Tuesday, January 8, 2019

MAGYU DAN WAGYU

DAGING WAGYU telah dilaporkan di dalam media tempatan dimana diterangkan apakan dia benda tersebut atau apakah lembu wagyu?.Perkataan 'Wagyu' berasal dari perkataan Jepun iaitu Wa bermaksud daging dan Gyu bererti ''lembu Jepun''. Mengapa daging lembu ini lebih mahal berbanding harga lembu-lembu yang lain?. Ini juga adalah disebabkan ujudnya 'marbling' iaitu lapisan lemak tidak tepu di antara daging wagyu yang tinggi iaitu kira-kira 30 peratus dimana ia akan memberikan rasa yang kaya terhadap daging lembu jenis ini berbanding baka lain. Oleh kerana kualiti ini yang tiada pada baka lembu lain, maka ia menjadi lembu jenis ini adalah yang paling bermutu. Perkara ini juga disebabkan ciri-ciri keunikannya maka lembu baka wagyu kini telah terkenal dan mendapat keistimewaan dengan cara diternak dalam kawasan khas dan pemakananya dikawal iaitu hanya diberi rumput hijau yang segar serta buah-buahan dan makanan tambahan lain. Apa yang paling unik lagi adalah dimana kandangnya perlu luas dan bersih. Untuk menghasilkan daging yang berkualiti lembu-lembu wangyu juga dipastikan bebas dari tekanan perasaan. Dilaporkan dimana daging lembu wagyu memiliki kandungan lemak Asid shomifuri yang kaya akan Omega-3 yang mana ia didakwa memang mengandungi kolestrol baik dan bagus untuk jantung.Daging wagyu dikategori kepada gred A, B dan C berdasarkan kualiti termasuk jumlah peratusan lemak tepu, warna dan testur daging tersebut. Penulis blog sempat juga menikmati sekeping daging wagyu berharga sekitar RM600 untuk dikongsi bersama 6 orang (dapat secubit kecil sahaja) dimana ia memang enak seperti didakwa. Di MAHA 2018 ini di laman ternakan dibawa beberapa ekor lembu wagyu daripada Jepun untuk tontonan rakyat Malaysia dan promosi ''lunch date wagyu'' telah diadakan dimana penulis blog dapat hadir majlis ini. Bagaimana pun apa yang unik dimana telah ada syarikat yang menamakan ''Magyu'' bagi ''Wagyu'' yang diperkenalkan semasa festival MAHA kali ini. Artikel kali ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis tentang daging lembu atau wagyu berdasarkan beberapa rujukkan dalam media tempatan dan tunjauan penulis sepanjang MAHA 2018 kali ini.

Dalam akhbar utama bertajuk ''Beef Valley telah rancang keluarkan 'Magyu'' telah penulis rujuk untuk dipaparkan dalam rencana kali ini. Berita BERNAMA ini keluar pada 26/11/2018 oleh wartawan Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman (Sila lihat foto disebelah). Berita dipetik di Serdang ini menyatakan dimana Syarikat Multinational Beef Valley Consortium Bhd (Beef Valley) menyasar untuk mewujudkan ladang ternakan lembu daging Wagyu di negara ini bagi tujuan eksport dan penggunaan tempatan. Pengarah Urusannya En Feriz Omar berkata pelan struktur tiga tahun itu bukan sahaja akan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia malah menghasilkan baka lembu Wagyu Malaysia atau dinamakan sebagai ‘Magyu’Pada masa ini dakwanya konsortium multinasional itu sedang bekerjasama dengan Hannan Foods Group Co. Ltd (Hannan Foods Group) yang berpangkalan di Jepun, yang terkenal dalam menghasilkan daging lembu Wagyu A5 yang paling berkualiti. Dalam fasa pertama syarikai ini akan memenuhi pasaran eksport dimana bekemungkinan pada tahun pertama syarikat ini mencari lembu Jepun biasa, manakala tahun kedua mereka akan menghasilkan lembu sendiri bagi pengeluaran Wagyu. Syarikat akan melaksanakannya mengikut amalan Islam dimana dengan Wagyu Beef Valley akan disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kenyataan ii diberitahu kepada media di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018.

Dalam pada itu menurut Feriz berkata buat masa ini konsortium itu sedang mengenal pasti kawasan terutama di Sarawak dan Sabah untuk dijadikan ladang lembu daging Wagyu. Lembu Jepun atau ‘Wagyu’ merupakan antara jenis lembu paling terkenal dan mahal di dunia. Gred yang lebih tinggi boleh mencecah kira-kira US$1,000 bagi 250 gram. Kini terdapat empat baka lembu Wagyu iaitu Kuroge (lembu Jepun berwarna hitam); Akage (lembu Jepun berwarna perang); Nihon Tankaku (lembu Jepun bertanduk pendek) dan Mukaku (lembu Jepun tanpa tanduk). Kecenderungan genetik Wagyu menghasilkan daging lembu yang mengandungi peratusan Omega-3 dan Omega-6 yang tinggi serta corak lapisan lemak atau ‘marbling’ juga meningkatkan kadar lemak monotidaktepu. Beliau berkata konsortium itu juga sedang memulakan kejuruteraan genetik untuk membiakkan baka lembu Wagyu tropika di negara ini yang dapat bertahan dalam suhu cuaca tropika. Beef Valley memeterai Memorandum Persefahaman dan Memorandum Persetujuan dengan Hannan Foods Group; Shanghai Al-Amin Biotech Co Ltd (Al-Amin Bio Group) yang berpangkalan di China dan AiVerest Sdn Bhd untuk mewujudkan industri daging lembu tempatan sara diri bagi eksport dan penggunaan tempatan di Malaysia Timur mengikut rancangan fasa pertama, serta di Semenanjung Malaysia bagi fasa kedua. Pihak yang menandatangani memorandum itu, dimeterai pada 22 Nov, bersetuju untuk membentuk konsortium beribu pejabat di Malaysia dengan tujuan membangunkan, mempromosi, menyediakan serta memupuk kompetensi dalam perladangan lembu bagi pengeluaran daging dan produk sampingan berasaskan daging lembu. Memorandum berkenaan ditandatangani oleh Feriz dan lembaga pengarahnya; Naib Presiden Arukimeruto Co Ltd, Takaaki Kakishima yang mewakili Hannan Foods Group; Pengarah Pemasaran Amin Bio Group Malaysia, Haroon Maxin, mewakili Al-Amin Bio Group; dan Penasihat Eksekutif AiVerest Sdn Bhd, Mr Muhammad Ruzi Shuib.  Feriz berkata mengikut memorandum itu, Beef Valley akan melaksanakan tanggungjawab mewujudkan ladang lembu domestik di Sabah dan Sarawak selain memanfaatkan permintaan tempatan dan global yang semakin meningkat terhadap daging lembu. 

Selain itu, Beef Valley juga akan menerajui usaha penyelidikan dan pembangunan berkaitan produk sampingan daging lembu dengan kepakaran rakan kongsi konsortium, katanya. “Akhirnya, kita berharap semua ini akan memudahkan dan membangunkan Malaysia sebagai pengeksport produk daging lembu dan produk sampingannya kepada dunia. “Selain mewujudkan industri daging lembu yang mampan di Malaysia, Beef Valley akan turut menggalakkan pelaburan langsung asing ke dalam Malaysia, yang akan meningkatkan lagi pertumbuhan negara bagi jangka panjang,” katanya. Konsortium itu menjangkakan usaha berkenaan mengambil masa antara tujuh dan 10 tahun untuk mencapai kapasiti penuhnya dan kematangan dari segi keupayaan eksport. Beef Valley menjangkakan dapat menembusi pasaran daging lembu dunia dan menjana perolehan tidak kurang daripada RM750 juta setahun, pada kapasiti pengoperasian penuh dengan nilai perusahaan tidak kurang daripada RM2 bilion. “Apabila kami berjaya, dan mungkin selepas itu jika kerajaan yakin bahawa Beef Valley mempunyai merit dan keupayaan untuk membantu dalam pembangunan fidlot di Malaysia, kami akan memanfaatkan peluang tersebut,” katanya. Pada 2017, Malaysia mengeluarkan 52,000 tan daging lembu bernilai RM169 juta, dan mengimport daging lembu bernilai RM1.14 bilion setahun untuk memenuhi permintaan tempatan pada kira-kira 191,000 tan. Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Beef Valley, boleh berkunjung ke pavilion syarikat itu di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini, yang menjadi lokasi penganjuran MAHA 2018. - BERNAMA.

Dalam laporan lain bertajuk ''Kenapa daging Wagyu mahal?'' menarik penulis blog berkongsi ingo. Ada kenyataan dimana lembu wagyu ini diberi arak, didengarkan lagu, dibuat urutan yang dikatan sebagai hanya mitos. Menurut En Jamal Abdul Karim ia adalah mitos kerana beliau terlibat dalam industri ini. Beliau bergambar bersama salah seekor daripada 13 lembu Wagyu yang diternak Colla Cattle Farm di pada MAHA 2018 di Maeps, Serdang yang ditemui pihak media. Penulis blog pernah satu ketika dahulu membaca berita tular di media sosial apabila seorang pelanggan berkongsikan bilnya yang berjumlah ribuan ringgit selepas makan stik daging Wagyu di restoran. Sejak dari pada kejadian itulah maka daging Wagyu mula dikenali dan dikatakan sebagai makanan mewah kerana harganya yang mahal bermula daripada RM1,200 dan mampu mencecah RM10,000 sekilogram. Menurut ketua Pegawai Eksekutif Colla Cattle Farm iaitu Jamal Abdul Karim mendakwa daging Wagyu merupakan baka lembu termahal di dunia kerana lapisan lemak baik untuk tubuh yang terdapat di antara daging tersebut. Kini dagng Wagyu menjadi pilihan orang ramai khususnya bagi penggemar stik daging.  Harganya mahal disebabkan diimport dari luar seperti Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Australia kerana sebelum ini tiada penternak lembu tempatan yang menternak baka berkenaan. Terdapat lapisan lemak yang terdapat antara daging lembu itu menyebabkan Wagyu menjadi terlalu mahal. Contohnya dimana daging Wagyu apabila kita makan dan letakkan di lidah akan cair dengan sendirinya. Ini jauh berbeza jika dibanding daging biasa yang berkanji dan perlu dikunyah sebab itulah dia mahal. Beliau berkata demikian kepada Utusan Online di Laman Ternakan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, dekat sini hari ini. Colla Cattle Farm yang mempunyai tiga ladang ternakan di Kuala Selangor, Selangor; Kulim (Kedah) dan Kanchanaburi (Thailand) merupakan salah satu pempamer pada pameran dwitahunan yang sedang berlangsung . Sementara itu dia mengulas dakwaan lembu Wagyu diberikan minum arak, mendengar lagu dan sebagainya untuk menghasilkan daging yang sedap, Jamal berkata, perkara tersebut hanyalah mitos semata-mata. Di Jepun pada 1990-an ada pekerja ladang di sana apabila bosan mereka dengar lagu, berikan lembu urutan dan apabila musim sejuk atau panas, lembu tidak selesa jadi mereka beri arak untuk bagi lembu selera makan. Oleh kerana benda-benda mitos ini maka harga daging Wagyu naik. Sebenarnya tiada kena mengena pun dengan daging itu. Dakwanya cara menghasilkan daging terbaik adalah menjaga pemakanan lembu Wagyu seperti rumput, soya, barli, jagung dan dedak. Disebabkan perkara itu maka ternakan seekor lembu baka tersebut boleh memberikan pulangan sekitar RM60,000 hingga RM90,000 seekor, bergantung kepada saiz ternakan berkenaan. Semuga anda mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


FESTIVAL MAHA ... WAGYU DIPAMERKAN...
RAMAI MENCUBA... DI LAMAN TERNAKAN...
WALAU MAHAL.... RAMAI DATANG MAKAN...
ADA SYARIKAT... YANG MEMPERKENALKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 301, Mega Hotel 68,
Jalan Tasik, Taman Perniagaan Tasik,
86000, Kluang, Johor, 
Malaysia.
(30 RabiulAwal 1449H).
Posted from:
Room 724, Hotel Citadines Cyberjaya,
Cyberjaya, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.