Thursday, January 17, 2019

CILI VIETNAM - MASIH DIJUAL!

TIADA TINDAKAN.... Itu tajuk utama muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada 21.12.2018 (Jumaat) mempaparkan isu bagaimana cili beracun dari Vietnam masih lagi dijualdi negara kita. Laporan ekslusif muka hadapan akhbar tersebut menyatakan cili Vietnam yang diharamkan kerajaan sejak 14 September 2018 kerana mengandungi sisa racun perosak tinggi masih dikual secara meluas dipasaran. Tinjauan oleh Utusan Malaysia di pasar borong di sekitar Lembah Kelang mendapati cili haram ini dijual dengan harga runcit RM7.00 sekilogram. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah mengambill pelbagai langkah proaktif tetapi masih gagal menghalang penyeludupan ini. Akhbar sama pada keesokkan harinya (22/12/18) mempaparkan laporan ekslusif juga pada muka surat hadapan dengan tajuk ''TIPU KASTAM'' mengenai perkara yang sama (Sila lihat foto keratan akhbar diatas sekali dan dibawah). Larangan untuk kemasukkan cili Vietnam dilakukan kerana kandungan sisa racun prosak yang tinggi (MRL - Minimum Ressidual Level) didalam sampel cili dari Vietnam pada Ogos 2018. Kerajaan kemudian mengeluarkan arahan agri cili daripadaa Vietnam ini tidak boleh dibawa masuk akibat MRL yang tinggi ini akan membahayakan pengguna. Setelah 3 bulan isu yang sama telah dipaparkan lagi dengan dua tajuk berkaitan isu cili tersebut. Beberapa siri perbincangan diantara penanam cili, Kementerian Pertanian dan juga pengimport cili telah diadakan berkaitan dengan perkara ini. Kemasukkan cili dari Vietnam ini berkemungkinan berlaku apabila permintaan yang tinggi dalam negara pada bulan November dan Disember dimana hujan berpanjangan menyebabkan bekalan cili tempatan berkurangan. Persoalannya adalah bagaimana cili Vietnam ini dapat memasukki negara ini sedangkan ada larangan dipintu masuk utama negara. Ada juga kemungkinan pengimort ini tidak lapor (not declared) cili tersebut sebagai cili merah. Biasanya kemasukkan sayuran ad yang bercampu dengan produk sayur lain dalam satu kontena. Artikel subuh ini saya mengulas isu mengenai cili Vietnam dalam blog ''Anim Agro Technology'' untuk dijadikan bahan rujukkan dan bahan bacaan.


CILI BESAR (Capsicum annum) merupakan sayuran buah yang penting di negara kita. Selain daripada cili besar, Cili Padi dan Cili Siam juga merupakan bahan untuk masakan di negara kita semenjak dahulu. Terdapat ramai petani yang mengusahakan tanaman cili di Malaysia kerana tanaman cili adalah diantara jenis sayuran buah yang didakwa mampu menjanjikan pulangan yang baik kepada pengusaha. Apa yang berlaku juga apabila cili Vietnam ini dijual dengan harga pasaran jauh lebih rendah daripada cili merah keluaran tempatan. Ini menyebabkan pengusaha dan petani yang menanam cili sukar mendapatkan harga kompetitif bagi menjamin pendapatan mereka. Jabatan Pertanian ada membuat analisa makmal mengenai cili dikebun dan di pihak pasar Kementerian Kesihatan Malaysia berkuasa mengambil sampel untuk kajian MRL. Cili merupakan tanaman yang perlu dijaga dengan baik sebab terdapat banyak patogen yang menyebabkan penyakit kepada tanaman cli terutama pada musim hujan. Kos Pengeluaran Cili Besar  di Malaysia didapati agak tinggi berbanding dengan kos pengeluaran yang sama dinegar jiran lain termasuk dari Vietnam. Kos di Malaysia tinggi untuk kos bahan input (Baja, Racun), Kos Upah Tenaga Kerja dan juga pelbagai kos lain. Satu isu lagi adalah dimana pengguna tempatan tidak tahu mana satu Cili Merah Tempatan dan yang mana Cili Merah Import dari Vietnam ini. Pengguna akan membeli cili merah apabila dilihat cili tersebut cantik, harga murah dan mudah didapati. Kemungkinan kempen dilakukan kepada pengguna mengenai cili tempatan dan cili import dengan lebih proaktif. Kalau pengguna tidak membeli cili Vietnam ini maka ia tidak akan diimport atau diseludup.


Penulis blog merujuk kepada laporan akhbat bertajuk ''Lubuk lambakan cili?" dimana ada dikatakan Malaysia kini jadi lokasi untuk pembuangan sayur import. Dilaporkan ada  sayur-sayuran dan cili dari negara luar yang dipasarkan di negara ini.  KAta akhbar tersebut akibat dari kelonggaran sistem pemantauan dan penguatkuasaan terhadap hasil pertanian eksport negara luar membuatkan Malaysia menjadi lokasi sasaran lokasi pembua­ngan sayur-sayuran khususnya cili yang gagal melepasi piawaian negara lain.  Keadaan yang sudah berlarutan sejak se­kian lama itu me­ngundang pelbagai masalah dan paling membimbangkan adalah tahap keselamatan hasil pertanian berkenaan terhadap kesihatan pengguna di negara ini. Menurut seorang Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bernama Abdul Razak Khasbullah, kebanyakan hasil pertanian tersebut melibatkan tiga negara iaitu Vietnam, Thailand dan China. Mereka cuba untuk mengeks­port hasil pertanian ke pasaran negara lain seperti Singapura dan Jepun, namun disebabkan negara terbabit meletakkan standard dan tahap piawaian yang tinggi, hasil pertanian berkenaan gagal me­nembusi pasaran negara tersebut selain boleh dirampas. Persoalannya adalah mengapa hasil pertanian negara terbabit berjaya menembusi pasaran kita sehingga menyaksikan lambakan sedangkan pengeluaran hasil pertanian petani tempatan jauh lebih berkualiti berbanding negara ber­kenaan. Apa yang lebih menyedihkan dimana hasil maklumat diterima negara berkenaan berjaya menjadikan Malaysia sebagai tempat ‘penghantaran’ hasil pertanian mereka bagi tujuan menstabilkan harga pasaran di negara masing-masing.


Tujuan mereka berbuat demikian bagi memastikan harga hasil pertanian di negara mereka tidak jatuh menjunam, sebab itu mereka hantar ke sini. Ini juga bermakna petani mereka bernasib baik atau erti kata lain dilindungi sedangkan petani kita yang merana. Senario ini bukan dakwaan semata-mata kerana perkara ini turut tersebar dalam media sosial petani di Thailand dan Vietnam. Kini diantara kesan buruknya adalah ia akan menjejaskan rantaian ekonomi petani tempatan dan harga yang tidak menentu dalam pasaran negara. Jika berlaku lambakan iany akan menjejaskan pendapatan petani tempatan dan untuk jangka masa panjang didakwa boleh memusnahkan hasil keluaran negara. Kalau keadaan ini berterusan, ketika itu produktiviti tempatan berkurangan sekali gus kita akan terus bergantung dengan bahan import. Memang dikatakan amat berbahaya kerana apabila keadaan itu terjadi pengeksport akan memonopoli harga komoditi berikutan kita terpaksa bergantung dengan hasil eksport, harga boleh melonjak lebih mahal dan kerajaan juga mungkin tidak mampu mengawalnya lagi. Memang diharap agar kerajaan dapat mengambil tindakan drastik sekali gus mengawal lambakan hasil pertanian eksport luar negara daripada masuk secara bebas ke dalam negara ini.


Dalam laporan lain bertajuk ''Cili beracun masih dijual'' paparkan isu sama dimainkan omeh media tempatan.  Hasil tijnauan wartawn Utusan Malaysia mendapati cili import beracun dari Vietnam masih di pasaran walaupun diharamkan sejak 14 September 2018 lalu. Berita yang dipetik dari Kuala Lumpur ini mnyatakan taha kesihatan jutaan rakyat Malaysia dalam ancaman apabila cili import dari Viet­nam yang disahkan beracun tinggi masih dikesan memenuhi pasar negara walaupun kerajaan sudah mengumumkan larangan kemasukannya. Kemasukan hasil pertanian yang sebelum ini turut disahkan mengandungi sisa racun terla­rang didapati masih dibekalkan ke salah sebuah pasar borong utama yang menjadi pusat agihan sayur-sayuran di negara ini. Kini apa yang membimbangkan dimana cili berbahaya itu akan diagihkan ke pasar raya termasuk peruncit kecil-kecilan di seluruh negara. Dari sumber yang dirujuk, keadaan itu disyaki berlaku apabila pintu masuk negara masih bolos gara-gara sikap tamak pengimport yang mengejar kepada keuntungan semata-mata. Menurut sumber terdapat pengimport dipercayai telah memanipulasi permit import (IP) yang dikeluarkan Jabatan Pertanian sebelum 14 September 2018 lalu. Hasil maklumat, seminggu selepas 14 September lalu, memang ada cili merah import dari negara berkenaan yang masuk, tetapi itu menggunakan IP dimohon dan diluluskan sebelum tarikh berkenaan, namun adalah mustahil ada lagi baki IP yang belum digunakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Malah jelas sumber, selepas tarikh penggantungan itu pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi jabatannya terus dalam aktiviti memperketatkan pemantauan kemasukan saki baki cili selain mengambil sampel dan melakukan analisis ujian Tahap Maksimum Residu (MRL) bagi mengenal pasti kadar sisa racun perosak yang terkandung dalam cili berkenaan. Satu keputusan diperoleh turut menghampakan apabila semua cili ber­kenaan gagal ujian MRL kerana mengandungi racun me­lebihi kadar ditetapkan, sehinggakan kesemua kontena yang terlibat telah dihantar pulang. Ini amat berbahaya, tetapi apa yang pelik sekarang berkotak-kotak yang boleh dikatakan bertan-tan cili dari Vietnam masih berada di pasar. Aktiviti pemeriksaan di pasar terbabit kerana cili tersebut dikhuatiri akan diedarkan ke pasaran runcit selain pasar raya besar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CILI VIETNAM...MASIH ADA DIPASARAN...
LARANGAN IMPORT... IA DILAKSANAKAN...
HARGA MURAH... TIDAK SELAMAT DIMAKAN...
YANG SELUDUP... PERLU ADA TINDAKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2516, Excutive Suite,
Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur,
100, Jalan Putra, Kuala Lumpur,
Malaysia.
(16 RabiulAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.