Wednesday, December 26, 2018

ISU HARGA TELUR AYAM - MAHAL?

TELUR AYAM SEMAKIN MAHAL merupakan satu isu saban tahun menjelang perayaan dan pada hari-hari kebesaran. Telur (Chicken Egg) adalah satu nama yang tidak asing oleh semua lapisan masyarakat diseluroh dunia daripada yang golongan kanak-kanak, orang muda dan apa lagi orang dewasa. Telur Ayam merupakan hasil pengeluaran oleh haiwan jenis ayam terutama Ayam Telur. Pengeluaran Telur Ayam di Malaysia melebihi sasaran SSL tahunan dimana ia dihasilkan melebihi 115.4 juta biji dalam tahun 2010 dan terus meningkat saban tahun (Sumber Info : Laporan Agromakanan Negara, MOA 2010). Dalam pada itu jumlah penggunaan telur oleh rakyat Malaysia adalah sebanyak 295 seorang setahun iaitu kadar amat tinggi dikalangan negara Asia. Ini kerana telur digunakan dalam pelbagai resepi masakan daripada telur goreng, kuih mueh, masakan tradisional, rosti, roticanai, biskut dan bermacam makanan serta produk lain lagi. Pada penulis blog ini merasakan dimana kebanyakan jenis telur ayam boleh dimakan kecuali beberapa jenis telur ayam yang tercemar, telur tembelang atau telah beracun yang tidak boleh di makan. Secara umumnya telur ayam biasa mempunyai 3 komponen utama iaitu Bahagian Kulit Telur (Egg shell), Bahagian Putih Telur (Albumen) dan Bahagian Kuning Telur (Egg Yolk atau Vitellus). Telur yang paling banyak dikomersilkan adalah TELUR AYAM diikuti dengan TELUR ITIK dan telur burung lain (Telur Puyuh, Telur Burung Kasawari dan lain-lain). Telur Ayam sama dengan telur lain diambil oleh manusia sebagai sumber protin paling murah serta paling mudah di dapati. Penghasilan telur di Malaysia mencapai ratusan juta biji setahun dengan pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Penulis blog ada banyak menulis artikel mengenai telur ayam dengan pautan berikut (Sila klik disini) dan banyak artikel lagi. Telur Ayam merupakan sumber protin yang banyak digunakan setiap hari di Malaysia sebagai makanan. Kajian saintis makanan mendapati kandungan setiap 100 gram TELUR AYAM mengandungi 650 kiloJoule Tenaga, Karbohiderat (1.12 gram), Lemak (10.6 gram), Protin (12.6 gram), Air (75 gram) dan banyak kandungan zat lain. Antara zat utama ialah Asid Glutamik (1.64 gram), Asid Aspartik (1.26 gram), Vitamin A (140 mikrogram atau 14%), Vitamin B1- Thiamine (0.066 mikro gram atau 6%), Vitamin B2 -Riboflavin (0.5 mikrogram - 42%), Vitamin D (87 IU atau 15%) dan Asid Phentithetic atau Vitamin B2 (1.4 mikrogram atau 28% ). Telur ayam juga banyak zat-zat galian seperti Potassium (126 mg), Kalsium (50 mg), Magnesium (10 mg), Zink (1.0 mg) dan Posforus (1.2 mg). Kandungan kolesterol dalam telur ayam lingkungan 424 mg setiap 100 gram berat telur. Ini yang buat pening kepala kalau banyak sangat makan telur setiap hari untuk orang dewasa. Di Malaysia industri Ayam Telur dengan Ayam Daging merupakan industri yang melibatkan billion ringgit daripada pengimportan bahan asas membuat seperti jagung bijirin dan kacang soya yang melibatkan kos pengimportan sebanyak RM3.6 billion setahun. Bagaimana pun industri ternakan ini semakin mendapat tempat dikalangan syarikat sehingga mampu menghasilkan daging ayam dan telur melebihi daripada SSL Negara. Negeri Johor dan Selangor merupakan dua negeri yang utama mengeluarkan produk ayam di Malaysia selain daripada Perak, Pulau Pinang dan beberapa negeri lain.Artikel pagi ini saya berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai isu harga telur yang naik tinggi pada setiap kali musim perayaan dan hujung tahun. Isu ini sering dibincangkan dalam media asa dan diviralkan ramai orang.

Dalam laporan akhbar bertajuk ''Harga telur ayam naik kerana bekalan kurang'' oleh Bernama dipetik untuk rujukkan. Kerajaan memberi jaminan akan mengatasi masalah kekurangan bekalan telur ayam dalam tempoh terdekat. Berita dipetik dari Ipoh, Perak menyatakan dimana kenaikan harga telur ayam pelbagai gred yang berlaku di beberapa negeri sejak kebelakangan ini adalah disebabkan kekurangan bekalan bahan mentah itu. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata diantara faktor kekurangan bekalan telur ayam adalah lebihan eksport ke luar negara. Selain itu antara faktor (kekurangan telur ayam) adalah penyakit yang melanda industri ayam iaitu selesema burung yang menyebabkan 'shortage of supply' (kekurangan bekalan). Kini pihak kementerian juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya bersama dengan KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) menerusi jawatankuasa bersama yang telah pun ditubuhkan sebelum ini bagi menangani masalah kenaikan harga telur ayam. Kementerian memberi jaminan akan mengatasi masalah kekurangan bekalan telur ayam dalam tempoh terdekat. Beliau diminta mengulas berhubung trend perubahan purata harga telur ayam sejak pertengahan bulan lepas sehingga kini yang didapati mengalami kenaikan secara konsisten pada setiap minggu di pasaran domestik.

Dalam pada otu di Kota Bhau, Kelantan harga telur ayam naik dua hingga 10 peratus seperti dipaparkan dalam berita utama TV1 jam 8 malam. Dinyatakan dimana operasi pemeriksaan akan dilakukan di peringkat ladang, peringkat pengedaran dan pemborong bagi mengesan punca peningkatan harga tersebut. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mengesan kenaikan harga telur ayam turut berlaku di negeri ini pada kadar dua hingga 10 peratus sejak beberapa minggu lepas tahun 2018. Pengarah Negeri Kelanatan En Khalid Tik berkata ia hasil pemantauan yang dilakukan di seluruh pasar raya dan beberapa premis jualan yang mendapati harga semua gred telur meningkat antara 50 sen hingga RM1.00 sebiji. Harga tersebut masih pada kadar munasabah menyamai kenaikan di kebanyakan negeri di seluruh negara. Bagaimanapun, kami akan terus tingkatkan pemantauan bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga berlebihan kepada pembeli. Beliau beri ulasan berhubung trend perubahan purata harga telur ayam sejak pertengahan bulan lalu hingga awal bulan ini yang didapati mengalami kenaikan secara konsisten pada setiap minggu di pasaran runcit. Daripada maklum balas yang diperoleh kenaikan harga tersebut berlaku berikutan peniaga turut mendapatkan bekalan telur pada harga yang tinggi daripada pemborong. Kementerian telah mengeluarkan arahan supaya operasi pemeriksaan dilakukan di peringkat pengeluaran (ladang), pengedaran dan pemborong bagi mengesan punca peningkatan harga berlaku. Kita masih dalam proses mengumpul maklumat lanjut berhubung perkara. Bekalan telur di negeri ini yang kebanyakannya diperoleh dari Pulau Pinang masih mencukupi untuk menampung keperluan semasa dan berharap pembeli tidak melakukan pembelian panik. - Bernama.

Dalam pada itu laporan Bernama bertajuk ''Harga telur ayam naik'' yang dipetik dari Putrajaya memang dijangka. Didakwa dimana pihak kerajaan siasat jika ada kemungkinan wujud aktiviti kartel. Berita pada 11 Disember 2018 ini seterusnya menyatakan dimana pihak pengeluar dan pemborong yang didapati terlibat dalam aktiviti kartel boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Persaingan 2010. Oleh itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus menyiasat sama ada kewujudan aktiviti kartel menyebabkan harga telur meningkat secara konsisten pada setiap minggu sejak beberapa bulan lalu. Menterinya, Datuk Saifuddin Na­sution Ismail ber­kata, aktiviti kartel seperti pe­netapan harga secara pakatan, pembahagian kawasan persaingan dan menghadkan pengeluaran bersama-sama antara pengeluar dan pemborong telur boleh diambil tindakan di bawah Akta Persaingan 2010. Menurutnya, dalam kes sebelum ini, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pernah mengambil tindakan terhadap pengusaha ais di Selangor yang berpakat menaikkan harga sehingga RM1.50 sebiji.

Akhbar Sinar Harian pada 21 Dec 2018 juga paparkan tajuk iaitu ''Harga telur masih sama, tidak turun'' oleh wartawan Nozaruddin Kasimon. Berita dari Bandar Kluang, Johor ini menyataan dimana para peniaga kedai runcit di sekitar bandar Kluang mendakwa penurunan harga telur ayam seperti diumumkan kerajaan dilihat tidak dipatuhi pembekal kerana harga masih kekal sama seperti sebelum ini. Hasil tinjauan di tiga kedai runcit di Taman Sri Lambak, Taman Sri Impian dan Taman Makmur, di sini, mendapati harga telur ayam masih dijual di antara RM13.30 hingga RM13.90 sepapanSeorang peniaga yang hanya dikenali sebagai Rosnah, 45, berkata, pihaknya masih menerima pada harga 42 sen sebiji dan terpaksa menjual dengan harga 45 sebiji iaitu untung hanya sekitar 90 sen sepapan. Dia sebenarnya pelik kenapa ada pembekal telur ayam untuk pasar raya besar boleh juga memberikan harga lebih rendah, namun tidak kepada peniaga runcit seperti saya sedangkan mereka dipercayai dari syarikat sama dan menghantar pada jumlah yang banyak setiap kali datang. Sebagai peniaga dia tidak ada pilihan kerana mendapat bekalan pada harga tinggi dan pengguna menjadi mangsa daripada sikap tamak pihak bertanggungjawab yang sentiasa mengambil peluang untuk menaikkan harga barang-barang keperluan. Pengguna yang hanya dikenali sebagai Halim, 38, berkata, dia menggesa kerajaan untuk terus memantau kenaikan harga telur ayam kerana ada peniaga yang masih mengekalkan harga sama walaupun kerajaan mengumumkan penurunan sebanyak dua sen. Alasan kenaikan harga telur ayam disebabkan penyakit selesema burung seperti diumumkan kerajaan juga amat mengejutkan kerana dia tidak pernah mendengar penularan wabak tersebut sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Kini ada dakwaan kenaikan seperti ini adalah perkara biasa dan dijangka turun semula selepas bekalan pulih, namun harga barang-barang keperluan harian seperti telur ayam ini naik setiap minggu dan tidak pernah diturunkan lagi. Memang tidak mustahil harga telur ayam ini akan dinaikkan lagi menjelang sambutan Hari Krismas minggu depan selain perayaan lain menjelang 2019 dan pengguna yang akan jadi mangsa nanti.

Dalam pada itu di Kuala Lumpur isu kenaikan harga telur ayam sejak pertengahan November lalu menimbulkan keresahan pengguna kerana harga barangan itu naik secara mendadak atas alasan kos makanan ayam mahal dan peningkatan kos utiliti penternak ayam. Oleh itu Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kemungkinan ada pakatan antara peniaga dan pemborong mengikut kawasan.  Katanya, apabila wujud pakatan harga yang ditentukan oleh mereka, semua peniaga terbabit akan menjual pada harga yang lebih kurang sama dan pengguna tidak boleh membuat perbandingan harga. “Kekurangan bekalan telur ayam kerana banyak dieksport ke luar negara kerana memang ujud permintaan di luar agak tinggi dan mungkin lebih menguntungkan yang secara langsung memberi kesan kepada kenaikan harga dalam negara. Tegasnya, dalam menangani isu ini, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mesti memainkan peranan untuk menyiasat sama ada wujudnya kartel atau tidak. Jika didapati wujudnya kartel, ia menyalahi dari segi persaingan dan sesiapa yang terbabit dengan kartel pihak suruhanjaya kena ambil tindakan tegas, jika mereka tidak bertindak tidak guna adanya suruhanjaya berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini. Menurut Mohd Yusof, apabila mereka yang memanipulasi harga itu melihat yang suruhanjaya tidak bertindak tegas jadi mereka berani buat. Denda yang dikenakan terhadap pesalah agak tinggi juga tetapi mungkin kerana mereka nampak peranan suruhanjaya yang kurang efektif, jadi mereka berani tunjuk taring. Sepatutnya dalam situasi sekarang dengan permintaan terhadap telur ayam yang meningkat apatah lagi pada musim cuti persekolahan yang ramai mengadakan pelbagai majlis, penternak mesti meningkatkan pengeluaran.  Kalau keadaan ini berterusan tanpa tiada kawalan harga daripada pihak berkuasa, ia mendatangkan masalah kepada pengguna.

Kenyataan Menteri Pertanian mengenai isu ini ''Salahuddin: Harga telur ayam turun 2 sen bermula hari ini'' laporan Mohd Hanapiah. Salahuddin berkata, sebelum ini ladang yang disyaki dijangkiti virus selsema burung tidak dibenarkan menjual hasil keluaran mereka lalu menyebabkan kekurangan bekalan telur di pasaran.  Kerajaan memberi jaminan harga telur ayam yang sebelum ini mengalami kenaikan ketara kembali stabil bermula hari ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Datuk Salahuddin Ayub berkata, harga telur ayam setiap gred akan kembali diturunkan sebanyak 2 sen selepas satu kata sepakat dicapai bersama Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) pada 14 Disember lalu. Pihak pengeluar telur ayam bersetuju atas cadangan kementerian untuk mengurangkan harga telur di peringkat ladang sebanyak 2 sen bagi menstabilkan harga di pasaran, serta memastikan bekalan telur ayam,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Salahuddin seterusnya mengesahkan kesemua ladang telur ayam yang sebelum ini disyaki menghadapi masalah penyakit selsema burung kini bebas daripada jangkitan virus Avian Influenza H5 dan H7.


Dalam pada itu Persatuan Penternak berkata ''Kos kami tidak sedikit, kata persatuan penternak, berhubung harga telur ayam mahal'' laporan wartawan Robin Augustin dalam Bernama. Persekutuan penternak berkata dimana anggotanya bersikap telus dan tidak menyembunyikan apa-apa. Persatuan terbesar mewakili industri ternakan mengalu-alukan siasatan berhubung dakwaan tentang kewujudan kartel di sebalik kekurangan bekalan telur ayam yang dikatakan menjadi punca kenaikan harganya sejak beberapa minggu sepanjang bulan Disember 2018 dan kebelakangan ini. Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) nyatakan dimana semua anggotanya bersikap telus dan tidak menyembunyikan apa-apa. Jika ada pihak yang mahu menyiasat, silakan, kami kita menyembunyikan apa-apa kata presiden FLFAM, Datuk Jeffrey Ng kepada FMT. Beliau berkata, penternak berhadapan cabaran kos operasi lebih tinggi dan juga kos pematuhan peraturan. Katanya, harga perlu “adil”, selain menambah bahawa murah dan mahal adalah istilah yang subjektif. Jika pengguna tidak boleh menerima harga adil, industri tempatan akan kecundang dan itu akan memberi kesan ke atas keselamatan makanan kita. Akibatnya kita perlu bergantung pada import. Dia cuba bersikap adil, dan fahami kos yang terpaksa ditanggung serta cabaran dihadapi penternak. Beliau berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan, standard peraturan mengenai kesihatan dan alam sekitar yang perlu dipatuhi penternak adalah lebih tinggi. Peraturan gaji minimum juga katanya, meningkatkan kos perniagaan. Ng berkata, dalam tempoh 2 dekad, kenaikan harga telur adalah minimum, iaitu tidak sampai 50% berbanding barangan makanan lain. Semuanya adalah bergantung kepada penawaran dan permintaan, harga kadang-kadang naik dan pada masa lain, turun.Kini apabila harga telur jatuh, penternak tidak pula bising,” kata Ng kepada pihak media. 


Harga telur dilaporkan meningkat lebih 10 sen sejak 2 bulan lepasUsahawan runcit terkenal, Datuk Ameer Ali Mydin mencadangkan supaya kerajaan menguatkuasakan pengharaman sementara eksport barangan perlu apabila bekalannya berkurangan.  Bagaimanapun seorang pakar ekonomi dari sebuah badan pemikir menolak cadangan itu. Carmelo Ferlito dari Institut Demokrasi dan Hal-ehwal Ekonomi berkata, pasaran ayam-itik lebih tidak stabil berbanding komoditi lain, justeru faktor penawaran dan permintaannya akan mencapai keseimbangan baru dengan cepat. Beliau berkata, keadaan ini berbeza berbanding sesetengah produk pertanian yang bekalan jangka panjangnya boleh dipengaruhi oleh faktor cuaca, misalnya.  Beliau juga berkata, kesan campur tangan kerajaan adalah perlahan kerana sifat turun-naik pasaran ayam-itik. “Jika eksport telur dan ayam-itik dihentikan untuk sementara, maka langkah itu akan menyakitkan pengusaha tempatan semata-mata kerana anda mahu menurunkan sedikit harga untuk pengguna tempatan,” katanya. “Lebih baik pasaran dibuka kepada pengeluar asing supaya pengeluar tempatan boleh menyesuaikan bekalan mereka bagi memenuhi permintaan, dan pada masa sama mewujudkan persaingan dengan pengeluar asing. Ini akhirnya akan menguntungkan pengguna”.


Dalam pada itu laporan bertajuk ''Harga telur ayam M'sia naik atas beberapa faktor'' juga mengisahkan iau yang sama. Berita dari Ipoh, Perak ini menyatakan dimana kenaikan harga telur ayam yang berlaku di Malaysia sejak kebelakangan ini disebabkan kekurangan bekalan bahan mentah itu. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata antara faktor kekurangan bekalan telur ayam adalah lebihan eksport ke luar negara.  Selain itu, antara faktor (kekurangan telur ayam) adalah penyakit yang melanda industri ayam iaitu selesema burung sehingga menyebabkan 'shortage of supply' (kekurangan bekalan). "Pihak kementerian juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya bersama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi jawatankuasa bersama yang ditubuhkan sebelum ini bagi menangani masalah kenaikan harga telur ayam," katanya. Sehubungan itu, Encik Salahuddin berkata pihaknya memberi jaminan akan mengatasi masalah kekurangan bekalan telur ayam dalam tempoh terdekat. Beliau diminta mengulas berhubung trend perubahan purata harga telur ayam sejak pertengahan bulan lalu sehingga kini yang didapati mengalami kenaikan secara konsisten pada setiap minggu di pasaran domestik. Semuga artikel ini dalam anim agro technology memberi info berguna keada semua pembaca. Wasallam!!...
MEMBELI TELUR... PERKARA BIASA....
ISU SEMASA... KENAIKAN HARGA...
DILAPOR SENSASI... OLEH MEDIA...
MAKAN TELUR ... SIHAT SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taan Cendana,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(18 Rabiul Akhir 2018)
MERRY CHRISTMAS 2018!!!.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.