GEGELUNG BUAH MANGGA (Mango Fruit Leather) merupakan satu produk baru kajian MARDI yang berasaskan kepada buah mangga sebagai makanan ringan (Snack). Ia merpakan hasil kajian yang dilakukan untuk menghasilkan makanan yang mengandungi bahan antioksidan yang tinggi dan baik untuk kesihatan. Buah Mangga (Mangifera indica) merupakan seejenis buah tropika yang bermusim ditanam bertujuan utuk mendapatkan buah segar atau pun diproses. Terdapat seluas 6,060 hektar tanaman mangga di Malaysia dengan penghasilan sebanyak 17,758 metrik tan pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Memakan mangga segar merupakan suatu yang memberikan khasiat kandungan nutrisi seperti vitamin C, mineral dan fiber baik untuk kesihatan. Sementara itu jeruk mangga merupakan antara produk paling popular seperti 'Jeruk Mangga Pak Ali' yang sangat terkemuka dari Pulau Pinang. Paling komersil produk mangga adalah JUS MANGGA yang terdapat dipasaran dan selalu dihidangkan di hotel-hotel dan restoren. Jus mangga menjadi minuman yang penting selain daripada jus oren, jus epal dan jus lainnya. Beberapa varieti mangga tempatan yang agak popular adalah seperti Mangga Chok Anan (MA224), Mangga Sala, Mangga Harum Manis (MA128 ) dan juga mangga pauh (mempelam). Jus mangga juga antara produk hasilan daripada buah mangga selain daripada halwa mangga dan sebagainya. Bagaimana pun artikel malam ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' berkaitan produk gegelung buah mangga (GBM) atau glamournya 'manggo fruit leather' sekadar berkongsi info dengan semua.
Apakah dia Snek gegelung Buah mangga ini?. Nama 'Gegelung' merujuk kepada produk yang boleh 'digulung-gulung' atau dalam bahasa Inggersi sebagai 'Roll' seperti foto dibawah sekali. Penulis blog pun agak keliru pada mulanya semasa membuat rujukkan pada artikel terbitan MARDI ini yang tajuknya ''Manggo Fruit Leather'' atau istilah mudah sebagai ''Kulit buah Mangga''. Kaedah membuatnya melibatkan 4 proses utama iaitu daripada Proses Penyediaan Puri Mangga, Proses Memasak, Proses Pengeringan dan juga Proses Pembungkusan dilakukan dengan sistematik untuk hasilkan produk yang berkualiti. Pertama adalah melakukan proses penyaringan atau penapisan bagi mendapatkan formulasi tinggi bahan anti oksidan dengan peratusan puri yang optimum dilakukan terlebih dahulu sebelum proses-proses lain menghasilkan gegelung GBM ini. Sebaiknya Mixture Design telah digunakan pada peringkat awal lagi sebagai rekabentuk kajian bagi mendapatkan formulasi terbaik menghasilkan GBM ini. tawatan formulasi puri mangga ini akan memberikan hasil produk GBM yang berbeza-beza kualitinya. Apabila anda telah mendapatkan satu formulasi yang optimum disyorkana agar proses penyediaan puri dimulakan. Sebaiknya bahan perisa lain seperti gula, sirap glukos, maltodextrin dan pektin perlu dimasukkan dalam campuran ini untuk memberikan rasa lebih enak dan memekatkan cairan sehingga likat. Memang tidak ada pewarna, perisa atau pengawet yang dimasukkan untuk mempertahankan kualitinya. Oleh itu produk ini boleh dikelaskan sebagai makanan sihat dan sesuai untuk dikomersilkan serta dinikmati oleh semua orang.
Apabila semua bahan-bahan asasnya tersedia disyorkan agar campuran bahan lain mula dimasak dan puri mangga dimasukkan pada peringkat akhir untuk memastikan kandungan bahan penting iaitu antioksidan yang tinggi. Campuran yang siap dimasak tadi dituang kedalam dulang dari jenis yang tidak melekat. (Non-Stick) atau pun dulang yang dari jenis plastik bagi memudahkan proses memisahkan kepingan GBM yang dimasak tadi. Kuih GBM ini kemudian dikeringkan dengan menggunakan oven pengering (oven dryer) pada suatu jangkamasa yang telah ditetapkan. Sebenarnya kaedah pengeringan ini boleh dilakukan dengan cara pengeringan konveksi, pengeringan gelombag Micro (Microwaves), Pengeringan udara panas dan juga dibawah sinaran matahari. Suhu pengeringan diantara 30 - 80 celcius selama 6 - 24 jam sesuai diberikan untuk menghasilkan GBM yang kadar kelembapan dalam GBM menjadi kepada 12 - 20%. Biasanya produk ini adalah dipotong-potong dan ia lebih tahan lebih lama dalam keadan suhu bilik. Setelah GBM ini telah betul-betul kering maka boleh disalutkan dengan gula sehingga GBM ini menjadi makanan snek yang popular dan menarik. Apabila siap GBM ini maka ia dikumpulkan sebelum proses pembungkusan menggunakan plastik. Plastik jenis Al/PE ini digunakan sebagai bahan pembungkus digunakan bagi mengelakkan pengoksidaan produk berlaku yang mana akhirnya ia boleh menjejaskan warna dan rupa GBM.
Keistimewaan produk GBM ini adalah kerana ia boleh dijadikan produk makanan yang bernilai tinggi berasaskan buah-buahan semulajadi yang berpotensi membekalkan sumber permakanan yang baik untuk gulongan kanak-kanak dan dewasa. Selain mengandungi serat makanan, GBM ini kaya dengan zat karbohiderat, mineral, vitamin apa lagi kehebatannya kerana ia tinggi dengan antioksidan. Dari buah mangga yang ada ditanam dan dijual makan produk GBM mampu bersaing dipasaran kerana kualitinya. Walau pun ia baru dikaji dan belum di komersilkan akan tetapi dipercayai ia mempunyai [otensi besar untuk pasaran domestik dan eksport dimasa akan datang. Ramai mungkin sudah mendengar akan perkara kepentingan bahan anti-oksidan sebagai satu sumber penting untuk melawan radikal bebas dan mampu mencegah kanser dan juga serangan jantung. Ia juga agen penuaan yang signifikan. Di luarnegara seperti di Eropah dan USA telah ada produk seperti ini yang dibuat daripada buah aprikot, anggur, kiwi dan nangka. Namun kajian telah juga menunjukkan belum ada produk seperti ini dinegara kita. Kebanyakan buah-buahan segar mempunyai jangkahayat singkat dan kemudian kualitinya merosot. Teknologi ini dipercayai mampu menjadikan buah mangga menjadi snek dari buah mangga yang enak dan berkhasiat. Semuga artikel ini memberi info berguna dari anim agro technology untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan. Wasallam!!!...
BUAH MANGGA... BANYAK JENISNYA...
BOLEH DIPROSES... JUS DAN HALWA...
GEGELUNG MANGGA... ENAK SNEKNYA...
PURI MANGGA... BERSAMA SERATNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(22 JamadilAwal 1440H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.