PADI BAHARU MARDI iaitu MR303 dan MR307 telah dilancarkan oleh Ahmad Shabery Cheek dengan nama yang dikeali sebagai MARDI Sempadan 303 dan MARDI Sebernas 307 bagi kegunaan pesawah di negara ini. Majlis untuk pengistihyaran tersebut yang dilakukan di sawah Tanjung Karang, Selangor menjadikan ia varieti padi baru yang berpotensi menghasilkan pendapatan lebih baik. Pada masa ini nasi adalah makanan ruji bagi rakyat di negara Asia termasuk Malaysia. Ini kerana nasi adalah menu harian penduduk di region ini yang dimanan biasanya 3 kali sehari atau minima sekali sehari. Tanaman padi merupakan sejenis tanaman dianggp strategik dari segi keselamatan makanan, pembasmian kemiskinan dan lain-lain isu sosial dan politik di negara ini kerana sekiranya bekalan tidak mencukupi maka negara akan diancam krisis makanan. Dalam pada itu cara pengeluaran padi perlu terus diberi perhatian bagi tujuan penghasilan makanan ruji untuk rakyat negara ini. Pada masa ini terdapat 8 kawasan jelapang padi utama di negara kita yang menumpukan kepada penanaman padi dengan keluasan penanaman padi sekitar 689,91 hektar pada 2018. Daripada 300,446 hektar pasel padi (tanah sawah yang digazet untuk tanam padi) seluas 219,708 hektar (73.1%) adalah eterletak didalam kawasa jelapang padi. Kebanyakan penanaman padi di Malaysia adalah du kali setahun menjadikan keluasan tanaman padi pada 2018 seluas 689,910 hektar dimana seluas 417,691 hektar adalah berada di kawasan Jelapang Padi (60.54%) sementara bakinya diluar kawasan jelapang. Pengeluaran padi Malaysia 2018 sebanyak 3,064,822 tan metrik dan menghasilkan sebanyak 1,975,770 tan metrik. (Sumber: Booklet Laporan Statstik Perangkaan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Nilai sebenar pengeluaran padi pada tahun 2018 adalah sebanyak RM3.445 billion. Memandangkan permintaan terhadap padi terus meningkat maka Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa peka dengan kehendak penduduk di negara ini untuk sentiasa memastikan keperluan tersebut dipenuhi. Terbaharu dua varieti baharu padi iaitu padi MARDI Sempadan 303 dan MARDI Sebernas 307 dan Sebernas 307 merupakan varieti terbaharu yang diperkenalkan untuk meningkatkan hasil dan sebagai alternatif kepada varieti sedia ada. Artikel dikedinginan subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" berkaitan pelancaran dua varieti padi baru iaitu MR303 (Sempadan) dan MR307 (Sebernas) di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
Dalam satu kenyataan bersama menurut Elixson Sulian yang juga merupakan Saintis Kanan MARDI yang terlibat dengan kajian dan penyelidikan padi MARDI Sempadan 303 berkata, padi tersebut dihasilkan melalui kaedah kacuk ulang antara varieti pada MR 256 dan varieti ulangan MR 253. Proses pembangunan varieti bermula dari kacukan sehingga penanaman peningkatan skala ialah 25 musim atau lebih 12 tahun. Kacukan awal dilaksanakan pada musim utama 2005/2006 seterusnya melalui proses pemilihan pukal dan pedigri serta penilaian awal hasil di MARDI Seberang Perai, Pulau Pinang sebelum dimajukan ke percubaan penyesuaian pelbagai lokasi dan ujian penentusahan setempat sekitar musim 2014/2015 hingga musim utama 2017/2018. Padi jenis ini mempunyai daun pengasuh yang pendek dan tegak dengan jangka masa matang antara 104 hingga 106 hari serta dikategorikan sebagai matang awal. Namun demikian dakwanya pokok padi ini mempunyai batang yang panjang yang memberikan purata ketinggian pokok setinggi 120.3 sentimeter sementara panjang tangkai sekitar 28.3 cm. Juga dimaklumkan peratus pengisian biji bernas per tangkai adalah melebihi 70 peratus. Kelebihannya dapat dilihat pada biji padi yang berat 1,000 bijinya ialah 28.2 gram.
MARDI Sempadan 302 pula mempunyai panjang beras melebihi 6.21 milimeter (mm) dan dikategorikan sebagai beras panjang dan tirus dengan nisbah panjang dan lebar beras melebihi tiga mm yang sesuai dengan cita rasa dan kehendak pasaran tempatan. Kandungan amilosa dan konsisten gel yang sederhana memberikan cita rasa nasi yang sederhana lembut. Nilai pecahan alkali yang rendah memberikan tekstur sederhana peroi. Dalam masa sama dakwa Elixson, dia berharap varieti padi baharu tersebut mampu meningkatkan pendapatan kepada petani dengan anggaran peningkatan sehingga 10 tan sehektar menerusi teknik serta teknologi yang disyorkan. Dilaporkan dimana MARDI telah hasilkan sebanyak 47 varieti padi sejak tahun 1969. Dalam pada itu lebih daripada 90 peratus daripada kawasan tanaman padi di Malaysia atau 350,000 hektar menggunakan varieti pada yang dihasilkan oleh MARDI. Pada tahun 2016 negara menghasilkan padi sebanyak 2.74 juta metrik tan iaitu 75 peratus daripada keperluan sara diri (SSL) sementara selebihnya diimport bagi memenuhi keperluan yang semakin bertambah ekoran pertambahan jumlah penduduk dan permintaan beras istimewa yang juga meningkat. Nama baru padi MARDI Sempadan 303 adalah sempena nama kawasan padi tersebut di bangunkan sementara MARDI Sebernas 307 kerana sifat padi itu yang ‘penuh berisi’. MARDI akan terus melaksanakan penyelidikan bagi menghasilkan teknologi termasuk varieti padi baharu dari masa ke semasa dan juga mengambil pendekatan proaktif dalam menyelesaikan masalah yang timbul di lapangan untuk faedah para pesawah. MARDI akan terus menjalankan kerjasama dengan semua pihak dari jabatan dan agensi pembangunan pertanian di peringkat persekutuan dan negeri selain meminta petani agar terus menyumbang kepada kesejahteraan komuniti pesawah.
Dalam akhbar tempatan bertajuk "Kelebihan dua varieti baru" iaitu varieti padi baru Sempadan 303 dan Sebernas 307 yang dijangka dapat meningkatkan hasil yang tinggi. Secara umumnya industri padi dan beras negara kian berkembang pesat. Pengeluaran padi negara meningkat daripada 1.9 juta tan pada 1990 kepada 3.5 juta tan pada 2016. Walaupun kawasan pengeluaran padi secara umumnya tidak bertambah, namun pengeluarannya terus meningkat. Antara faktor peningkatan disebabkan kemajuan inovasi dan teknologi. MARDI memperkenalkan dua varieti baru padi iaitu padi MARDI sempadan 303 dan padi MARDI Sebernas 307. Kepelbagaian genetik dalam ekosistem penanaman padi ini penting untuk memberi lebih pilihan varieti kepada pesawah selain memastikan bekalan makanan ruji negara sentiasa terjamin. Kini lebih 90 peratus daripada kawasan tanaman padi di Malaysia atau 350,000 hektar menggunakan varieti padi yang dihasilkan MARDI. Dalam pada itu Timbalan Pengarah Program Padi Inbred Pusat Penyelidikan Padi dan Beras MARDI, Dr Mazidah Mat dakwa hasil penyelidikan dan pembangunan (RnD) lebih 10 tahun berjaya menghasilkan dua varieti padi baru ini. Varieti padi Sempadan 303 hasil kajian oleh Pegawai Penyelidik Kanan MARDI Seberang Perai iaitu oleh Elixon Sunyan sementara varieti padi Sebernas 307 hasil kajian oleh Timbalan Pengarah MARDI Pulau Pinang iaitu Amirrudin Mokhtar. MARDI Sempadan 303 berpotensi memberikan hasil yang tinggi, rintang kepada penyakit karah daun dan sederhana rintang kepada penyakit karah tangkai serta sederhana rintang kepada bena perang.
Padi varieti ini juga kurang dipengaruhi faktor persekitaran menyebabkan ia sesuai ditanam di kebanyakan kawasan dan boleh disyorkan untuk kawasan kurang subur. MARDI Sempadan 303 ini memberi cita rasa nasi yang sesuai kepada pengguna tempatan,” katanya yang ditemui di plot tanaman varieti padi berkenaan di Kawasan Pembangunan Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor, Tanjung Karang, Selangor.ta, MARDI Sempadan 303 adalah sempena nama kawasan ini dan ia dibangunkan melalui kacukan varieti MR 256 dengan varieti ulangan MR 253 bermula sejak 2005. Ia diikuti dengan beberapa siri penilaian di beberapa kawasan jelapang utama negara yang memakan masa 25 musim penanaman atau lebih 12 tahun. Kacukan awal dilakukan pada musim utama seterusnya melalui proses pemilihan pukal dan pedigri serta penilaian awal hasil di MARDI Seberang Perai sebelum ia dimajukan ke percubaan penyesuaian di pelbagai lokasi dan ujian penentusahan setempat. Varieti padi ini mempunyai ciri-ciri penting seperti tempoh matang yang agak singkat iaitu antara 104 hingga 106 hari dan mampu memberi hasil tuaian tertinggi sebanyak 10 tan/hektar. Varieti berkenaan mempunyai daun pengasuh yang pendek dan tegak selain batang panjang, sekali gus memberikan purata ketinggian pokok 120.3 cm berbanding MR 263 sekitar 107.8 cm. Panjang tangkai sekitar 28.3cm sementara peratus pengisian biji bernas per tangkai melebihi 70 peratus. Kelebihannya dapat dilihat pada biji padi yang berat iaitu 1,000 bijinya seberat 28.2 gram (g) berbanding MR 263 (25.3 g). Bagi varieti padi MARDI Sebernas 307 pula diperkenalkan untuk meningkatkan hasil dan sebagai alternatif kepada varieti padi sedia ada. Ia mempunyai potensi hasil yang tinggi, sederhana rintang kepada penyakit karah tangkai dan serangga perosak bena perang serta mempunyai mutu beras dan cita rasa nasi yang baik. Varieti ini sesuai ditanam di kebanyakan kawasan jelapang padi utama. Ia hasil kacukan antara induk varieti padi MR 256 dan P 493. Hasil boleh dituai dalam tempoh antara 107 hingga 110 hari sementara potensi hasil tertinggi dicapai adalah 10 tan/hektar. Proses pembangunan varieti bermula daripada kacukan hingga penanaman dengan peningkatan skala adalah 22 musim. Kacukan awal bermula pada musim utama 2006/2007 dan sudah melalui beberapa musim penilaian, seterusnya diikuti dengan peningkatan skala pada musim utama 2017/2018. Varieti ini dikategorikan sebagai pokok sederhana tinggi, tegak dan tegap dengan daun pengasuh sederhana panjang. Morfologi pokok mempunyai ketinggian 114.2sm dan panjang tangkainya lebih panjang daripada MR 263 iaitu 28.5sm. Begitu juga dengan peratus bernas dan bilangan biji setangkai di mana berat bagi 1,000 biji sebanyak 32.1g turut menyumbang kepada potensi hasil yang tinggi. Semuga arikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini mmberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!..
PADI 307... SEBERNAS 307 VARIETINYA...
MEMBBACA ARTIKEL .... INFO DIERIMA
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Purtajaya,
WP, Malaysia.
(JamadilAwal 1440H)
Menurut Saintis Kanan MARDI yang ada terlibat dengan proses penemuan varieti Sebernas 307 iaitu Amirrudin Mokhtar dimana pihak MARDI menyatakan varieti padi Sebernas 307 merupakan hasil kacukan antara induk varieti padi MR 256 dan P493 (Sila anda lihat foto disebelah). Proses pembangunan varieti bermula dari awal kacukan sehingga penanaman peningkatan skala selama 22 musim. Permohonan varieti bermula pada musim utama 2006/2007 dan menerusi beberapa musim penilaian seterusnya diikuti dengan peningkatan skala pada musim utama 2017/2018 Beliau memberitahu ketika ditemui sempena majlis Pengisytiharan Varieti Padi Baharu MARDI di Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor. Varieti padi itu dikategorikan sebagai pokok sederhana tinggi, tegak serta tegap dengan daun pengasuh sederhana panjang. Padi jenis itu mempunyai perolehan beras dan beras kepala yang kurang sedikit berbanding MR 263. Ia mempunyai beras yang panjang dengan nisbah panjang dan lebar melebihi MR 263 selain mempunyai kandungan amilosa sederhana sebanyak 24 peratus berbanding MR 263 dengan 22 peratus. Konsistensi gel dan pecahan alkali setanding MR 263 sekali gus menghasilkan nasi sederhana lembut dan tidak melekit.
Dalam satu kenyataan bersama menurut Elixson Sulian yang juga merupakan Saintis Kanan MARDI yang terlibat dengan kajian dan penyelidikan padi MARDI Sempadan 303 berkata, padi tersebut dihasilkan melalui kaedah kacuk ulang antara varieti pada MR 256 dan varieti ulangan MR 253. Proses pembangunan varieti bermula dari kacukan sehingga penanaman peningkatan skala ialah 25 musim atau lebih 12 tahun. Kacukan awal dilaksanakan pada musim utama 2005/2006 seterusnya melalui proses pemilihan pukal dan pedigri serta penilaian awal hasil di MARDI Seberang Perai, Pulau Pinang sebelum dimajukan ke percubaan penyesuaian pelbagai lokasi dan ujian penentusahan setempat sekitar musim 2014/2015 hingga musim utama 2017/2018. Padi jenis ini mempunyai daun pengasuh yang pendek dan tegak dengan jangka masa matang antara 104 hingga 106 hari serta dikategorikan sebagai matang awal. Namun demikian dakwanya pokok padi ini mempunyai batang yang panjang yang memberikan purata ketinggian pokok setinggi 120.3 sentimeter sementara panjang tangkai sekitar 28.3 cm. Juga dimaklumkan peratus pengisian biji bernas per tangkai adalah melebihi 70 peratus. Kelebihannya dapat dilihat pada biji padi yang berat 1,000 bijinya ialah 28.2 gram.
MARDI Sempadan 302 pula mempunyai panjang beras melebihi 6.21 milimeter (mm) dan dikategorikan sebagai beras panjang dan tirus dengan nisbah panjang dan lebar beras melebihi tiga mm yang sesuai dengan cita rasa dan kehendak pasaran tempatan. Kandungan amilosa dan konsisten gel yang sederhana memberikan cita rasa nasi yang sederhana lembut. Nilai pecahan alkali yang rendah memberikan tekstur sederhana peroi. Dalam masa sama dakwa Elixson, dia berharap varieti padi baharu tersebut mampu meningkatkan pendapatan kepada petani dengan anggaran peningkatan sehingga 10 tan sehektar menerusi teknik serta teknologi yang disyorkan. Dilaporkan dimana MARDI telah hasilkan sebanyak 47 varieti padi sejak tahun 1969. Dalam pada itu lebih daripada 90 peratus daripada kawasan tanaman padi di Malaysia atau 350,000 hektar menggunakan varieti pada yang dihasilkan oleh MARDI. Pada tahun 2016 negara menghasilkan padi sebanyak 2.74 juta metrik tan iaitu 75 peratus daripada keperluan sara diri (SSL) sementara selebihnya diimport bagi memenuhi keperluan yang semakin bertambah ekoran pertambahan jumlah penduduk dan permintaan beras istimewa yang juga meningkat. Nama baru padi MARDI Sempadan 303 adalah sempena nama kawasan padi tersebut di bangunkan sementara MARDI Sebernas 307 kerana sifat padi itu yang ‘penuh berisi’. MARDI akan terus melaksanakan penyelidikan bagi menghasilkan teknologi termasuk varieti padi baharu dari masa ke semasa dan juga mengambil pendekatan proaktif dalam menyelesaikan masalah yang timbul di lapangan untuk faedah para pesawah. MARDI akan terus menjalankan kerjasama dengan semua pihak dari jabatan dan agensi pembangunan pertanian di peringkat persekutuan dan negeri selain meminta petani agar terus menyumbang kepada kesejahteraan komuniti pesawah.
Dalam akhbar tempatan bertajuk "Kelebihan dua varieti baru" iaitu varieti padi baru Sempadan 303 dan Sebernas 307 yang dijangka dapat meningkatkan hasil yang tinggi. Secara umumnya industri padi dan beras negara kian berkembang pesat. Pengeluaran padi negara meningkat daripada 1.9 juta tan pada 1990 kepada 3.5 juta tan pada 2016. Walaupun kawasan pengeluaran padi secara umumnya tidak bertambah, namun pengeluarannya terus meningkat. Antara faktor peningkatan disebabkan kemajuan inovasi dan teknologi. MARDI memperkenalkan dua varieti baru padi iaitu padi MARDI sempadan 303 dan padi MARDI Sebernas 307. Kepelbagaian genetik dalam ekosistem penanaman padi ini penting untuk memberi lebih pilihan varieti kepada pesawah selain memastikan bekalan makanan ruji negara sentiasa terjamin. Kini lebih 90 peratus daripada kawasan tanaman padi di Malaysia atau 350,000 hektar menggunakan varieti padi yang dihasilkan MARDI. Dalam pada itu Timbalan Pengarah Program Padi Inbred Pusat Penyelidikan Padi dan Beras MARDI, Dr Mazidah Mat dakwa hasil penyelidikan dan pembangunan (RnD) lebih 10 tahun berjaya menghasilkan dua varieti padi baru ini. Varieti padi Sempadan 303 hasil kajian oleh Pegawai Penyelidik Kanan MARDI Seberang Perai iaitu oleh Elixon Sunyan sementara varieti padi Sebernas 307 hasil kajian oleh Timbalan Pengarah MARDI Pulau Pinang iaitu Amirrudin Mokhtar. MARDI Sempadan 303 berpotensi memberikan hasil yang tinggi, rintang kepada penyakit karah daun dan sederhana rintang kepada penyakit karah tangkai serta sederhana rintang kepada bena perang.
Padi varieti ini juga kurang dipengaruhi faktor persekitaran menyebabkan ia sesuai ditanam di kebanyakan kawasan dan boleh disyorkan untuk kawasan kurang subur. MARDI Sempadan 303 ini memberi cita rasa nasi yang sesuai kepada pengguna tempatan,” katanya yang ditemui di plot tanaman varieti padi berkenaan di Kawasan Pembangunan Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor, Tanjung Karang, Selangor.ta, MARDI Sempadan 303 adalah sempena nama kawasan ini dan ia dibangunkan melalui kacukan varieti MR 256 dengan varieti ulangan MR 253 bermula sejak 2005. Ia diikuti dengan beberapa siri penilaian di beberapa kawasan jelapang utama negara yang memakan masa 25 musim penanaman atau lebih 12 tahun. Kacukan awal dilakukan pada musim utama seterusnya melalui proses pemilihan pukal dan pedigri serta penilaian awal hasil di MARDI Seberang Perai sebelum ia dimajukan ke percubaan penyesuaian di pelbagai lokasi dan ujian penentusahan setempat. Varieti padi ini mempunyai ciri-ciri penting seperti tempoh matang yang agak singkat iaitu antara 104 hingga 106 hari dan mampu memberi hasil tuaian tertinggi sebanyak 10 tan/hektar. Varieti berkenaan mempunyai daun pengasuh yang pendek dan tegak selain batang panjang, sekali gus memberikan purata ketinggian pokok 120.3 cm berbanding MR 263 sekitar 107.8 cm. Panjang tangkai sekitar 28.3cm sementara peratus pengisian biji bernas per tangkai melebihi 70 peratus. Kelebihannya dapat dilihat pada biji padi yang berat iaitu 1,000 bijinya seberat 28.2 gram (g) berbanding MR 263 (25.3 g). Bagi varieti padi MARDI Sebernas 307 pula diperkenalkan untuk meningkatkan hasil dan sebagai alternatif kepada varieti padi sedia ada. Ia mempunyai potensi hasil yang tinggi, sederhana rintang kepada penyakit karah tangkai dan serangga perosak bena perang serta mempunyai mutu beras dan cita rasa nasi yang baik. Varieti ini sesuai ditanam di kebanyakan kawasan jelapang padi utama. Ia hasil kacukan antara induk varieti padi MR 256 dan P 493. Hasil boleh dituai dalam tempoh antara 107 hingga 110 hari sementara potensi hasil tertinggi dicapai adalah 10 tan/hektar. Proses pembangunan varieti bermula daripada kacukan hingga penanaman dengan peningkatan skala adalah 22 musim. Kacukan awal bermula pada musim utama 2006/2007 dan sudah melalui beberapa musim penilaian, seterusnya diikuti dengan peningkatan skala pada musim utama 2017/2018. Varieti ini dikategorikan sebagai pokok sederhana tinggi, tegak dan tegap dengan daun pengasuh sederhana panjang. Morfologi pokok mempunyai ketinggian 114.2sm dan panjang tangkainya lebih panjang daripada MR 263 iaitu 28.5sm. Begitu juga dengan peratus bernas dan bilangan biji setangkai di mana berat bagi 1,000 biji sebanyak 32.1g turut menyumbang kepada potensi hasil yang tinggi. Semuga arikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini mmberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!..
TANAM PADI.. LEBIH BERAS HASILNYA...
PADI SEMPADAN... ITULAH 303 NAMANYA...PADI 307... SEBERNAS 307 VARIETINYA...
MEMBBACA ARTIKEL .... INFO DIERIMA
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Purtajaya,
WP, Malaysia.
(JamadilAwal 1440H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.