Wednesday, December 19, 2018

BAGAIMANA JADI USAHAWAN NANAS?

TANAM NANAS (Ananas commosus) merupakan satu aktiviti yang didakwa mampu memberikan pulangan baik kepada pengusaha terutama jika menanam nanas MD2. Penulis blog baru-baru ini merujuk kepada satu artikel dari Facebook Kartel Dakwah (Pautan: https://www.karteldakwah .com/azuan-abdullah-kongsi-ilmu-bagaimana-1-ekar-nanas-md2-boleh-jana-pendapatan-rm164-ribu) dan kongsi info bertajuk "Azuan Abdullah Kongsi Ilmu Bagaimana 1 Ekar Nanas MD2 Boleh Jana Pendapatan RM164 Ribu!" yang menarik untuk dirujuk. FB tersebut menyatakan dimana mungkin ada yang berkata, betul ke tanam nanas MD2 satu ekar boleh dapat pendapatan sehingga RM164 Ribu. Tipulah dakwanya kerana mesti sembang je lebih mamat ni. Dulu saya pun sama, tidak perjaya juga dengan angka diatas. Apa pun kini ianya berubah 360 darjah setelah saya bertemu dan berguru dengan sifu saya. Beliau ada ladang nanas MD2 lebih 100 ekar di Kedah. Seorang yang tidak lokek ilmu dan sangat low profile. Bercakap dalam loghat Kedah yang agak pekat dengan tutur kata yang sangat lembah lembut. Mudah dibawa untuk berbincang dan sangat suka kepada sifat baik perkongsian ilmu. FB nyatakan dimana beliau pesan dekat saya, tanam nanas MD2 ni tidak la susah sangat, dengan syarat kita buat betul-betul. Paling penting mesti ikut prinsip ABC + 6M. InsyaAllah kita usaha, InsyAllah akan diberi kejayaan diatas pengorbanan yang kita lakukan. Jika tidak untung dan tiada potensi, takkan Naza Plantation pun buat projek nanas MD2 juga. Tahu kan Syarikat NAZA, tanya beliau kepada saya. Tahu jawab saya sambil angguk kepala mengiyakan pertanyaan beliau tadi. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan artikel menarik ke 5,005 sebagai satu info boleh dijadikan bahan rujukkan.

Seterusnya artikel tersebut membuat satu analiasa kira-kira yang penulis blog baca dan menarik untuk diongsikan dengan semua pembaca. Kisah doteruskan dengan memberikan ilmunya agar dapat dia menjadi jutawan nanas. Umum mungkin tahu kini diman adalam tanah kebun seluas 
1 ekar ia bersamaan dengan keluasan seluas 43,560 kaki persegi. Selepas itu dikira andaikan batas kita sepanjang 25 kaki, lebar batas pula 2 kaki dan jarak antara batas 3 kaki maka dikira (25’ + 2’) x (2’ + 3’) dan menjadi sejumlah ( 27’ x 5’) kepada 135 kaki persegi (luas kuadrat batas = luas kawasan yang akan bertanam termasuk lorong). Jadi lazimnya satu ekar rata tanah akan dapat 322 batas. Macam mana dapat 322 batas?. Kalau begitu bagi kebun seluas 43,560 kaki persegi dibahagi dengan 135 kaki persegi maka akan terdapat sebanyak 322 batas. Apa yang kita ingin tahu adalah berapa keperluan benih pokok 1 ekar?. Kini jika jarak penanaman adalah  1.5’ antara baris dan 1’ antara pokok maka mudah dikiran satu batas kita dapat tanam 2 baris dan satu baris ada 24 pokok. maka (24 pokok x 2 baris x 322 batas) keperluan tanaman sebanyak 15,456 pokok (Sila lihat foto penanaman disebelah). Kalau dijaga dengan baik dan sempurna maka biasanya pokok nanas boleh dibuat aruhan pada umur 12 bulan. Ladang sifu saya, umur 7 bulan dah buat aruhan.

Dalam pada itu pokok nanas yang matang perlu dibantu untuk menghasilkan bunga dan buah dengan Teknik AruhanKenapa perlu buat aruhan?. Aruhan ni penting sebab kita nak bagi pokok nanas kita tu berbunga dan berbuah secara serentak atau kita nak jadualkan bila patut ianya berbuah. Senang cerita, pokok nanas ni kita boleh atur bila nak bagi ia berbuah. Menarik kan!. Kemudian apabila berbuah serentak @ berjadual, masak pun serentak dan semestinya akan ikut jadual. Senang la kita nak buat pemasaran nanti dimana ia tidak akan menjadi lambakan buah dan isu ini pun dapat diatasi. Bila tiada lambakan biasanya harga buah nanas pun cantik. Dalam pada itu okey, kita tanam sebanyak 15,456 pokok kan. Katakanlan 85% daripada pokok tersebut hidup dan berbuah serta boleh jual. Maka dengan itu kita boleh sama-sama kira dimana jika 15,456 pokok x 0.85 maka akan mendapat 13, 137 biji buah. Biasanya berat sebiji buah nanas MD2 adalah di antara 1.5 – 2.5 kg. Jika kita dapat jual sebiji nanas MD2 dengan harga RM5 sekilogram maka kita boleh sama-sama kira. Terdapat sebanyak 13,137 biji x RM5 dimana ada pendapatan kasar RM65,685.00. Kemudian selepas harvest buah tu sebaiknya pokok induknya jangan terus dimusnahkan ye. Kenapa?. Sebabnya, pokok induk tu boleh hasilkan benih pula. Biasanya satu pokok boleh hasilkan 5 - 10 sulur bergantung kepada keadaan pokok dan pengurusan kita nanti.

Penanaman nanas MD2 unik kerana jika kita ambil paling sikit la. Satu pokok boleh hasilkan 5 sulur. Sulur nanas ini boleh dijadikan bahan tanaman atau maknanya sebagai benih nanas. Kita buat analisa lagi dimana jika ada 13,137 pokok x 5 sulur maka akan mendapat sebanyak 65,685 sulur. Pada masa sekarang ini, permintaan anak nanas MD2 melebihi penawaran. Harganya pun boleh tahan, RM1.50 - RM2.50 satu sulur. Jika dikira dengan harga RM1.50 satu sulur maka kita akan dapat hasil jualan sulur nanas sebanyak 65,685 sulur x RM 1.50 iaitu RM98,527.50. Maka dibuat perbandingan diatas yang mana lebih untung? Jual buah ke atau menjual benih?. Okey, saya buat sedikit kesimpulan ye. Jika satu ekar boleh tanam 15,456 pokok nanas MD2 maka lazimnya dalam kawasan sama satu ekar boleh dapat 13,137 biji buahSatu ekar boleh dapat income RM65,685.00 hasil jualan buah. Seterusnya dikawasan satu ekar juga mendapat 65, 685 sulur anak nanas. Oleh itu satu ekar boleh dapat RM98,527.50 hasil jualan anak nenas dan juga satu ekar boleh dapat RM164,212.50 hasil keseluruhan daripada tanaman nanas MD2. Walaupun tanam nanas ni lambat untuk dapat hasil dan buahnya hanya satu biji satu pokok, saya rasa sahabat dah boleh jawab samada tanam nanas MD2 ini berbaloi ataupun tidak. InsyaAllah lepas ni saya akan kongsikan cara-cara nak tanam nanas MD2 pula sebagaimana yang dibuat di ladang sifu saya. Sila share info ini kepada rakan yang lain sebab mungkin ianya sangat berguna buat mereka. Semuga anda semua mendapat info berguna daripada anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

TANAM NANAS... MD2 VARIETINYA...
SATU EKAR ...ADA 13,137 BUAHNYA...
65,685 BENIH.... MAHAL HARGANYA...
SEEKAR NANAS... RM 164,212 DUITNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 801, Executive Suite,
Avillioan Legend Hotel, Jalan Hang Tuah,
Melaka, Malaysia.
(12 RabiulAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.