Tuesday, December 11, 2018

PENYAKIT KUKU DAN MULUT (FMD)

PENYAKIT KUKU DAN MULUT (Foot-and-Mouth Disease) adalah penyakit haiwan berkuku seperti Lembu, Kerbau, Kambing Bebiri dan Babi. Penulis blog pertama kali mendengar penyakit FMD ini semasa belajar subjek haiwan ternakan di Universiti Pertanian Malaysia Serdang (Kini Universiti Putra Malaysia) pada tahun 1979 masa itu di Fakulti Verterinar. Penyakit ini dikelaskan sebagai penyakit yang penting bagi industri ternakan diseuruh dunia walau pun kadar kematian akibat penyakit ini jarang berlaku tetapi menjejaskan pendapatan penternak bila wabak berlaku. Ini adalah disebabkan virus dikenali dengan nama Picorma ini cepat membiak dan mengancam kesihatan haiwan ternakan. Penyakit FMD juga amat sukar dikawal dimana serangan wabak ini boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada ekonomi bagi negara-negara yang bergantung kepada industri ternakan. Epidemologi serangan FMD juga memang mudah berjangkit jika ianya tidak dipantau rapi dan ia adalah menjadi serius dibeberapa negar didunia yang banyak ternakan. Sebenarnya walau pun kadar kematian adalah rendah kepada haiwan ternakan dewasa tetapi dilaporkan kadar kematian agak tinggi kepada haiwan muda yang disebabkan oleh 'mycocarditis' atau sakit jantung.  Kajian saintis menyatakan peyebab penyakit ini adalah sejenis vairus daripada keluarga Picormaviridae dari genus Apthovirus. Terdapat 7 serotip mengikut info dari Jabatan Perkhimatan Verterinar boleh menyerang iaitu yang berbeza dari segi immunologi iaitu A, O, C, SAT1, SAT2, SAT3, Asia 1 dimana di negara kita Malaysia biasanya adalah dari jenis Serotip A dan Serotip O. Sumber virus adalah dari haiwan yang "íncubate'' virus FMD dan telah dijangkiti secara klinikal. Antara tanda-tanda klinikal adalah seperti air iur meleleh (Sila lihat foto diatas), tempang, tiada selera makan, mengigil, penurunan pengeluaran susu dan juga lesi pada gusi, kaki dan juga kelenjar susu. Penternak perlu tahu dan faham akan simptom ini atau dinasihatkan membuat laporan segera kepada JPV jika merasakan ternakannya seakan kena penyakit FMD untuk tindakan segara. Artikel subuh  Isnin ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis mengenai penyakit Kuku dan Mulut yang mengancam industri ternakan dan perlu dikawal dengan betul dan cepat.


Diantara cara jangkitan penyakit FMD ini adalah secara sentuhan lagsung atau sentuhan secara tidak langsung. Virus FMD ini bukan sahaja menyerang haiwan ternakan tetapi ia juga dilaporkan menyerang manusia terutamanya pada gulongan kanak-kanak walau pun serotip virus penyebab mungkin juga berlainan. Kenderaan dan pengangkutan ternakan juga menjadi pembawa virus yang boleh menyebabkan jangkitan kekawasan baru. Ada yang penulis blog rujuk kepada doktor Veterinar menyatakan bahawa kaedah pencegahan adalah dengan melakukan vaksinasi 80 - 90% ternakan lembu, kerbau, kambing, bebiri dikaasan yang berisiko. Kalukan sentiasa pemantauan (surveilance activity) dan memeriksa ternakan secara rawak dilokasi atau kampong-kampong yang berisiko. Kawalan ketat kemasukan lembu dan sebagainya di sempadan Malaysia-Thailand dijalankan setiap masa kerana ada banyak kes dilaporkan wabak FMD ini ada yang masuk daripada negara jiran melalui sempadan. Pemeriksaan berkala juga mesti dilakukan kepada tempat menyimpan ternakan peniaga atau stokis ternakan. Sebaiknya dilakukan pendaftaran dengan JPV semua penjaga ternakan dan juga pusat penyebelihan. Pihak yang berwajib memang sentiasa memantau pergerakan haiwan dan pembelian ternakan daripada Thailand dan negara-negara lain yang berisiko dalam aspek pemindahan ternakan dan juga penyembelihan ternakan. Sebagai satu panduan umum maka kerajaan hanya pastikan peniaga hanya membeli haiwan ternakan daripada negara-negara sumber dan kawasan yang disahkan bebas dripada FMD ini. Jika sumber ini daripada negara yang tidak bebas FMD maka mereka perlu mematuhi prosedur import atau prosedur eksport mengikut garispanduan yang sedia ada.


Penyakit FMD ini perlukan kawalan yang cepat dan sistematik dengan tidak boleh dibenarkan ternakan disembelih daripada stesyen kuarantin kecuali dirumah-rumah sembelih yang dibenarkan oleh kerajaan. Tidak ada permit sembelih yang akan dikeluarkan JPV untuk pergerakan ke rumah sembelih kecuali setiap haiwan tersebut telah diperiksa oleh pegawai haiwan verterinar dalam tempoh 24 jam dan didapati bebas FMD. Pemeriksaan yang dilakukan adalah pada lidah, kaki, 'undder, teats dan lain-lain bahagian tertentu (Sila lihat foto yang di papar di sebelah). Semua keenderaan yang membawa ternakan kerumah sembelih mesti dibersihkan dan diinfektisifikasi dengan ubat sebelum ia keluar masuk dari stesyen kuarantin dan seepas sampai kepusat kuarantin sehingga ke destinasi. Cara semburan mestikan dipastikan kena pada bahagian bawah lori dan juga tayar kenderaan. Pastikan kenderaan pengangkutan ini mesti sentiasa bertutup ketika berada dijalan raya. Rumah sembelih yang akan menerima ternakan dari stesyen-stesyen kuarantin terlebih dahulu mesti usaha mendapatkan sijil kelulusan daripada pihak berkuasa. Kawalan import dan eksport untuk ternakan yang hendak dibeli dari luar negara atau kawasan bebas FMD. Mematuhi prosedur kawalan dan kuarantin sebelum dan selepas. Memastikan dalam meningkatkan surveilance keatas ternakan yang diimport dari negara tidak bebas FMD. Perlu juga dilakukan program vaksinasi dimana vaksin yang diberikan boleh melindungi ternakan dari ''type'' dan juga ''sub-type'' prevelen virus FMD. Sekurang-kurangnya 80% daripada ternakan yang mudah dijangkiti disesuatu kawasan itu mesti mencapai kejayaan program immunisasi. Kerap kali buat suntikan program vaksinasi dimana kaedah ini akan memberikan kejayaan dalam program kawalan FMD.


Dalam laporan akhbar utusan-online dengan tajuk ''Awas penyakit kuku dab mulut'' ada dilaporkan dimana haiwan terkena serangan FMD dilihat dengan tandanya mulut berbuih dengan air liur dan kuku kaki berkudis akan penulis rujuk dan kupas semula. Di Malaysia kerajaan memang meyifatkan FMD sebagai satu jenis penyakit ternakan yang sangat mudah berjangkit, yang disebabkan oleh virus FMD. Virus FMD tergolong dalam genus Aphthovirus dari keluarga Picornaviridae. Terdapat tujuh serotip virus FMD: A, O, C, Asia 1, dan Wilayah Afrika Selatan (SAT) 1, 2 dan 3.  Penyakit ini mudah merebak dan berjangkit kepada ternakan-ternakan yang berkuku seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan juga babi. Binatang-binatang liar seperti rusa dan kijang juga boleh dijangkiti kuman penyakit ini. FMD merupakan penyakit ternakan yang menduduki senarai teratas dari segi penularannya yang sangat ganas dan amat menakutkan para penternak sehingga digambarkan oleh sesetengah pakar epidemiologi atau wabak seperti api yang marak. Ia juga merupakan jangkitan yang paling sukar untuk dikawal. Selain Malaysia, beberapa negara yang sedang berperang dengan wabak FMD termasuklah Thailand, Filipina, India, Brazil dan Rusia.  Lain-lain negara yang masih belum bebas daripada FMD termasuklah Amerika Utara, Amerika Tengah, Australia, New Zealand, Chile dan juga beberapa negara di Eropah.  FMD berjangkit melalui air liur, darah dan dengan berada atau berhampiran ternakan yang terkena penyakit. Kuman boleh juga dibawa oleh manusia, kenderaan, pakaian, kasut dan lain-lain. Tempoh untuk pengeraman atau tempoh pendam (merujuk kepada selang masa di antara pendedahan kepada jangkitan dan kemunculan gejala-gejala pertama dimana ia mengambil masa di antara dua hingga 14 hari.


Tanda-tanda penyakit FMD seperti demam dengan suhu badan yang tinggi, hilang selera makan kerana kesakitan dan tidak dapat meragut rumput, mulut meleleh dengan air liur yang pekat, ada kudis berselaput di hidung, bibir dan gusi manakala lidah mempunyai kudis melepuh atau melecur dan juga ternakan menjadi tempang kerana di celah kuku kaki berkudis dan bengkak. Kini walaupun FMD tidak menular kepada manusia, namun ia perlu dikawal kerana penyakit ini akan menjejaskan perkembangan perusahaan ternakan di negara ini. Jika ditinjau dari segi ekonomi, ternakan yang dijangkiti penyakit tersebut bukan sahaja merugikan penternak malah negara. Biasanya ternakan yang dihinggapi penyakit ini akan menjadi kudis dan anak-anak lembu, kambing atau babi kemungkinan membawa maut. Walaupun FMD tiada penawarnya, namun majoriti ternakan pulih dengan sendirinya dalam masa dua tiga minggu. Namun demikian, berlaku penyusutan berat badan ternakan yang turut menjejaskan produktivitinya. Oleh itu ibu-ibu lembu yang sedang mengeluarkan susu pula akan mengalami pengeluaran yang berkurangan. Penternak yang mengusahakan hasilan tenusu akan menerima kesan lebih ketara kerana pendapatan mereka bergantung kepada perahan susu pada setiap hari. Kerajaan juga terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mengawal penyakit tersebut daripada merebak ke seluruh negara.  Eksport bahan-bahan daging dari negara-negara yang mengalami wabak FMD juga akan terjejas kerana negara pengimport tidak akan mengimport hasil-hasil pengeluaran ternakan dari sesebuah negara yang tidak bebas daripada FMD. Oleh yang demikian amatlah penting bagi JPH, dengan kerjasama orang ramai untuk mengawal dan menghapuskan penyakit ini supaya negara bebas daripada wabak FMD. Cara-cara untuk mengawal penyakit tersebut daripada merebak dimana penternak antara lain dinasihatkan agar menambat ternakan mereka yang disyaki berpenyakit. Mereka perlu melaporkan dengan segera kepada pegawai di Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.


Apabila FMD berlaku di kawasan ternakan sebaiknya jangan dibiarkan ternakan anda berkeliaran di merata-rata tempat. Ia perlu di kurung atau ianya tambatkan mereka di kawasan anda untuk menjauhi ternakan anda daripada dijangkiti penyakit. Penternak diingatkan supaya tidak memindahkan ternakan mereka dari satu kampung atau kawasan ke tempat yang lain. Mereka juga tidak dibenarkan menyembelih binatang yang sakit. Sekiranya ternakan anda mati, laporkan kepada Pejabat Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan sebelum ditanam. Semestinya membenarkan ternakan anda disuntik oleh kakitangan JPV (Sila lihat foto disebeah). Suntikan untuk mencegah penyakit ini dilakukan dua kali dalam jarak masa tiga hingga empat minggu dan kemudian tiap-tiap tahun. Suntikan akan diberikan secara percuma. Apa yang penting adalah kerjasama sepenuhnya daripada anda sangat diperlukan. Langkah-langkah yang diambil oleh JPV apabila FMD dikesan sebaiknya ternakan di kawasan perkampungan yang terlibat tidak akan dirampas atau dibunuh. Penternak akan dibenarkan memelihara ternakan masing-masing dan mereka perlu menambat atau mengurung ternakan sehingga penyakit itu sembuh. Bagi stesen-stesen kuarantin dan rumah-rumah sembelihan, ternakan yang menunjukkan tanda-tanda sakit akan dimusnahkan dengan segera. Untuk itu ternakan yang tidak menunjukkan tanda-tanda sakit tetapi tidak berada bersama-sama kumpulan yang sakit tadi dibenarkan disembelih dengan syarat dagingnya diasingkan daripada tulang. Virus FMD hidup dan membahagi di dalam nodus limfa dan tulang sumsum. Tulang-tulang ternakan tadi seterusnya akan ditanam dan disiram dengan bahan kimia karbonat sodium bagi membasmi kuman penyakit tersebut.  Kulit ternakan pula hendaklah direndamkan di dalam air garam sekurang-kurangnya 14 hari dan selepas itu diproses dengan penyediaan arsenik. Sementara itu daging yang telah dibuang tulang tadi boleh digunakan untuk dimakan. Ada isu dimana ujud pertanyaan sama ada FMD tidak pernah menjangkiti manusia dilaporkan di Malaysia tidak pernah berlaku. Bagaimanapun ada di luar negara kes tersebut sangat jarang dilaporkan. JPV akan menjalankan kempen suntikan bagi kawasan-kawasan berlakunya penyakit tersebut serta di daerah-daerah yang berhampiran dengannya. Suntikan dijalankan sekurang-kurangnya dua kali dan selepas itu pemvaksinan akan diulangi semula pada setiap tahun. Pemindahan ternakan di kawasan yang bebas tidak dibenarkan melainkan mendapat permit daripada pengarah JPH negeri masing-masing. Sekatan sempadan antara negeri-negeri juga akan dilakukan. Ternakan yang berkuku dan bahan-bahannya tidak dibenarkan keluar dari negeri yang berpenyakit ke negeri yang bebas daripada penyakit tersebut. Sementara itu pihak penyembelih haiwan persendirian di kampung-kampung tidak akan dibenarkan membuat sebarang penyembelihan melainkan ternakan diperiksa dan mendapat kebenaran daripada JPH terlebih dahulu. Bahan kimia dan ubat-ubatan seperti karbonat sodium, lisol, cecair Yeye's dan serbuk kapur klorin akan diberikan kepada penternak bagi mengawal penularan wabak FMD. Musim Hari Raya Haji selalu membabitkan ibadah korban dimana orang ramai dan para pembeli perlu berwaspada jika terdapat mana-mana penjual daging yang menawarkan harga terlalu rendah. Ini kerana agak membimbangkan jika sekiranya ada yang menjual ternakan yang telah dijangkiti FMD. Pembeli dan pedagang sekali lagi diingatkan agar mendapatkan permit terlebih dahulu. Ada juga yang timbul kekeliruan di kalangan orang awam mengenai penyakit FMD dengan HFMD (penyakit tangan, kaki dan mulut) yang menyerang manusia lazimnya kanak-kanak. Sebenarnya hanya ada persamaan dari segi namanya sahaja yang lebih kurang sama tetapi di antara kedua-duanya, ia sama sekali berbeza. Begitu juga dengan penyakit lembu gila yang pastinya juga berbeza. Virus yang menyerang otak lembu ini boleh ditularkan kepada manusia. Semuga artikel subuh ini dalam blog anim agro technology memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!..
PENYAKIT KUKU DAN MULUT ... APA...
HAIWAN BERKUKU...SERANGANNYA...
TANDA KLINIKAL... VIRUS SEBABNYA...
PERLU DIKAWAL.. DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, Bandar Baru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(3 RabiulAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.