebelum ia tua dan mati. Beliau menanam markisa jenis merah dimana ia mendapat permintaan baik dikalangan pengguna dari Lembah Kelang (sekitar Kuala Lumpur). Semasa tinjauan di kebun markisa ini dilaporkan sudah 3 mingga tiada hujan dan sekarang adalah musim kemarau dengan langit membiru (Sila lihat foto diatas). Ah Hock mengadu kini tanamannya sering diserang penyakit dan tidak tahan macam dahulu. Artikel malam ini dalam blog pertanian ''Anim Agro Technology'' saya menulis tinjauan teknologi penanaman markisa di Bukit Tinggi untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.  


Penulis blog diiringi AO Daerah, KU Soil dan Ah Hock menuju kesatu plot dimana melihat sebahagian besar pokok markisa yang mana ia berumur 2.5 bulan kelihatan layu dan kurang buahnya (Sila lihat foto disebelah). Seterusnya melihat hampit 80% pokok dibahagian tebing tanah curam menghadap ke Utara ini telah layu sekan serangan ''Layu Bakteria'' pada tanaman keluarga Pisifloraceae. Penulis blog dapati ia diserang oleh Penyakit Layu Fusarium yang disebabkan oleh kulat iaitu Fusarium oxyporium. Kulat ini merupakan sejenis kulat (fungus) yang boleh hidup lama dalam tanah dan menyebabkan ia menyerang bahagian akar seterusnya menganggu bahagian xylem daripada menghantar makanan dan air keseluruh bahagian tanaman. Pokok yang diserang akan menyebabkan daun layu, berwarna kuning dimana akhirnya pokok markisa akan mati. Pemeriksaan penulis dan Ah Hock mendapati bahagian akar tanaman yang diserang telah rosak dan mencadangkan pokok tersebut dimusnahkan kerana ditajuti ia akan merebak dikawasan berhampiran yang belum diserang. Serangan Cucumber Mosaic Virus dapat dilihat melalui simptom serangan dibeberapa kawasan markisa dimana pokok diserang ada motting kekuningan pada daun dan juga pada urat daun (vine). Penggunaan kawasan sama yang pernah diserang penyakit ini pada musim tanaman lepas dipercayai menyebabkan kesan serangan berulang.


Pokok Markisa Merah yang ditanam Ah Hock menggunakan benih dari kebunnya setiap musim. Dia akan menyimpan beberapa pokok yang sihat dan dibiarkan buahnya masak diatas pokok untukdijadikan benih. Amalan ini dilakukan beberapa musim walau pun ada tanda-tanda kerintangan varieti tersebut sudah kurang dan perlu dicari punca benih markisa yang baru atau dari kawasan lain. Penggunaan bahan kimia yang berulang-ulang setiap musim penanaman menyebabkan patogen telah kebal dan senang sahaja poko diserang perosak dan penyakit sejak beberapa musim kebelakangan ini. Diperiksa dibahagian bawah para keadaan rumput agak semak dan in dikaitkan sebagai perumah yang baik untuk patogen perosak. Ah Hocjk dinasihatkan agar membuat ''circle weeding'' pada pangkal setiap pokok bagi mengatasi masaalah serangan penyakit dan menyebaban hasil menjadi rendah. Memang sudah 3 minggu tidak hujan dikawasan Bukit Tinggi ini yang menyebabkan pokok agak kurang air dan pembentukkan buah mungkin akan kurang berkualiti seperti sebelumnya. Bagaimana pun semasa lawatan Ah Hock telah hidupkan pam untuk memyembur air gunakan sistem sprinkler.


Tanaman markisa oleh Ah Hock selalunya digilirkan dengan tanaman lain seperti kacang botor, kacang panjang dan tanaman berpara lain. Buah yang masak dituai mengikut indeks kematangan sesuai dan digredkan sebelum di hantar kepada pemborong yng beroperasi di Pekan Bukit Tinggi. Harga Ladng kepada pemborong diantara RM6.00 - RM6.50 sekilogram. Hampir 90% hasil markisa Ah Hock dipasarkan ke Kuala Lumpur sementara bakinya di sekitar Kuantan dan Bentong. Harga markisa dari kebun ini didapati antara yang paling manis kerana ia diberikan baja foliar mengikut jadual yang memberikan kesan manis yang signifikan. Menurut Ah Hock lagi rahsianya buah manis adalah dia akan membancuh baja organik tahi ayam  dan kemudian akan menyiramkan terus kepangkal pokok markisa setiap 2-3 minggu bergantung kepada cuaca dan juga keadaan tanaman. Penulis blog petik beberapa bijii buah markisa dan membuat ujirasa dikebun dan mendapati secara kasarnya kemanisan dianggar mencecah 12-14 darjah brixs (Sila lihat foto disebelah). Buah markisa yang gred rendah akan dijual murah kepada usahawan membuat kaodial dan jus di Kag berdekatan. Ah Hock pohon pihak berwajib untuk membantu beliau bagi mendapatkan kawasan tanah baru rizeb hutan bagi menggantikan lort tanahnya yang dakwanya sudah kurang subur. Bagaimana pun isu ini merupakan isu yng biasa dinyatakan petani di sekitar Bukit Tinggi ini sehjak berzaman. Semuga tulisa ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog ani agro technology kali ini. Wasallam.....
TINGGI KEBUNNYA... TANAM MARKISA....
AH HOCK DAN AH YONG... BERCERITA..
HASIL BERKURANG... PENYAKIT ADA...
RM6.00 SEKILOGRAM... POTENSI ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 104, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(11 JamadilAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.