Monday, January 21, 2019

HARGA GETAH MERUDUM - LAPOR MEDIA

HARGA GETAH MERUDUM merupakan satu isu yang mana ia membelenggu penoreh getah diseluruh negara dan negara jiran yang menanam getah. Ada juga di pihak media yang melaporkan sebagai penoreh getah miskin dimana mungkin tidak ramai yang mengetahui penderitaan penduduk yang terdiri daripada golongan penoreh getah ada hidup di dalam keadaan yang amat daif. BERNAMA melaporkan dengan kadar harga getah yang merudum jatuh ke paras RM 1.60 sekilogram dimana ia adalah sumber rezeki penoreh getah amatlah terhad. Pendapatan bulanan mereka hanyalah sekitar RM 500-600 sebulan itupun jika cuaca selalu panas sentiasa dan tidak hujan digunakan untuk menyara keluarga. Dilaporkan juga ada yang miskin sehingga mereka kini hanya tinggal di dalam rumah-rumah yang terdiri daripada papan kayu terbuang, berlantaikan simen dan beratapkan zink. Di dalam rumah tiada perabot hanya tikar menjadi alas tempat punggung berlabuh. Kini melalui bantuan jaringan jururawat di klinik-klinik kesihatan dan guru-guru sekolah di sebahagian daerah tersebut maka golongan asnaf ini dapat dikenalpasti. MRA Kedah telah berusaha untuk menyampaikan bantuan keperluan Ramadan dan juga iftar kepada keluarga dan anak anak penoreh getah yang terlibat. Adalah tidak dinafikan bahawa membasmi kemiskinan adalah tugas sukar yang memerlukan kerjasama bantuan institusi zakat negeri, syarikat korporat dan pemimpin setempat. MRA berharap agar langkah-langkah untuk membantu penoreh getah khususnya untuk pendidikan anak-anak mereka dapat dilaksanakan dengan segera. Kesan harga getah yang merudum semakin menekan masyarakat luar bandar yang hanya bergantung krpada menoreh getah sebagai punca pendapatan mereka banyak dilaporkan media. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" dipaparkan beberapa laporan media tempatan mengenai kesan dari harga getah yang merudum untuk rujukkan anda semua.

Berita dipetik dari NSTP bertajuk "Dahla RM1.90 saja" berkait dengan perkara ini dirujuk. Foto En Rustam (kiri) membantu pekerjanya di pusat pengumpulan getah di Kampung Ramuan Cina Kecil, Masjid Tanah. Wartawan Hassan Omar melapor dati Alor Gajah menyatakan hujan turun yang berterusan di sekitar Masjid Tanah sejak Khamis lalu menyebabkan nasib penoreh dan peraih getah seolah-olah jatuh ditimpa tangga. Kejatuhan harga getah ke paras RM1.90 sekilogram diburukkan lagi dengan hujan pada sebelah pagi selama empat hari mulai Khamis lalu. Sudahlah terpaksa menelan kepahitan akibat harga getah terlalu rendah kini penoreh terpaksa menggantung sementara pisau torehan manakala peraih getah sekadar terpaksa berpuas hati dengan jumlah kutipan yang merudum teruk. Penoreh Husin Dollah berumur 57 tahun berkata sejak harga getah merudum pada awal tahun lalu, pendapatan bulanannya merosot kepada antara RM400 - RM600 sebulan dan dengan wang itulah dia menyara kehidupannya bersama-sama isteri dan tiga anak yang masih bersekolah.  Musim hujan sekarang menambah keperitan hidup saya sekeluarga dan untuk menampung perbelanjaan, saya terpaksa mengambil upah memotong rumput di rumah orang,” katanya ketika ditemui di Kampung Ayer Molek, Lubok Cina Masjid Tanah. Sementara itu seorang peraih getah beku dikenali Rustam Ma’ali berkata musim hujan menyebabkan belian getah bekunya merosot daripada tiga tan sehari kepada hanya 1.5 tan sehari.

Biasanya kalau hujan sebelah pagi, ada segelintir penoreh menoreh pada sebelah petang dan dengan hasil torehan itulah saya mendapatkan bekalan untuk saya hantar ke kilang di Tampin. Bagaimanapun jika hujan berterusan dari pagi hingga petang, saya tidak dapat apa-apa bekalan kerana tiada sesiapa pun yang menoreh. Walaupun tidak berpuas hati dengan harga getah beku semasa yang terlalu rendah, kebanyakan penoreh terpaksa terus memastikan pokok getah mereka ditoreh demi sesuap nasi. Bagaimanapun diatas kesanggupan mereka berkorban untuk keluarga itu semakin tercabar akibat musim hujan sekarang. Sehubungan itu kini peraih dan penoreh amat berharap kerajaan mampu membantu meringankan bebanan berkenaan dengan menyediakan berita gembira untuk mereka dalam pembentangan Bajet 2019 tidak lama lagi. Antara lain dimana penoreh dan peraih getah meminta kerajaan menaikkan sedikit kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berbanding kadar semasa RM2.20 bagi setiap kilogram getah beku yang dijual penoreh kepada peraih.

Akhbar My Metro pula melaporkan "Harga Getah Merudum, Penoreh Getah Merana" juga berkait dengan isu ini. Harga getah yang semakin merudum buat penoreh getah terus berkeluh resah. Sedangkan harga barang-barang lain meningkat termasuk harga makanan dan barang keperluan. Tular video di grup-grup WhatsApp luahan seorang pak cik yang dipercayai juga seorang penoreh getah memeluk sebatang pokok getah dengan berlatar belakangkan kawasan kebun getah namun tidak dipastikan di mana lokasinya. Dia juga meminta pihak-pihak yang tertentu mengambil tindakan sewajarnya bagi membela nasib pekebun-pekebun kecil sepertinya. “Saya cukup sedih, kerana harga sekilogram (KG) ikan kembung RM12 berbanding harga sekerap (getah sekerap) hanya RM2. Anak saya banyak (ramai), (jadi) saya kena motong (menoreh) 10 KG getah berbanding dengan harga (ikan) kembung… menangis saya setiap kali anak saya sedih. “Anak saya sedih, sekali hadap sahaja (ikan) satu kilogram. Saya berucaplah (bercakap) (agar) pihak yang berkenaan ambil tindakan sewajar(nya) (dengan) harga pokok-pokok getah pekebun kecil. Saya haraplah sangat pihak yang memaju (yang) meneroka (ambil tindakan),” luahannya. Sudah pasti keluhannya itu, turut mewakili penoreh-penoreh getah lain yang berhadapan dengan situasi yang sama. Sebelum ini, memetik laporan Harian Metro, penoreh getah di Baling, Kedah yang memerah keringat dari pagi hingga tengah hari di kebun yang disewa mereka, tetapi hanya dibayar RM1 sekilogram. Dengan harga serendah itu, mereka mengikat perut dan terpaksa berhutang demi membeli sekilogram beras untuk keperluan seisi keluarga.  Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini juga, harga getah yang rendah memaksa ramai penoreh di sini menggantung pisau toreh buat seketika dan melakukan pelbagai pekerjaan lain termasuk menjadi buruh binaan demi kelangsungan hidup keluarga. Harga getah sekitar RM2 sekilogram dikatakan tidak berbaloi dengan usaha mereka mengerah keringat sedangkan banyak mulut yang perlu disuap setiap hari.

Akhbar Utusan Online dengan tajuk "Toreh 5 jam, hasil tak setimpal" melaporkan dimana pekebun kecil dan penoreh mengeluh harga getah terus merudum. Kini pekebun kecil yang bergantung hidup kepada hasil getah mengeluh ekoran harga komoditi itu yang terus menjunam sehingga RM1.90 sekilogram ketika ini. Bertita dari Jempol, NS pada 14 Ogos 2018 dimana pekebun kecil dan penoreh di daerah ini yang bergantung hidup kepada hasil getah mengeluh ekoran harga komoditi itu yang terus menjunam sehingga RM1.90 sekilogram ketika ini. Rata-rata mereka tertekan kerana memperoleh purata pendapatan antara RM700 hingga RM1,000 sebulan dan tidak ada tanda-tanda harga getah akan kembali stabil dalam masa terdekat. Seorang penoreh Syaari Rah­mat nyatakan dimana pendapatannya tidak menentu dan kadangkala hanya meraih RM100 setiap kali menoreh di kebun milik keluarganya di Felda Kepis di sini. Pokok getah hanya boleh ditoreh semula selepas tiga atau empat hari bagi tujuan mendapatkan susu, namun kadangkala terpaksa menunggu lebih lama ekoran cuaca tidak menentu. Kalau hujan, tidak dapat menoreh dan tidak ada langsung wang untuk beberapa hari. Kadang kala boleh sampai seminggu tidak keluar menoreh. Sebahagian wang hasil getah diberikan kepada ibu manakala bakinya untuk me­nyara isteri dan seorang anak. “Hidup penoreh getah memang susah lebih-lebih lagi dengan harga barang keperluan yang meningkat. Saya tidak pasti bila masalah ini akan berakhir,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Akhbar hari ini melaporkan kira-kira 194,571 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara semakin terhimpit ekoran penurunan harga komoditi ber­kenaan. Penoreh getah yang hanya ma­hu dikenali sebagai Ita, 38, berkata, dia menoreh getah antara empat hingga lima jam sehari di kebun seluas 1.6 hektar milik penduduk kampung, namun hasil yang diperoleh tidak berbaloi. “Kebiasaannya selepas meng­hantar empat orang anak ke sekolah kira-kira pukul 7.30 pagi, saya dan suami terus ke kebun untuk menoreh dan selesai pada waktu tengah hari. “Harga getah sangat rendah dan tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan selama beberapa jam. Hasil kena bahagi dua dengan tuan tanah. Bagaimanapun, mahu tidak mahu, terpaksa bekerja untuk menyara empat orang anak,” katanya. Dia berharap kerajaan me­netapkan harga lantai getah yang berpatutan bagi komoditi itu sekali gus dapat meringankan beban penoreh.

Di Thailand pula akhbar Bangkok Post melaporkan tajuk "Harga ‘Merudum’- Penanam Getah Rancang Adakan Bantahan" dimana para penanam getah Selatan Thailand merancang untuk mengadakan perhimpunan di ibu negara bagi memberi tekanan kepada rejim tentera ekoran kejatuhan harga komoditi di semua pasaran. Mereka bercadang membuat bantahan di Kementerian Pertanian negara itu. Penanam getah bersetuju masalah harga getah telah sampai ke tahap di mana mereka perlu melakukan sesuatu tindakan. Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha tidak memberikan penyelesaian kepada masalah tersebut, tetapi berkata kerajaan masih mengambil berat tentang sektor pertanian, terutamanya getah. Namun harga getah terus ‘merudum’ dan kejatuhan harga getah adalah terutamanya kerana asas-asas pasaran banyak negara pembeli telah mengurangkan pembelian mereka daripada getah asli, Manakala harga minyak global masih serendah AS $ 50 setong,” kata Prayut Chan-o-cha. Beliau berkata kerajaan telah cuba untuk meningkatkan penggunaan domestik, terutamanya melalui kempen menyeru syarikat tayar swasta untuk meningkatkan pengeluaran mereka. Dalam pada itu Presiden Koperasi Getah Yungthong, Jatuporn Terachusong, dari daerah Lan Saka Nakhon Si Thammarat berkata, pendapatan penanam getah telah merosot lebih daripada separuh, manakala kos sara hidup terus meningkat. Harga bidaan getah di tiga pasaran getah pusat utama Selatan terus jatuh pada Selasa. Harga kepingan getah basah ditawarkan di pasaran getah di pusat daerah Hat Yai Songkhla menurun sebanyak 52 satang ke 44.38 baht per kilogram.

Satu harga yang sama untuk kepingan tersebut telah ditawarkan pada pasaran Surat Thani turun 63 satang ke 44.58 baht per kilogram. Manakala harga yang ditawarkan di Nakhon Si Thammart adalah 63 satang lebih rendah setiap kilo. Manakala wakil Koperasi Phuang Phromkhon di daerah Khian Sa Surat Thani Wuth Rakthong berkata, koperasi semua penanam getah di wilayah itu telah membuat keputusan untuk memboikot bengkel dijadualkan berlangsung di Krabi pada Rabu, hari ini. Menurutnya, program itu dijangka akan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin daripada 40 institusi pertanian di seluruh negara. Wuth mengkritik penubuhan tabung dengan lima syarikat gergasi untuk membeli getah di pasaran tengah selatan. Katanya, dana itu yang bertujuan untuk membantu meningkatkan harga getah, sebaliknya menyebabkan turun naik harga dalam pasaran. Beliau juga membidas Lembaga Getah Thailand (RAT) dan kerajaan, yang disifatkannya tidak pernah memberi perhatian yang mencukupi untuk memastikan kestabilan harga getah. “manakala langkah kerajaan untuk berbelanja lebih daripada dua bilion baht untuk menyokong koperasi untuk membina rumah pemprosesan getah, “telah terbukti menjadi satu pembaziran wang pembayar cukai.

Dalam akhbar My Metro bertajuk "Zaman gelap peraih getah" dimana peraih getah Rustam (kanan) mencatatkan berat getah beku yang ditimbang. Wartawan Hassan melapor dari Alor Gajah dimana pemborong getah beku menghadapi risiko gulung tikar jika pengeluaran komoditi itu terus merudum berikutan jumlah penoreh yang beroperasi semakin berkurangan akibat kejatuhan harga. Sejak 2012, harga getah beku terus merudum selepas ia mencapai rekod tertinggi RM7 satu kilogram (kg) pada November 2010 hingga hujung 2011 sekali gus menyebabkan jumlah pekebun kecil getah yang terus menoreh semakin berkurangan. Ia menyebabkan kebanyakan pemborong getah beku terpaksa gulung tikar kerana kos pengeluaran melebihi pendapatan. Pemborong getah beku di Kampung Ramuan China Kecil, Masjid Tanah, Rustam Ma’ali, 31, berkata, pada 2010 dan 2011, dia mampu mengumpul getah beku seberat kira-kira tiga tan sehari, namun sekarang dia hanya mampu mengumpulkan satu tan sehari akibat penurunan pengeluaran. “Pengeluaran getah beku merudum sejak 2012 akibat penurunan harga daripada RM7 satu kg kepada RM4 satu kg. Ia kemudian menurun kepada tahap paling rendah antara RM1.80 hingga RM2 satu kg sekarang.  “Apabila harga semakin jatuh, pekebun kecil tidak mahu menoreh dan terpaksa mencari duit dengan melakukan kerja lain. Jika ini berterusan, kami terpaksa gulung tikar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Rustam memulakan perniagaan itu pada 2003 selepas memperoleh lesen membeli getah daripada Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan kawasan pembelian membabitkan kampung Ramuan China Kecil, Kampung Ramuan China Besar, Limau Nipis dan Sungai Jerneh. Menurutnya, harga semasa getah beku yang dijualnya kepada pengilang di Tampin ialah RM2.35 satu kg. Katanya, LGM turut memberikan tanggungjawab kepada pemborong getah untuk menyediakan rekod penjualan getah oleh pekebun kecil secara bulanan bagi membolehkan agensi itu membayar insentif kepada pekebun kecil. “Setiap bulan saya perlu menghantar rekod penjualan getah beku oleh pekebun kecil kepada LGM. Bagi setiap satu kg getah beku, LGM akan memberikan insentif antara 40 hingga 80 sen. “Insentif itu sudah bermula sejak November 2015 hingga sekarang kecuali April lalu. Lazimnya seorang pekebun kecil getah boleh menghasilkan antara 300 hingga 400 kg getah beku sebulan,” katanya. Sementara itu, pekebun kecil, Teo Foo Hoyen, 75, yang ditemui di rumahnya di Kampung Ramuan China Besar berkata, dia memiliki 6.4 hektar kebun getah tetapi hanya mampu menoreh getah 0.2 hektar sehari kerana kekurangan tenaga kerja dan harga getah yang terlalu rendah. Katanya, dia menghadapi kesukaran mendapatkan penoreh yang sanggup mengambil upah menoreh akibat penurunan harga getah.  Bagaimana pun, dia yakin harga getah beku akan kembali meningkat sejajar peningkatan permintaan getah di pasaran antarabangsa pada masa akan datang. Semuga anda semua mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. 
Wasallam!!!...

HARGA GETAH.. MERUDUM TERUKNYA...
KOMODITI UTAMA... DIBERAPA NEGARA...
AKIBATNYA .. RAMAI PENOREH MERANA...
BACA ARTIKEL... INFO DITERIMA SEMUA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(16 Jamadilawal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.