Saturday, November 24, 2018

TANAH TERBIAR - DIBANGUNKAN?

TANAH TERBIAR (Idle land) merupakan satu isu di negara kita yang telah berlanjutan semenjak beberapa tahun dahulu. Dalam portal Jabatan Pertanian dinyatakan dimana tanah terbiar adalah tanah darat atau pun jenis tanah sawah yang berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas sama ada ianya bersambungan atau bertaburan yang merupakan tanah milik yang tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut.  Dalam sektor pertanian, definasi tanah terbiar boleh juga ditakrifkan sebagai tanah bermilik yang tidak diusahakan selama 3 tahun berturut-turut atau tanah sawah yang tidak ditanam padi selama 6 musim berterusan. Kadang kala ada yang salah faham bila melihat ada kawasan tanah yang tidak diusahakan dimana ia adalah tanah milik kerajaan kerana ia tidak termasuk didalam kategori tanah terbiar. Terdapat satu lagi senario dimana mwmang wujud tanah yang subur untuk pertanian tetapi tidak di usahakan sepenohnya (under utilised land) yang mana perlu juga di kelaskan sebagai masalaah dan sektor pertanian. Daripada rekod Jabatan Pertanian, dilaporkan terdapat seluas 119,273 hektar tanah terbiar direkodkan di Malaysia pada tahun 2016 dimana hanya seluas 44.67 hektar melibatkan 30 pemilik tanah sahaja yang didaftarkan di Jabatan Pertanian (Sumber: http://www.doa.gov.my/index.php/pages/view/411?mid 232). Dalam usaha Jabatan Pertanian untuk menggalakkan usahawan membangunkan tanah-tanah terbiar, Jabatan Pertanian telah membuka pendaftaran tanah terbiar hak milik individu secara atas talian pada 1 Januari 2014 sehingga 28 Februari 2015. Pendaftaran tersebut bertujuan untuk membolehkan usahawan-usahawan yang ingin menjalankan projek pertanian tetapi tidak mempunyai tanah membuat projek pertanian melalui sewaan tanah dengan pemilik tanah terbiar. Berdasarkan pengemaskinian terkini sehingga Oktober 2018, terdapat seramai 30 orang pemilik tanah dengan keluasan sebanyak 44.67 hektar telah berdaftar dengan Jabatan Pertanian. Portal tersebut menyatakan untuk tujuan penyewaan tanah perlu berdasarkan maklumat nombor lot, keluasan tanah terbiar dan nombor telefon yang dipaparkan, usahawan yang berminat untuk membangunkan tanah terbiar dengan projek pertanian boleh menghubungi terus pemilik tanah tersebut. Kesediaan pemilik tanah untuk memberi kebenaran membangunkan tanah terbiar adalah tertakluk kepada rundingan yang dijalankan di antara usahawan dengan pemilik tanah. Dalam pada itu potensi tanaman dan bagi mendapatkan maklumat kesesuaian tanaman bagi tanah terbiar yang ingin dimajukan, pemilik tanah/usahawan boleh mendapatkan Khidmat Penyiasatan Tanah daripada Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian. Perkhidmatan ini dikenakan bayaran di bawah 'Akta Fi' tahun 1951 (pindaan 1995)'. Tanah terbiar perlu dibangunkan untuk mempastikan negara dapat mengeluarkan makanan sendiri untuk tujuan kegunaan domestik malahan boleh dieksport. Menjadi kerugian kepada negara jika tanah yang luas dan subur ini tidak dimajukan. Artikel subuh ini saya paparkan dalam blog "Anim Agro Technology" info mengenai pembangunan tanah terbisr yang dilaksanakan untuk rujukkan.

Isu tanah terbiar ini banyak dikaitkan dengan banyak punca. Antara sebab berlakunya masaalah tanah terbiar adalah kerana saiz tanah yang kecil-kecil bertaburan dan kurang ekonomik untuk dimajukan. Dari tinjauan dan pengalaman penulis blog, pemberian tanah kurnia oleh kerajaan negeri yang saiznya kecil dan ianya terletak jauh dikawasan pendalaman telah menyumbang kepada keluasan tanah terbiar seperti di beberapa Daerah di Johor, Pahang, Perak dan beberapa negeri lain. Pemilik tanah kurnia ini tidak ada inisiatif untuk memajukan tanah mereka kerana pemiliknya kurang berminat untuk akibat tidak disusun atur pembangunannya. Kedua disebabkan umur pemilik tanah yang semakin tua dan kurang bertenaga untuk memajukan tanahnya dan anak-anaknya sudah berhijrah kebandar atau tidak lagi menjadi petani bagi mengusahakan tanah pusaka mereka. Bagi kes tanah sawah, kekurangan infra pengairan sawah, kurang minat bersawah dan pendapatan menanam padi yang rendah dan berisiko tinggi menyebabkan tanah sawah terbiar. Di beberapa negeri seperti di Melaka, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan lain-lainnya proses perbandaran telah menyebbkan tanah sawah dibangunkan menjadi kawasan perumahan dan perindustrian menyebabkan tanah sawah yang lainnya sudah tidak sesuai ditanam padi. Ada juga isu kesuburan tanah yang menyebabkan tanah pertanian tidak diusahakan dan ianya terbiar. Tanah marginal seperti tanah bris, tanah gambut dan tanah asid sulfat memerlukan kos tinggi untuk diusahakan dimana ini menyebabkan ia mudah terbiar semula. Dibeberapa negeri pula, sistem pengurusan tanah seperti tanah pusaka dan tanah adat menyumbang kepada berlaku tanah terbiar apabila pembahagian pusaka tidak dapat diselesaikan dikalangan warisnya. Perancangan rapi dan komitment tinggi perlu dilakukan oleh semua pihak bagaimana kaedah terbaik untuk mrmbangunkan tanah terbiar di negara kita.


Dalam Akhbar Sinar Harian pada 30 Julai 2018 dengan tajuk "119,273 hektar tanah terbiar bakal dibangunkan" oleh wartawan Nona Farzuin mengenai perkara diatas adalah dirujuk. Berita dari Kuala Lumpur ini menyatakan seluas 119,273 hektar tanah terbiar di seluruh negara akan dibangunkan melalui Inisiatif Projek Pembangunan Tanah Terbiar. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, projek tersebut bermatlamat untuk memajukan tanah pertanian yang terbiar dan kurang produktif dengan projek pertanian melalui penglibatan lebih ramai petani sama ada pemilik tanah atau usahawan. “Bantuan kepada petani diberikan dalam bentuk input pertanian, pembersihan dan penyediaan kawasan, pembangunan infrastruktur,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Tuan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) di Parlimen, hari ini. Menurutnya, kementerian melalui Jabatan Pertanian telah menyediakan perancangan untuk membangunkan tanah terbiar dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) sehingga ke RMK11. “Berdasarkan sasaran yang ditetapkan, seluas 100 hektar tanah terbiar dengan bilangan pengusaha 50 orang akan dibangunkan setiap tahun. “Sehingga kini seluas 10,048 hektar tanah terbiar telah dibangunkan dan melibatkan 7,966 peserta di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya. Menurutnya, bagi memastikan kejayaan projek, tanaman kekal amat digalakkan untuk ditanam bagi mengelakkan tanah yang dibangunkan menjadi terbiar semula. “Tanaman singkat turut disyorkan bagi memastikan petani memperoleh pendapatan segera berikutan kitaran penanamannya yang pendek. “Antara tanaman yang telah diusahakan adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, padi dan kelapa yang merekodkan jumlah pengeluaran sebanyak 204,793 metrik tan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM187,581,” katanya. Pada masa sama, beliau berkata, kementerian akan terus bekerjasama kerajaan negeri untuk membangunkan petani dan pengusaha serta menambah produktiviti tanaman makanan dalam negara.

Penulis blog merujuk kepada satu laporan Jabatan Pertanian didalam usaha kerajaan membangunkan tanah terbiar. Sehingga 2018 dilaporkan seluas 13,390 hektar tanah terbiar telah dibangunkan melibatkan sebanyak 924 projek dan 7,966 orang peserta. Bagaimana pun hanya seluas 10,048 hektar sahaja yang berjaya dalam mengeluarkan hasil melibatkan peruntukkan sebanyak RM107.74 juta. Daripada jumlah tersebut seluas 11,886 hektar adalah pembangunan tanah terbiar di Semenanjung Malaysia melibatkan seramai 5,964 orang dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM86.59 juta. Sementara itu seluas 1,484 hektar dibangunkan di Sabah dan seluas 620 hektar di Sarawak. Di semenanjung Malaysia Negeri Kelantan direkodkan sebagai negeri yang paling luas dibangunkan tanah terbiar ini melibatkan kawasan seluas 2,378 hektar diikuti dengan negeri Pahang (1,721 hektar), Pulau Pinang (1,570 hektar), Terengganu (1,366 hektar) dan Negeri Sembilan (1,044 hektar).  Negeri-negeri lain pembangunan tanah terbiar adalah kurang daripada 1,000 hektar. Usaha berterusan perlu dijalankan bagi menggunakan tanah terbiar di negara kita di menafaatkan. Bagaimana pun proses ini berterusan dimana semantara proses pemulihan tanah terbiar ini dilakukan akan ada tanah lain yang terbiar dan pemantauan berterusan perlu dilakukan.  Memang banyak program pembangunan tanah terbiar yang ditawarkan kepada pengusaha daripada kerajaan samaa ada yang seskala kecil, sederhana atau berskala besar. bantuan berbentuk subsidi, pinjaman kewangan, latihan teknikal dan sebagainya disediakan bagi tujuan pemulihan tanah terbiar. Diharapkan masaalah tanah terbiar akan dapat diatasi dengan beberapa perancangan rapi oleh semua pihak. Semuga artikel subuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAH TERBIAR... BANYAK SEBABNYA....
DISELURUH NEGARI...ADA ANGKANYA...
BANYAK PROGRAM... DILAKUKANNYA...
PERLU DIATASI...MELIBATKAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 960, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(16 RabiulAwal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.